BAB 5
Suasana di
kediaman Datuk Muzafar dan Datin Sofiah masih riuh. Selepas kenduri tahlil
selesai tadi msih ramai rakan taulan dan sanak saudara mereka masih berkumpul.
Hannah yang
masih didapur bersama Mak Senah tidak pula berhajat untuk turut serta diruang
tamu. Dia lebih rela membantu Mak Senah
membersih pinggan kotor dari mengadap saudara mara ibu mentuanya.
Sesekali sempat lagi telinganya menangkap
suara riuh rendah di ruang tamu.
“Kenduri malam
ni sempena apa Mak Senah?” soal hannah. Tak ada angin tak ada ribut Datin Safiah dan Datuk
Muzafar membuat kenduri. Bukan kenduri kecil-kecil tetapi dia lihat dekat 1,000
tetamu juga yang hadir malam ni.
“Entah mana Mak
Senah tahu. Takkan umi mentua kamu tak beritahu,” soal MakSenah. Mulut
berkata-kata tetapi tangan ligat membuat kerja. Wajah Hannah langsung tidak
dipandangnya.
Hannah tersengih.
Hannah tersengih.
“Buat apa mak datin tu nak beritahu Hannah?” soalnya. Dia
tak nampak ada kepentingan dia disitu. Soalan Mak Senah pun macam tak kena
saja.
“Eh dia ni…awak tu kan menantu di rumah ni. Bukan ke dia
cerita pada kamu dua hari lepas nak buat tahlil?” soal Mak Senah. Hannah
menepuk kepala. Hish kenapalah dia jadi pelupa sangat. Memanglah Datin Safiah
ada bercerita dengannya tetapi dia langsung tidak teringat.
“Hannah lupalah. Mak datin ada bercerita dengan Hannah
tetapi boleh pula Hannah terlupa. Agaknya Hannah makan semut banyak sangat,”
guraunya.
“Mak datin tu siapa?” soal Mak Senah.
“Datin Safiah,”
“Siapa Datin Safiah tu?” soal Mak Senah.
“Umi mentua Hannahlah. Apalah Mak Senah ni, itu pun tak
tahu. Semua orang tahu dia tu mak mentua Hannah,” balas Hannah.
“Tahu pun kamu yang mak datin tu umi mentua kamu. Habis
yang kamu berdatin-datin tu apa hal. Tak ke sakit telinga Mak Senah mendengarnya.
Mak Senah ingat dah hilang gelaran mak datin kamu tu rupanya masih ada lagi.
“Tak baik panggil mak mentua sendiri macam tu. Dengar kat
umi kamu tu kecil hati dia,” nasihat Mak Senah. Budak ni makin dilarang makin
dibuatnya. Bukan tidak pernah dimarah tetapi makin menjadi-jadi pula dia.
“Sorry Mak Senah tersasul tadi,” dia tersengih-sengih .
Tahu kesilapan yang dia lakukan. Kenapa susah betul dia mahu membahasakan Datin
Safiah umi, sedangkan wanita itu sikit punya baik dengannya.
“Banyaklah kamu punya sasul. Bukan hari-hari kamu panggil
dia mak datin ke?” soal Mak Senah.
“Hannah tak
nak keluar berborak kat luar ke,?” soal Mak Senah.
“Hish tak
mahulah Hannah. Tengok muka saudara mara umi tu buat Hannah
berfikir berpuluh kali untuk melepak bersama mereka. Menyombong nak
mampuih,” Sempat tadi Datin Sofiah
memperkenalkan dirinya.
Maik aiii
nak pandang orang pun tidak. Menjeling dengan ekor mata saja.
“Kamu ni dah
kenapa. Mak senah ingat dah hilang gelaran mak datin kamu tu. Masih ada lagi
rupanya. Tak baik panggil mak mentua sendiri macam tu. Dengar kat umi kamu tu
kecil hati dia,” nasihat Mak Senah.
Hannah
tersengih-sengih. Tahu kesilapan yang dia lakukan.
“Maaf Mak Senah.
Bukan sengaja pun tadi.. tapi sanak saudara umi tu boleh tahan berlagak juga. Yang
pakai kebaya pendek tu. Tengok orang siap nak menjeling lagi,” Hannah bersuara.
“Yang mana satu? Ada ke pakai kebaya tadi?
Mak senah tak perasanlah,” dia cuba mengingatkan balik mana-mana saudara mara
Datuk Muzafar dan Datin Sofiah tapi
langsung tidak nampak gambarannya.
