Enjoy!
Bab 2 ( Part 2 )
Menyanyi kecil Hannah diruang
dapur. Sejak pukul 5 petang tadi diabersilat
didapur semata-mata mahu menyiapkan nasi dagang ikan tongkol atas permintaan
ibu mentuanya itu.
Nasib
baik juga dia kerap membantu ibu memasak jadi sedikit sebanyak dia masih ingat
rencah dan ramuan yang perlu ada untuk membuat nasi dagang, jadi apabila ibu
mentua menyuarakan mahu makan nasi dagang dia dengan rela hati bersetuju untuk
memasaknya.
“Dah
siap Hannah?” soal Mak Senah.Sejak tadi dia sama naik membantu Hannah didapur.
Membantu menyiapkan ramuan nasi dagang yang diminta majikannya itu. Entah apa
mimpi Datin Sofia teringin makan nasi dagang ikan tongkol.
Nasib
baiklah menantu pandai memasak.Jadi sekejap saja nasi dagang yang diminta dapat
disiapkan.Dia turut beruntung kerana dapat merasa masakan Hannah. Dua minggu
Hannah berada di rumah agam itu dua minggu juga dia merasai air tangan Hannah.
“Dah
masak ni. Mak Senah boleh tolong hiding tak?Hannah nak naik atas kejap. Nak
mandi dan solat kejap,”
“Tak
ada masalah, setakat hidang saja pun.Cepat sikit nanti datuk dengan datin balik
kita boleh sama-sama makan,” Hannah angguk.Dia bergegas naik ke tingkat
atas.Penat memang terasa tetapi kepenatan itu terasa berbaloi apabila melihat
hasil tangannya yang menjadi.
Dia
bergerak menuju ke bilik mandi.Badan yang berlengas perlu dibersihkan sebelum
mengadap Allah SWT. Setengah jam dalam bilik mandi akhirnya dia berada atas
sejadah. Bersujud dengan khusyuk tanpa sebarang gangguan.
“Assalamualaikum
warohmatullah…” dia berpusing ke kanan.
“Assalamualaikum
warohmatullah..” dia berpusing ke kiri. Tangannya meraup muka.Dia mula menadah
tangan berdoa meminta keampunan Allah Taala.Memohon Allah ampunkan dosanya,
dosa kedua ibu bapanya, memurahkan rezekinya.
“Amin…”
Panjang
lebar doanya petang itu.Dia merasakan seperti dia tidak keseorangan dalam bilik
tidurnya.Cepat saja dia berpusing.Seperti yang dijangkakan Luth Mikail ralit
memerhati dirinya.
“Awak..”
panggilnya. Lelaki itu larut dalam menungan panjang.Langsung tidak perasan
namanya dipanggil.
“Awak..”
dia terpaksa menguatkan volume suaranya.
“Sayang
panggil abang ke?” soal Luth Mikail.Dari terlentang dia meniarap pula.Tangannya
ditongkat pada dagu.
“Dah
solat ke belum?” soal Hannah.Dia mahu bangun mengambil tuala dan kain pelikat.
“Mmm..
dah tadi. Kebetulan lalu di Masjid Negara abang pun singgah bersolatlterus. Mmm
doa sayang tu ada tak untuk abang?” dia bertanya. Dia dengar tetapi tidak berapa
jelasapa yang didoakan isterinya sebentar tadi.
“Ada..doa
awak kahwin lagi satu. Yang boleh bagi awak kebahagiaan, kegembiraan,” selamba
saja Hannah bersuara.Dia melihat wajah lelaki itu tenang-tenang saja.Tidak
beriak langsung.
Paling
kurang pun lelaki itu boleh marahkan dia tetapi sebabnya ketenangan lelaki itu
membuatkan dia rasa bersalah.
“Sayang
memang nak abang kahwin lain?” soal Luth Mikail. Dia berpusing mengadap Hannah.
Hannah
angguk. Dia tiada masalah membenarkan suaminya berkahwin lain kerana dia tahu
sehingga kini tiada sekelumit pun perasaan sayangnya kepada lelaki itu. Tetapi
sekejap tu juga hatinya berdetik.Betul ke?Betul ke tiada sekelumit perasaan
kasihnya pada lelaki itu.
