Bab 3 (Part 2)

Bunyi kokokan ayam mengejutkan Hannah dari lenanya. Dia menggeliat membetulkan urat sarafnya. Kakinya dilurus manakala kedua-dua belah tangannya didepa.Terasa hilang lenguh sendi-sendinya.
Tangannya tersentuh sesuatu.
Dari mata yang masih kuyu itu tiba-tiba menjadi cerah.Apa ni? Dia hampir menjerit apabila  benda yang dipegangnya itu bergerak-gerak. Macam tangan! Aik tangan siapa pulani? Dia sudah cuak!
Kelopak matanya  digenyeh kuat. Matanya sudah terbuka luas. OMG… matanya hampir terbeliak apabila melihat selesa saja Luth Mikail berbaring disisinya. Haip, bila masa pula lelaki itu tidur di atas katil?
Biasanya pandai saja lelaki itu membawa diri tidur atas sofa dalam bilik mereka.Alih-alih malam tadi  lelaki itu mencari ‘port’ paling selesa untuk merehatkan badannya. Patutlah dia rasa seperti dihimpit, rupa-rupanya ada orang disebelahnya.
Dia cuba menjarakkan tubuhnya tetapi tangan lelaki itu pula singgah di perutnya. Tangan Luth Mikail terletak cantik saja di atas perutnya. Dia cuba merungkainya tetapi makin kemas pula lelaki itu memaut pinggannya.
“Jangan gerak sayang. Bagi masa kat abang lima minit lagi. Abang nak nikmati masa berkualiti dengan sayang,” Hannah mengepam bibirnya.Geram.Mata tertutup rapat tetapi mulut berbunyi.
Tangan lelaki itu diletakkan ke bawah. Beberapa minit kemudian dia terasa ada tangan ‘landing’ cantik diperutnya
“Saya nak solat subuh.Awak pun tak nak bangun lagi ke? Kejap lagi subuh dah nak relai. Saya tak nak tanggung dosa awak sebabkan awak tak bersolat pagi ni,” selamba Hannah berkata. Dia melihat kelopak mata Luth Mikail bergerak-gerak.
“Solatlah anda sebelum anda disolatkan,” Hannah bersuara.Dia sudah bangun dan berdiri di kaki katil. Menunggu Luth Mikail.
“Iyalah..iyalah. Abang nak tumpang bermanja pun sayang bising,” katanya.Seram betul dia mendengar ayat Hannah tadi. Sebelum anda disolatkan. Dia bangkit dari pembaringan dalam keadaan terpaksa.
Iyalah, orang baru saja nak bermanja dah kena caras. Mahu saja dia mogok tetapi memikirkan dia juga belum bersolat Subuh dan memikirkan kata-kata Hannah sebentar tadi, laju saja dia melompat dari katilnya.
Bergegas dia mengekori langkah Hannah menuju ke bilik air.Tapi belum sempat dia masuk, Hannah sudah menutup pintu bilik air.Tak sempat dia mahu menyerbu masuk.Beberapa kali pintu bilik air diketuk.
“Sayang…” panggilnya.Langsung tidak kedengaran suara Hannah.Hanya terdengar bunyi air paip.
“Mmm..” kedengaran suara dari dalam sana.
“Abang nak masuk,” laung Luth Mikail.
“Jangan nak mengada-ngada.Tunggulah kat luar tu, kejap lagi saya keluar,” balas Hannah.
“Tak nak.Abang nak masuk juga,” rengek Luth Mikail.
“Hish dia ni. Tunggu sajalah kat luar. Bukannya saya mahu tidur dalam ni. Orang nak ambil wudud pun tak kusyuk,” pintu bilik mandi dibuka.Terjongol wajah Hannah.Wajahnya mencuka.Dia melangkah keluar.
“Nak ke mana pula tu?” soal Luth Mikail.Tangan Hannah mahu diraih tetapi sempat isterinya mengelak.
