BAB
3
Hati
Luth Mikail masih lagi panas.Panas dengan sikap dan perangai Hannah yang
sehingga kini masih bersikap dingin dengannya.Sudahlah dingin, ada hati pula
mahu diri dimadukan.
Kalau
dia sambut cabaran itu, rasanya bukan saja Hannah yang meraung tetapi juga
uminya turut menangis sama. Menantu nan seorang itu mahu dimadukan. Silap hari
bulan umi berpatah arang, berkerat rotan dengannya.
Dia
melepaskan keluhan.Mata tertacap di kaca TV tetapi fikirannya melayang-layang
mengingatkan perbualannya dengan Hannah dalam bilik tidur tadi. Sukar benar ke
Hannah mahu memaafkan kesalahan dia, susah sangat ke Hannah mahu melupakan
tragedi itu.
“Abang
sayangkan Hannah.Sayang sangat-sangat,” rintihnya.Tangannya diletakkan didada.
Sakit disini! Sakit sangat sayang, desahnya lagi.
“Berat
sangat keluhan tu. Kenapa?Ada masalah ke,” tiba-tiba ada suara menegur dari
arah belakang.Luth Mikail tersengih.Datuk Muzafar mengambil tempat duduk tidak
jauh dari Luth Mikail.
“Kenapa?Abah
tengok teruk sangat keluhan tu,” soal Datuk Muzafar lagi.Mana tahu si anak mahu
berkongsi cerita dengannya.Melihat Luth Mikail termenung panjang tadi, dia tahu
si anak sedang sarat berfikir.
“Mana
Hannah?” soal Datuk Muzafar.Pelik juga dia, anak lelakinya seoarang diri di
ruang tamu, menantunya langsung tidak kelihatan.
“Ada
kat bilik,” ujarnya.
“Duduk
seorang diri kat ruang tamu ni, Mika ada masalah ke?” soalnya.
“Tak.Cuma
Mika tengah berfikir,” katanya.Volume TV diperlahankan agar tidak mengganggu
perbualan mereka.Cerita yang ditonton tadi sudah tamat.
“Fikirkan
apa?Nak kahwin lagi satu?Jangan buat hal Mika, nanti bukan Hannah yang meroyan
tetapi umi kamu yang meroyan,” Tersengih Luth Mikail mendengar kata-kata Datuk
Muzafar.Pandai pula si ayah meneka dengan tepat.
“Macamana
abah boleh meneka dengan tepat ni,” bulat mata Datuk Muzafar mendengarnya.
Haip! Dia bergurau saja tadi, takkan Luth Mikail ada hati mahu memasang dua.
Dia pun tak sanggup si anak pula terlebih advance dalam hal poligami ni.
“Tu
bukan cadangan Mika tetapi Hannah.Dia suruh Mika madukan dia,” selamba saja dia
berkata.Memang betul pun, disebabkan cadangan Hannahlah dia duduk sorang-sorang
diruang tamu ini.Memujuk hati supaya tidak termakan kata-kata Hannah.
“Baiknya
menantu abah.Kalau umi kamu, dia cakap langkah mayat Pia dulu,” Datuk Muzafar
bergurau.Menggeleng kepala dibuatnya. Hannah…Hannah. Kenapa sanggup meminta
dimadukan.
“Habis
tu kamu setujulah,” soal Datuk Muzafar.Lebih kepada mahu menguji sejauh mana
ketahanan mental si anak.
“Abah
agak?”Luth Mikail pula bertanya.
“Mengikut
firasat abah, setiap lelaki berkeinginan untuk berkahwin lebih dari satu.Tetapi
mengikut kata hati abah, Mika tak akan sanggup memadukan Hannah,” ujar Datuk
Muzafar.
“Abah
yakin ke Mika tak memadukan Hannah? Abah kena ingat Mika tak nak berkahwin lain
tetapi Mika diminta. Disuruh oleh isteri Mika sendiri.Abah tak fikir ke itu
satu tuah untuk Mika,” selamba saja dia berkata.
“Mana
ada isteri yang sanggup dirinya dimadu.Hanya Hannah saja.Mana ada suami diminta
berkahwin lagi, hanya Mika seorang saja bah,” sambungnya.Menggaru kepala Datuk
Muzafar mendengar kata-kata Luth Mikail.
“Hish
Mika ni, betul-betul ke Mika nak sambut cabaran Hannah tu.Tak usahlah.Mika kena
fikir juga hati Hannah. Mungkin saja je dia cakap sebabnya dia mahu melepaskan
apa yang terbuku dihatinya,”
“Entah..mungkinlah
kot. Tapi bukan anak jantan kalau tak menyahut cabaran tu. Orang dah memberi
izin takkan kita nak pandang saja bah,” saja je dia bergurau mahu mengenakan si
ayah.
