BAB SATU
LAMA foto didepannya
direnung tanpa perasaan. Sukar untuk digambarkan perasaannya sebaik saja
melihat foto mamaparkan pasangan pengantin bersanding disinggahsanayang
menggunakan kombinasi berwarna pink, hitam itu.Satu persatu foto pelbagai aksi
dari majlis akad nikah, majlis persandingan, makan beradab dan gambar outdoor
dipandang.Setitis demi setitis airmatanya mengalir. Dari hanya teresak-esak
sebentar tadi kini menjadi suatu tangisan.
Maryam hanya mampu memerhati, dia tahu Nuha Qalisya
sedang berduka cuma dia tidak tahu bagaimana cara untuk meredakan kesedihan
teman sepermainannya itu. Dia mengambil
foto yang bertaburan di katil.Satu persatu dilihatnya.
Pengantin
perempuan yang sememangnya turut dikenalinya itu tersenyum malu-malu apabila si
suami mengucup dahinya sebagai simbolik mereka kini sudah bergelar suami
isteri.Dania! Gadis itu berpasangan dengan kekasih Nuha Qalisya, Zariff Adam di
pelamin.Gadis yang dikatakan lelaki itu sekadar bekas tunang Zariff Adam itu
kini sah menjadi isteri lelaki itu.
Maryam
meletakkan semula foto itu ke tempat asal. Tangan Nuha Qalisya diramas
perlahan, bahu diusap lembut, seolah-olah mahu meredakan apa yang bersarang
dibenak gadis itu saat ini.Sesekali air mata dipipi Nuha Qalisya disapu.
“Mar
kenapa dia sanggup buat aku begini? Apa salah aku pada dia. Kalau dia tak
cintakan aku kenapa dia tak berterus terang pada aku. Aku sentiasa cakap pada
dia, kalau dia ada perempuan lain yang lebih layak untuk digandingkan dengan
dia, berterus terang dengan aku. Aku sanggup undur diri untuk kebahagiaan dia,”
keluhnya buat sekian kali.
Langsung
dia tidak terfikir bakal berdepan situasi sebegini dalam tempoh terdekat ini.
“Aku
tak tahu Nuha, tetapi semua ini dugaan untuk kau. Allah mahu menduga kau sejauh
mana kau tabah mengharungi dugaan ini.Mungkin Zariff bukan jodoh jodoh kau dan
mungkin juga diluar sana ada jodoh kau,” celah Maryam.
Dia
juga sebentar tadi terkejut melihat foto berkenaan. Apa permainan kau Zariff
Adam? Geramnya usah dikata. Jika ada lelaki itu di depan matanya, pasti Zariff
Adam akan kena sekurang-kurangnya penampar jepunnya.
“Aku yang bodoh kan?” suara Nuha Qalisya begitu dingin.
Dia seperti mahu menghantuk kepalanya di dinding.Kerana kebodohan dirinya, dengan
mudah dia diperdayakan Zariff Adam.
“Kau
tak bodoh Nuha..semua ni bukan salah kau tetapi salah Zariff. Jadi jangan cuba
nak salahkan diri sendiri. Aku tak suka bila kau cakap diri kau bodoh,” marah
Maryam.
“Ini..
ini yang bodoh. Kau tahu tak kenapa aku kata dia bodoh? Sebabnya dia kecewakan
kawan karib aku. Dia tak tahu betapa bertuahnya dia bercinta dengan kawan karib
aku tu,”
“Aku
tanya dia Mar… Katanya, hanya aku gadis dihatinya, tetapi hari ini, kau lihat
sendiri buktinya… dia tipu aku Mar…Zariff tipu aku. Kalau dia boleh berkahwin
dengan perempuan tu ketika masih berhubung dengan aku, mana letaknya aku dalam
hati dia,”
Maryam
membiarkan Nuha Qalisya mengeluarkan isi hatinya. Mahu dibalas, dia sendiri
tidak tahu apa yang perlu dicakapkan untuk meringankan keresahan rakan karibnya
itu. Akhirnya dia hanya membiarkan temannya itu meluahkan isi hatinya.
“Aku
tahu dia tak sepadan dengan aku.Usia aku jauh lebih tua dari dia, tetapi dia
kerap berkata usia bukan penghalang. Dia sedapkan hati aku tetapi sekarang….,”
esakan Nuha Qalisya makin kuat. Pantas Maryam mendakap tubuh kecil itu. Dia
turut merasai kesedihan hati teman akrabnya.
“Aku
tahu Nuha… aku tahu kau bersedih, tetapi jangan terlalu ikutkan perasaan kau.
Kau belum bertanyakan kesahihan gambar itu dengan Zariff. Kita tak tahu sejauh
mana tulennya gambar itu,” Entah bagaimana dia boleh terfikir idea tak masuk
akal tu. Apa yang pasti, dia sekadar mahu menenangkan hati Nuha Qalisya. Mahu
meredakan kesedihan temannya itu.
