SELEPAS LIMA BULAN
“Ayyaz bangun,” laung Datin Seri
Aishah dari luar pintu biliknya. Beberapa minit selepas tiada sahutan
kedengaran pula daun pintu biliknya diketuk kuat. Bergegar daun pintu
dibuatnya.
“Hish
mummy ni apa hal pagi-pagi hujung minggu ni sudah membuat kerja part time.
Buatlah benda yang berfaedah sikit. Berkebun atau siram bunga kat laman tu ke
atau bantu Mak Senah di dapur,” desisnya.
Dia
ambil bantal dan ditekup ke telinganya. Biar mummy menjerit sampai keluar anak
tekak memanggil namanya, dia tak kisah, asalkan dia tidak mendengar suara
mummy. Hujung minggu ni patutnya mummy beri ruang kepadanya untuk merehatkan
mindanya yang berserabut ni.
Kan
dah senyap, langsung tak kedengaran lagi suara mummy memanggil namanya. Fuh!
Dia tarik nafas lega. Aman..aman desisnya.
Lepas ni dia boleh tidur dengan lena. Dia menutup kembali matanya. Berat
betul matanya macam ada gam melekat dikelopak matanya.
“Amboi…amboiii
boleh lagi dia tidur. Orang panggil sampai nak keluar anak tekak. Haram dia nak
menyahut,” Izz Harraz terasa gebarnya dilurut jatuh ke bawah. Tangannya ditarik kuat.
“Apa
ni mummy. Hujung-hujung minggu kalau mummy tak ganggu orang tidur tak boleh ke?”
marahnya. Gebar yang melorot ke bawah ditarik dengan kakinya. Pelik dia
macamana ibunya boleh masuk ke bilik tidurnya.
Sah
dia lupa mahu kunci pintu biliknya malam semalam. Desisnya.Kelopak matanya dibuka sedikit.
Kelihatan wajah ibunya yang agak merah itu. Nasib tiada lagi kelibat rotan panjang
ditangan ibunya.
Kalau
dulu-dulu tu, rotan dan Izz Harraz tak boleh dipisahkan. Bila-bila masa akan singgah
ke badannya. Adik-adiknya tak pula merasa bisa rotan itu hingga dia rasakan
rotan itu mummy ciptakan khas untuk dirinya.
Tapi apa nak dihairankan, dia anak degil,
susah nak mendengar cakap. Tak seperti adik-adiknya yang sentiasa patuh dengan
arahan mummy. Dia pula, apa yang dilarang mummy itulah yang dia lakukan.
Habuannya, pastilah rotan singgah dan
berbirat di badannya.
Itu
pun dia langsung tidak kisah. Anak lelaki beb, mestilah lasak. Tapi lama kelamaan sikap itu mulai hilang
dalam dirinya. Keinsafan mula singgah dihatinya. Itu pun selepas ditarbiyah
beratus kali oleh mak tok dan tok abah.
Titis
kesedaran mula bertandang. Nakal dia makin hilang dan akhirnya gelaran budak
nakal langsung hilang. Mahkota budak nakal ditanggalkan secara terhormat.
“Banyaklah
abang punya hujung minggu. Hari ni baru
Khamis abang oii, bukannya Sabtu atau Ahad. Kalau nak auta mummy pun
agak-agaklah,” bahunya ditampar kuat. Ibunya kerap memanggilnya abang selain
adik-adiknya.
“Biar
betul mi. Abang rasa dah lama sangat minggu ni. Err..baru hari Khamie erk? Hish
takkan abang dah hilang akal hari pun dah tak ingat,” bebelnya. Beberapa kali
dia menggelengkan kepalanya.Sudah gila ke apa dia ni. Mati-mati dia ingatkan hujung minggu.
“Pergi
mandi. Kerja tunggu Ayyaz kat office tu. Daddy pesan jangan lambat sebabnya
hari ini ada interview pekerja baru,” balas Datin Seri Aisyah. Dia teringat
pesan suaminya sebelum keluar ke tempat kerja tadi.
“Malas
betullah. Biarlah daddy buat semua tu. Kimi kan ada, dia boleh handle sesi interview
nanti,” sepupunya Hakimi menjawat jawatan setiausaha sementaranya selepas dia
memecat Ruziah dek kerana kegedikan dan kemiangan gadis itu.Saat itu mummy
menangis kegembiraan.