Bulat
mata Datuk Muzafar.
“Betul
ke ni?” soalnya sedikit keras. Ada ketegangan pada wajah tua itu.
“Taklah
bah.Mika gurau sajalah,” kecut perut dia mendengar nada suara Datuk Muzafar.
Hish abah ni, orang gurau pun dia ambil serius. Tak boleh dibawa bergurau
langsung orang tua ni, desisnya.
“Jangan
duk bergurau benda-benda macam ni. Abah tak suka.Masin mulut tu jadinya.Kalau
jadi abah tak boleh bayangkan umi kamu nanti,” dia sudah tergelak-gelak.
Kelakar! Menantu dimadukan, isteri pula yang dia bimbangkan.
Macam-macam
dengan budak-budak ni, desis Datuk Muzafar.
Menggeleng kepala dia dibuat anak menantunya.Dia sudah menguap beberapa
kali.Mata pun sudah makin kuyu.Datuk Muzafar bangun mahu berlalu dari ruang
tamu.
“Abah
naik dulu.Tak payah fikir banyak sangat nanti kepala makin serabut. Pi naik
atas, ambil wudud dan bersolat. Lepas tu berdoa panjang lebar.Minta dengan
Allah lembutkan hati Hannah.Minta dengan Allah berikan kebahagiaan pada
rumahtangga Mika,” Datuk Muzafar memberi nasihat.
“Ingat
tak pesan abah tu?” soalnya lagi.
“Ingat,”
pendek saja Luth Mikail menjawab.Matanya masih lagi ralit melihat CSI yang
disiarkan di saluran Astro 701.
“Kalau
ingat buat-buatlah naik ke atas tu. Duduk berbincang elok-elok dengan Hannah.
Ni tak, duduk sorang-sorang kat bawah ni, tinggalkan Hannah kat atas. Molek
sangat ke tu?” keras pertanyaan Datuk Muzafar.Kakinya diatur mendaki anak
tangga ke tingkat atas.
“Err..err..”
dia kehilangan kata-kata. Bukan tujuannya untuk melarikan diri daripada Hannah
tetapi sekadar mahu menenangkan dirinya.Dia bimbang, tidak mampu mengawal
perasaan apabila berhadapan dengan Hannah.
Ternyata
Hannah isterinya sudah mendapat tempat istimewa dihati ahli keluarganya.Baik
abah, umi hingga kepada adik-adik dan pembantu rumah mereka semuanya menyenangi
tingkah laku isterinya.
Lambat-lambat
dia menekan butang off pada remove TV. Kakinya bergerak pantas mendaki anak
tangga menuju ke bilik tidurnya.Pintu dibuka, matanya meliar mencari kelibat
Hannah. Sedikit gusar dia bila melihat Hannah tiada di situ
“Err...
mana dia pergi ni?” daun pintu dibuka luas. Bilik tidur kosong.Dia makin
kalut.Pintu bilik air diketuk manalah tahu isterinya itu berada di dalam.
Senyap sunyi! Daun pintu dibuka.Kosong.
Matanya
meliar keseluruh bilik.Hatinya sedikit lega bila melihat pintu gelongsor
beranda bilik terbuka sedikit.Perlahan dia membukanya.Kelihatan Hannah
termenung sambil merenung bulan dilangit.
“Sayang...”
Diam.
Tiada sahutan daripada isterinya.Hanya kedengaran bunyi cengkerik
bersahutan.Angin malam menyapa tubuhnya. Sejuk! Dia keluar dan kembali dengan baju
sejuk yang disangkut dibahu Hannah.
“Abang
tak bermaksud nak marahkan sayang.Abang minta maaf kerana tak pedulikan sayang
tadi.Abang tahu sayang terasa dengan sikap abang tadi,” dia meluahkan rasa hatinya.
“Saya
yang patut minta maaf sebab cakap yang bukan-bukan.Minta sesuatu yang tidak
sepatutnya daripada awak,” Hannah meminta maaf membuatkan Luth Mikail terpana
seketika.
“Abang
maafkan sayang.Tapi jangan minta yang bukan-bukan.Abang manusia biasa yang mempunyai
nafsu dan keinginan. Bila diminta berkali-kali tak mustahil akal abang mengiyakan
permintaan sayang,”
Dia
pandang Hannah tetapi sekejap saja mereka saling pandang memandangsebelum
isterinya menundukkan kepalanya.