Kalau
tiada kenapa hatinya bergetar setiap kali memandang suaminya?Kalau tiada kenapa
perasaannya sentiasa gundah gulana.Kalau tiada kenapa wajah lelaki itu juga
bertandang dijurai matanya.
“Kenapa?”
soal Luth Mikail. Perit! Itulah yang dia rasakan apabila mendengar kata-kata
yang keluar dari bibir Hannah. Isteri sendiri sanggup meminta dia berkahwin
lain. Masih adakah lagi isteri seperti Hannah dizaman moden ini, desisnya.
Dia
cuba meraih jari jemari si isteri tetapi pantas saja Hannah berusaha
menolaknya. Dia membuka telekung sembahyang dipakainya dan menyidai di tempat penyidai.
“Saya
tak sesuai untuk awak.Awak boleh pilih siapa saja untuk jadi isteri.Untuk
menemani awak sepanjang hayat awak.Saya tak kisah dan saya takkan membantah,”
balas Hannah.Betul ke kau tak kisah Hannah?Hatinya masih berkata-kata.
“Sayanggg…”
panggilnya.Dia sudah bersela didepan Hannah.Entah apa yang direpekkan si isteri
malam ini.
“Lepas
tu sayang nak abang ceraikan sayang?” saja dia bertanya.Manalah tahu Hannah
terfikir sehingga ke situ.Hannah menggeleng. Dia tidak akan meminta cerai
melainkan Luth Mikail sendiri yang melepaskan dia.
“Terpulang
kepada awak.Kalau awak rasa terbeban mempunyai dua isteri awak boleh lepaskan
saya.Tapi saya tak sekali-kali meminta awak lepaskan saya,” Luth Mikail menarik
nafas lega.Sekurang-kurangnya fikiran Hannah masih berfungsi dengan elok.
“Tengoklah
kalau abang jumpa gadis yang sesuai nanti.Tapi time tu sayang jangan menangis pula lihat abang bersanding kali
kedua nanti,” selamba dia berkata seperti itu.Mahu mengajar isterinya meminta
yang bukan-bukan.
Berubah
wajah Hannah tetapi cepat-cepat dia cover agar tidak ketara dimata Luth Mikail. Pedih juga hatinya mendengar
kata-kata Luth Mikail tetapi dia tidak boleh salahkan lelaki itu, dia sendiri
yang mencadangkannya.Baru padan mukanya.
Luth
Mikail bingkas bangun dari pembaringannya.Tuala yang ada berdekatannya dicapai
dan mahu ke bilik mandi.Mahu menyejukkan hatinya yang membahang panas ini.
“Awak
marah saya ke?”Hannah bertanya.Mahu saja dia menampar muka sendiri apabila
menyedari soalannya yang boleh mengundang marah orang.
“Tak.Abang
suka sangat apabila sayang mahu bermadu.Sayang nak berapa ramai?Seorang?Dua
atau tiga madu untuk melengkapkan kuota abang,” soalnya sinis.Dia langsung
tidak memandang wajah Hannah.Pantas kakinya dihalakan ke bilik mandi.
Hannah
mengeluh! Salah ke dia meminta suaminya itu berkahwin lain? Tak salah Hannah,
kau memang baik sebab mengizinkan Luth
Mikail mencari madu untuk kau.Mana ada
wanita lain yang sanggup menutur kata-kata itu. Kalau isteri orang lain pasti
dah kena hambat dengan penyapu.
Tapi
baik biarlah kena tempatnya. Mana ada perempuan yang sanggup bermadu kecuali
kau? Tapi betul ke kau sanggup? Hatinya berperang hebat. Hannah mengeluh lagi.
Baik sangat ke dia?
Lama
dia termenung sehingga suaminya masuk semula ke bilik tidur. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut
suaminya. Dia hanya memerhati Luth Mikail sehingga lelaki itu keluar dan
menutup pintu bilik mereka.Sekali lagi dia melepaskan keluhan.
Tuala
yang dipakai suaminya tadi diambil dan disangkut.
Ala kesian kat luth...
ReplyDeleteHai ada pulak yg suka dimadukan.....hannah2......emmm
ReplyDelete