BAB
10
“Mohlah
kita bersarapan dulu. Abah pun dah lapar ni. Kejap lagi turunlah isteri kamu
tu. Jangan bimbang tak lari ke mana dia pun. Ada kat bilik dia tu, entah apa
yang dia buat,” Encik Halaq bagaikan mengerti melihat Izz Harraz sejak tadi
asyik merenung kea rah ruang tamu.
“Err..err…
mana ada abah,”Izz Harraz sudah tersipu-sipu malu. Dia tidak menyangka
telatahnya itu diperhatikan bapa mertuanya.
“Kamu
ni abah cakap macam tu pun dah malu. Apa nak disegankan. Anak abah tu isteri
kamu. Kalau kamu tak ada perasaan excited
tu maknanya kamu langsung tidak hiraukan anak abah tu,”
“Kejap
lagi turunlah isteri kamu tu,” ulang Encik Halaq bersuara. Dia berlabuh disisi
menantunya itu. Ibu mentuanya sibuk menyusun pinggan kosong atas meja.
“Yah
tolong panggilkan anak kesayangan awak tu. Buat apa lagi kat atas tu. Tak
reti-reti nak turun. Suruh turun makan saja pun, bukan suruh memasak untuk
suami dia,” arah Encik Halaq. Puan Siti Zawiah angguk. Cepat saja kakinya
melangkah ke ruang tamu.
“Makan
Ayyaz. Nasi goreng ni macam biasa-biasa saja tapi bila dah dimasak oleh umi
kamu memang sedap tak terkata,” secara tidak langsung dia memuji masakan si
isteri. Pinggan kosong dihulur kepada Izz Harraz.
“Mmm..susah-susahkan
abah pula. Saya dah minum kat rumah tadi,” balasnya.
“Apa
yang susahnya. Tadi tu minum kat rumah kamu. Sekarang ni kat rumah abah pula.
Daddy kamu sihat ke?” soalnya. Nasi goreng disenduk ke dalam pinggannya.
“Mmm..sihat
bah. Dia busy sikit sekarang ni,”
“Orang
berniaga memang macam tu. Abah dulu pun macam daddy kamu juga, langsung tiada
masa untuk keluarga. Sibuk memanjang. Nasib baik umi kamu tu penyabar, kalau
tak dah lama abah menduda,” gurau Encik Halaq.
“Kamu
tu jangan tiru abah dan daddy. Berniaga berniaga juga tapi tanggungjawab pada
rumah tangga jangan diabai. Abah cakap macam tu sebab abah kenal anak abah tu
macamana. Kesabaran dia sedikit sangat,”
Izz
Harraz angguk. Dia pun tidaklah sampai mahu melupai rumahtangga hanya kerana
sibuk menguruskan perniagaan. Lagi pun, dia mahu membina keluarga sendiri kalau
terlalu sibuk dengan kerja pastinya hubungan dia dengan Ifftiyah makin jauh.
“Lama
pula ibu kamu tu panggilkan anak manja dia tu. Entah apa yg disembangkan pun
tak tahu,” ujar Encik Halaq. Matanya
meliar ke arah ruang tamu, mencari kelibat isteri dan anaknya.
“Tak apalah bah. Kejap lagi turunlah mereka
tu. Saya pun bukannya ada benda penting pun. Sekadar nak menjenguk dia
saja. Nak bertanya khabar.
“Semalam saya dapat tahu dia MC. Teruk sangat
ke demam dia bah?,” soalnya penuh kebimbangan. Suami mana yang tak bimbang
kalau kesihatan isteri terganggu.
Walaupun
hubungan mereka boleh diibarat seperti anjing dan kucing tetapi jauh disudut
hatinya tersemat rasa rindu kepada Ifftiyah. Kerana rindu itulah pagi-pagi buta
ini dia sudah menapak ke rumah mentuanya.
“Tak adalah teruk mana pun. Manja dia saja
yang lebih. Kalau dia demam macam tulah. Merengek-rengek macam budak kecil.
Entah bagaimana dia hidup di Australia dulu,” ujar Encik Halaq. Tak demam ke
anak bongsunya itu sepanjang berada di sana.
