BAB 9
“Pagi
mummy...” Pipi mummynya dikucup lembut.
Kerusi meja makan ditarik.Datin Seri Aisyah yang sibuk menyediakan sarapan pagi hanya tersenyum. Tangannya sibuk mengacau nasi
goreng dalam kuali.
“Pagi
sayang. Awalnya bersiap nak ke office,”
soal Datin Seri Aisyah. Dia melihaf izz harraz sudah lengkap berpakaian kerja.
“A’ah
nak masuk office,” balasnya. Air dalam
teko dituang ke dalam cawan.
“Aik
awal sangat ni. Ayyaz mimpi ke apa ni. Cuba tengok jam kat tangan tu pukul
berapa sekarang ni” soal Datin Seri Aisyah.
Izz Harraz gelak. Mummy kalau buat joke memang terbaik tapi dia ikut juga
kata-kata ibunya. Jam dipergelangan tangan kirinya ditilik.
“Pukul
7 pagi mummy. Why?”soalnya. Pagi-pagi
macam ni sel-sel otaknya tidak bersambung.
“Tahu
pun pukul 7 pagi. Ingatkan tak tahu
pukul berapa. Pukul 7 pagi Ayyaz dah nak keluar rumah itu yang mummy
musykilkan. Ada apa-apa yang mummy tak tahu ke?” ujarnya. Demam ke anak bujangnya ini.
“Ayyaz
demam ke?”soalnya.
“Taklah,”
mahu saja dalam hatinya menyambung, Ayyaz tak sakit tapi hati Ayyaz saja yang
tidak berapa sihat tetapi kata-kata itu tidak terkeluar dari bibirnya. Biarlah!
Buat masa ini biar dia simpan saja rahsia hatinya.
Datin
Seri Aisyah sudah siap memasak. Nasi goreng dimasukkan ke dalam mangkuk untuk
dihidangkan. Sekejap lagi suami dan anak-anak yang lain akan turun untuk bersarapan.
Dia menoleh kearah jam dinding. Mmm.. masih awal lagi, detiknya.
Izz Harraz tersengih. Dia ada rancangn sendiri
pagi ni dan pastinya destinasinya bukan
ke office seperti yang dia beritahu
mummynya tadi. Satu malam dia tak tidur.
Fikiran asyik teringatkan isteri yang sedang sakit dirumah mentuanya.
Selepas
disukat, ditimbang tara akhirnya dia
mengambil keputusan untuk ke rumah bapa mentuanya. Dia kena buang sedikit
egonya.
“Makan
slow-slow sikit. Nak ke mana cepat
sangat ni. Nanti tak pasal-pasal tercekik. Makan pun kena ada adab, sopan. Jangan
main masuk je,” nasihat Datin Seri Aisyah. Bahu si anak ditepuk.
Izz
Harraz tersengih. Cepat saja dia mencapai tisu dan mengesat bibirnya. Mummynya
anak Mat Salleh tetapi hidupnya penuh tertib. Penuh dengan adat sopan.
Kadangkala dia terlupa yang mummy bukan orang Melayu asli.
Dia
memperlahankan suapannya. Jangan sampai
mummy berleter Izz Harraz nanti tak pasal-pasalbernanah pula telinga kau.
“Apa khabar menantu mummy. Sihat ke
dia?” soal Datin Seri Aisyah. Sekali
lagi Izz Harraz hampir tersedak. Cepat saja kotak tisu dicapainya. Mummy kalau
nak bertanya pun bagilah signal dulu tak
adalah dia sampai tersedak macam ni.
Ni
tak, mummy aci main redah saja. Nasib baik dia hanya tercekik, kalau siap pakej
tidak bernafas nampak gayanya Ifftiyah akan menjadi janda. Janda berhias lagi. Dia
juga yang kempunan nanti.