“Mana ada,” hish
Mak Senah ni dia yang tanya dia juga yang
tolong menjawab untuk kita. Desis Hannah.
“Adalah Mak
Senah. “Adalah Mak Senah. Perempuan yang pakai kebaya biru tu. Yang pakai
tudung macam mak-mak datin tu. Alah mak senah ni geram pula kita asyik berkepit
dengan Mika tu sampai mata Hannah ni pun berbulu melihat mereka,” Hannah tarik
muncung.
Oohhh.. Mak
Senah tersenyum mendengar kata-kata Hannah. Agaknya hati Hannah terusik melihat
suaminya berkepit perempuan lain. Kata
tak kisah tapi hati lain pula katanya.
“Apa senyum-senyum. Nak mengata Hannahlah
tu,” cebek Hannah. Muncung sudah panjang sedepa.
Bukan dia tak perasan senyum Mak Senah itu. Senyum mahu mengena orang.
“Ada pulak
macam tu. Mak senah senyum sebabnya Mak Senah bersyukur,” dia tadah kedua-dua
tangannya.
“Berrsyukur?
Tak faham Hannah,” Sejak kebelakangan
ini dia rasa otaknya makin lembab bekerja.
“Sebabnya…”
“Sebab apa?”
dia sudah tidak sabar. Hish Mak Senah ni boleh pulak dia buat main-main.
“Ada orang tu hati dia dah terusik, tapi tak nak mengaku.
Cubalah jangan ego sangat. Kalau dah suka tu mengaku sajalah, habis cerita,”
nasihat Mak Senah.
“Kalau Hannah mengaku apa Hannah dapat?” saja dia layan
Mak Senah.
“Dapat apa..dapat laki kamu tu lah,” balas Mak Senah.
Hannah tarik muka.
“Malas nak
layan Mak Senah. Tak cerita pun Hannah tak kisah. Bukan penting mana pun cerita
perempuan tu,” Geram pula bila Mak Senah buat-buat tak tahu.
“Ohh..yang
tu. Lain kali tu cakaplah perempuan yang berkepit
dengan Mika tu,” Hannah pandang Mak senah. Aik tadi kata tak nampak
sekarang ni siap kata berkepik dengan
Luth Mikail.
“Tadi kat
tak tahu. Sekarang tahu pula perempuan tu berkepik dengan Mikail. Siapa dia tu.
Berlagak betul,” soal Hannah. Hangat pula hati dia. Dah lah Luth Mikail dia
lihat macam redha saja bila dipeluk.
“Dah kamu
cakap dia asyik berkepik dengan Mika,
tu Mak Senah cakap,” ya Allah Hannah rasa mahu hantuk kepalanya di dinding. Mak
Senah memang kaki loyar, ada saja benda yangdia nak loyarkan.
Hannah tarik
muncung.
“Dah la
malas Hannah nak layan Mak Senah,” dia bangun.
“Iyalah…iyalah…
tu anak Puan Sri Juhara. Anak nombor dua dia tu. Budak tu memang macam tu
perangai dia, kalau dengan Mika memang
manja. Alah budak-budak tak payah cemburulah,”
Budak-budak? Tang mana budaknya
lagi. Dia tak nampak pulak perangai budak-budak. Gedik semacam
adalah.
“Apa dia
buat kat Hannah?” tanya Mak Senah. Tak senonoh betul Mak Senah ni, desis Hannah.
Ada ke tangan basah dikesat pada baju kurung yang dipakai.
“Mak senah ni ada ke baju jadi sasaran Mak
Senah. Ambil tuala bersih ni,” dia hulur tuala good morning kepada pembantu
rumahnya .Tuala diberi hannah tadi dicapai.
Duduk dengan hannah banyak btul pantang larang. Itu tk boleh ini tak
boleh.
“Alah tangan
Mak Senah ni bukan kotor pun. Baru saja cuci tadi. Ni Mak Senah nak tanya apa dia dah buat kat
Hannah?” bimbang juga dia, mana tahu Ayumi bagi penampar Jepun ke muka Hannah.
Wajah Hannah direnung.
“Tak adalah
dia buat apa-apa kat Hannah. Mata dia tu saja yang menyakitkan hati Hannah.
Tengok orang macam Hannah ni makhluk asing,” balas Hannah.
“Ooohh..Mak
Senah ingat dia ada sekeh kepala Hannah. Tu yang berangin semacam,”dia
berlawak. Dia yang ketawa.
