BAB 4

Pintu bilik tidurnya dibuka dari luar. Hannah yang baru selesai solat Asar berpusing. Kelihatan Luth Mikail yang keletihan menuju ke sofa panjang disudut dinding bilik. 
Tanpa menegur Hannah, Luth mikail merebahkan tubuhnya di sofa. 
Hannah menyambung doa yang terhenti selepas Luth Mikail masuk bilik tidur tadi.
Ya Allah...
 sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash,
berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Ya Allah....
sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.
Sekiranya..
Suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Amin....
 Selesai berdoa dia meraup kedua tangannya ke muka.  Cepat saja Hannah bangun dan menyimpan sejadah yang diguna. Telekung sembahyang juga disangkut pada penyidai.
Bimbang dia melihat keadaan suaminya yang tidak seperti kebiasaan itu. Tiga minggu dia menjadi isteri Luth Mikail dia dapat membaca sedikit sebanyak perangai lelaki itu. 
Luth Mikail jarang berperangai seperti ini.
 Itu dia pasti. Sepenat mana pun lelaki itu bila balik dari kerja dirinya akan dicari terlebih dahulu. Dia mnghampiri sofa yang diduduki Luth Mikail. Terdengar dengkuran halus lelaki itu. Jarang sekali lelaki itu balik dari kerja tertidur seperti ini.
“Ada masalah di office ke?” hatinya turut meresah. Lama dia merenung wajah Luth Mikail yang lena itu.
“Atau tak sihat ke dia ni..”cepat saja tangannya singgah didahi Luth Mikail. Hatinya dijentik kebimbangan. Tak panas langsung. Desisnya. Bermakna suaminya tidak demam.
Hannah menarik nafas lega. Bimbang juga hatinya Luth Mikail tidak sihat. 
Dia berpusing mahu berlalu tetapi ada tangan memaut pinggangnya dari belakang. 
“Makkkk,” dia menjerit kuat. Ya Allah hampir putus nyawa dia dibuatnya. Terkejut yang amat sangat. Nasib baik tidak terkeluar perkataan yang bukan-bukan dari mulutnya. Dadanya diusap perlahan apabila  melihat tangan Luth Mikail yang memaut tubuhnya.
“Duduk temankan abang kejap”  dia bersuara tetapi mata masih terpejam rapat. Tangan Hannah ditarik lembut.
“Ya Allah terkejutnya saya. Awak ni kan kalau tak mengejutkan orang memang tak sah ye,” lelaki itu memberikan ruang untuknya  duduk bersebelahan.
“Sorry... tak sangka pula sayang boleh terkejut macam tu,” Luth Mikail  masih tidak melepaskan jari jemari Hannah.
 Sesekali jemari Hannah dibawa ke bibirnya dan Hannah juga tidak pula berusaha melepaskan genggamannya.  Mungkin berkat solat berjemaah Subuh tadi agaknya. Desis Luth Mikail.
“Bukan awak tidur ke tadi. Tipu saya ye?” soalnya. Wajah Luth Mikail direnung. Imannya yang semakin mendapat tempat dihatinya. Makin direnung makin tenang jiwanya. Ada rasa damai disitu.
“Tadi memang abang dah lena sampai abang sempat bermimpilah. Dalam mimpi abang tu  ada seorang perempuan cantik dia pegang dahi abang. Lembut sangat tangan dia sampai sekarang abang terasa rasa lagi tangan dia menyentuh dahi abang ni,” Hannah tarik muncung. Suka sangat menyakat orang.
“Banyak kerja ke?”soal Hannah prihatin. Kasihan dia melihat wajah lesu Luth  Mikail.
“Mmm... biasalah sayang orang berniaga memang macam ni. Rezeki Allah takkan kita nak bersungut pula kan. Kalau tak banyak kerja maknanya bisnes depa tu tak jalan tak  macam bisnes abang tu,” balas Luth Mikail.
Dia  bangun dan membuka baju kerja yang dipakai. Dicapai t shirt dan kain pelikat dalam almari. Amboi..amboii sempat lagi Luth Mikail mengangkat dirinya desis Hannah.
Dia memejam mata apabila melihat dengan selamba lelaki itu membuka baju didepan matanya. Kelihatan tubuh sasa si suami. Tak senonoh betul.
“Aik tutup mata pula?” kata Luth Mikail bila dia melihat Hannah memejam rapat kedua-dua matanya.
“Pakai baju tu. Tak senonoh betul awak ni,” marah Hannah. Cepat saja dia campak tuala kearah Luth Mikail.
“Ya Allah itu yang sayang malukan. Abang ni suami sayang. Takkan nak tengok tubuh badan suami sendiri pun sayang segan dan malu,” gelihati pun ada. Geram pun ada juga. Dia menarik tangan Hannah.
“Buka mata... abang kata buka mata tu,” arah Luth Mikail.
“Tak tak..”
“Buka mata abang cakap,” dia terus memaksa. 
“Pakai baju dulu,” Hannah bersuara. Matanya masih terpejam rapat. Kedengaran gelak kecil Luth Mikail.
