BAB DUA
“Aku
tunggu kau kat meja tu..”Maryam menuju ke arah meja kosong di penjuru paling
belakang di Restoran Mahbob, Bangsar. Nuha Qalisya mengangguk. Pantas kakinya
melangkah ke meja yang menempatkan Zariff Adam.Pengunjung kala itu agak ramai
kerana jam sudah mencecah angka 1 tengah hari. Kebanyakan pengunjung adalah mereka
yang bekerja di kawasan berhampiran Bangsar.
Hari
ini dia lihat lelaki itu nampak simple, hanya memakai T shirt berjenama Polo
dan jeans lusuh.Mungkin dari rumah dia berbisik sendirian.Sebentar tadi, dia
menolak pelawaan lelaki itu yang mahu mengambilnya di rumah. Sebaliknya dia
beralasan selepas pertemuan itu, dia mahu keluar membeli- belah dengan Maryam.
Mahu
tak mahu, Zariff Adam terpaksa akur apabila terus menerus gadis itu menolak
walaupun sudah didesak berkali-kali.
Nuha
Qalisya duduk berhadapan Zariff Adam. Masing-masing terdiam. Suasana bising
pengunjung diselang seli dengan suara pekerja menerima order membuatkan Nuha
Qalisya menjadi tidak selesa.
Jika
dulu, tempat ini menjadi ‘port’ dia dan Zariff Adam untuk bertemu tetapi
sekarang entah mengapa dia merasakan tidak begitu betah untuk terus berada di
situ.Terasa didadanya ada sesuatu yang menyucuk-nyucuk.Dia menarik nafas,
kemudian dihembus perlahan.
“Tak
nak minum ke?” lamunan Nuha Qalisya melayang. Wajah ceria Zariff Adam dipandang
dengan pelbagai rasa. Ada rindu, sedih, terluka, keliru dan paling hebat rasa
dikhianati.
Sudah
beberapa minggu mereka tidak berkesempatan untuk berjumpa kerana setiap kali
dia menelefon lelaki itu asyik memberi alasan busy dengan meeting. Kalau tak
pun, sibuk di padang golf bersama rakan perniagaan.
Wajah
Zariff Adam dipandang lagi, mencari kelainan diwajah itu.
“Nak
saya orderkan minuman?” ulangnya. Dia sendiri sudah mengorder teh tarik dan
sepinggan mee goreng mamak.
“Tak
apa lah… saya dah minum kat rumah tadi. Lagipun, saya tak lama di sini. Cuma
saya nak bagi benda ni saja,”. Lantas dia mengeluarkan isi kandungan sampul
surat yang dibawanya sebentar tadi.
Gambar
itu satu persatu dikeluarkan dan di susun atas meja seperti yang diajar Maryam
semalam. Bulat mata lelaki itu apabila melihat berpuluh keping foto
persandingan dan yang pastinya objek dalam foto itu adalah dirinya.
Zariff
Adam membelek satu persatu gambar itu. Ada aksi makan beradab, akad nikah,
sarung cincin, bersanding di pelamin…yang pastinya foto-foto itu memaparkan
wajahnya sebagai pengantin lelaki dan Dania, pengantin perempuan.
Foto itu dimasukkan ke dalam sampul semula.
Dia tarik nafas, mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Nuha Qalisya. Gadis
itu hanya membisu.Suasana hening menguasai pertemuan itu.
“Awak
percaya semua ni?” soalnya. Mahu menduga sejauh mana kepercayaan gadis itu
padanya. Gambar persandingannya itu
ditatap lagi. Cantik pengantin perempaun disebelahnya tetapi tidak mampu
menandingi kelembutan Nuha Qalisya.
“Sayang…”
panggilnya lagi. Nuha Qalisya mengangkat sedikit wajahnya. Merenung muka Zariff
Adam. Sedikit terasa dia dengan panggilan itu. Sudah lama dia tidak mendengar
Zariff Adam memanggilnya selembut itu.
“Sayang
percaya dengan gambar-gambar ini semua?” dia mengeluarkan semula gambar dari
sampul surat itu. Dia harap gadis itu
tidak mudah terpengaruh dengan gambar yang dihantar itu. Nuha Qalisya diam. Dia
sendiri keliru dan sehingga kini dia tiada jawapan pada soalan Zarrif Adam.