“Kenapa
sayang lakukan semua ni? Meminta suami berkahwin lain adalah perkara luar biasa.
Adakah sayang benar-benar maksudkannya,” soal Luth Mikail.
Lambat-lambat
Hannah gelengkan kepalanya.Luth Mikail tarik nafas lega.Setidak-tidaknya
isterinya itu masih mmpunyai hati dan perasaan. Masih lagi seperti perempuan
normal yang lain.
“Sayang
nak abang madukan sayang?”Dia masih lagi mahu menguji.Hannah geleng lagi.Kali
ini disertakan dengan jelingan tajam yang dihadiahkan kepada suaminya.Luth
Mikail tersengih.Pandai pula Hannah marah.
“Habis
tu kenapa sayang sanggup minta abang kahwin lain?” Soalnya. Dia mahu tahu apa yang bersarang
difikiran isterinya. Tiada sekelumitkah kasih Hannah tertumpah kepadanya.
“Tapi
saya lakukan bersebab,” perlahan saja nada suaranya.
“Bersebab?”
Cepat
saja dia angguk.
“Saya
mahu awak mwmpunyai isteri yang sebenar-benarnya. Isteri yg mampu memberikan
kebahagiaan kepada awak,”
“Kenapa
tidak sayang saja berikan kebahagiaan padaabang?” soal Luth Mikail.Cuak sungguh
rasa hatinya sekarang mendengar kata-kata Hannah.
“Saya
tak mampu,”
“Tak
mampu?”Pelik rasanya.Apa yang isterinya itu repekkan sekarang.
“Saya
tak mampu melupakan peristiwa hitam itu. Lima tahun saya cuba untuk melupai dan
saya ingat saya dah mampu, saya dah kuat untuk menghadapinya.Tapi saya silap.
“Bila
berhadapan dengan awak baru saya tahu rupanya saya tidak sekuat mana.Bayangan
itu msaih lagi mengekori saya.Di mata saya masih lagi terbayang peristiwa itu,
di telinga saya masih lagi terngiang-ngiang tuduhan orang kampung mengenai
saya,” sebak hatinya.
Luth
Mikail mengeluh! Itu yang dia bimbangkan sebenarnya. Jarak lima tahun rupanya
masih belum mampu untuk Hannah melupai kisah itu. Kalau dia sendiri masih lagi
terbayang, apa lagi Hannah yang langsung tiada kaitan turut terbabit.
“Sayang…”
dia berlutut dihadapan Hannah.
“Abang mohon ampun dan maaf atas apa yang berlaku pada
sayang lima tahun lalu.
Abang tahu semua yang berlaku
itu memang salah abang.Sayang langsung tiada kaitan tetapi sayang adalah mangsa
kejadian ini,” jari jemari Hannah dicapai.
Sungguh
dia memahami perasaan Hannah dan dia langsung tidak mampu menyalahkan Hannah
sekiranya isterinya itu masih belum mampu memaafkan dirinya atau melupai kisah
itu.
“Mereka
nak mengenakan abang tetapi sayang yang terpalit sama. Abang minta maaf kerana
babitkan sayang dalam masalah abang,” balasnya. Hannah diam. Mencerna apa yang
dikatakan suaminya itu.
“Awak
ingat senang untuk saya maafkan awak?Lima tahun saya berperang dengan diri
sendiri.Terasa seluruh tubuh saya bersalut kekotoran.Saya cuci, saya basuh
tetapi mengapa saya tetap merasakan tubuh badan saya begitu kotor,” airmatanya
sudah merembes keluar.
Luth
Mikail tarik nafas.Sebak dia mendengar kata-kata Hannah. Itu juga dia rasakan
sepanjang lima tahun itu. Tidurnya tidak pernah lena, sentiasa dihantui mimpi
buruk.
“Sayang...”
panggilnya.Kini dia berlabuh disisi Hannah.
“Saya
benci awak,” akhirnya kata-kata itu terluncur juga dibibir isterinya.
“Abang
tahu,” lembut nada suara Luth Mikail.Tiada langsung perasaan marah dihatiya.
“Awak
tak marah?” soal Hannah.Hairan dia melihat sikap tenang dipamerkan lelaki itu.
“Kenapa
pula abang nak marahkan sayang?Memang patut pun abang dibenci.Abang pun
bencikan diri abang kerana membuatkan hidup sayang musnah.Lima tahun abang bawa
perasaan benci abang tu,” Hannah mengeluh.
“Awak
bencikan diri sendiri?” bulat matanya.
