BAB 2

Hannah mengekori langkah suaminya ke ruang tamu.Riuh rendah kedengaran hilai tawa adik iparnya, Alia Maisara bergurau senda dengan ibu mentuanya dan pembantu rumah mereka.
“Kak Hannah jom lepak sama-sama,” gamit Alia.Dia memberi ruang kosong disebelahnya.
Hannah pandang Luth Mikail.
“Pergilah Alia panggil tu. Abang duduk kat luar dengan abah,” teko kopi dibawanya bersama keluar ke beranda rumah. Di situ terdapat set kerusi meja taman yang diletakkan ibu mentuanya untuk tujuan istirehat mereka sekeluarga.
Dia berlabuh di sisi Alia.Langkah kaki Luth Mikail yang makin menjauh dipandangnya.Bertuah sesiapa yang menjadi isteri lelaki itu.Luth Mikail datang dengan pakej lengkap.
Segala-galanya ada pada lelaki itu.Kacak, kaya, penyabar dan dari keturunan yang baik-baik pastinya.Lelaki itu layak dijadikan suami dan ketua keluarga kalau kejadian mengaibkan dulu tidak singgah dalam hidupnya.
Satu persatu memori duka muncul di kotak fikirannya.Seolah-olah direwind kembali.Ya Allah dia tidak mampu menghapuskan kenangan pahit itu. Cepat-cepat dia cuba melupakannya, tidak mampu untuk terus mengingatinya.
Kalau sakit atau terluka boleh lagi diubati tetapi kalau  babitkan maruah dirinya, keluarga mampukah dia untuk melupainya.
“Akak!”
                        Dia mengalihkan pandangan kearah si pemanggil. Aik! Tadi dia rasa dia duduk bersama dengan Alia Maisara tetapi sekarang disebelahnya adalah adik lelaki Luth Mikail.
Alia sudah menjadi Luqman Hakim.Bila masa mereka bertukar tempat.
“Mana Alia?” soalnya.
Dia melempar senyuman kepada adik iparnya.
“Katanya tadi dahaga.Agaknya ke dapur ambil minuman,” balas Luqman Hakim.
                        Wajah adik iparnya direnung. Wajah itu banyak mengikut  iras suaminya. Sekali pandang mereka seperti pasangan kembar.Wajah itu tidak pernah wujud dalam hidupnya sebelum ini.
Hanya untuk tempoh beberapa minit mengenali lelaki itu dia dipalit kesengsaraan.Dia kembali teringatkan kisah itu.Kisah duka yang membawa dirinya jauh merantau jauh ke Pulau Sipadan.Membawa luka yang bukan sedikit.
“Kenapa tak duduk sana?”Tiba-tiba ada suara menerjah ketelinganya.Pecah lamunannya itu.Hannah mengurut dadanya.Mata dihala kepada adik iparnya, Luqman Hakim yang tersengih-sengih.
“Sorry.... terkejut ke dengan sergahan saya tadi tu?” dia bertanya.Hannah tersenyum. 
“Taklah.Memang salah akak pun sebab mengelamun sampai orang tegur pun tak dengar,” dia membetulkan tudung yang dipakainya. 
Sejak tinggal di rumah agam itu auratnya menjadi terbatas.Kalau dulu di rumahnya dia bebas melepaskan rambut.Memakai t shirt berlengan pendek, baju singkat atau ketat sedikit tapi sekarang semua terbatas.
Dalam rumah pun dia perlu menjaga auratnya.Memakai pakaian sopan dan bertudung litup. Setakat depan suami dia boleh lagi membuka auratnya. Tidak memakai tudung itu pun selepas berkali-kali ditegur Luth Mikail.
“Kenapa duduk sorang-sorang kat sini. Pergilah sembang dengan Abang Mika dan abah kat luar sana tu,”  Dia bartanya. Sejak tadi dia melihat kakak iparnya hanya menyendiri.
“Akak tak suka tinggal sini ke?” soalnya lagi.Hannah angguk dan kemudian cepat-cepat pula dia menggeleng.
“Aik! Mana satu ni. Suka atau tak tinggal dengan kami?”Luqman Hakim sudah tergelak-gelak melihatnya. 