“Janganlah. Orang ada wuduk ni,” marah Hannah. Luth Mikail tersengih.Terlupa dia Hannah baru saja keluar dari bilik air dengan berwuduk.
“Nak keluarlah. Takkan saya nak tidur dalam ni,” balas Hannah. Pelik betul sikap suaminya pagi-pagi buta ni. Nak kata mengigau, mata terbuka luas.
“Tunggulah abang,”
“Ya Allah awak ni dah kenapa. Takkan saya nak duduk depan pintu ni tunggu awak siap ambil wudud. Lagi pun, saya belum solat Subuh lagi ni,” dia berusaha melepaskan pegangan tangan Luth Mikail.
“Duduk sini. Tunggu sampai abang siap ambil wuduk.Nanti kita boleh solat sama-sama.Teringin abang nak jadi iman isteri sendiri,” ujar Luth Mikail.Selama mereka bekahwin belum pernah lagi mereka suami isteri solat berjemaah.
Hannah terkedu. Dia tidak jadi melangkah dari muka pintu.Hannah pun teringin mahu bersolat dengan abang.Mahu abang menjadi iman.Tetapi kata-kata itu tidak mampu diluahnya.
“Mmm.. okey saya tunggu tapi cepat sikit ambil wuduk tu. Nanti tak sempat nak Subuh pula,” dia menjawab. Dia berdiri dimuka pintu menunggu Luth Mikail selesai mengambil wuduk.
Hannah ralit memandang Luth Mikail. Meneliti batang tubuh lelaki itu dari atas hingga ke bawah. Lelaki itu hanya berkain pelikat dan berbaju T cap pagoda tetapi langsung tidak mencacatkan penampilannya.Dia dibuai perasaan.
Lelaki itu memang kacak.Begitu sempurna dimatanya.Masih belum berpunyakah lelaki itu?Soalnya. Matanya tidak berkelip melihat Luth Mikail mengambil wudud sehingga dia larut dalam lamunannya.
“Renung abang sampai tak berkelip-kepip.Dahlah tu abang panggil dua tiga kali sayang langsung tak sedar,” tiba-tiba ada suara dicuping telinganya. Terkejut! Bila masa lelaki itu ada disebelahnya.
“Hahhhh..”
“Handsome sangat ke abang sampai mata sayang tak berkelip-kelip memandang abang?” soal Luth Mikail lagi.Hannah mengurut dadanya.Bila masa pula lelaki itu siap mengambil wudud? Dia pandang ke bilik air.Kosong.
“Abang tak kisah pun… pandanglah..pandanglah lagi.” Dia hulurkepalanya  ke muka Hannah. Dekat. Sangat dekat sehingga Hannah mampu mendengar desir helaan nafas Luth Mikail. Berdegup kencang.
Terdengar ketawa kecil yang membuatkan Hannah merasa mahu hantuk kepalanya ke pintu bilik mandi.Wajahnya membahang.Hish, kenapa dia boleh terlalai macam tu, tak pasal-pasal menjadi bahan gurauan Luth Mikail.
“Jom solat. Dah lewat ni,” dia berkata. Cuba menutup rasa malunya tertangkapkerna asyik merenung Luth Mikail.
“Alaaaa…”
“Apa ala..ala...ketuk kepala kan,”  Hannah jegel biji matanya.Tak sudah-sudah mahu menggatal. Suka hatilah. Kakinya laju meninggalkan Luth Mikail yang terkebil-kebil dimuka pintu. Dalam terpaksa lelaki itu mengekorinya.
Dia membentang sejadah. Satu untuk dirinya dan satu untuk Luth Mikail.Telekung sembahyang yang disangkut di penyidai dicapai dan disarungkan ke badannya.Sementara menunggu Luth Mikail, sempat dia berwirid dan berzikir.