Esakan
Nuha Qalisya masih kedengaran tetapi kini ia menjadi semakin perlahan. Gambar
yang terdampar di atas tilam itu dilihat kembali, satu persatu.Maryam sekadar
melihat kelakuan temannya itu. Beribu makian dia hadiahkan kepada lelaki
bernama Zariff Adam kerana sanggup melukakan hati Nuha Qalisya sedemikian rupa.
“Mar kau lihat gambar ni... kau tak rasa ke
gambar ni memang asli? Kau tak rasa ke lelaki yang bersanding di pelamin yang
hodoh ni adalah Zariff Adam Tan Sri Kamarul?. Aku tak rasa gambar ni super
impose atau photoshop. Kalau gambar dia dengan perempuan ni saja mungkin jugak
aku boleh percaya dia dianiaya … tapi ni.. kau tengok ni takkan gambar keluarga
dia pun orang nak buat super impose juga. Tak masuk akal langsung,” luahnya.
Dia
masih lagi meneliti satu persatu gambar berkenaan. Sesekali juga Nuha Qalisya
menyeka kelopak matanya. Maryam hanya memerhati kelakuan temannya itu. Beberapa
kali dia menepuk bahu Nuha Qalisya meminta gadis itu bersabar.
“Aku
tak tahu nak cakap apa lagi. Yang aku boleh cakap, kau bersabarlah. Mungkin ini
ujian untuk kau. Allah mahu menguji tahap kesabaran kau, sejauh mana kau sabar
menerima ujian ini,” Maryam mula mengeluarkan skill ceramahnya. Moga-moga Nuha
Qalisya termakan nasihatnya biarpun tidak banyak.
“Kau
lihat sendiri gambar ni bukan sekeping
dua tetapi berpuluh-puluh keping. Siap posing pelbagai cara, bertukar baju
tujuh lapan.Kau rasa ada orang sanggup ke nak buat sampai ke tahap itu?Nak
menganiaya dia? Dan bersusah payah hantar gambar ni pada aku?” tanya Nuha
Qalisya lagi.
Maryam
tidak mampu bersuara. Sekejap dia menggeleng kepala, sekejap dia menggaru-garu
kepala yang tidak gatal.Dia sendiri buntu untuk membantu Nuha Qalisya. Maryam
sudah kehabisan modal untuk memujuk. Suasana rumah setingkat itu agak suram
tidak seperti biasa yang riuh rendah dengan suara mereka berdua.
“Nuha…
macam aku cakap tadi, kita tanya dulu Zariff mengenai kesahihan gambar perkahwinan
dia ni, betul ke tak gambar dia. Kalau betul dia dah kahwin kau buat keputusan
terbaik untuk masa depan kau. Tinggalkan dia kerana terbukti dia tak jujur
dengan kau, dia tak setia dengan kau.
“Aku
tahu kau tak kuat untuk melaluinya sorang diri tetapi kau jangan lupa kau masih
ada aku, Siti Nur Maryam Haji Shariff akan tetap disisi kau. Aku yakin bukan
aku saja tetapi rakan-rakan dan seluruh
keluarga kau akan berada di belakang kau,” Maryam turut tersedu. Airmata yang
kembali mengalir dipipi gebu Nuha Qalisya disapu lembut.
“Apa
salah aku Mar… apa salah aku pada dia? Mengapa dia sanggup buat aku macam ni…
Sakit sangat kat sini,” Nuha Qalisya masih lagi merintih. Jarinya diletakkan
didada. Berulang kali juga dia tepuk pipinya, sakit! Itu tandanya ia bukan
fantasi, tetapi realiti.
Maryam
terdiam. Sukar untuk dia membalas kata-kata teman baiknya itu. Kalau dia merasa sedih pastinya Nuha Qalisya
lebih-lebih lagi.
“Sabar
Nuha.. aku tahu kau memang kuat. Ini dugaan untuk kau. Siapa kita untuk
mempersoalkannya. Kau kena ingat Allah pilih kau untuk menerima ujian ini. Jadi
kau perlu reda dan aku yakin suatu hari nanti kau akan nampak hikmahnya,” balas
Maryam.
“Aku
tak marah dia kahwin. Serius Mar aku tak marah tetapi aku marah dia sebab tak
nak berterus terang.Aku dah bersedia menerima ketentuan Ilahi kerana aku tahu
perbezaan usia pasti menjadi penghalang dalam hubungan kami.Aku tak menaruh
harapan tinggi untuk hidup bersama-samanya.
