Bab 1 (Part 2)
“Sedap lauk Hannah masak ni. Selama ni
kita dah biasa makan masakan Mak Senah tapi malam ni bila makan masakan Hannah
rasanya lain sangat. Hannah belajar memasak dari mana?Tiba-tiba Datuk Muzafar
memecah sunyi diruang makan.
Kalau Mak Senah mendengarnya, mahu
pembantu rumahnya itu berkecil hati.
Hannah sedikit terperanjat.Sejak tadi dia leka mengunyah tanpa mempedulikan kehadiran ayah dan ibu mentuanya.
Hannah sedikit terperanjat.Sejak tadi dia leka mengunyah tanpa mempedulikan kehadiran ayah dan ibu mentuanya.
“Biasa
saja bah.Masuk-masuk bahan saja,” balasnya.Bangga siot bila bapa mentua sendiri
memuji keenakan masakannya.Terima kasih mak sebab mengajar anakmu yang malas
masuk dapur ini memasak.Berguna rupanya kepakaran yang dia pelajari itu.
“Main
campak-campak pun sedap.Tak gitu Pia,” Datuk Muzafar memandang isterinya yang
ralit meratah ikan tenggiri.
“Mak
saya tukang masak.Jadi sedikit sebanyak tu bolehlah saya masak.Tapi tak adalah
pandai mana pun,” dia merendah diri.
“Ada
restoran sendiri ke?”Datin Sofiah mencelah.Nasi dalam pinggannya sudah
habis.Dua kali tambah.Selera betul dia dengan masakan Hannah. Kena pula dengan
selera orang kampung.
“Tak.Buat
kecil-kecil saja.Kalau ada majlis atau kenduri dia orang panggil mak untuk
masakkan,” Hannah bercerita.Ceria dia apabila ayah dan ibu mentuanya mahu
bertanyakan tentang keluarganya di kampung.
Tak
adalah sombong mana ayah dan ibu mentuanya ini.Tak macam sesetengah orang kaya
yang hanya pentingkan darjah serta keturunan.Yang didepannya ini adalah orang
kaya sempoi, desisnya.
“Bila
nak untungnya kalau buat kecil-kecil macam tu, Kenapa tak buka restoran
saja.Tak pun buat bisnes katering,” soal Datin Sofiah.Dia pula terlebih teruja
mendengarnya.
“Hish
awak ni, nak buka restoran perlukan modal yang banyak. Selain tu tenaga kerja
pun kena fikir juga. Kalau ada restoran tapi tak ada orang nak bekerja, susah
juga kan.Sekarang ni bukan senang nak cari pekerja, yang pandai memasak,
jujur," ujar Datuk Muzafar.
“Betul
juga tu. Kenapa Pia tak berfikir tadi erk.Tapi bang, berniaga sendiri ini
untung, duit boleh masuk poket sendiri,” seloroh Datin Sofea.Hannah yang
mendengar hanya tersengih-sengih. Boleh tahan juga ibu mentua dia ni.
Datuk
Muzafar jegel mata kepada isterinya.
“Patutlah
butik Pia tu tak ada untung.tiap-tiap bulan abang kena topup modal.
Rupa-rupanya masuk dalam poket tuan dia rupanya,” Datuk Muzafar membalas.Tahu
sangat gurauan si isteri itu.
Hannah
ralit memerhati. Mmm..mesra. Boleh dijadikan role model dalam rumahtangga dia nanti.Hish, ke situ pula dia
berfikir.Entah-entah rumah tangga dia tu tak sampai sebulan usianya.
“Pia
gurau sajalah. Takkan Pia nak makan modal pula, mana nak untungnya butik Pia tu
nanti,”
“Umi
buka butik pengantin ke?” soalnya. Opp! mulut dia ni kenapa tak boleh diam.
Asyik nak jadi kak nam saja.
“Taklah.Umi
buka butik baju wanita.Kalau Hannah nak baju apa-apa datanglah kat butik.Ambil
berapa yang Hannah nak.Menantu seorang takkan umi nak berkira pula,” bulat mata
Hannah medengarnya. Nak bagi free ke apa? Silap-silap satu butik nanti dia
kebas.