“Mummy tanya macam tu Ayyaz dah
tercekik. Pelik sangat ke soalan mummy ni?” dia menyoal. Bahu si anak ditepuk
kuat. Hish budak ni orang bertanya pun sudah tercekik belum lagi kita meminta
dibawa balik menantu yang seorang itu.
“Mummy...
mana adik-adik, tak turun lagi ke?” dia memesong perbualan. Jangan sampai mummy
meneruskan perbualan tentang menantunya itu. Didapur hanya dia dengan ibunya
saja yang ada.
Bibik
Yumi, selepas memasak tadi terus ke mini kebun di belakang rumah. Pasti ada
sesuatu yang mahu dikerjakan bibiknya itu. Pembantu rumahnya itu memang pantang
ada masa free, pasti mini kebun milik
mummy dituju.
Mummy
dah namanya anak peladang, hobi bercucuk tanam dan memelihara haiwan turut
diwarisi oleh mummy.Nasib baik rumah sekangkang kera kalau tidak pasti mummy
mahu memelihara ayam, itik. Nanti jenuh daddy membebel.
Datin
Seri Aisyah menarik nafas. Itulah anak. Setiap kali ditanya tentang menantu, Izz
Harraz akan memesong perbualan mereka. Takkan berkahwin berbulan-bulan langsung
tidak pernah berjumpa? Pelik dia.
Kalau
tak berjumpa macamana mahu hidup sebumbung. Pening kepala dia dan suami
memikirkan masalah si anak. Setiap kali ditanya, Izz Harraz tidak pernah mahu
menjawab, paling tidak pun dia hanya tersenyum. Macam hari ini, memesong
perbualan mereka.
Akhirnya
dia malas untuk memanjangkan isu menantu. Biarlah! Kalau masih panjang jodoh si
anak dengan menantunya dia bersyukur kalau jodoh mereka setakat ini saja, dia
tetap bersyukur dan reda. Sekurang-kurangnya mereka berdua tidak terseksa
meneruskan perkahwinan ini.
“Kejap
lagi turunlah si Juya tu. Sara katanya tak berapa sihat. Kejap nantimummy nak
naik bilik tengok dia. Apahal pagi-pagi
ni membilang adik-adik” soal Datin Seri Aisyah. Nasib baik ada dua adik saja,
kalau tak jenuh dia mahu menjawabnya.
Sekarang
ni musim panas, kalau tak minum air banyak-banyak penyakit pun cepat saja
singgah, desisnya. Dia sendiri pun kurang sihat,nasib baik bekalan ubat masih
lagi banyak di rumah.
Izz Harraz tersengih. Tak tahu nak cakap apa
lagi. Akhirnya dia langsung tidak membalas kata-kata si ibu.
“Ayyaz
tak pernah jumpa langsung Iffti?” soalnya. Roti bakar disapu butter dimasukkan
ke mulutnya. Nak bersarapan nasi goreng pagi-pagi buta memang taklah. Perutnya
memang sukar menerima makanan berat seawal pagi seperti ini.
Izz
Harraz pandang wajah mummynya pelik dia dengan pertanyaan itu. Takkan daddy
tidak pernah bercerita isterinya itu bekerja dengan syarikat mereka.Pelik. Apahal
pula daddy nak sembunyikan kewujudan Ifftiyah.
“Ayyaz tak
pernah jumpa dia?” sekali lagi mummy bertanya. Budak ni kalau orang bertanya
bukannya mahu menjawab. Termenung saja kerjanya, desis Datin Seri Aisyah. Lamunan
Izz Harraz melayang.
Mahu
berterus terang atau tidak? Soal hatinya. Wajah si ibu direnung.Kalau dia berterus terang
nanti timbul masalah lain pula. Mummy bukan boleh, nanti tak pasal-pasal dia
didesaknya untuk membawa pulang Ifftiyah ke rumahsedangkan si isteri masih lagi
bermain tarik tali.