Hannah jegel matanya. Ada pula ke situ
fikiran pembantu rumahnya. Nak buat
lawak pun tengoklah dulu sama ada dia ni sedang mood baik ke tidak.
“Tak payah nak serabutkan kepala sangat. Memikirkan benda
ni, banyak lagi perkara yang boleh Hannah fikirkan,” ujarnya. Tangannya ligat
memasukkan pinggan yang baru siap dicuci ke
dalam bakul.
Hannah mengeluh. Kalau bercakap dengan Mak Senah
inilah jadinya. Semua okey, semua terkawal. Dia ambil pinggan kosong..nasi
dalam periuk disenduk. Sejak tadi perut minta diisi.
“Kenapa tak
makan kat luar?” soalnya. Hannah yang baru nak menyuap nasi ke mulut memandang ke arah Mak Senah.
“Tak kuasa Hannah.
Dari Hannah mengadap muka mereka baik Hannah makan kat dapur. Makan sambil
mengadap muka Mak Senah lagi bagus daripada mengadap muka mereka,” bersahaja
dia berkata.
“Hish ada
pulak macam tu. Awak tu menantu kat rumah ni bukannya orang gaji macam Mak
Senah,” boleh pula Mak Senah buat cerita
sedih.
“Apa citer sedih-sedih
ni. Mak Senah bukan setakat orang gaji di rumah ni tapi lebih daripada itu.
Mika cakap dia hormatkan Mak Senah seperti dia hormt dan sayangkan umi,” ujar Hannah.
Dia dapat
melihat air mata wanita tua itu bergenang. Bukan setahun dua Mak Senah tinggal
di rumah agam itu, sejak Luth Mikail dan adik-adik iparnya masih kecil.
Membesar di tangan Mak Senah.
“Tak naklah
cerita sedih-sedih. Apa kata esok Mak Senah ikut Hannah keluar. Kita boleh
cuci-cuci mata. Ramai tau jejaka ganteng yang boleh kita mengurat,” bulat mata
wanita itu mendengarnya. Ada ke dia diajak mengurat.
“Tak kuasa
Mak Senah. Kamu pergilah. Ni zaman kamu zaman Mak Senah dah lama berlalu. Tapi
kalau ada jejaka ganteng nanti jangan lupa beritahu dia, Hasnah Bahadur kirim
salam. Hannah sudah tersengih-sengih. Memang Mak Senah
tak beragak-agak langsung.
“Siapa nak pergi cuci mata?” tiba-tiba
ada suara dari belakang.
“Oh mak kau..” Hannah urut
dada. Mamat ni kalau tak mengejutkan orang memang tak sah. Nasib baik jantungnya masih sihat walafiat.
Kalau tidak ada juga yang terkejung di katil hospital nanti.
Tersengih-sengih Luth Mikail. Tahu sangat tabiat isteri yang kaki latah itu. Dah macam
tu, nak juga dia mengusik si isteri.
“Sorry..sorry macam tu pun
boleh terkejut ke? Apadaa...” dia duduk bersila disebelah Hannah. Pinggan nasi
Hannah ditarik. Hannah pandang. Ya Allah suka-suka dia saja.
“Awak ni...saya tengah makan ni,” Hannah tarik
semula pingan nasinya.
“Kita kongsi okey… saya pun
belum makan lagi ni. Makan kongsi macam ni seronok tau,” dia tarik semula
pinggan nasi Hannah. Bukan dah tak ada nasi tapi makan berdua macam ni lebih
terasa romantiknya.
“Awakkkk..”nada suaranya naik satu oftah.
“Ya Allah budak bertuah ni depan rezeki juga
dia nak bergaduh,” Mak Senah jegel mata. Sakit pula mata dia melihat pergaduhan
ala-ala manja tak bertempat antara suami isteri di depan matanya itu.
“Dia ni Mak Senah, nasi orang
juga dia yang dia berkenan. Duduk ramai-ramai kat luar tadi tak kan tak makan lagi,”
marah Hannah.
Mak Senah pandang Hannah.
“Dia tu siapa. Bukan suami
kamu ke? soalnya dengan nada tinggi. Biasa sangat macam tu langsung tak
hormatkan suami. Luth mikail tersengih.
Mahu rasanya dia melompat bintang mendengar kata-kata pembantu rumahnya.
“Kamu pun jangan rasa kamu tu
betul. Yang kamu melayan si Ayumi lebih-lebih
tu kenapa. Kamu tu dah kahwin. Ni hah
bini kamu ada depan mata ni. Dia dah sakit mata bebenor tengok kelakuan kamu
tadi,” Hannah tarik muncung itik.