“Awak percaya semua ni?” tadi bersayang tetapi sekarang
berawak pula. Mungkin Zariff Adam tidak sesabar mana untuk memujuknya. Nuha
Qalisya tidak mempunyai jawapan pada soalan berkenaan. Masing-masing
terdiam.Lama.
Wajah
Zariff Adam direnung, dia cuba mencari kejujuran daripada sinar mata lelaki
itu. Kata orang, mata tidak pernah menipu dan kata orang juga, kita mampu
melihat kejujuran seseorang menerusi sinar matanya.
Tetapi
dia tidak tahu sejauh mana kejujuran Zariff Adam. Adakah ia hanya satu
permainan atau sememangnya lelaki itu dianiaya. Bagi Nuha Qalisya ia bukan
setakat percaya atau tidak tetapi ia lebih kepada kejujuran yang perlu ada pada
setiap pasangan.
“Apa jawapan awak untuk semua ini?” soalan Zariff Adam
tidak dijawab sebaliknya dia pula membuat pertanyaan.
“Saya
tanya awak… jawab soalan saya dulu,” balas Zarrif Adam. Jemari runcing Nuha
Qalisya mahu dicapainya.
“Cakap
saja tak perlu tangan pun nak merayap,” marahnya. Lelaki itu hanya tersengih.
Biasalah, sekadar mahu mencuba nasib, bukan dia tidak tahu Nuha Qalisya
bukannya suka anggota badannya disentuh, apatah lagi dari lelaki.
“Saya
keliru,” jujur Nuha Qalisya bersuara.
“Jadi
saya tak tahu nak cakap apa lagi… kerana kalau saya kata saya belum kahwin
tentu awak tak percayakan… sebab foto-foto yang awak bawak ni bagaikan sudah
menjelaskan segalanya,” katanya.
Zariff
Adam melepaskan keluhan. Agak sukar untuk dia menyakinkan gadis itu saat ini
kerana apa saja alasan yang dia bagi belum tentu Nuha Qalisya akan menerimanya.
Dia hairan siapa yang menyerahkan foto itu kepada Nuha Qalisya. Adakah ada
orang yang sedang mensabotaj dirinya? Desisnya.
“Macam tu saja ke? Awak tak nak jelaskan mengenai gambar
ni? Kalau awak kata orang dalam gambar tu bukan awak, jadi saya nak tahu siapa
lelaki tu?Atau kembar awak?Setahu saya awak anak bongsu, takde adik. Jadi dari
mana datangnya kembar tu?” perlahan Nuha Qalisya bersuara.
Malas
dia nak bergaduh dengan Zariff Adam kerana keluar airmata darah sekali pun
status lelaki itu kini sudah bertukar. Zariff Adam sudah menjadi orang lain
kepadanya. Dia suami Dania.Titik.Fullstop.
Dia
pandang ke arah Maryam. Temannya itu masih lagi leka dengan akhbar Berita
Harian yang dibeli sebelum mereka masuk ke restoran itu tadi. Apa yang menarik
hati temannya itu, dia tak pasti sebab sesekali dia lihat Maryam tergelak
selepas tu mukanya kembali serius.
“Kalau 40 kali pun awak tanya, jawapan saya
tetap sama… saya belum berkahwin. Kalau awak nak tanya famili saya… silakan
tanya, mereka boleh bagi jawapan. Tetapi kalau awak mahukan jawapan mengikut kemahuan
awak, awak tidak akan mendapatkannya kerana hakikatnya hanya itulah satu-satu
jawapan yang ada. Awak nak percaya atau tidak, terpulanglah kepada awak,”
begitu yakin dia bersuara.
“Saya
tak nafikan memang itu wajah saya tetapi bukan saya yang berada atas pelamin
tu. Makan beradab semua itu. Ada orang yang ambil wajah saya dan tampal kat
badan pengantin lelaki itu. Mereka buat teknik super impose tak pun teknik
fotoshop. Awak tak faham, sebab mereka menggunakan teknik canggih untuk
menjatuhkan orang lain,”Nuha Qalisya mengeluh. Dia sudah menduga kata-kata itu
yang akan keluar daripada mulut Zariff Adam. Teknik super impose!
“Agak-agak la awak, takkan muka
famili awak tu pun orang nak buat teknik super impose. Dah takde kerja sangat
ke diorang ni. Kenal ke musuh awak tu dengan mak, ayah, adik- beradik dan ipar
duai awak tu sehingga dengan mudah musuh awak tu dapat cantum gambar kaum
keluarga awak tu,” suaranya cuba dilembutkan agar tidak ketara rasa sakit hati,
marah dan geramnya pada Zariff Adam.