“Aku
tak pernah dibawa berjumpa familinya. Jadi aku tak tahu penerimaan famili dia
jika mereka tahu kami bercinta. Kau tak nampak ke peliknya hubungan cinta kami
ni. Setiap kali aku ajak jumpa family dia ada saja alasan yang diberikan. Busy,
meeting, jumpa claint tapi akhirnya aku sudah memperoleh jawapan keengganannya
itu,” sambungnya.Cepat-cepat dia menyapu airmata yang mula menitis.
“Nuha Qalisya binti Mohd Razlan…” nama
penuhnya kini dipanggil. Kalau sudah dipanggil nama penuh, pasti Siti Nur
Maryam binti Haji Shariff sudah hilang sabar dengan dirinya.
“Kau
kena bangkit sekarang.Wake up Nuha, wake up… jangan jadi lemah. Aku nak kau
pergi mandi, lepas tu call mamat malaun tu. Ajak dia jumpa kau esok jangan lupa
bawak foto ni semua. Kau susun elok-elok atas meja nanti. Tengok apa yang dia
nak cakap.”Dia tidak mahu Nuha Qalisya berterusan menjadi lemah.
Foto
yang dikumpul sebentar tadi dimasukkan kembali ke dalam sampul. Pantas Nuha
Qalisya menuju ke bilik air. Namun sempat dia berpusing dan melemparkan
senyuman.Walaupun agak tawar dan tidak berperasaan, Maryam tahu Nuha Qalisya
sudah mendapat kembali semangatnya.
“Thanks Mar… aku tak tahu bagaimana keadaan
aku jika kau tiada…” Sisa airmatanya disapu perlahan. Dia mengukir senyuman,
walaupun tidak semanis biasa tetapi Maryam tahu Nuha Qalisya sudah mendapat
kembali kekuatannya.
Terserlah
lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Cantik! Getus Maryam. Dia terpaku
seketika.Kalau dia perempuan pun terpikat dengan kecantikan Nuha Qalisya,
apatah lagi lelaki.Kau lelaki yang tak pandai menghargai wanita secantik Nuha,
Zariff Adam, kutuknya.
Biarpun
temannya itu berusia 33 tahun tetapi langsung tidak menampakkan usia
sebenarnya. Wajah gadis itu langsung tidak dimamah usia membuatkan temannya itu
nampak jauh lebih muda daripada usia sebenar.
Nuha
Qalisya terlalu menjaga pemakanannya. Tidak seperti dirinya yang makan apa
saja, tolak batu dan kayu saja. Itu yang kerap diusik Nuha Qalisya padanya. Kerap juga dia katakan pada Nuha
Qalisya, dia juga berpantang dalam pemakanannya tetapi pantang ada di depan
mata.
Mungkin kerana itu juga, Zariff Adam pada awal
perkenalan mereka bagaikan tidak mempercayai apabila Nuha Qalisya memberitahu
usia sebenarnya.
“Itu
gunanya aku jadi kawan kau Nuha…kita
sudah berkawan sejak kecil, sakit kau…sakitlah aku. Luka kau maka turut
terlukalah aku,”
“Kalau
jari aku terluka kena pisau kau pun nak hiris jari kau juga ke?” tiba-tiba
soalan kurang bijak daripada Nuha Qalisya. Maryam jengkel matanya kepada Nuha
Qalisya. Pantas saja gadis itu ditolak masuk ke bilik air.
Terkekek-kekek
Nuha Qalisya ketawa apabila diperlakukan sebegitu.Tak sampai beberapa minit
bunyi air kedengaran dan kemudian lagu
‘Sampai Hati’ dendangan Ameng daripada Kumpulan Spring memenuhi ruang
bilik air yang pasti dinyanyikan Nuha Qalisya dengan penuh perasaan.
Maryam
tidak pernah terfikir begini kesudahan kisah cinta temannya dengan Zariff Adam.
Pertemuan tiga tahun lalu di pusat peranginan membawa kepada perhubungan hati.
Lebih tepat lagi penyatuan dua hati. Walaupun usia Zariff Adam lebih muda tiga
tahun daripada Nuha Qalisya.
Ternyata lelaki itu mempunyai karisma
tersendiri. Pada awalnya Maryam kurang yakin dengan hala tuju hubungan itu.
Mereka berdua begitu berbeza. Namun, sikap matang Zariff Adam berbanding lelaki
yang seusia dengannya memikat hati temannya.
Sejak
itu bermulalah kisah cinta antara mereka. Namun, hari ini segalanya berubah hari
ini. Sekelip mata saja temannya itu terluka.
Sampul
yang dia ambil dari peti surat rumah mereka pagi tadi meranap seluruh impian
temannya itu dan pastinya akan membuatkan gerhana dihati Nuha Qalisya
berpanjangan. Namun dia barharap temannya itu akan terus tabah dan sebagai
rakan paling akrab, Maryam berjanji tidak akan membiarkan temannya itu
keseorangan menempuh dugaan ini.
Post a Comment
Pendapat?