“Tarik..tarik.. kamu ingat
cantik sangat tarik muncung macam tu? Bukan kamu ke yang membebel tadi? Sakit
mata tengok budak tu duduk merenyam dengan laki kamu,” soal Mak Senah. Wajah
Hannah yang kelat-kelat masam itu direnung.
Aik dia pula yang kena. Desis Hannah. Huaaa
mana aci. Mana dia sakit hati melihat
Luth Mikail dengan perempuan tu. Dia cuma cakap saja, bukan ada maksud apa-apa
pun. Dia pandang Mak Senah.
“Mana ad….” Kata-katanya
terhenti.
“Ada yang sakit hati ke Mak
Senah?” soal Luth Mikail. Bibirnya sudah mengukir senyuman. Yehaaa!!! Raisya
Hannah sudah menunjukkan sikap sebenar seorang isteri. Cemburu apabila ada wanita
lain cuba mendekati suami. Dia renung Hannah.
“Apa renung-renung?” soal
Hannah. Geram dia dengan Mak Senah yang tidak reti untuk menyimpan rahsia. Tak
pasal-pasal Luth Mikail merasakan kemenangan berpihak kepadanya.
“Ada orang jealous tapi tak mengaku. Kan dah
kantoi,” Luth Mikail mengenakan Hannah. Tahu sangat dia, isterinya tidak akan
mudah-mudah mahu mengaku dia cemburu wanita lain bermesra dengan suaminya.
Dia pandang pembantu rumahnya.
“Mak Senah ada orang cemburukan Mika. Bestnya,” Pap! Bahu
kirinya ditepuk kuat. Mak Senah sudah menjegel matanya.
“Yang awak gembira sangat ni kenapa? Suka tengok isteri
masam muka macam tu. Suka sangat tengok isteri berprasangka?” marah Mak Senah.
Luth Mikail mengusap bahu. Huh kuat gila pembantu rumah membedalnya.
“Sakitlah. Kalau Mika cedera nanti Mak Senah nak tolong
ubatkan?” soal Luth Mikail. Matanya dihala kepada Hannah yang sejak tadi
tersengih-sengih. Dia nampak Hannah menunjukkan tanda bagus sebentar tadi.
“Takkan tepuk macam tu boleh jadi cedera. Agak-agaklah
kalau nak tagih simpati orang pun. Dah pergi basuh tangan tu, lepas tu tolong
Mak Senah kemaskan semua pinggan mangkuk ni. Alang-alang kamu dah ada kat dapur
ni,” arah Mak Senah.
Bulat mata Luth Mikail mendengarnya. Kemas pinggan
mangkuk? Itu bukan kerja perempuan ke? Desisnya. Dalam bersungut, tangannya
mencapai tuala good morning. Patuh juga dia dengan arahan pembantu rumahnya.
“Bagus.. macam tulah suami mithali. Mak Senah cukup
berkenan bila lelaki buat kerja rumah macam ni. Boleh jatuh cinta Mak Senah
dibuatnya. Tak begitu Hannah? Zaman sekarang nak cari spesis macam Mika ni
memang dah tak ada. Stok dah kurang sangat” selamba dia mengenakan Luth Mikail
Hannah tergelak.
“Suami Hannah ni kira stok terhad macam tu ke Mak Senah?
Kira barang berkualitilah ni. Ya Allah untungnya Hannah,” kata Hannah usai
gelaknya. Dia lihat Luth Mikail mengetap gigi.
“Siap Hannah saya kerjakan lepas ni,” bisik Luth Mikail
ke telinganya.
“Takutnyaaaa…Ya Allah takutnya saya…” Hannah tergelak-gelak lagi. Suka betul dia malam ni dapat mengenakan Luth Mikail. Kalau tidak, semedang saja dia yang terkena. Makin bengang Luth Mikail dibuatnya. Pantas saja tangan isterinya ditarik.
“Takutnyaaaa…Ya Allah takutnya saya…” Hannah tergelak-gelak lagi. Suka betul dia malam ni dapat mengenakan Luth Mikail. Kalau tidak, semedang saja dia yang terkena. Makin bengang Luth Mikail dibuatnya. Pantas saja tangan isterinya ditarik.
Gedebuk! Tanpa amaran Hannah jatuh dalam dakapan lelaki
itu. Tubuh Hannah didakap erat. Pipi gebu Hannah dikucup lembut. Terkial-kial
Hannah mahu melepaskan dirinya.