“Biarlah bah. Dia nak bermanja dengan ibu
dia tu. Nanti dah duduk sendiri pandai-pandailah dia menyesuaikan diri nanti,”secara
tidak langsung Izz Harraz menyatakan niat sebenarnya. Mahu membawa Ifftiyah
tinggal bersama-samanya.
“Abah
tak kisah kalau Ayyaz mahu bawa Iya tinggal bersama kamu. Lagi pun sampai bila
kamu berdua ni mahu hidup sendiri-sendiri. Seorang kat sini, seorang kat sana
macamana kamu nak selami hati budi masing-masing,”ujarnya. Air kopi yang masih
berasap diteguk perlahan.
“Abah
tak kisah?” tanya Izz Harraz.
“Buat
apa abah nak kisah. Iya tu isteri kamu. Tapi pandai-pandailah kamu memujuk anak
abah tu. Kamu nampak sendirikan tahap mana degilnya dia tu,” Izz Harraz angguk.
Dua minggu bersama-sama Ifftiyah dia sudah mampu menyelami tahap kedegilan si
isteri.
“Lama betul panggilkan anak bertuah ni,” tegur
Encik Halaq apabila melihat si isteri muncul diruang tamu. Dibelakang kelihatan
kelibat Ifftiyah. Muncul dengan wajah mencuka. Pasti kes terpaksa, desis Izz
Harraz.
“Apa
tak lamanya abang oii..anak bertuah abang ni macam-macam alasan yang dia bagipada Yah. Sakit perut la,
pening kepala la. Sakit jiwa betul Yah buatnya,” adu Puan Siti Zawiah. Dia berlabuh disebelah suaminya. Pinggang
kosong dicapai.
“Buat apa duduk kat sini. Duduk kat
sebelah suami tu,” marahnya apabila melihat Iffityah menarik kerusi
disebelahnya. Dia menjeling kearah Ifftiyah.
“Ya Allah degil betul budak ni. Pergi
sana. Layan suami kamu nak makan tu. Duduk
sebelah ibu nak buat apa,” bebel Puan Siti Zawiah.
“Makan Ayyaz. Jangan segan-segan. Dalam
rumah ni ada kami bertiga saja,” dia memberi jelingan kepadaIfftiyah. Degil sungguh anak bongsunya itu. Orang berleter
dia buat muka seposen. Buat endah tak endah.
“Iya
ambilkan cawan kosong untuk suami tu. Jangan berat tulang sngt, semua nak
bersuruh,” bebelnya. Geram dengan perangai yang ditunjukkan si anak. Depan
menantu lagi.
“Iyaaa...” naik satu oftah suaranya
Satu cubitan singgah di bahu si anak. Geram dengan
kerenah si anak.
“Aduh sakitlah ibu,” mengaduh Ifftiyah bila
cubitan berbisa singgah ditubuhnya.
“Tahu
pula sakitnya. Orang panggil buat dengar tak dengar saja.
“Ibu
cakap apa?” Soal ifftiyah. Dia buat-buat tidak mendengarnya. Walhal bukan dia
tak dengar bebelan ibunya tadi. Dia tayang wajah blur. Sengaja nak memancing
kemarahan si ibu.
Izz
Harraz hanya memerhati. Gelihati pun ada melihat wajah Ifftiyah yang tegang
semacam. Menjeling saja kerja si isteri.
Boleh tahan degil juga Ifftiyah. Protes agaknya bila abah mertua memaksa
dia turun.
“Ambilkan cawan kosong untuk suami kamu
tu,” arah Puan Siti Zawiah. Bukan dia tak nampak si anak asyik memberi jelingan
maut kepada menantunya. Menggeleng dia dibuatnya. Macam-macam kerenah si bongsu.
Lama-lamakalau dilayan boleh membuatkan darahnya naik.
“Lepas
ni nak ke mana?” soal Encik Halaq. Meredakan suasana tegang antara isteri dan
anak bongsu. Nasi dipinggan sudah licin. Tanpa menunggu jawapan menantu, dia
bangun menuju ke sinki dan kemudian kembali ke meja makan.