“Mmmm…”
dia tiada jawapan untuk soalan itu. Lebih baik berdiam diri. Belum tiba masanya
lagi untuk dia berterus terang. Biarlah mummy menganggap dia tidak pernah
berjumpa dengan Ifftiyah.
“Kenapa
tak jumpa? Isteri Ayyaz tu dah balik Malaysia. Tak nak jumpa lama-lama, jumpa
sekejap pun jadilah. Tak baik buat anak orang macam tu. Kalau Ayyaz tak nak,
lepaskan Iffti… biar dia cari kebahagiaan dia sendiri.
“Memang
mummy akui, kami rasa amat bersalah kerana memaksa Ayyaz menerima pilihan hati
kami. Kami bersalah kerana tidak pernah mahu faham hati anak-anak,” dia kembali
kepada topik awal perbualan mereka.
Baru
sebentar tadi dia berazam tidak mahu menyentuh soal menantu tetapi hatinya
melihat wajah Izz Harraz secara automatic wajah Ifftiyah menjelma diruang
matanya.Dia tetap yakin jodoh antara mereka berdua akan berpanjangan.
Itu
doanya setiap kali lepas solat. Mungkin juga doa ibu dan ayah Ifftiyah juga. Mohon
Allah tetapkan jodoh Izz Harraz dan Ifftiyah.
Tersentak
Izz Harraz mendengar cadangan si ibu. Lepaskan Iffti? Dia yang sudah hampir 100
peratus sasau itu diminta supaya melepaskan Ifftiyah. Wajah mummy direnung.
Mahu dia berterus terang tetapi egonya begitu menebal.
“Mummy..”
panggilnya. Serba salah dia mendengar kata-kata si ibu sebentar tadi. Kalaulah
mummynya dapat membaca isi hatinya pasti mummy
tidak akan meminta dia melepaskan Iffitiyah.
“Mummy..”
panggilnya lagi.
“Ayyaz
mohon mummy beri Ayyaz masa untuk menerima semua ini. Ayyaz tak salahkan mummy
dan daddy malah Ayyaz amat berterima kasih kepada mummy dan daddy sebab
jodohkan kami.
“Insyallah
akad nikah Ayyaz hanya sekali dan insyallah juga hanya Ifftiyah yang akan jadi
satu-satunya menantu mummy,” dia berkias. Secara tidak langsung dia mengikat
janji. Kalau mummy faham, fahamlah kalau tak faham juga nasib badanlah tu.
Mummy
tunggu sikit lagi ye, Ayyaz akan bawa balik menantu mummy ke rumah ini. Mummy
jangan bimbang, anak mummy ni dah ada cara untuk menundukkan menantu mummy yang
keras kepala ni.
Mendengar
kata-kata Izz Harraz sebentar tadi dia tidak putus-putus mengucapkan syukur
kepada Allah. Alhamdulillah! Hanya itu yang mampu dia ucapkan. Hatinya kembali
tenang. Sebagai ibu, dia hanya mahu yang
terbaik untuk anak-anaknya.
Sepanjang
lima bulan perkahwinan Izz Harraz, tiada satu hari pun yang menggembirakan
hatinya. Melihat wajah mendung Izz Harraz makin kuat rasa bersalahnya. Melihat
kehidupan anak dan menantunya tidak seperti pasangan suami isteri yang lain dia
makin rasa bersalah.
“Yang
Ayyaz ni nak ke mana awal-awal pagi macam ni. Mummy musykil betullah. Biasanya
tu nak bangun pagi punyalah liat. Nak kena
tiga empat kali kejut pun belum pasti bangun lagi.
“Kena
bersilat dulu baru nak bangun.Tapi pagi ni mummy tak sempat nak kejut Ayyaz dah
bangun dan bersiap,” Datin Seri Aisyah masih lagi musykil dan tertanya-tanya
arah tujuan si anak.
Izz
Harraz tersengih. Mengakui kesukaran dia
untuk bangun pagi. Leteran mummy
apabila membangunkan dia setiap pagi boleh disifatkannya sebagai bunyi
irama dan muzik. Begitu mengasyikkan.