Datin
Seri Aishah menjegil matanya. Kalau dulu buat macam ni anak-anak akan mencecet
lari tetapi sekarang bab kata suaminya, anak-anak hanya ketawa terbahak-bahak
melihat kelakuan si ibu.
“Malaslah
nak ke office. Abang rasa nak demam pula,” dia beralasan. Sungguh! Dia betul-betul malas mahu ke
office. Dia tayang muka comel yang tak berapa nak lawa. Langsungtak hiraukan
ibunya yang berdiri disebelah katilnya. Matanya dipejam rapat. Huh nikmat betul
tidur ni.
“Banyak
cantik muka abang. Cepat jangan sampai mummy naik angin,” sekali lagi gebarnya
ditarik. Kali ini tercampak terus ke bawah. Alamak! Mummy dah jadi raksana
hijau. Bila-bila masa saja tubuhnya akan jadi sasaran.
“Kalau
tahu malas nak ke office, malas nak attend interview cari pekerja baru lain
kali jangan nak buang pekerja sewenang-wenangnya. Suka-suka hati dia saja nak
buang pekerja,” bebel Datin Seri Aishah. Kalau boleh dia nak lekuk kepala si
anak. Suka betul buat keputusan sendiri-sendiri.
Dalam
berkata tu, tangannya singgah juga di dahi si anak. Manalah tahu Izz Harraz
betul-betul demam dan tak larat untuk bangun. Wajahnya berkerut. Dahi si anak
tak panas langsung. Suam-suam kuku pun tak.
“Dah..dah..
taktik lama abang tu dah lapok sangat. Time sekolah dulu bolehlah mummy percaya
tembelang abang tapi bila dah tua bangka ni mummy tak sangka pula abang masih
guna taktik kuno tu,” balas Datin Seri Aishah.
“Mummy
tak kira.. mummy bilang sampai tiga, mummy nak abang bangun dan masuk ke bilik
air. Satu.. dua…” tak sempat mummy habiskan angka tiga berdesup dia bangun
menuju ke bilik air.
Datin
Seri Aishah menarik nafas lega. Tahu takut. Dia bangun menuju ke pintu.
“Kalau
ada isteri boleh juga tengok-tengokkan suami yang tak berapa nak betul ni. Ni
tak, ada isteri ditinggal-tinggalkan. Entah apa cerita menantu mummy kat sana
tu,” sempat dia menangkap kata-kata itu sebelum mummy berlalu pergi.
Mummy
bab isteri jangan disentuh. Sensitif. Desisnya. Sampai hari ini keluarganya dan
keluarga mentuanya tidak tahu dia pernah pergi ke Brisbane untuk berjumpa
isterinya. Tetapi ada sesuatu yang terjadi di sini menyebabkan dia tidak
berjumpa isterinya dan pulang semula ke Malaysia.
Aku
jumpalah dia, bibirnya berucap.
A’ah..
kau jumpa tapi dari jauh saja. Akalnya pula menjawab.
Dia
bersalah. Katanya.
Dia
tak bersalah. Yang bersalahnya kau. Sepatutnya kau pergi jumpa dia. Tak
semestinya apa yang kau tengok itu betul. Mungkin ada silap sana sini.
Gulp!
Silap perhitungankah dia? Katanya. Dia datang jauh beribu batu semata-mata mahu
berjumpa isteri yang baru dikahwininya tetapi apa yang dia lihat di sana
membuatkan dia nekad untuk melupakan segala-galanya. Termasuk melupakan wanita
yang baru dikahwininya.
Apa
gunanya dia terus menyimpan harapan kalau itu boleh menyakitkan hatinya. Saban
malam sejak lima bulan lalu bayang wajah gadis yang dipanggil isteri itu tidak
pernah lekang dalam ingatannya. Dia mahu melupakan gadis itu tetapi mampukah
dia.
Tapi
sekejap saja dia melayan jiwa laranya. Pantas kakinya bergerak ke bilik air.
Kalau lambat nanti ada pula yang terjerit-jerit memanggil namanya.
*****
“Daddy
nak Ayyaz masuk sekarang. Orang dah lama tunggu untuk sesi interview. Jangan
buat orang ternanti-nanti. Tak baik,” ujar Datuk Seri Yahya bersuara.