“Bisness
tu umi..mana boleh bagi free-free macam tu,” dia tolak secara berhemah. Tapi
dalam hatinya berbunga suka.Iyalah orang nak bagi percuma siapa taknak,
lagi-lagilah mak mentua.
“Berapa
sen sangatlah baju-baju tu. Takkan sampai beribu-ribu pun. Untuk menantu umi
apa salahnya kan. Tak gitu bang?’soalnya. Dia berpaling kearah suaminya yang
ralit menyuap nasi.
“Hish
orang perempuan kalau bercerita bab shooping hidup saja awak ni kan, Pia. Jangan
nak ajar menantu awak yang bukan-bukan,” selamba saja Datuk Muzafar mengenakan
isterinya.
Datin
Safiah tarik muka.
“Apa
salahnya isteri habiskan duit suami.Tak payah dengar cakap abah tu, abah jadi
macam tu sebab abah terpaksa keluarkan duit bila umi shooping.Tu abah jadi
fobia bila umi cerita pasal shooping,” Hannah tergelak.Ya Allah comel betul
pasangan tua didepannya ini.Saling bergurau.
“Ni abah nak tanya, cuti berapa lama lagi?”Datuk Muzafar
memintas percakapan isterinya.Seingat dia sudah dua minggu menantunya berada di
rumah mereka, sejak selesai majlis resepsi disebelah mereka.
“Lusa dah start bah,” pendek dia menjawab.
“Eh cepatnya..abah dengan umi baru nak kenal-kenal
Hannah,” balas pula Datin Safiah. Dia pandang wajah manis menantunya. Gadis itu
tidak pernah dibawa anak bujangnya tetapi sekali dibawa terus mahu dijadikan
isteri.
“Kenapa
tak ambil lama sikit.Ingat nak bawa Hannah balik kampung,” dia sudah
berkira-kira mahu membawa pulang Hannah ke kampung untuk diperkenalkan kepada
saudara mara yang tak datang pada majlis hari itu.
Hannah
terasa mahu tercekik mendengarnya.Kejap? Biar betul mak datin ni. Dua minggu
dikatakan sekejap.Dia macam sudah mati kutu tinggal di rumah tanpa melakukan
sebarang kerja.
“Boleh
sambung cuti lagi ke?Kita balik kampung abah kat Sik.Kenai dengan saudara mara
belah abah.Masa hang pa kawin hari tu tuk wan, dan tok aki tak dapat datang,
depa ada urusan,” Hannah angguk.
Tetapi
dalam kepalanya ligat berfikir adakah ibu mentuanya orang Kedah sebab ada
slanga utara setiap kali dia bertutur dengan abah mentuanya.
“Umi
orang Kedah juga ke?” perasaan ingin tahunya tidak boleh ditahan-tahan.Laju
saja meluncur kata-kata itu dari mulutnya.
Iyalah
dia langsung tidak mengenali keluarga mertuanya.Tiba-tiba saja dia menjadi sebahagian
daripada keluarga Datuk Muzafar dan Datin Safiah.Entah-entah ada orang yang
berfikiran dia mahu membolot harga keluarga itu.Nauzubillah, desisnya.
“Tak
aihhh…Umi orang Kelantan.Orang Kota Bharu. Tapi bila dah kahwin dengan abah
hang ni orang Kedah, kenalah pandai cakap utara jgua,” balas Datin Safiah.
“Patutlah
umi cantik.Kulit halus saja.Rupa-rupanya orang Kelantan.Kawan saya cakap
perempuan Kelantan ni comel-comel belaka,” dia teringat kawannya, Melati, anak
jati Pengkalan Chepa.
“Ye
ke umi cantik?” soal Datin Safiah.Teruja dia mendengar pujian menantunya.Hannah
menyengih. Aik mak datin ni pantang dipuji cepat saja kembangnya, tapi memang
pun Datin Safiah memang cantik semulajadi. Umur dah pertengahan 50-an tapi nampak macam pertengahan 40-an.
“Dahlah
tu sayang oiii… sakit telinga abah mendengarnya.Kalau kamu nak tahu Hannah
oiii..umi kamu ni memang pantang dipuji, dia mulalah jadi kembang setaman. Kira
jadilah ni kita balik kampung esok?” soal Datuk Muzafar.Tak tahan dia bila
asyik dihidangkan dengan cerita kecantikan wanita.