Lama mereka berdiam. Masing-masing
melayan perasan dan akhirnya Zariff Adam sudah tidak sabar dengan keheningan
yang dicipta Nuha Qalisya.
“Awak, saya belum berkahwin. Awak
tak percaya saya ke? Awak kenal saya kan, bukan setahun kita berhubung tetapi
dah tiga tahun. Takkan takde sedikit pun awak letak kepercayaan pada saya.
“Memang wajah lelaki itu adalah saya
tetapi itu bukan saya. Kalau awak tak percaya, awak tanya perempuan tu sendiri,
adakah saya lelaki yang bersanding dengannya,” suara itu ditekan sedikit,”
sungguh yakin lelaki itu memberi penerangan. Makin bercelaru kepalanya.
“Kalau tak betul takkan orang nak buat
ini semua,” balas Nuha Qalisya sedikit geram. Geram kerana kebenaran sudah
didepan mata tetapi dia tidak mampu untuk membentangkan kebenaran itu.
“Bila masa saya kahwin…ada awak
nampak saya ambil cuti? Buat persiapan majlis perkahwinan?” soal Zariff Adam.
Nuha Qalisya diam. Dia cuba mengingatkan kembali adakah lelaki itu pernah
bercuti sebelum ini.
Setiap hari lelaki itu mengatakan
dirinya busy, lawat tapak projek, meeting. Jadi, dia tidak tahu adakah benar
setiap kata-kata itu.
“Awak busy setiap hari. Mana saya
tahu awak busy dengan kerja atau busy untuk menyiapkan majlis awak,” dingin
saja suara Nuha Qalisya.
Wajah Dania bekas tunang Zariff Adam
terbayang di ruang matanya. Dia tahu sejarah hubungan mereka tetapi tidak
pernah menyangka masih wujud ikatan kasih antara Zariff Adam dan Dania. Bukan
dia tidak pernah mencurigai kedua-duanya tetapi bila ditanya jawapan mereka
nampak seakan sama.
Saya dan Dania sudah lama putus… saya
tiada sebarang hubungan dengan Dania lagi. Jawapan sama diberikan Dania….Zariff
masa lalu saya. Kalau awak nak dia,awak ambillah. Saya boleh cari lelaki lain
yang lebih kaya. Apa kisah, saya masih muda. Beratur lelaki nak ambil saya
jadikan isteri. Lainlah awak tu, dah tua… Itulah jawapan yang dia terima. Tetapi
kini dia mula terfikir, adakah selama ini dia ditipu? Adakah mereka bermain
wayang di belakangnya?
“Gambar ini adalah kemuncak segalanya. Bukan
sekali dua benda ni berlaku dan semuanya mengaitkan Dania. Dulu, gambar majlis
pertunangan awak dengan Dania, bila saya tanya awak cakap awak pernah bertunang
dengan dia tetapi dah putus.
“Lepas tu gambar awak dan Dania bercuti
dengan famili awak di Langkawi pun awak nafikan.Awak kata gambar itu gambar
lama. Lepas tu berbalas status di FB pun awak nafikan. Awak kata Dania nak
aniaya awak selepas putus.
“Sekarang ni gambar kahwin awak pula
keluar dan terus dikaitkan dengan Dania. Jadi, apa yang awak mahu saya katakan
lagi? Awak tak bersalah?Awak di aniaya. Awak… kalau betullah dianiaya, hanya
sekali. Tak berulang kali macam ini dan dengan orang sama pulak tu. Awak
fikirlah sendiri,” marah Nuha Qalisya bagaikan tidak mampu dibendung lagi.
Dia urut dada perlahan. Cuba mencari
kekuatan diri. Nuha Qalisya menyambung kata-katanya yang terputus tadi.Nuha
Qalisya tak tahu apa yang difikirkan Zariff Adam saat ini kerana sesekali dia
lihat dahi lelaki itu berkerut seolah-olah memikirkan perkara serius.
“Awak… tak ada sekelumit pun perasaan
marah pada awak bila saya dapat tahu awak berkahwin dengan Dania kerana saya
tahu hubungan kita ini tidak akan ke mana-mana. Saya tahu, Dania bekas tunang
awak dan tidak mustahil suatu hari nanti awak dan dia bersatu semula.