Menggeleng kepala dia melihat sikap si anak. Sejak dua menjak ini perangai anak
sulungnya itu agak berubah. Tak pernah
nak serius. Nasib baiklah bab kerja Izz Harraz masih lagi tip top.
Dari
tadi dia melihat Izz Harraz bersantai di bilik officenya. Sudahlah datang pun
dah dekat jam 12 tengah hari dan sampai-sampainya anak bujangnya duduk melangut
saja. Macam orang tiada kerja walhal berkali-kali dia sudah berpesan kepada
isterinya meminta si bujang datang awal.
“Jangan
nak berlengah sangat. Daddy dan Kimi tunggu kat bilik meeting,” Izz Harraz
angguk. Tapi tiada tanda-tanda dia mahu bangun dari kerusi empuknya.
“Berapa
ramai daddy?” soalnya. Cawan berisi air kopi yang berasap itu disua ke
bibirnya. Lega! Kalau tak pekena kopi sehari memang tak sah hidupnya. Haruman
bau kopi menyusuk rongga hidungnya.
“Dalam
sepuluh orang. Lima dah selamat di interview Kimi pagi tadi. Tinggal lima orang
lagi di sebelah petang ni. Jangan buat-buat lupa pula. Semua yang berlaku ni
disebabkan Ayyaz cari pasal. Kalau Ayyaz tak buang secretary Ayyaz tu kita tak
akan susah-susah buat sesi interview ini,”
Izz
Harraz angguk. Dia tahu semua itu disebabkan dia. Tapi dah nak buat macamana
secretary dia tu galak dan miang semacam. Dahlah tu, seksi nauzubillah sakit
mata dia melihatnya.
Iman
dia pun bukannya tebal sangat nanti tak pasal-pasal dia berjabat tangan kali
kedua dengan tok kadi. Tapi bagus juga, desisnya, lelaki kan boleh kahwin
sampai empat. Dia pun kalau diberi peluang mahu juga. Sudahnya dia
tersengih-sengih sendirian.
“Jangan
nak berlengah sangat,” pesan Tan Sri Yahya. Bukan dia tak nampak sengihan pada
wajah Izz Harraz tapi dia malas mahu melayan. Adalah tu yang menggelikan hati
si anak, desisnya.
Tanpa
menunggu balasan si anak dia melangkah keluar dari office. Izz Harraz hanya
mengekori langkah daddynya dengan ekor matanya.
Ya
Allah malas betul dia mahu menyertai sesi interview itu. Semangatnya untuk
bekerja semakin tumpul, walhal dia bukanlah lelaki yang suka bermalas-malas
seperti ini. Dia seorang yang workaholic. Gila kepada kerja tetapi sekarang dia
menjadi sebaliknya. Ini bukan Izz Harraz yang sebenarnya.
Dia
kembali termenung.
Masih
terngiang-ngiang lagi kata-kata ibunya pagi tadi. Ada isteri
ditinggal-tinggalkan. Keras kepala, degil. Itu yang dapat dia tangkap sebelum
dia bergerak ke bilik air pagi tadi. Dia tarik nafas.
Memang
betul dia sudah beristeri tetapi pada hakikatnya dia sehingga kini tidak pernah
merasa dirinya beristeri. Ada isteri
bagaikan tiada. Dia percaya gadis yang
dikahwininya itu masih lagi berada di Brisbane.
Sukar sebenarnya untuk dia bercerita kepada
sesiapa kenapa dia tidak mahu berjumpa isterinya itu. Orang nampak dia yang
degil tapi tiada seorang pun yang tahu
kisah disebaliknya. Biarlah! Selagi dia boleh bertahan selagi itulah dia
bertahan. Title isteri yang disandang Aira Ifftiyah tidak akan dilucutkan dalam
tempoh terdekat ini.
Dia
mengeluh. Matanya ditalakan kearah daun pintu apabila melihat pintu dibuka dari
arah luar. Terjongol wajah Hakimi.
“Bro
pak ngah panggil,” dia bersuara.
“Mmm..
kejap lagi aku gerak,” tanpa memandang kepada pemilik suara Izz Harraz berkata.
Lemah saja nada suaranya.
“Kau
ni kenapa? Ada masalah ke bro? sejak semalam aku tengok kau macam ayam berak
kapur” soal Hakimi. Kakinya melangkah masuk menghampiri meja kerja Izz Harraz. Terlupa
dia hajat sebenar dia datang ke office Izz Harraz.
