Assalamualaikum.


Pesta buku baru sahaja berakhir.  Saban tahun,tentu ramai yang teruja menunggu kehadirannya sementelah pesta buku menjadi medan bagi publisher untuk memasarkan buku mereka. Pada masa yang sama, pesta buku juga menjadi tempat berkumpulnya penggemar-penggemar novel yang datang dari pelusuk tanah air. Bagi penggemar-penggemar buku,mereka menjadikan pesta buku ini bukan sahaja sebagai satu tempat wajib  untuk bertemu,membincangkan buku-buku malah ia mampu mengeratkan silaturahim antara pembaca dengan pembaca, pembaca dengan penulis dan pembaca dengan penerbit.

Saya masih ingat pada sekitar pertengahan  tahun 90-an, ketika itu saya baru sahaja menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur setelah menamatkan STPM. Ia merupakan kali pertama saya pergi ke pesta buku. Wah, saat itu saya rasakan seperti dalam syurga buku.



 Bukannya apa, kedai buku yang dekat kampung saya kat Terenganu yang saya selalu pergi tu  nama dia kedai buku Abdullah Al-Yunani. Tu pun saya rasa macam dah banyak sangat buku tapi sekarang kedai tu pun  dah tak ada. Tak tau la sama ada kedai tu dah tutup ke pindah ke apa sebab bangunan kedai tu dah kena roboh. Kedai tu dekat Kedai Payang.

Berbalik pada pesta buku tadi, Bila kali pertama saya jejak kaki ke pesta buku tu, saya rasa Ya Allah..... betul ke tempat saya pergi ni? Banyaknya buku! Biasa lah,budak kampung kan. Tiba-tiba baru datang KL, memang macam kena kejutan budaya sikit. Hahahhaha. Macam terkejut sikit.






Semua berkenan di hati. Cuma perlu sedia duit je. Tapi masalahnya duit pula yang takde.

Saya masih ingat, saya amat menyukai beberapa penulis popular pada zaman dulu. Sekarang ni ada yang dah bersara dalam bidang ini dan ada juga yang masih aktif. Buku-buku dia orang ni memang tip top dan saya masih mengingatinya sampai sekarang.

Mungkin kerana meminati cara penulisan mereka membuatkan saya ingin menjadi mereka. Saya rasakan penulisan mereka dari hati. Begitu ikhlas dan mungkin kerana itu jugalah  muncul keinginan untuk menjadi seorang penulis.


Pada pesta buku kali ini, saya tidak menyangka novel saya juga turut berada di rak-rak syarikat penerbitan. Bangga sioooott! Gila tak bangga! Novel sendiri tu!..




Walaupun tak se glemer novel penulis-penulis lain yang sudah mencipta nama, namun saya berasa agak gembira apabila ada yang menegur dan bertanya, " Ni Kak Wawa ke?". Dalam hati,bagaikan tak percaya ada juga yang mengenali diri ini.








Sumber : facebook  Firdawati Rashidi

Sumber : facebook Nur Zakiah Nor Halim
Anak sedara i. huhuhu.
Bersama penulis Isma Adeliya


Moga pesta buku tahun depan, akan ada novel baru wawa akil yang akan berada di pasaran. Siapa tahu, novel Jodoh Daripada Dia atau Mimpi Kita Sama atau Dia Selalu Di Hati  akan sebaris dengan abang long mereka iaitu Bunga Bunga Bahagia di rak-rak buku. 

Terima kasih atas sokongan padu anda semua! Tanpa anda siapa lah wawa akil :)


Oh,jangan lupa drop down komen anda dekat bawah ni tentang pengalaman anda ketika berada di pesta buku tempoh hari :)