“Nak pergi mana. Tadi bukan main berani lagi mengenakan
saya sekarang ni pandai pula nak larikan diri,” Tubuh isterinya makin erat
dipeluk. Terkapai-kapai Hannah dibuatnya.
“Mmm… sakit pula mata Mak Senah melihatnya. Mak Senah
bagi peluang hari ni tapi jangan lebih-lebih. Ni dapur bukannya bilik tidur,”
suara Mak Senah kedengaran. Dia bangun meninggalkan dapur.
“Baik boss..” balas Luth Mikail.
“Ya Allah budak ni. Kamu
berdua ni dah kenapa? Dah tak ada tempat sangat nak berasmara?” tiba-tiba ada
suara perempuan memetir dari arah belakang. Hannah yakin sangat, suara itu
datangnya dari peti suara Datin Sofiah.
Hannah usap dada!
Terkejut beb! Cepat saja dia menolak tubuh Luth Mikail. Tadi kalau Datin Sofiah
tak menjengah ke dapur dia pasti dia sudah tangkap lentuk dengan suami sendiri.
“Apa kamu buat ni? Mika?
Hannah? Dah tak ada tempat lain dah selain dapur?” soal Datin Sofiah. Dia
pandang Mak Senah.
“Kamu jangan pandang akak
macam tu. Manalah akak tahu deme ni nak buat kerja tak senonoh di sini. Akak
tinggal dia orang ni sekejap saja. Pergi ambil pinggan mangkuk kotor kat ruang
tamu tadi,”
Mata Luth Mikail bulat.
Mak Senah sudah main taktik kotor. Tadi bukan dia yang memberi kebenaran untuk
dia bermesra dengan Hannah. Dia pandang Mak Senah, ternampak senyuman pembantu
rumahnya itu.
“Awaklah. Lain kali
jangan buat tak senonoh kat sini. Semua ni salah awak,” bebel Hannah. Muka dia
malu empat inci. Nasib baik umi mentuanya yang muncul didapur tadi, kalau tetamu
lain, tak ke haru dibuatnya.
“Apa pula saya. Hannah
tu. Peluk saya erat sangat sampai saya tak boleh nak lepaskan diri,” selamba
Luth Mikail berkata. Dia tayang muka tak bersalahnya.
Hannah cubit lengan
lelaki itu. Suka hati saja buat statement maut macam tu. Macamlah dia
terhegeh-hegeh sangat nak peluk Luth Mikail. Baru saja dia mahu membalas Datin
Sofiah bersuara dengan nada tegas.
“Dah..dah.. nasib baik
umi yang masuk dapur, kalau sanak saudara masuk sini tadi tak ke malu Hannah.
Kamu ni Mika, kalau dah kemaruk sangat ajak isteri masuk bilik, orang tak
nampak, mata kami pun tak sakit,” marah Datin Sofiah.
Wajah Hannah kelat-kelat
masam. Ni semua salah Luth Mikail tetapi dia pula yang kena serang hendap. Dia
lempar jelingan maut kepada Luth Mikail, biar lelaki itu dia sedang marah
sekarang.
Kedengaran gelak Luth
Mikail.
“Amboi..amboi gembira
hati nampak. Suka sangat kan buat Hannah macam tu,” marah Datin Sofiah. Bukan
dia tak nampak tadi Hannah berhempas pula cuba meleraikan pelukan si suami. Cepat saja Luth
Mikail melepaskan pelukannya. Tersengih dia mendengar kata-kata uminya sebentar
tadi. Dia toleh kearah Hannah, kasihan pula melihat wajah terkulat-kulat si
isteri.
P/S : Macam mana? Suka tak? Komen please :)
“Jangan dilayan si
Mika tu Hannah, jom ikut umi keluar. Umi nak perkenalkan Hannah dengan ahli
persatuan umi. Nanti kalau terjumpa bolehlah tegur-tegur,” dia tarik tangan
Hannah.
Mahu tak mahu
Hannah mengekori langkah umi mentuanya. Sempat dia melihat senyuman sengit
lelaki itu. Bukan itu saja Luth Mikail turut mengenyitkan matanya. Huh, benci
betul dia bila melihat kegatalan tahap ulat bulu suaminya itu.
“Lyn perkenalkan
menantu aku, Hannah,” Hannah hulur tangan untuk bersalam. Setakat bersalam
hujung kuku sajalah. Nampak sangat mak datin didepannya itu tidak mesra alam.