“Akak tak suka erk?”
“Bukan tak suka tapi..”
“Tapi apa?” cepat pula dipintas Luqman Hakim.Suka betul dia melihat wajah serba salah kakak iparnya. 
“Akak suka tinggal sini.Cumanya akak belum biasa lagi.Insyallah kalau dah lama awak pula yang tak menang tangan layan akak nanti,” dia bergurau.
“Panggil saya Luth. Umur kita pun sebaya saja tapi disebabkan akak kan dah kahwin dengan Abang Mika,  kenalah panggil akak. Sebagai tanda hormat saya,”
Hannah angguk.Dia pun lebih selesa Luqman Hakim memanggilnya kakak.Itu sebagai tanda hormat adik ipar kepada kakak iparnya.
“Saya tak sangka Abang Mika kahwin dengan akak sebabnya taste abang bukan gadis macam akak,”
“Habis tu taste abang awak macamana?"soal Hannah. Mahu juga dia tahu Luth Mikail orangnya macamana.
“Abang suka yang seksi, rambut bercolour, perempuan tak cukup kain. Dedah sana dedah sini macam tak mampu nak membeli," dia tersengih-sengih mengingatkan Aqilah yang tergila-gilakan abangnya sejak dulu.
“Sengih nampak,” ujar Hannah.Pelik dia melihat si adik ipar sekejap sengih, kejap senyum panjang.
“Akak ni saya baru saja nak bayangkan kekasih Abang Mika yang nama Aqilah tu. Makna nama sikit punya baik. Yang baik, yang mulia tapi orangnya nauzubillah. 
“Hish Luth ni tak baik tahu mengata orang macam tu. Mungkin sekarang dia tak berapa nak baik sangat tapi siapa tahu akan datang dia berubah,"nasihatnya. Tak senang dia mendengar kata-kata adik iparnya itu.
Tersengih-sengih Luqman Hakim apabila ditegur Hannah. Mungkin tidak menyangka Hannah akan berkata begitu.
“Tapi bila lihat akak saya memng terkejut sangat. Akak lain daripada perempuan yang menjadi kesukaan abang dulu. Kami sekeluarga memang sukakan akak. Lebih-lebih lagi umi tu, dia betul-betul sayangkan akak,”
“Betul ke?”Soalnya macam tak percaya.Dia baru saja dua minggu mengenali keluarga suaminya takkan secepat itu kasih sayang ibu mentuanya tercurah kepadanya.
“Umi tahu akak seorang yang istimewa sehingga Abang Mika memilih akak menjadi isteri dan bukannya Aqilah atau gadis lain,” Hannah diam. Istimewakah dia?
Bertuahkah dia sehingga berkahwin dengan lelaki itu?Itu yang berlegar dalam kotak fikirannya sekarang. 
Namun, dia tetap bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang sebaik itu.Langsung tidak pernah bertanya kehadirannya secara tiba-tiba dalam hidup mereka.
“Akak dengan Abang Mika beza berapa tahun?”soal Luqman Hakim. Dia teliti wajah kakak iparnya. Pada perkiraannya paling tidak pun usia Hannah dalam lingkungan 23 tahun.
“Luth rasa?” dia bertanya semula.Soalan dijawab dengan soalan.Wajah lelaki itu berkerut.Berfikirlah sangat tu, desisnya.
“Mmm… 23 tahun,” Luqman Hakim meneka.
“Mudanya saya,” tergelak-gelak Hannah dibuatnya.Matanya bersinar.
“Tambah tiga tahun lagi,” kata Hannah.
“26 tahun?Biar betul akak.Saya ingatkan umur akak paling tua pun 23 tahun. Tak sangka dah tua akak ni,” dia tergelak-gelak. Hannah memuncungkan bibirnya.Kalau diberi ruang dan peluang ada saja adik iparnya mahu mengenakan dirinya.
Dari jauh tanpa mereka sedari sepasang mata asyik merenung mereka berdua.Luth Mikail sejak tadi tidak berkelip memandang Hannah.