Ayyaz
mahu memulakan misi memujuk menantu mummy. Tapi itu hanya terdetik dihatinya
saja. Belum mampu untuk dia meluahkannya. Walaupun dia yakin mummy akan
menyokong sepenuhnya, dia masih bimbang penerimaan orang disebelah sana. Silap-silap
belum masuk gelanggang dia sudah kecundang.
“Mummy...”
satu suara menyapa dari arah belakang. Serentak itu bahunya dipeluk dan kucupan
singgah di pipi kanannya. Anak bongsunya
sudah siap berpakaian. Entah ke mana hala tujuan Maizura pagi-pagi hari
sebegini.
“Pagi
sayang. Nak kemana pakai cantik-cantik macam ni?” soalnya. Maizura menarik
kerusi bersebelahan abangnya.
“Mmm..
ada janji dengan Ainan. Nak temankan dia cari barang sikit. Mummy lupa ke Ainan
nak ke Mekah menunaikan umrah esok, Kan Juya dah cakap dengan mummy hari tu,” dia
menyoal si ibu.
“Alhamdulillah…muda-muda
lagi sudah berpeluang ke sana. Juya pun simpan duit sendiri nanti boleh juga ke
sana,” pesan Datin Seri Aisyah. Si anak memang dia tahu borosnya yang amat
sangat.
“Mmm..
teringin juga mummy. Nanti kita pergi
mummy,”
Angguk.
“Iyalah.
Mummy pun cadang nak bawa anak-anak dan menantu pergi ke sana nanti. Hari tu
pergi dengan daddy saja.
“Daddy
dah siap ke?” dia bertanya anak gadisnya. Datuk Seri Yahya kalau bersiap memang
mengalahkan dia. Semua perlu dijaga dari bawah hingga ke atas. Suaminya cerewet
bab berpakaian. Kalau makan okey pula semua ditelannya. Tolak batu dan kayu
saja.
“Entah.
Tadi Juya lalu bilik tidur mummy Juya nampak daddy tengah bersiap. Daddy tu
kalau bersiap mengalahkan orang perempuan. Berjam-jam duduk depan cermin. Belek
rambut yang tidak berapa nak hitam tu,”
Datin Seri Aisyah tergelak. Si anak kalau memberi pendapat memang
sentiasa tip top.
“Selamat
pagi semua,” satu kucupan lagi singgah di pipinya. Kali ini dari lelaki yang
menjadi suaminya sejak berpuluh tahun lalu. Lelaki yang dikahwini kerana Allah
Taala. Lelaki yang menariknya ke agama suci.
“Apa
yang Juya bebelkan? Dari atas daddy dengar suara Juya,” soal Tan Sri Yahya. Dia
pandang wajah Maizura. Anak gadisnya itu boleh menjadi seorang yang degil
kalau dibangkang. Kerusi ditarik.
“Mmm…
Juya cakap daddy kalau bersiap mengalahkan perempuan. Kami yang perempuan ni pun
tak bersiap macam daddy. Rambut kena jaga, baju, seluar tak boleh berkedut
langsung, kasut kena berkilat,” selamba saja Maizura mengenakan ayahnya.
Mulutnya penuh dengan nasi goreng yang dimakannya.
Tan
Sri Yahya menoleh kearah isterinya yang sudah tergelak-gelak. Wajah wanita yang
dikahwini itu sudah banyak berubah berbanding zaman muda mereka dahulu tetapi
sisa kecantikan isterinya masih terserlah.
“Mmmm…
kita orang berniaga Juya. Kenalah jagalah semua tu. Orang nak berniaga dengan
kita pun akan yakin melihat keterampilan kita. Takkan nak berbisnes dengan baju
T cap pagoda. Tak kena tu,” guraunya.
Pinggan
berisi nasi goreng dihulurkan kepadanya. Nescafe panas dihirup penuh nikmat.