Tidak seperti umi mertuanya.
“Datin apa
khabar?” soalnya berbasa basi. Malas mahu menjadi peramah sangat bila melihat
Datin Lyn yang bersikap dingin dengannya.
“Mmm.. baik. Ni ke
menantu kau Sofi?” soal Datin Lyn. Dia pandang Datin Sofiah.
“A’ah… menantu
aku. Isteri Mika,” balas Datin Sofiah. Ada nada bangga di situ apabila
memperkenalkan Raisya Hannah kepada temannya.
“Mana si Mika
kutip budak ni. Tak cantik langsung. Aku tengok macam budak kampung saja. Hish
anak kau ni pun kalau nak cari jodoh agak-agaklah. Takkan cari yang macam ni
kot,” berubah wajah Datin Sofiah dan berubah juga wajah Hannah. Hannah tarik
nafas. Sabar Hannah..sabar. Jangan dilayan perempuan yang tidak cukup akal ini.
“Apa masalah kau
sebenarnya ni Lyn. Menantu aku cukup punya hebat. Bekerjaya, cantik, pandai
memasak, pandai menguruskan rumah tangga,” Hannah terasa mahu tergelak apabila
Datin Sofiah memujinya. Terima kasih umi. Desisnya.
Dia rasakan ada tangan
mengenggam erat jari jemarinya. Dia angkat muka, Luth Mikail berdiri
disebelahnya. Langsung dia tidak perasan kehadiran lelaki itu.
“Auntie ni ada
masalah ke? Siapa auntie mahu
mengutuk isteri saya. Hannah jauh lebih bagus daripada anak auntie si Intan tu. Mungkin tak sempurna
di mata orang, tapi dimata saya,
dialah paling sempurna,” balasnya.
Jari jemari Hannah makin kuat digenggamnya.
Hannah tersenyum.
Lega mendengar kata-kata Luth Mikail. Dalam diam dia berterima kasih kepada
lelaki itu yang sanggup mengangkat darjatnya setinggi mungkin dihatinya.
Datin Lyn diam.
Mukanya tebal seinci. Tadi dia ingatkan
temannya itu akan menyokong kata-katanya tetapi rupa-rupanya tidak. Datin Sofiah sudah berubah selera, desisnya.
“Dahlah Lyn. Aku
tak pernah memandang rendah pada anak menantu kau selama ini. Jadi aku harap kau pun begitu juga. Baik kau
jaga anak menantu kau tu,” balas Datin Sofiah. Alang-alang temannya dah
berkata-kata.
“Aku ke sana
kejap. Kau sembang-sembanglah dulu,” Datin Sofiah melemparkan senyuman. Biarlah
walau apa pun, Datin Lyn atau Haslinda tu rakannya sejak berbelas tahun lalu.
Takkan dengan kata-kata itu merenggangkan persahabatan mereka.
“Jom Hannah ikut
umi,”
“Saya minta diri
dulu,” Hannah pandang Datin Lyn.
Datin Lyn angguk.
Dia hanya memerhati langkah teman bersama menantunya makin menjauh. Dia pun
salah bermulut celupar sangat. Kan dah kena. Dia akui Hannah memang tak kalah
cantiknya tetapi disebabkan dia cemburu
dia sanggup berkata begitu.
Dia melepaskan
keluhan. Kasihan anaknya, sejak dulu
lagi Intan memang mencintai Luth Mikail. Nampak gayanya
Intan akan menangis tak berlagu nanti.
P/S : Macam mana? Suka tak? Komen please :)

Bestttt nk lagi hihihi
ReplyDeleteSuka2...haha, hannah dah semakin bleh trima mika
ReplyDeleteSuka sgt...hahah..padan muka hannah..suka sgt kenakan Luth Mikail...heheh..kan dah kena....pas ni wat lagi part2 bergula..ekekekk...
ReplyDeletewahhhh...bestnye.....enjoy sgt2......sbb hannah blh terima luth
ReplyDeleteSuka3....
ReplyDeleteSuke2....nk lg
ReplyDeleteSweetness overload!💏sambung pls.lama tunggu sampai lupa jln cerita.nk kena buat revision ni
ReplyDeleteSuka! Nak lagi nak lagi!
ReplyDeleteBest next pls
ReplyDeletenak lagiii nak lagiiii plisss writer....
ReplyDeleteThank you all :). Tunggu ya bab seterusnya :)
ReplyDeleteComel je luth dan hannah ni, sweet. Best wawa
ReplyDelete