“Apa yang dilihat tu?Abah tengok ralit betul pandang kearah ruang tamu. Kalau dah bimbang sangat pergi sajalah masuk,” Datuk Muzafar seolah-olah dapat memahami apa yang bermain difikiran anaknya.
“Mmm.. biarlah mereka bersembang. Bila masa lagi adik ipar nak mengenali kakak ipar dia,” dia cuba menyembunyikan rasa hatinya.
Melihat Hannah bergelak tawa dengan Luqman Hakim hatinya dipagut cemburu.Tidak pernah Hannah segembira itu apabila bersama dengannya.
“Mika ada masalah?” soal Datuk Muzafar.Kasihan dia melihat wajah anak sulungnya yang sugul itu.
“Kalau ada jangan pendam nanti makin parah. Bila dah parah susah untuk kita selesaikan. Jadi, lebih baik cegah awal sebelum dia melarat,”
Luth Mikail menarik nafas dan seketika kemudian dia menghembusnya kembali.Terasa berat penanggungannya kala ini.
“Ada kaitan dengan menantu abah?” entah mengapa dia meraasdkan Hannah adalah sebahagian daripada masalah Luth Mikail.
“Mika cintakan Hannah?” soalnya lagi.Luth Mikail angguk.Sejak tadi langsung tidak bersuara.Asyik angguk dan geleng saja.
“Abah tak dengar jawapan Mika.Mika cintakan Hannah?”
“Cinta. Sayang… dengan sepenuh jiwa raga Mika,”
Sekali lagi matanya memandang kearah ruang tamu.Kali ini dia melihat umi, Mak Senah dan Alia turut serta berborak dengan Hannah dan adiknya.Dia tarik nafas lega.Sekurang-kurangnya mereka tidak berdua-duan di situ.
Sekurang-kurangnya kehadiran ahli keluarga yang lain membuatkan hatinya menjadi lapang. Walaupun dengan adik sendiri cemburunya tetap ada.Luqman seorang peramah, periang dan pastinya Hannah tidak kekok bersama adiknya itu.
“Habis tu Mika ada masalah dengan Hannah?Abah tengok Hannah tak banyak cakap dengan Mika, dengan kami apatah lagi. Sepatah ditegur sepatah juga dijawab,”
“Entahlah bah. Mika orang bersalah, jadi Mika kena banyak bersabar.Tunggu apa saja hukuman yang akan dikenakan keatas Mika,” dia melepaskan keluhan.Dadanya terasa sebak.
“Orang bersalah?Abah tak faham.Apa maksud Mika sebenarnya?” soal Datuk Muzafar.Kata-kata Luth Mikail menarik minatnya.
“Mika orang berdosa. Dosa Mika kepada Hannah mungkin tidak terampun. Dosa dengan Allah, Allah akan ampunkan hambaNya tetapi dosa dengan  Mmanusia memang susah. Selagi tak diampunkan kita tetap menanggung beban dosa itu,”
Datuk Muzafar diam. Pelik dia mendengar kata-kata Luth Mikail. Apa dosa si anak sehingga menanggung beban sebegitu berat.
“Dosa apa yang Mika dah buat sampai tidak terampun begitu sekali. Allah maha pengampun, kita sebagai hambaNya perlu sentiasa menadah tangan memohon keampunan,” sempat lagi dia memberi ceramah pendeknya.
“Bah,” panggilnya.
“Mika boleh percayakan abah. Insyallah abah akan bantu Mika takat abah mampu,” Datuk Muzafar member jaminan. Dia pandang wajah Luth Mikail. Ada riak serba salah terpamer pada wajah itu.
Cawan berisi air kopi dicapainya. Sekali teguk saja nampak sungguh dahaganya dia. Mana tidaknya, sejak tadi mereka asyik bersembang. Sudah jadi kering tekaknya.
“Lima tahun Mika pendam rasa berdosa, rasa bersalah Mik pada Hannah. Merata-rata Mika cari dia tetapi lepas kejadian itu dia lenyap seperti ditelan bumi,”
“Kejadian? Kejadian apa? Apa yang Mika dah buat pada Hannah dulu,” keras suara Datuk Muzafar. Dia memerhati Luth Mikail yang mundar mandir didepannya.