“Office bah. Ada meeting pukul 12 nati. Susah
btul dibuatnya bila secretary cuti sakit. Tak terbuat saya,” Izz Harraz
menjeling Iffitiyah yang baru menghulurkan cawan kosong kepadanya.
Pinggan
nasi goreng ditolak ketepi. Kenyang! Perutnya penuh. Jarang dia ambil makanan
berat pada sebelah pagi. Tetapi disebabkan hormatkan bapa mentua, ditelan juga
dan akhirnya licin nasi goreng sepinggan.
Saja
mahu membangkitkan reaksi Ifftiyah. Satu..dua..tiga… seperti dijangka Ifftiyah memberi jelingan
maut kepadanya. Yeyy..berjaya dia membuat isterinya naik darah. Sudah dua hari
Ifftiyah bercuti sakit, rasa hilang separuh kewarasannya.
Dia
perasan sejak tadi Ifftiyah hanya bermain dengan sudu dan garfu. Nasi goreng
dalam pinggan langsung tidak dimakannya. Mungkin tak ada selera.
“Orang
sakit lah. Doktor bagi MC. Bukan suka-suka tak nak masuk office” cepat saja Iffitiyah
mempertahankan dirinya. Suka hati dia saja nak menuduh orang, dengusnya. Dia beri
jelingan lagi kali ini berserta mulut yang dijuih ke depan.
Malangnya,
perbuatan kurang cerdiknya itu dikesan oleh abahnya.
“Ya
Allah anak weii...yang kamu tarik muncung panjang sedepa tu laki kamu. Bukan
kawan-kawan kamu. Cubalah hormat laki tu sikit. Benda simple macam tu pun nak
kena ajar juga ke?” marah Encik Halaq.
“Tak
apa bah. Isteri saya tu bergurau saja. Kami kat office memang macam ni. Kata
orang gurau-gurau manja. Gurau macam ni lah yang buatkan hubungan kami makin
erat. Tak gitu sayang?”
Tersedak
Iffitiyah mendengarnya. Bila masa mereka pula bergurau ala-ala manja macam tu?
Setahu dia Izz Harraz boleh tahan juga garangnya terutama dengan staff
perempuan yang tergedik-gedik.
“Demam
sejak bila ni?” soalnya. Dia merenung kearah Ifftiyah yang duduk di sofa tidak
jauh darinya di ruang tamu. Ibu dan abah mentuanya selepas sarapan tadi terus
menghilang ke belakang rumah.
Kata
mereka mahu menjengah mini kebun. Walhal dia tahu mereka mahu memberi ruang
kepadanya untuk berbual dengan isteri tanpa ada sebarang gangguan. Sesekali
kedengaran batuk Ifftiyah.
“Hah..”
Ifftiyah yang ralit menatap majalah Keluarga mendongak kepalanya.
“Sejak
bila demam ni?” soalnya lagi.
“Dah
dua hari. Tapi semalam tu tak teruk sangat. Cuma selesema saja. Tapi balik
kerja malam semalam batuk pula menyerang,” balasnya. Terharu juga dia dengan
keprihatinan suami terhadap kesihatannya.
“Lain
kali jaga kesihatan tu,” nasihatnya.
Memang awalnya dia memang marahkan Ifftiyah kerana sebagai suami dia langsung
tidak mengetahuinya. Lebih dia marah lagi isterinya memaklumkan kepada Hakimi
dan bukan kepadanya.
“Alah
demam sikit saja pun. Bukan teruk sangat pun. Tak payah risau sangatlah.
Beritahu boss saya dua hari ni secretary dia MC dua hari,” balasnya pula. Makin
bahagia hatinya melihat wajah kerisauan yang ditunjukkan Izz Harraz.
“Jangan
nak perasan sangatlah. Saya bukan risaukan awak tapi risaukan kenapa MC sampai
dua hari,” Kejap…kejap… Dia baru tersedar sesuatu. Tadi dia terdengar isternya
menyebut dua hari?