“Dah.. abang dah siap pakai baju. Apalah sayang ni. Malu tak bertempat. Takkan sampai bila-bila sayang tak nak pandang tubuh abang.Tak kan abang tak boleh nak tanggal baju langsung,” marahnya.
Hannah membuka mata. Dia tersengih melihat Luth Mikail sudah siap berpakaian. Tubuhnya sudah disarung dengan kemeja T tanpa lengan. Masih juga mahu menunjukkan lengan yang berotot.
“Tak boleh ke pakai elok-elok sikit ke?” soal Hannah.
 “Ya Allah sayang ni dah kira elok dah ni. Takkan abang nak berjubah macam pak Arab tu kat dalam bilik sendiri,” dia kembali  berbaring. Penat badan masih lagi. Sejak pagi dia tidak masuk office sebaliknya diheret Aidil ke projek mereka yang bermasalah di Kajang.
“Awak dah solat ke?” soal Hannah bila melihat suaminya berbaring. Mereka saling ingat mengingati. Kalau dia lupa, Luth Mikail yang akan mengingatkan dirinya tapi yang banyaknya dialah yang mengingati Luth Mikail.
“Kejap lagi. Abang nak rehat kejap,” katanya sambil matanya tertutup rapat. Hannah mengeluh. Inilah yang dia tidak suka tentang lelaki itu. Luth Mikail sering melengah-lengahkan solat sedangkan solat itu tiang agama.
“Awak... solat dulu lepas tu nak tidur awak tidurlah. Mati ni tak menunggu kita tau. Dalam tidur pun awak boleh mati. Saya bukan nak takut-takutkan awak, tapi macam tulah bayangkan time tu kita belum lagi bersolat tetapi Allah dah ambil nyawa kita,”  serentak itu mata Luth Mikail terbuka luas.
Dia mengeluh. Hannah punya nasihat memang kaw-kaw punya. Boleh jadi insaf sesiapa yang mendengarnya. Tanpa banyak soal dia bangun menuju ke bilik air.
Tersengih-sengih Hannah melihat wajah keruh  Luth Mikail.
“Saya sayangkan awak sebab tu saya buat macam tu. Saya nak kita sama-sama berada dalam syurga nanti. Mahu awak terus menjadi imam saya sampai bila-bila,” dia berkata perlahan
Beberapa minit kemudian Luth Mikail siap berbaju Melayu dan berkain pelikat. Sejadah dibentang dan dia mula bersolat. Ralit Hannah memerhati sehingga lelaki itu selesai memberi salam.
“Assalamualaikum warohmatullah...” dia berpaling ke kanan.
“Assalamualaikum warohmatullah..” salam diberi disebelah kiri dan kemudian mukanya diraup.
Luth Mikail mula menadah tangan. Dia mula larut dalam doanya. Sahut-sahut Hannah dapat menangkap doa yang dibaca suaminya. Tanpa diduga airmatanya menitis membasahi pipinya. Entah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya cepat tersentuh.




*****

“Sayang tak keluar ke mana-mana ke?” soalnya. Dia baru selesai mengerjakan solat Asar. Hannah mengambil kemeja yang disangkut Luth Mikail di kerusi tadi dan dimasukkan ke dalam bakul baju kotor di hujung katil.
Hannah geleng.
“Tak boring ke duduk rumah hari-hari?”  soalnya lagi. Hannah yang baru mengasingkan pakaian kotor dalam bakul menghampiri Luth Mikail.  Dia duduk disebelah Luth Mikail.  
“Nak boring apanya. Masa saya sekarang terisi.  Tak sempat nak rasa boring  pun. Bersembang dengan Mak Senah tu pun satu kerja juga tau,” balas Hannah selamba. Tergelak dia mendengar kata-katanya sendiri.
Memang pun masanya lebih banyak dengan Mak  Senah. Pagi petang siang malam hanya Mak Senah yang dia ada di rumah. Nak harapkan penghuni lain semuanya busy dengan aktiviti masing-masing.
“Sembang dengan Mak Senah ke bergossip. Bukan abang tak tahu sayang banyak korek rahsia abang dengan Mak Senah,” jari jemarinya menyentuh bibir si isteri.  
“Hish mana ada. Jangn main tuduh-tuduh nanti berdosa. Buat apa saya nak korek rahsia awak. Baik saya tanya tuan punya badan sendiri. Tangan tu boleh duduk diam tak,” Hannah cuba mengelak tangan Luth Mikail dari terus merayap di mukanya.
Hish macamana dia boleh tahu ni. Takkan Mak Senah bercerita pada Luth Mikail pula. Cover Hannah cover. Jangan sampai suami kau perasan aktiviti harian kau kat rumah. Dia pandang Luth Mikail tetapi wajah lelaki itu langsung beriak.
“Abang tak kisah pun. Abang lagi suka bila sayang mahu tahu kisah abang. Sebab sayang tnaya kepada orang yang betul. Selain keluarga abang Mak Senah juga antara yang banyak menyimpah rahsia abang” ujarnya.