“Cakap dengan abah apa Mika dah buat dengan Hannah. Jangan kata Mika rogol dia pulak. Abah takkan maafkan Mika,” entah apa yang merasuknya untuk berkata begitu. Dia seperti mahu menjerit bila melihat Luth Mikail menganggukkan kepalanya.
“Mika tak tahu bah macamana semua ni boleh berlaku. Sumpah, Mika tak pernah sentuh minuman keras tetapi Mika tak faham kenapa Mika berada atas katil bersama Hannah,” dia bercerita.
Ya Allah ! Tangannya diletakkan didadanya. Sedih dia mendengar pengakuan Luth Mikail.
“Mika rogol Hannah?”
Luth Mikail menggelengkan kepalanya berkali-kali.
“Mika tak ingat. Sumpah bah, Mika langsung tak ingat kejadian tu,  Yang Mika ingat Mika dengan Aidit ke rumah Maira. Ada parti, rasanya parti hari jadi Maira. Hannah pun ada. Sebelum ini Mika tak pernah nampak Hannah di mana-mana.
“Malam tu first time Mika jumpa Hannah bila dia bawa minuman untuk tetamu. Rupa-rupanya dia sepupu Maira. Selepas kejadian itu Hannah hilang. Dalam tempoh lima tahun itu tidak sekali pun Mika lupa untuk mencari Hannah,”
Memang Luth Mikail agak liar. Bukan liar sedikit tapi banyak. Kelab malam bukan asing kepada kepada anak bujangnya tetapi dia tidak pernah tahu si anak begitu liar sehingga sanggup meneguk minuman keras.
Betullah kata orang kalau berani melanggar hukum Allah tidak mustahil berani juga melakukan semua dosa lain. Namun dia perasan sejak lima tahun lalu Luth Mikail menjadi manusia baru.
Tiada lagi kelab malam, tinggalkan kehidupan di kelab, tinggalkan sikap playboy. Jadi kaki masjid rupa-rupanya ada sesuatu yang disembunyikan anaknya.
 “Mika minum?” soal Datuk Muzafar keras. Sejak kecil dia mendidik Mika dan dua adiknya dengan ilmu agama yang secukupnya agar bila dewasa nanti ilmu itu boleh menjadi panduan hidupnya tetapi besarnya tetap kecundang.
“Mana ada bah. Memang Mika jahat, kaki kelab tapi Mika tak pernah sentuh minuman keras. Demi Allah bah. Mika ingat malam tu Mika dengan Aidit minum coca cola tapi tiba-tiba Mika rasa mengantuk amat sangat,” dia bercerita. Matanya terbuka luas, baru dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada jalan ceritanya itu.
Kalau dia mabuk seperti dikatakan Maira dan Jason kenapa dia merasa mengantuk yang amat. Ada sesuatu di situ yang dia tidak faham. Lima tahun dia tidak perasan perkara itu.
“Aidit pun mengantuk?” soal Datuk Muzafar. Dia tertarik dengan cerita itu. Ada sesuatu yang tak kena dalam kisah Luth Mikail dan Raisya Hannah. Mungkin ada orang mahu memusnahkan reputasi anak sulungnya itu.
“Aidit dah balik masa tu. Ada emergency kat rumah family dia. Time tu tinggal Jason, Ilham dengan pasangan masing-masing. Hannah sibuk melayan tetamu dengan membawa dulang minuman ke sana ke mari,”
Dia picit kepalanya cuba mengingatkan bagaimana dia dengan tiba-tiba boleh berada diranjang bersama wanita yang tidak dikenalinya. Tanpa baju dan seluar. Hanya diselimut dengan gebar tebal.
“Ada Mika ke mana-mana tinggalkan minuman?” soal Datuk Muzafar.
Lama Luth Mikail berfikir. Perkara lima tahun lalu mustahil untuk dia mengingati dengan cepat.
“Mm... rasanya ada. Mika ke toilet. Tak lama pun dalam lima minit saja. Mungkin masa Mika ke toilet ada orang yang mendajalkan Mika. Letak ubat tidur barangkali,” Luth Mikail berkata.