Berubah
wajah lelaki itu. Sampai dua hari MC? Biar betul! Berapa jumlah MC tu dia tak kisah yang dia
kisah bila disebut MC maksudnya bercuti sakit. Bila bercuti sakit maksudnya
Ifftiyah tidak sihat dan tidak akan ke office seperti biasa.
“Amboi
sampai dua hari MC. Siapa nak buat kerja awak nanti?” lain yang mahu dicakap lain
yang keluar dari mulutnya. Seperti mahu ditampar mulutnya itu. Baru saja nak
meraih simpati si isteri dia sudah buat hal.
Hampeh
desis Ifftiyah. Tadi tu hatinya sudah kembang setaman melihat keprihatinan si
suami. Rupa-rupanya Izz Harraz tidak bermaksud apa-apa. Dasar boss tak
bertimbang rasa, cebeknya.
“Mmm..dua hari. Hari ni dengan esok. Lusa saya
masuk kerja. Tu pun kalau saya dah sihatlah. Kalau tak sihat rasanya
saya nak sambung MC lagi,” ujarnya. Diselang seli dengan batuk yang agak kuat.
Hidungnya juga makin merah.
Berubah
wajah Izz Harraz mendengarnya. Kalau sihat, kalau tak sihat alamaknya lagi
lamalah isterinya tak masuk office. Padan
muka kau Izz Harraz.
Apa
jadi pada dirinya nanti? Kalau bab kerja dia boleh minta tolong Hakimi siapkan tetapi dalam bab rindu merindu ni takkan nak
minta sepupunya tolong hilangkan rasa rindunya itu.
“Tak
boleh ke masuk keja esok? Awak datang office tapi tak perlu buat kerja. Awak rehat saja dalam bilik saya,” lembut
kata-katanya. Mahu memujuk Ifftiyah agar bersetuju dengan cadangannya itu.
Dia tak kisah kalau Ifftiyah tidak mampu
melakukan tugas hariannya kerana dia boleh pastkan kerja-kerja Ifftiyah kepada
Hakimi. Tak pun Suria boleh mengambil alih tugas Ifftiyah sepanjang isterinya
itu bercuti sakit.
Datang
office tapi tak buat kerja? Bunyi macam pelik sangat. Dia pandang wajah Izz Harraz. Adakah suaminya
sudah buang tabiat? Biar betul! Desisnya. Dia lihat wajah lelaki itu langsung
tidak beriak.
“Kejap..kejap
saya tak berapa nak dengar tadi. Boleh awak tolong ulang lagi sekali tak?” Ujar
Ifftiyah.
“Ulang
apa?”soal Izz Harraz pelik.
“Yang
awak cakap tadi. Saya nak pastikan sound telinga saya ni masih elok atau dah
rosak,” Izz Harraz bangun dan duduk disebelah Ifftiyah. Duduk yang sangat dekat
sehingga Ifftiyah dapat mendengar nafas lelaki itu.
“Muda-muda
lagi sound dah trouble ke?”soal Izz Harraz.
Sinis saja soalannya.
“Mana
ada trouble. Saya sekadar nak pastikan apa yang saya dengar tu betul ke tidak.
Takkan tu pun salah juga,” balas Ifftiyah.
Izz
Harraz diam. Kepalanya masih ligat berfikir. Wajar ke dia meminta isterinya
datang ke office semata-mata memenuhi kehendaknya walhal Ifftiyah masih belum
sihat sepenuhnya. Akalnya berkata tidak tapi hatinya mengiyakan.
Lama
ifftiyah menunggu. Satu minit..dua minit
tiga minit belum ada tanda-tanda Izz Harraz mahu berbicara. Sekali lagi dia
berusaha untuk berlalu dari situ.
“Tak
ada apa nak cakap kan. Saya naik dulu la,” dia bangun tetapi lelaki itu pantas
memaut pinggangnya. Terhenyak dia di kerusi. Nasib baik kusyen sofa tebal tak
adalah rasa sakit sangat punggungnya itu.
“Datang
office esok,” putus Izz Harraz akhirnya.
“Saya
MC,” balas pula Ifftiyah. Nada suaranya sedikit tinggi. Betullah apa yang dia
dengar tadi. Ingatkan dia berangan-angan saja tadi. Rupa-rupanya memang wujud
permintaan itu daripada Izz Harraz.