Dilabuh
punggungnya ke kerusi. Kakinya disilang. Kemeja warna biru laut dan tali leher
biru gelap itu menyerlahkan lagi ketampanan si pemakai.
“Kau
dah lunch?” soal Izz Harraz.
“Dah.
Kau?” Izz Harraz geleng. Mana sempat dia lunch. Sampai ke office tadi pun dah
pukul 12.30 tengah hari. Office time tu dah kosong. Tiada sesiapa yang dia
boleh ajak untuk lunch bersama.
Boleh
saja dia mengajak Netty tetapi memikirkan sikap mendesak gadis itu kebelakangan
ini dia jadi rimas. Netty seolah-olah mengetahui status dirinya sudah bertukar.
Sembunyi macamana pun lambat laun orang akan tahu juga.
“Dah
berapa lama kau jadi secretary aku?” soal Izz Harraz. Ada maksud lain untuk
pertanyaannya itu. Wajah Hakimi dipandang.
“Sejak
si gedik tu kau berhentikan. Rasa aku dah dekat dua bulan. Kenapa? Kau nak bagi
jawatan itu terus pada aku ke?” dia berseloroh. Izz Harraz angkat ibu jarinya.
Tanda memuji kecekapan minda sepupunya itu.
“Gila
apa kau ni. Kau janji dengan aku buat sementara waktu saja. Sementara kau dapat
pekerja baru,” dia pandang wajah sepupunya itu. Kadangkala Izz Harraz ni kepala
otak dia ni pun tak berapa nak betul juga.
“Aku
bagi gaji dua kali ganda,” Izz Harraz buat penawaran.
“Taknak,”
tanpa berfikir panjang dia menolak.
Gaji
bukanlah soalnya tetapi kerja secretary itu bukanlah bidangnya.
Tanggungjawab sebagai pembantu Izz
Harraz membuatkan dia menjadi
manusia sibuk kalau ditambah dengan
tugas baru ini mahu terduduk dibuatnya. Tak terkejar dia nanti.
“Pengurusan
dah interview pekerja baru. Insyallah ada yang sesuai dengan kau nanti,” katanya.
Jarinya mengetuk meja, Satu tabiat yang sukar dibuang Hakimi sejak dulu.
Bulat
mata Izz Harraz mendengarnya. Apa keskena sesuai dengan dia pula. Bukan ke syarikat interview pekerja baru untuk menjadi secretarynya dan
bukan untuk dijodohkan dengan dia.
“Apa
maksud kau kena sesuai dengan aku?” dia menyoal.
“Aku
salah cakap sikit cepat saja kau perasan. Maksud aku sesuai tu sesuai untuk
bekerja dengan kau. Yalah boss dengan secretary kena ada kesesuaian, kena ada
chemistry. Barulah berjodoh,”
Dia
bangkit dari kerusinya. Malas mahu mahu memanjangkan isu berkenaan. Nanti makin
lama dia berada di bilik sepupunya itu.
“Weh
aku datang tadi nak panggil kau saja, tapi tak sangka aku pula yang melekat di
sini. Jomlah, nanti tak pasal-pasal pak ngah hantar orang lain untuk panggil
kita berdua,” Hakimi sudah berada di muka pintu.
“Jom..”
Izz Harraz juga sudah bergerak keluar dari biliknya.
“Saya
Hakimi. Boleh perkenalkan diri sekarang?” soal Hakimi. Dia agak teruja melihat
gadis yang dirasakan amat sesuai untuk dijadikan calon secretary sepupunya itu.
Calon isteri? Op! boleh juga kalau gadis itu dapat memenuhi kriteria Izz
Harraz.
Sepupunya
entah ke mana menghilang. Selepas selesai menemuduga calon ke dua pada sebelah
petang dia keluar dari bilik mesyuarat. Agaknya pergi merokok di luar sana. Orang
kuat merokok sejam tak menghisap sasau jadinya.
Gadis
yang memakai baju kurung cotton bunga halus berwarna biru laut dan dipadankan
dengan tudung bawal senada dengan warna baju itu tersenyum. Terserlah kedua-dua lesung pipit di pipinya.
“Saya
Aira Ifftiyah Halaq. Graduan lulusan perakauan diUniversity
of Queensland, Brisbane,Usia saya 23 tahun.
