Assalamualaikum.

Hari ini tiba-tiba dapat ilham untuk menghasilkan sebuah lagi cerita terbaru. Tiba-tiba,tanpa diduga.


Diharap manuskrip terbaru ini mampu diterima dan dihadam sebaik mungkin seperti manuskrip wawa akil yang lain.


So,apa apa pun, terima kasih atas sokongan semua.








Dan saya ingin mempersembahkan sebuah manuskrip yang belum ada tajuk tapi rasa macam nak kongsi dengan pembaca sebab anda semua memang best!




PROLOG

 Majlis perkahwinan baru saja selesai. Termenung dia di birai katil memikirkan kisah masa depannya.
Lelaki yang baru sah bergelar suami menghampirinya. Duduk bercangkung didepannya. 
"Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang," 
Dia diam. Mahu memandang wajah itu pun dia tidak sudi apatah lagi mahu mengiktiraf lelaki itu sebagai suami.
"Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri," 
"Abang tahu... sebab itu abang mencari untuk bertanggungjawab. Abang tahu sayang bencikan abang. Abang tak kisah. Abang reda.
"Sayang boleh ambillah selama mana pun waktu yang sayang mahukan. Abang sanggup menunggu keran abang tahu setiap kesalahan itu adalj daripada pihak abang,"

Kalau ada sesiapa yang ada idea nak bagi nama hero dan heroin,boleh komen dekat ruangan komen dekat bawah. Idea-idea anda amatlah dihargai :)