Luth Mikail mengambil tempat disaf depan dan dia dibelakang. Takbir diangkat dan kemudian kedengaran suara Luth Mikail mengalun bacaan ayat suci al-Quran.Terasa begitu syahdu dan menyentuh hatinya.Seperti ada air yang mengalir dalam jiwanya.
Dia seperti mahu menangis! Ya Allah syahdunya mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Luth Mikail.
“Assalamualaikum warahmatullah…” dia memberi salam ke kanan.
“Assalamualaikum warahmatullah..” salam diberi ke kiri. Tangan ditadah apabila Luth Mikail membaca doa. Terasa begitu damai Subuhnya hari ini.Bersolat berimankan suami sendiri.
Dia larut dengan doa si suami.
“Ya Allah Ya Tuhanku.Kau ampunkan dosa kedua ibubapa kami, ampunkan dosaku dan isteriku.Murahkan rezeki kami.Ya Allah Ya tuhanku sesungguhnya hambaMu ini insan yang lemah, tidak lari dari melakukan kesilapan.
Peliharakan rumah tangga kami,  Kau lorongkan kebahagiaan kepada kami berdua. Wahai Tuhan kami!Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, dan selamatkanlah kami dari siksa neraka.” Panjang lebar doa Luth Mikail pagi itu.
“Amin…”
“Amin..” Hannah mengaminkan doa. Airmata dipipinya dikesat. Hatinya tersentuh mendengar bait-bait doa yang dibaca Luth Mikail. Meruntun jiwa.Terasa hilang segala masalah yang melanda dirinya.
Dia reda kini! Walaupun dia tahu reda itu amat sukar, dia akan cuba untuk memujuk hatinya supaya menerima takdirnya. Kalau ini takdir Allah untuknya, dia akan terima dengan rela hati. Jika Luth Mikail ditakdirkan untuknya dia pasti Allah akan membantunya melupai kejadian mengaibkan itu.
Luth Mikail menghulurkan tangannya.Dengan sedikit teragak-agak Hannah mencapainya. Lama dia mengucup tangan itu sebelum satu ciuman singgah di ubun-ubun kepalanya.
“Terima kasih kerana hadir dalam hidup abang.Bagaimana sayang hadir dalam hidup abang itu tidak penting kerana abang tahu kehadiran sayang menjadikan hidup abang berwarna warni. Bukan itu saja, kehadiran sayang juga disenangi seluruh keluarga terutama umi,”
Hannah diam. Tidak tahu apa perasaannya kini. Gembira?Memang dia gembira kerana seluruh keluarga Luth Mikail menyambut baik kehadirannya.Sedih?Mungkin ada sebabnya dia terpaksa melupakan kehidupan bujangnya.Sejak dua minggu lalu.
“Terima kasih,” itu yang mampu dia katakan.
“Untuk apa?” soal Luth Mikail.Sejadah sudah disangkutkan ke tempat penyidai.Kopiah dikepala ditangga dan diletakkan atas meja solek.Cepat saja Hannah mencapai dan dimasukkan ke dalam almari.
“Untuk segala-galanya,” dia duduk dibirai katil.Kakinya digoyang-goyang.
“Sayang tahu tak?” soal Luth Mikail.
Dia geleng kepala.
“Sayang comel sangat,” ujar Luth Mikail.
“Saya tahu. Dari dulu lagi ramai yang cakap saya ni comel. Cuma saya tak fikirkan sangat pun. Bukan tu saja, depa asyik kata saya ni jelita,” selamba Hannah berkata. Saja mahu mengenakan Luth Mikail.
Terkebel-kebel Luth Mikail memandang Hannah.Tak sangka juga dia, si isteri sekali-sekala kalau bercerita boleh tahan juga ramahnya. Siap boleh bergurau senda dengannya. Kalau dulu jangan haraplah. Sepatah ditanya,  sepatah juga yang dijawabnya.
“Perasan betul sayang ni,” balas Luth Mikail. Dia berlabuh disisi Hannah. 