“Tak
kisahlah awak MC ke tidak. Janji esok awak datang office. Tak buat kerja pun
saya tak kisah. Awak nak tidur pun saya tak marah. Janji saya boleh nampak awak
bila-bila masa,” dia raup mukanya.
Kau
memang dah parah Izz Harraz. Memang tersangat parah, desis hatinya.
Ternganga
mulut Ifftiyah mendengarnya. Nampak sungguh suaminya terdesak mahukan dia
datang ke office atau ia hanya sekadar muslihat lelaki itu mahu mengenakannya.
“Kalau
saya tak datang. Awak nak buat apa kat saya?” saja dia mahu menduga sejauh mana
kesungguhan suaminya.
“Tak
nak datang? Bersedialah untuk saya cium bibir awak nanti,” Ifftiyah menekup
bibirnya dengan tangan. Kepala digeleng berkali-kali. Seram weh! Melihat wajah
serius Izz Harraz dia tahu suaminya tidak bergurau.
“Nak
kena cium?” soalnya.
“Tak
nak.. tak nak,”
“Tahu
takut. Nak datang ke tak ni?” ugutnya. Duduknya makin dekat dengan Ifftiyah.
Bahu mereka sudah bersentuhan. Bibirnya dihalakan kearah Iffitiyah. Bila-bila
masa saja bibirnya akan menyentuh bibir isterinya.
Iffitiyah
makin seram. Gerun dia bila bibir Izz Harraz sedikit lagi mahu mencecah
bibirnya. Cepat saja Ifftiyah mengangguk. Gerun satu hal, bimbang pun ada juga.
Kalau tiba-tiba abah dan ibu menjengah ke ruang tamu tak ke malu besar dia
dibuatnya.
Silap-silap
jadi bahan gurauan mereka sekeluarga. Along dan angah pun boleh tahan juga
kalau bab menyakat.
“Nak..
nak…” akhirnya Ifftiyah mengalah.
“Betul
nak datang?”
Ifftiyah
angguk laju.
Makin
melebar senyuman Izz Harraz.
“Macam
itulah isteri saya,” jari jemari si isteri digenggam. Biar pun dia tahu sekejap
lagi mulut murai Ifftiyah akan berkicau.
“Boleh tak awak duduk sana.. Saya tak selesa
duduk rapat-rapat macam ni. Sofa rumah abah saya ni bukan yang ni saja.
Tu…tuu.. banyak lagi kosong yang boleh awak duduk,” dia muncung bibirnya kearah
sofa kosong. Dia mengesok sedikit untuk memastikan ada ruang antara dia dengan
Izz Harraz.
Matanya
meliar ke halaman rumah. Mencari kelibat abah dan ibunya tapi hampa. Ke mana
entah menghilang orang tuanya itu. Sejak selesai bersarapan tadi kedua-duanya
menghilang ke belakang rumah. Dia melepaskan keluhan.
“Kenapa?”
soal Izz Harraz. Matanya juga dihalakan ke halaman rumah. Dia seakan tahu apa
yang dicari isterinya itu.
“Ibu
dengan abah tak ada. Don’t worrylah. Abah beri peluang pada menantu dia ni
untuk melembutkan hati anak dia yang keras, yang degil sangat ni,” dia
membalas. Tersengih dia apabila melihat wajah kelat si isteri.
Iffitiyah
mendengus. Dia pula dikatakan degil. Matanya dijegel kepada suami.
“Siapa
degil?” soalnya sedikit keras. Amboi…amboiii.
Sakit pula hatinya bila dituduh bersikap degil. Izz Harraz tersengih. Dia mengenyit
mata membuatkan hati Ifftiyah makin membara.
“Kenapa pula tak selesa?” soal Izz Harraz. Dia
buat tidak peduli kemarahan si isteri. Makin dirapat tubuhnya dengan Ifftiyah.
Terasa ada aliran elektrik apabila tubuh mereka bersentuhan. Iffitiyah cuba
melepaskan genggaman tangan tetapi makin kuat pula Izz Harraz mengenggamnya.