Kalau tadinya dia berbaring sekarang ni dia meniarap. Kedua-dua tangannya ditopang ke dagu. Hannah turut dipaksa berbaring disebelahnya.  Mahu tak mahu Hannah terpaksa juga merebahkan badannya. Sesekali dia cuba menjarakkan tubuhnya dari Luth Mikail.
“Banyak sangat ke rahsia awak?” soal Hannah. Dari tadi lagi dia menahan diri untuk bertanya. Nanti tak pasal-pasal dituduh gelojoh pula.
“Aik.. takkan Mak Senah tak bercerita pasal abang. Dia tak cerita ke berapa ramai kekasih abang dulu. Si A, si B, si C si D bla..bla... Takkan satu pun dia tak cerita. Cerita pasal si A ni pakai baju tak cukup kain. Si B pula mengada-ngada,” soal Luth Mikail.
Cepat saja Hannah menggeleng. Wah ramainya bekas kekasih dia. Ada si A, ada B dan ada si C. Yang dia tahu seorang saja nama Aqilah itu pun kerana adik iparnya, Luqman Hakim yang bercerita. Mungkin si A tu mewakili Aqilah kot, dia membuat andaian sendiri.
“Hish mana ada. Awak ni main tuduh-tuduh pula. Mak Senah kan baik takkan dia nak cerita yang buruk-buruk tentang kekasih awak. Dia asyik puji awak saja. Awak baiklah. Awak baguslah semuanya awak sempurnalah,” marahnya. Buat muka tidak berpuas hati.
 “Bukan abang tuduh pun. Abang tak kisah pun kalau Mak Senah bercerita dengan sayang. Cuma abang pelik pula bila Mak Senah tak bercerita. Iyalah  kekasih-kekasih abang dulu semua dia reject. Tapi dengan sayang tak pula dia buat macam tu. Malah dia boleh terima sayang. Siap boleh jadi gang lagi tu,”
Hannah tersengih. Dia akui itu. Bukan setakat Mak Senah, malah seluruh ahli keluarga Luth Mikail menerima kehadirannya dengan baik.
“Hanya kami berdua ada kat rumah ni. Jadi dengan siapa lagi saya nak bercakap kalau tidak dengan Mak Senah. Nak harapkan awak temankan saya, memang taklah. Awak pun balik kerja dah malam,” dia membela dirinya.
Memang kadangkala dia rasa sunyi tetapi takkan dia mahu berterus terang dengan Luth Mikail mengenai kesepiannya itu. Silap hari bulan suaminya mahu dia menunaikan tanggungjawab yang satu itu sedangkan dia masih belum bersedia kearah itu.
Dia masih lagi trauma dengan tragedi lima tahun lalu. Dia masih tidak mampu melupai kejadian berkenaan. Nasib baik Luth Mikail tidak pernah menuntut dan menunggu sehingga dia bersedia.
“Sayang nak kerja balik?” soal Luth Mikail. Lembut saja pertanyaannya.
Memang dia yang meminta Hannah berhenti kerja. Tidak sanggup dia melihat Hannah bergaul dengan lelaki biarpun dia tahu lelaki itu semua adalah rakan sekerja dan pelanggan tempat kerja Hannah.
“Abang terlalu memaksa sayang?” soalnya lagi.
Hannah geleng. Menafikan walhal dalam hatinya mengiyakan kata-kata Luth Mikail.
“Sayang nak kerja semula?”
Hannah geleng lagi. Kalau diikutkan memang dia mahu bekerja tetapi melihat ketidaksanggupan Luth Mikail melepaskan dia bekerja, Hannah terpaksa akur. Syurga kan dibawah telapak kaki suami sekarang ni.
“Abang mengalah kalau sayang nak kerja. Tapi bukan kerja di tempat lama. Sayang boleh kerja dengan abang. Jadi secretary abang. Rasanya lebih baik sayang yang uruskan abang sekarang,”
Bulat mata Hannah mendengarnya. Jadi secretary? Bekerja dengan Luth Mikail? Di rumah pun kadangkala dia tidak terlayan sikap gatal suaminya kalau ditempat kerja lagi lah dia tak sanggup.
Mana tahu Luth Mikail tak dapat membezakan antara rumah dengan tempat kerja. Dibuatnya lelaki itu lupa mereka berada di tempat kerja nanti tak pasal-pasal menjadi buah mulut pekerja.
Laju saja Hannah menggeleng. Tak sanggup dia.. tak sanggup. Telatah Hannah mengundang gelak Luth Mikail. Comel saja telatah Hannah dimatanya.
“Habis tu nak duduk rumah?” soalnya.
Dia geleng.
“Hah.. kata tak nak kerja tadi,” soal Luth Mikail.
“Saya nak kerja tapi tak nak kerja kat tempat awak,” pendek saja dia menjawab.
“Abang tak izinkan sayang kerja kalau bukan dengan abang. Ini keputusan abang hari ini. Esok lusa abang tak tahulah. Kot-kot abang hilang ingatan abang akan bersetuju sayang kerja tempat lain,” selamba dia membalas.

P/S : Bagaimana? Komen kat bawah pendapat anda tentang Hannah dan Luth Mikhail!