“Itu juga yang abah fikirkan sekarang. Mungkin ada yang mahu menganiaya Mika. Tetapi abah tak faham mengapa mereka turut melibatkan Hannah,” dia mengeluh.
Ya Allah kasihan sungguh pada menantunya itu. Patutlah dia melihat Hannah dia jatuh kasihan. Rupa-rupanya ada cerita disebalik wajah sedih menantunya itu.
“Mika rasa siapa yang sanggup menganiaya Mika?” soal Datuk Muzafar.
“Mika tak tahu siapa. Tapi Mika dapat rasakan ada yang mahu memusnahkan Mika. Mungkin berdendam dengan Mika, mahu mengaibkan Mika dan mungkin juga ada yang berdendam dengan Hannah,”
Selama ini bukan dia tidak berfikir sebegitu. Dia pernah berfikir dia dianiaya tetapi tiada bukti untuk mengesahkannya. Tetapi sejak kebelakangan ini perasaan itu makin kuat bertandang dihatinya. Dia dan Hannah dianiaya.
“ Mika ada terima gambar Mika dengan Hannah di atas katil. Kalau tiada orang  yang nak menganiaya mereka tidak hantar gambar tu pada Mika. Kalau Mika dapat tidak mustahil Hannah juga dapat gambar tu,” Ujar Luth Mikail.
“Dahlah tu...jangan diingatkan lagi benda dah lepas. Mungkin Allah turunkan ujian itu untuk Mika berubah. Mencari Allah. Kalau tidak berlaku, Mika masih lagi begitu. Masih lagi berpeleseran di kelab malam,” Datuk Muzafar member nasihat.
Luth Mikail angguk. Betul kata ayahnya. Kalau bukan kerana kejadian mengaibkan itu dia masih ligat mengukur kelab malam.   
“Bila masa pula Mika jumpa Hannah?” soal Datuk Muzafar.
“Dua tiga bulan jugalah. Abah ingatkan Mika pernah pergi ke Pulau Sipadan dengan member bercuti.” dia bertanya.
Datuk Muzafar angguk. Dia masih ingat anak sulungnya itu meminta izin untuk bercuti dengan rakan-rakan selepas projek perumahan di Sungai Tempua, Kajang, selesai sepenuhnya. Dia yang meluluskan cuti anaknya selama dua minggu itu.
“Mika jumpa Hannah di situ. Dia bekerja di resort Pulau Sipadan. Masa itu Mika bersyukur sangat biarpun Hannah buat-buat tidak mengenali Mika tetapi Mika tahu dia memang kenal Mika. Berbulan Mika berulang-alik ke sana memujuk Hannah,”
Ooo patutlah setiap hujung minggu saja, Luth Mikail hilang. Rupa-rupanya dia ke Pulau Sipadan memujuk Hannah.
Dia melepaskan pandangan ke ruang tamu. Melihat wajah tenang menantunya, dia jadi sebak. Sepatutnya dia sudah menjangka kenapa tiba-tiba  Hannah muncul dalam keluarga mereka.
“Habis tu Mika paksa  Hannah? Keras suara Datuk Muzafar.
“Paksa?” dia tidak faham maksud si ayah.
“Aah paksa berkahwin dengan Mika. Hannah setuju dengan perkahwinan ini,?” soal Datuk Muzafar.
“Mika mahu bertanggungjawab dengan apa yang Mika lakukan kepada dia. Sebulan Mika lakukan usaha memujuk tetapi hati Hannah keras. Mika bagi tempoh seminggu untuk dia berfikir. Lepas seminggu tiada apa-apa. Senyap saja.
“Tup-tup dia datang jumpa Mika dan cakap dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mika. Apa yang mendorong dia bersetuju Mika tak tahu. Mungkin Allah bukakan hatinya untuk menerima Mika. Mengurangkan rasa berdosa Mika kepadanya.
Matanya masih lagi memerhati ke ruang tamu. Hannah dan Luqman Hakim masih lagi rancak berbual. Sesekali dia melihat Hannah tersenyum. Alangkah bahagianya kalau senyuman itu untuk dirinya.