“Umi..”
tiba-tiba suara lelaki memanggil nama Datin Safiah. Serentak itu kerusi
disebelahnya ditarik.Dia memaniskan mukanya apabila semua mata memandang
kearahnya.
“Mika
dari mana ni?” Datin Safiah bertanya.Wajah anak lelaki sulungnya yang agak
keletihan itu dipandangnya.
“Dari
site kita di Ipoh. Ada masalah dengan projek Taman Berlian,” dia
bercerita.Secara tidak langsung menjelaskan kepada isterinya di mana dia
menghilang sehari suntuk ini.
“Teruk
ke problem kat site tadi?” soal Datuk Muzafar.Bimbang juga dia projek Taman
Berlian itu tidak dapat disiapkan mengikut tarikh asal.
“Dah
settle bah. Dari pagi sampai ke petang Mika dan Haniff berurusan dengan Mr
Wong, last-last dia setuju juga nak beri harga yang kita minta,” Datuk Muzafar
melepaskan keluhan lega.
Nasib
baik Luth Mikail cekap dalam bisnes. Kalau tak, susah juga dia nak serahkan
jawatan Ketua Pegawai Eksekutif itu kepada anaknya itu. Walaupun Luth Mikail
anaknya, warisnya, dalam perniagaan darah daging bukan keutamaan tetapi
kecekapan dan kebolehan amat penting.
“Alhamdulillah.
Lega abah mendengarnya,”
Hannah
bangun.Peti ais dibuka dan sebotol air dikeluar dan dibawa ke meja utama.
“Abang
nak makan ke?” soalnya.Gelas berisi air dihulurkan kepada suaminya.Abang? Hah
dia sendiri terkeju bila mendengar kata-katanya tadi. Sudah buang tabiat ke
Hannah oii..
Reputasi
suami perlu dijaga.Takkan nak berawak, bersaya didepan bapa dan ibu
mentuanya.Nanti ada yang berfikir bukan-bukan.
Walaupun
sedikit terkejut dengan tindakan isterinya, Luth Mikail tetap juga
mengangguk.Dia faham Raisya Hannah hanya mahu membantu dia untuk mengaburi mata
kedua orang tuanya.
“Boleh
juga.Satu hari abang tak makan.Tak sempat tadi,” perutnya diusap.Pinggan berisi
nasi dicapai.
“Tak
payah bercerita pasal bisneslah abang kat meja makan ni. Bagi Mika makan dulu.
Rugi kalau tak makan, tadi kata lapar sangat,”
“Hannah
ambil lauk gulai ikan tenggiri tu bagi kak suami tu,” arah Datin Safiah.
“Sedap
Mak Senah masak hari ni. Kalau hari-hari macam ni gemuk Mika,” guraunya. Lain
macam sedap lauk yang dimasak Mak Senah hari ni sampai menjilat jari.
“Apa
pula Mak Senah yang masaknya. Mak Senah dari pagi tadi terbongkang kat bilik
tu. Demam tak kebah-kebah lagi. Ingat kejap nanti nak bawa dia ke klinik,” jawab Datin Safiah.
“Habis
tu siapa yang masak semua ni. Sedap dia tu sampai Mika makan bertambah malam
ni. Nak kata air tangan umi rasanya Mika kenal sangat, ni bukan umi yang
masakkan,”
Hannah
menunduk.Biarpun lelaki itu tidak tahu siapa yang memasak tetapi pujian itu
tetap membuatkan dia tersipu-sipu malu.
“Nak
kata masakan umi tak sedaplah ni,” gurau Datin Safiah.
“Hish
ke situ pula umi. Masakan umi paling sedap di dunia ni. Walaupun umi masak
Maggie sekali pun tetap Mika rasa sedap sangat,”
“Menantu
umi masak hari ni. Umi pun tak sangka sesedap ni. Apa kata kita buka restoran
lepas ni,” Dia mengerling kearah menantunya. Nampak ada kegembiraan terpacar di
wajah menantunya itu.