“Saya
tanya ni..kenapa tak selesa?” soalnya lagi.
“Tak
selesalah. Awak ingat suka sangat ke bila ada orang asyik menghimpit kita macam
tu. Lagi pun, mana ada lelaki yang buat macam tu selama ini. Kalau ada yang nak
kena cubalah buat,” tersenyum meleret Izz Harraz mendengarnya. Bermakna dia
orang pertama yang melakukan sebegitu kepada Ifftiyah.
Hampeh!
Desis Ifftiyah. Terkena dia dengan perangai tak semenggah Izz Harraz. Melihat
senyuman suaminya itu, dia rasa mahu saja menghempas dirinya disimen rumah.
Hish
mana pula pergi ibu dan abahnya ni, takkan sampai sekarang tak habis-habis lagi
membelek mini kebun di belakang rumah. Kalau ada abahnya tak adalah Izz Harraz bersikap
miang dan gatal sebegini.
“Tak
payah nak tinjau kat luar rumahlah. Ibu dan abah tak ada. Mereka keluar kejap. Ada
hal,” Ifftiyah seperti mahu meraung mendengar kata-kata itu. Sampai hati abah dan
ibu meninggalkan dia berdua bersama Izz Harraz.
“Awak
tahu tak awak ni....” belum habis dia bercakap, Izz Harraz sudah menyampuknya.
“Tak
tahu…”
“Memanglah
awak tak tahu. Sebabnya saya belum habis lagi bercakap awak dah menyampuk,”
marah Ifttiyah. Mulutnya dimuncungkan. Tergelak
Izz Harraz melihat muncung si isteri. Cute dan comel saja dipandangan
matanya.
“Duduk
dulu. Saya gurau saja tadi. Apa yang awak nak nak cakap tadi,” soal Izz Harraz.
Dia paut tubuh Iffitiyah agar duduk kembali.
“Lepaskan tangan awak dulu,” pinta Ifftiyah.
“Oohh..” hanya itu yang terkeluar dari
bibirnya. Tangan yang melingkari pinggang isterinya dilepaskan.
“Dah
sayang,” ujarnya selamba. entah hantu jenis apa yang merasuknya. Meluncur laju
saja perkataan sayang dari bibirnya. Dia
menjarakkan sedikit kedudukan badannnya dari Ifftiyah.
Sayang?
Ifftiyah mahu pengsan. Tak salah mendengar ke dia tadi? Matanya dipelip-pelip
akhirnya tercetus ketawa Izz Harraz. Kelakar!
“Nak
pengsan ya? Meh pengsan kat riba abang ni,” selamba lagi kata-kata itu keluar
dari bibirnya.
Ifftiyah
pegang kepala. Tangannya ligat memicit kepala yang tiba-tiba saja
berdenyut-denyut. Mungkin terkejut dengan kata-kata Izz Harraz tadi.
“Kenapa
sayang? Sakit kepala ke?” sedikit kelam kabut Izz Harraz menarik kembali tubuh
Ifftiyah. Ifftiyah mengeraskan badannya.
“Jangan
buat keras badan tu. Abang nak urut badan
sayang ni.”
“Sengal.
Tahu tak awak ni sengal. Suka ambil kesempatan,”marah Ifftiyah. Dia cuba
menolak tubuh lelaki itu yang melekap habis dibadannya.
“Saya
sakit kepala bukan badan. Yang awak nak urut badan saya tu kenapa?” Matanya dijegel
kepada suaminya. Tangan Izz Harraz ditolak lembut. Makin kuat gelak suaminya
membuatkan hatinya makin membengkak.
“Benci,”
dengusnya. Izz Harraz ketawa mendengar
omelan si isteri. Marah Ifftiyah
bagaikan irama lagu kepadanya. Merdu.
“Yang
sayang benci inilah yang sayang rindukan malam-malam,” dia lekap tangannya ke dada.
bestttt...
ReplyDeleteThank you!
DeleteWindu ssgnt dah nie...bila kuar nobel nie
ReplyDeleteIn shaa Allah. Soon :)
DeleteWindu ssgnt dah nie...bila kuar nobel nie
ReplyDelete