“Tetapi paling saya marah awak apabila
saya tahu diri saya ditipu dan dipergunakan. Awak tipu saya Zariff. Awak dah
lupa ke kata-kata saya dulu, kalau awak dah jumpa perempuan lain beritahu saya.
Saya akan tarik diri kerana saya tahu kedudukan saya. Takkan awak nak jadikan
perempuan yang lebih tua seperti saya sebagai isteri.
“Kalau pun awak tak kisah, ada orang
lain yang akan kisah. Ibu, ayah dan seluruh keluarga awak pasti kisah.” Dia
melihat Zariff Adam meraup mukanya berkali-kali.Tangan Nuha Qalisya cuba
digenggam tetapi gadis itu pantas meleraikannya. Dia lihat Zariff Adam bagai
memikirkan sesuatu.
Biarlah apa sahaja yang ada dalam kepala
lelaki itu sekarang. Yang pasti, dia hanya mahu satu keputusan bukan saja untuk
dirinya tetapi juga untuk Zariff Adam. Buat apa teruskan perhubungan jika
kepercayaannya kepada Zariff Adam hilang sama sekali. Dia akan terus mencurigai
Zariff Adam.
“Saya minta maaf awak. Mungkin saya ni
terlalu pentingkan diri sendiri bila mengambil keputusan sebegini tetapi
sedarlah, hubungan kita ini tidak akan ke mana… kalau dulu saya agak yakin
dengan kata-kata awak tetapi sekarang saya sendiri sudah tidak yakin dengan
diri saya sendiri.Sela…” sebelum kata-kata itu disambung Zariff Adam menyampuk.
“Saya juga kecewa dengan awak sebab awak
jatuhkan hukuman sebelum awak tahu saya bersalah atau tidak. Kalau awak tanya,
jawapan saya tetap sama. Saya belum berkahwin. Saya masih bujang dan gambar
yang awak kata saya tu hanyalah super impose.
“Taknik super impose?” dungu saja
kata-kata Nuha Qalisya.
“A’ah awak tak tahu ke orang boleh buat
orang yang tiada dalam gambar tu dimasukkan dalam gambar itu. Mungkin itulah
yang dilakukan oleh musuh-musuh perniagaan saya. Mereka ambil muka saya dan
tampal dalam gambar tu. Sekali tengok memang macam real tapi sebenarnya kita
boleh nampak benda tu asli ke tidak,”
“Kira logik la awak, takkan saya tak
ingat langsung saya dah kahwin ke belum.Sehingga umur saya ini, rasanya baru
sekali saya naik pelamin, sebab jadi pengapit kawan saya Zahrul. Itu pun bukannya
duduk dikerusi pengantin pun, sekadar berdiri di sisi pengantin je” dia gelak
sendiri dengan kata-katanya itu.
Nuha Qalisya mendengus. Ada hati lagi
mamat ni nak bergurau. Selepas itu, Zariff Adam kembali serius. Jemari Nuha
Qalisya cuba diraih kembali tetapi sekali lagi cepat-cepat gadis itu menarik
tangannya. Dia tersenyum melihat kekalutan gadis itu.
“Tapi kalau awak masih kata itu saya,
buktikan. Awak cari siapa dalang yang menghantar gambar itu kepada awak. Kalau
awak tak berpuas hati lagi, call perempuan tu tanya dia sendiri. Awak
sepatutnya tanya pada dia bukan saya
kerana saya tiada jawapannya,” lontaran
suara Zariff Adam begitu berkeyakinan.
Wajah lelaki itu direnung, hatinya
kembali berbelah bagi.Aku pulak yang disuruh mencari bukti, bukan ke dia yang
perlu cari bukti untuk bersihkan namanya.Pelik betul permainan Zariff Adam
ini.Suasana tadinya yang riuh rendah kembali reda.Pastinya, pengunjung sudah
selesai menikmati makanan masing-masing.
“Terpulang kepada awak mahu percaya atau
tidak. Saya pergi dulu,” Nuha Qalisya terkedu apabila melihat Zariff Adam
bangun menuju ke kaunter pembayaran dan beberapa minit kemudian berlalu keluar
dari restoran tanpa berpaling lagi.
“Selamat tinggal awak…” airmata disapu.
Dia turut mengatur langkah ke arah Maryam yang setia menantinya sejak tadi.
Post a Comment
Pendapat?