“Mana ada perasan. Memang dah kenyataan saya comel plus jelita. Lagi pun orang dah memuji saya takkan saya tuan punya badan kata tak comel pula,” balas Hannah. Ramah pula dia pagi-pagi buta ni.
“Geramnya abang.. pandai pula sayang menjawab sekarang ni,” dia makin menghimpit tubuh Hannah. Tangannya sudah melingkar  ke pinggang Hannah.
“Tak payahlah rapat-rapat  sangatlah. Rimas,” marah Hannah. Naik rimas dia apabila Luth Mikail semakin menghimpitnya.
 “Tapi abang suka Hannah hari ni. Hannah dulu pun abang suka juga tapi Hannah hari ni lagi abang suka,” sambung Luth Mikail. Tak kisah mana dia dengan kata-kata Hannah sebentar tadi.
Rimas ye! Tak suka ye, nanti tahulah abang nak buat macamana. Silap-silap hari bulan sayang tak mahu berjauhan dengan abang nanti. Dia jungkit keningnya ala penyanyi Ziana Zain.
“Ya Allah awak jangan buat macam tulah. Buruk sangat,” marah Hannah.
“Tangan tu tak payah nak merayap,” Hannah sibuk menepis tangan Luth Mikail yang tidak berhenti bergerak. Naik gerun  dia apabila melihat lelaki itu makin menunjukkan sikap gatal yang melampau.
“Mana ada. Cuba sayang tengok tangan abang ada kat mana,”  Dia  sudah senyum-senyum. Suka betul dia melihat wajah Hannah yang tersipu-sipu. Makin dia menyukai perangai Hannah yang baru ni.
Wajah si isteri direnung membuatkan Hannah menjadi serba tidak kena.Malu pun ada. Segan pun ye juga. Padam muka kau, suka sangat nak bergurau kan. Tak pasal-pasal muka dah bertukar warna.
“Saya nak turun siapkan sarapan,” Hannah bangun. Bimbang kalau dia berlama lagi dalam bilik tidur ada juga yang tewas nanti. Tewas oleh perasaan yang baru berputik dihatinya.
“Pagi ni sayang cuti memasak. Tugas memasak tu bukan tugas sayang. Tu tugas Mak Senah. Tugas sayang ni hah... tolong abang. Buatkan abang gembira. Bila abang gembira sayang juga akan dapat pahalanya,” Luth Mikail menarik kembali tangan Hannah.
“Macam tulah. Mendengar kata betul Hannah sekarang ni. Abang suka,” tangannya mula merayap ke pipi Hannah. 
“Lembutnya pipi sayang...” ucapnya. Pipi Hannah diusap lembut. Tangannya kembali bergerak. Kali ini bibir si isteri menjadi sasaran. Hannah semakin seram sejuk dibuatnya. Apa hal dengan Luth Mikail pagi ni? Sudah buang tabiat ke? Desisnya.
“Bibir sayang tu abang rasa macam manis sangat. Abang nak cium boleh,” jari jemarinya bermain di ulas bibir isterinya.  Hannah sudah tidak senang duduk. Ya Allah makin menjadi pula perangai Luth Mikail.
“Awak... saya bukan tak nak kumpul pahala. Nak sangat-sangat. Menggembirakan suami ni juga satu ibadah. Tapi sekarang ni memang tak boleh. Saya ada hal kat dapur. Saya turun dulu ye,” pantas dia bingkas bangun dan berlari keluar dari bilik tidur.
Sebelum dia keluar tadi,  sempat lagi  menangkap gelak tawa Luth Mikail.  Sempat juga dia menjeling kearah Luth Mikail yang  menekan  perutnya. Hampeh! Desisnya. Dia punyalah ketakutan, tetapi lelaki  itu siap bergelak sakan mengenakan dirinya.


P/S : Bagaimana? How do you like the story so far? Komen di bawah!