“Sayang
ingat abang boleh gembira selepas abang musnahkan hidup gadis yang tidak pernah
abang kenali.Melihat airmata sayang mengalir pagi itu membuatkan abang membenci
diri sendiri. Kerana abang, sayang yang tidak berdosa menjadi mangsa,”
Dia
mengeluh.Itulah yang dirasai kini.Melihat wajah mendung Hannah dia menjadi
sedih.
“Abang
minta maaf sayang,” ucapnya lembut.Jemari Hannah digenggam erat.Hatinya sedikit
lega, malam ini isterinya tidak pula membuat penolakan fizikal.
“Saya
dah maafkan awak.Awak tak bersalah. Saya tak bersalah, kita sama-sama
diperangkap cuma saya tidak mampu untuk
melupai kejadian itu.
“Mungkin
juga ada hikmah dengan kejadian ini.Kerana kejadian ini abang berjumpa sayang
biarpun dalam situasi yang memalukan.Abang bersyukur kerana sayang yang berada
bersama abang di atas katil bukan sepupu sayang,” ujar Luth Mikail.
Bulat
mata Hannah.Ada pula Luth Mikail berperasaan begitu.Salah tetap salah.Salah
tidak boleh jadi betul.Kerana salah itulah dia kehilangan abah tercinta.Kerana
salah itulah ibunya terkena serangan jantung.
“Abang
akan perbetulkan semua ini.Abang tahu ada yang tidak betul dengan kejadian
itu.Kawan abang cakap abang mabuk tetapi abang tidak pernah minum minuman
keras.Abang syak minuman abang dicampur dengan ubat tidur,” dia mula mengimbau
cerita pahit itu.
Hannah
angguk.Dia pun.Masih dia juga ingat dia dihulurkan segelas minuman oleh lelaki
yang tidak dikenalinya malam itu.
Tiba-tiba
dia terasa mengantuk yang amat. Dia cuba bertenang dan melawan rasa mengantuknya.
Tetapi dia kecundang juga akhirnya.Sedar-sedar dia berada di atas katil bersama
lelaki tidak dikenali.
Jika
ditanya wajah lelaki itu, dia sendiri tidak mampu mengingatinya.
“Saya
pun minum air yang dihulurkan seseorang,”
“Ingat
wajah dia?” soal Luth Mikail.
Dia
menggelengkan kepalanya.
“Tak.Saya
tak kenal dia,” Luth Mikail mengeluh.Susahlah kalau Hannah tidak mengenali
lelaki yang memberikan air minuman kepadanya.
“Langsung
tidak pernah lihat dia sebelum tu?” dia menyoal.Hannah menggeleng kepala. Malam
tu dia agak busy membawa dulang minuman kepada tetamu.Tetamu yang hadir pula
boleh tahan ramainya.
“Saya
hanya membantu Maira malam tu. Pada awalnya saya segan tetapi selepas dipujuk
Maira saya bersetuju. Tu pun sekadar membawa dulang minuman kepada tetamu
saja,”
“Awak
ada musuh?” soalnya.
“Entah,”
“Ada
orang berdendam dengan awak?” tanya Hannah lagi. Luth Mikail menggeleng
kepalanya.
“Abang
tak tahu sayang.Mungkin ada yang irihati dengan abang,” dia sendiri tidak mampu
memberi jawapan yang tepat.Dia ramai kawan dan mungkin ada dikalangan kawannya
yang tidak senang dengan kejayaannya.
“Dahlah
sayang..tak payah fikir lagi. Nanti-nantilah kita fikirkan. Sekarang ni kita
tidur dulu, dah lewat sangat ni,” dia pandang jam di dinding. Sudah pukul 1
pagi.Patutlah matanya sudah kuyu.Mulut pun sudah berkali-kali menguap.
Hannah
akur.Dia pun sudah mengantuk.Cepat saja dia berbaring menghadap muka ke
dinding.Mata dipejam rapat.Dia memejamkan matanya biarpun agak tidak selesa apabila Luth Mikail
berbaring disebelahnya.
“Tak
baik tidur membelakangkan suami,” lembut suara lelaki itu menyapa gegandang
telinganya.Hannah mengeluh.Dia mahu membantah tetapi matanya tidak memberikan
kerjasama yang baik.Dia mengantuk.
Cepat
saja dia memusing kembali tubuhnya.Dan pastinya menghadap Luth Mikail yang
terbaring cantik disisinya.
“Thanks
sayang. Tidurlah..” kepala si isteri diusap lembut. Perlahan mata Hannah
terpejam dan entah bila dia terlelap.Sedar-sedar bunyi ayam berkokok menandakan
waktu subuh menjelma.
Mangsa keadaan laa. Cian kat Hannah. Sapa yang dajal depa ye?
ReplyDelete