Pagi-pagi ni kalau tidak mengenakan nescafe memang tidak senang hidupnya. Serba
tidak kena jadinya. Nasib baik setiausahanya sudah tahu tabiatnya yang satu
ini.
“Nikmat
betul dapat pekena nescafe pagi-pagi macam ni. Hilang masalah dalam kepala ni,”
ujar Datuk Seri Yahya.
“Daddy
ada masalah ke?” pantas soalan itu diberi Izz Harraz. Setahu dia syarikat tiada
masalah langsung. Semua projek mengikut jadual. Untung berjuta-juta setahun.
Apa lagi yang menyerabut fikiran ayahnya.
“Masalah
ada di mana-mana Ayyaz. Tidak hanya masalah dengan syarikat saja. Juya ni pun
kalau ditimbang-timbangmasalah juga pada daddy. Sebabnya sampai sekarang dia
langsung tidak berminat untuk bekerja. Tidak ke bermasalah namanya tu,”
selorohnya. Wajah anak bongsunya direnung.
“Juya
nak ke mana awal pagi dah bersiap ni? Pusat beli belah mana yang buka awal pagi
macam ni? Atau hari ni nak berlumba kat jalan mana pula?” soal Datuk Seri
Yahya. Dengan anak bongsunya ini kena selalu bertegas kalau tidak, ada saja kerja yang tidak berfaedah
dilakukannya.
Maizura
menarik mukanya. Hampeh! Pagi-pagi buta daddy sudah mengenakan dirinya. Kunyahan
nasi goreng mula diperlahankan. Dia sudah tiada selera untuk menikmatinya.
Bebelan daddy kadangkala boleh mematikan selera dan mood orang yang
mendengarnya.
Pinggan
ditolak ketepi. Dia berkira-kira mahu bangun dan berlalu dari situ tetapi tidak
jadi apabila mendengar suara tegas daddy.
“Duduk,
daddy nak cakap sikit,” wajah si anak direnung. Silap dia juga kerana menatang
si anak bagaikan minyak yang penuh menyebebabkan si anak menjadi manja dan
tidak mampu berdikari.
“Daddy
nak Juya masuk office esok. Daddy tak
nak ada apa-apa soalan atau bantahan daripada Juya,” dia mengangkat tangannya
apabila melihat si anak mahu bersuara. Dia tahu kalau Maizura bersuara dia akan
tunduk dengan kemahuan si anak.
Izz
Harraz hanya memerhati. Melihat wajah sendu si adik dia merasa sedikit
terganggu. Iyalah selama ini daddy tidak pernah bertegas dengan si adik, sebab
itulah Maizura menjadi ‘mua’ dan manja.
“Dadd….”
Sekali lagi Datuk Seri Yahya mengangkat tangannya. Maizura mendengus. Daddy
selalu macam tu, tidak pernah memberi ruang dan peluang kepadanya untuk membela
diri.
“Daddy
dah cakap daddy tak nak ada sebarang bantahan. Mahu tak mahu Juya kena ikut
arahan daddy. Daddy buat semua ini untuk kebaikan Juya juga. Untuk masa depan
Juya. Daddy tidak mahu Juya terumbang ambing tiada arah tujuan.
“Juya
tak teringin ke jadi seperti Kak Sara. Ada kerjaya sendiri. Masa Kak Sara bina
kerjaya dulu dia pun sebaya Juya tapi Juya daddy tengok masih lagi mahu
berseronok dengan dunia Juya.
“Daddy
amat tak berkenan dengan minat Juya tu,” panjang lebar dia cuba memahamkan si
anak kenapa dia lakukan semua itu. Maizura mencebek. Kalau dia semuanya daddy tak
berkenan tetapi kalau Kak Sara memanjang
apa yang kak Sara buat tidak pernah dikritik malah daddy dan mummy seringkali
memberi galakan.
Post a Comment
Pendapat?