“Iye
ke..patutlah abang bertambah dua tiga kali tadi,”
“Betul
kata umi tu, kalau tak makan lauk ni rugi sangat-sangat.Abah pun tadi sampai
bertambah nasi dua tiga pinggan. Abah dah siap ni, kejap nanti kita sembang kat
ruang tamu. Pia nanti tolong buatkan abang air kopi,” Datuk Muzafar bangun
menuju ke sinki.
“Tak
apa bah nanti Hannah bauat dan hantarkan
ke sana,” dia pandang langkah ibu dan bapa mentuanya yang makin menjauh.Kembang
hatinya melihat Luth Mikail makan dengan penuh berselera.Lauk pauk yang ada
diratahnya.
“Apa
pandang-pandang orang,” marahnya pada Luth Mikail.Geram saja tadi lelaki itu
tidak berkalih memandang wajahnya seperti helang mahu menerkam mangsa.Naik
seram dibuatnya.
“Aik
abang pandang pun kena marah,?Abang gembira sebab sayang dapat sesuaikan diri
dengan keluarga abang,” ujarnya.
“Saya
buat bukan untuk awak.Tolong jangan nak perasan,” dia bangkit menuju ke
sinki.Pinggan kotor turut dibawanya.
“Abang
tahu.Terima kasih sebab tidak memalukan abang didepan umi dan abah tadi.Abang
tahu sayang boleh saja buat macam tu tadi,” balasnya.Rasa sebak tiba-tiba
bertandang dihatinya.
“Cepatlah
sikit makan tu orang nak kemas dapur ni,” ujar Hannah. Kelu lidahnya untuk
terus bertikam lidah dengan Luth Mikail.Mendengar keluhan suaminya tadi dia
tidak sampai hati untuk terus menyakitkan hati lelaki itu.
“Dah..pergi
ke depan, tolong bawak air ni sama,” dia tunjuk kearah seteko air yang sudah
siap dibancuhnya.
“Terima
kasih sayang.Kenyang abang. Tak sangka abang dapat makan masakan sayang malam
ni. Nanti kalau ada masa masakkan lagi untuk abang ye,” pintanya.
“Tengoklah
kalau saya rajin,” balasnya.Kedengaran keluhan dilepaskan.
“Abang
sentiasa berdoa moga Allah berikan kerajinan itu pada isteri abang,” lembut dia
membalas setiap patah kata-kata isterinya.Dia orang bersalah.Jadi dia perlu
bersedia menanggung akibatnya.
Dosanya
bukan sedikit tapi seluruh hayatnya belum pasti mampu untuk menghapuskan dosa
itu.Ya Allah kau bukakan pintu hati isteriku, kau lembutkan hati isteriku.Aku
tahu aku berdosa.
“Apa
lagi duduk termenung tu. Tolong saya bawak air tu keluar.Abah awak nak minum,”
dia sua dulang berisi teko air kepada Luth Mikail. Entah apa yang dimenungkan
lelaki itu. Jauh sungguh menungan itu, desisnya.
“Ya
Allahhh…” tinggi nada suara Hannah.
“Err..err..
ah apa?” soal Luth Mikail. Dia terpinga-pinga mendengar suara Hannah agak
tinggi.
“Tu
bekas air tu bila nak dibawa keluar?”
“Okey..okey..
abang mengelamun tadi,” cepat-cepat dia membawa dulang itu ke ruang tamu.
Airmatanya tumpah dipipi, cepat saja
disapu agar isterinya tidak perasan.
Apa dosa besar yg dah Luth buat pd Hannah ye smpi dia kesal sgt.....byk lah berdoa semoga isteri dia blh memaafkan. Jgn putus asa.... Makin menarik citer ni
ReplyDeleteTeruskan menanti setiap update yang akan diupload :). Terima kasih !
DeleteKenapa Hannah marah sangat kat Mika? Kalau marah pun tak baik tinggi suara kat suami. Sambung lg please
ReplyDeleteHahaha tak dapat kawal perasaan kot? in shaa allah! ;)
DeleteCite best.. Tp ejaan jaga2 ckit.. Mcm shopping tu bile diulang2 ttap salah.. Hmm can't wait for next.. Sedih ye mika?
ReplyDeleteTerima kasih. Sebarang kesalahan akan diperbetulkan nanti apabila dihantar kepada publisher :) Teruskan menanti update,ya?
DeleteTerbaikla..hihii
ReplyDelete