“Lepaskan menantu abah. Biar dia jalani kehidupan sendiri. Kasihan Hannah disebabkan Mika Hannah menjadi mangsa. Patutlah abah nampak kamu berdua serba tak kena. Macam bukan pasangan berkahwin kerana cinta,”
“Tinggalkan Hannah. Tinggalkan menantu abah,” tiba-tiba dia bersuara. Itu lebih baik daripada melihat kehidupan Hannah musnah. Wajah Luth Mikail berubah. Mungkin tidak menyangka si ayah sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu.
“Abah jangan cakap macam tu. Mika tak akan sesekali ceraikan Hannah. Tempoh lima tahun mengubah Mika. Mika cintakan dia dan rasa itu makin kuat apabila Mika berjumpa dengan dia,” ada nada terkilaan di situ bila Datuk Muzafar minta dia melepaskan Hannah.
“Itu bukan cinta tetapi lebih kepada perasan bersalah Mika  kepada Hannah. Abah tak nak Mika aniaya Hannah dengan perkahwinan yang dia tidak rela ini,”
“Tak akan..” nada suara Luth Mikail meninggi.
“Mika takkan sekali-kali lepaskan isteri Mika. Hanya sekali saja akad dalam hidup Mika. Mika tak akan goncang tangan tok kadi untuk kali keduanya,”  dia pandang wajah Datuk Muzafar.
“Mika tahu Mika bersalah tetapi Mika sudah menerima hukuman Mika. Lima tahun Mika tidak lena tidur, hidup tak tenteram semuanya kerana rasa berdosa Mika kepada Hannah. Untuk sekali ini Mika minta abah sokong Mika,” nada suaranya bertukar sedih.
Perit dadanya menahan getaran. Ya Allah kenapa tiada seorang pun yang memahami perasaannya. Memahami penderitaannya.
Dia pandang wajah Luth Mikail. Nama yang diberi mempunyai makna yang baik tetapi perwatakan si anak tidak mencerminkan maksud yang diberi.
Luth Mikail diam. Sesekali matanya dihalakan ke ruang tamu. Masih rancak lagi mereka itu berbual. Terasa diri mahu menyertai tetapi memikirkan ketidakselesaan si isteri dia membatalkan niatnya.
Dalam diam Datuk Muzafar memerhati gelagat Luth Mikail. Timbul rasa kasihan kepada si anak. Namun, Luth Mikail harus diberi kesedaran, supaya di lain kali anaknya tidak mengambil mudah semua perkara.
“Abah tak salahkan Hannah tapi abah salahkan Mika kerana mengheret Hannah dalam situasi ini. Apa yang Mika mahu lakukan sekarang?” Datuk Muzafar mahu tahu apa yang berlegar dalam fikiran si anak.
“Mika belum ada idea lagi. Abah ada idea yang nak disumbangkan,?” dia bertanya. Mana tahu abahnya ada cadangan yang bernas yang tidak terfikir dek akalnya.
“Nak abah bagi cadangan?” Datuk Muzafar bertanya. Dia pandang Luth Mikail. Alang-alang sudah terbabit dengan permasalahan si anak, biarlah mereka sama-sama mencari penyelesaian.
“Nak. Asalkan abah tidak minta Mika lepaskan Hannah. Sampai bila-bila Hannah akan jadi isteri Mika,” sekali lagi dia menyatakan pendiriannya. Datuk Muzafar tergelak mendengarnya. Huh! Tahu pun takut ditinggalkan.
“Tak.. abah tak suruh Mika lepaskan Hannah, sebabnya abah nampak kesungguhan Mika kali ini,” terangguk-angguk kepala Luth Mikail.
Memang dia  bersungguh. Kalau tidak, dia tidak akan bersabar dengan kerenah Hannah. Kalau dia tidak sabar, sudah lama Raisya Hannah dilepaskan.
“Abah nak mulai sekarang Mika tackle Hannah. Buat dia jatuh cinta dengan Mika. Hati perempuan ni lembut saja bila kita buat baik, ambil berat pasal dia, hati yang keras pun akan tersentuh juga,”