Asal Terengganu tetapi ibu bapa saya dah lama menetap di Kuala Lumpur,” Ifftiyah tidak lekang daripada
senyumannya.
“Kuala
Lumpur tu luas. Kat mana tinggal?” suka pulak dia menemuduga gadis ini. Nampak
begitu bijak dan berkarisma. Doanya agar sepupunya tak muncul dalam tempoh
terdekat ini. Nanti terbantut pula hasratnya untuk berkenalan dengan gadis itu.
“Err
perlu ke saya beritahu encik penemuduga?” soalnya. Cuak juga dia melihat
sikap terlebih ramah lelaki itu.
“Perlu
cik sebabnya kami mahu tahu latar belakang pekerja kami nanti,” itu saja idea
yang timbul difkirannya sekarang ini. Lantaklah kau kalau idea itu kurang
munasabah dan memberangsangkan.
“Ooo…
jadinya saya ni dah jadi staff encik ke?” soalnya ingin tahu. Pelik! Cepatnya
dapat keputusan. Takkan tiada tapisan daripada panel pemilih. Dia dengar tadi
ada sepuluh orang yang meminta jawatan sama dengannya,” dia pandang wajah
Hakimi.
“Err..”
Hakimi mati akal mahu menjawab. Petah sungguh gadis bernama Aira Ifftiyah.
“Penemuduga
bertanya kenalah menjawab,” tiba-tiba satu suara mencelah dari arah belakang.
Serentak itu Hakimi menarik nafas lega. Izz Harraz yang baru masuk mencelah
perbualan itu.
Aira
Ifftiyah berpusing. Kelihatan lelaki sebaya Hakimi melangkah masuk dan duduk dihadapannya. Tentu
dia ni penemuduga juga. Mmm… lelaki yang bertanya itu boleh tahan
kacaknya tetapi tidak boleh lawan dengan lelaki yang baru masuk tadi.
“Kota
Damansara,” pendek Ifftiyah menjawab. Hish dia ni langsung tak reti nak senyum.
Patutnya nak masuk tu berilah salam dulu. Ni tak, tiba-tiba saja masuk dan
mencelah perbualan orang.
Lelaki didepannya itu diteliti.
Kacak. Handsome. Ada iras kacukan sikit. Mungkin Melayu mat salleh agaknya. Anak
matanya berwarna hazel, berkumis dan bertubuh sasa. Amat sempurna
dimatanya. Mamat gym ni, desisnya. Dia
jadi miang tiba-tiba.
“Sorry I perkenalkan ni Izz
Harraz, kalau you dipilih nanti, you akan bekerja sebagai secretary Encik
Harraz nanti,” Hakimi memperkenalkan lelaki disebelahnya. Mulut Ifftiyah sudah
ternganga luas.
Nama tu agak familiar dengan
dia. Harraz? Izz Harraz suami dia ke? Wajah itu direnung lagi. Cuba mengingati
kembali gambar yang ada dalam computer ribanya. Dua minggu selepas majlis akad
nikah berlangsung baru dia ada keberanian
untuk melihatnya.
Matanya dipejam celik.
Tangannya dicubit. Sakit! Sah dia tidak bermimpi. Jauh sekali mengigau. Sekarang
ni dia berterima kasih kepada Kay yang memaksa dia untuk melihat wajah
suaminya.
“Kenapa mahu bekerja di sini?”
soal Hakimi lagi. Fail ditangannya ditutup. Dia capai pula kertas yang
mengandungi biodata peribadi Ifftiyah.
Lamunan Ifftiyah melayang.
Hilang wajah Kay. Dia sekarang berdepan dengan dua lelaki yang sedang menunggu
jawapan daripadanya.
“Kenapa mahu bekerja di sini?”
Hakimi mengulangi pertanyaan.
Kenapa ye? Soalnya sendiri.
Adakah kerana dia perlukan duit? Oh no..noo.. duit bukanlah keutamaan dia
sekarang ni. Dia tidak perlu risau pasal duit sebabnya setiap bulan abah akan
masukkan sejumlah wang dalam akaunnya.
Jadi kenapa dia perlu bersusah
payah datang interview hari ini? Jawapannya sudah pastilah kerana abahnya. Sudah
sebulan dia menjadi penganggur terhormat selepas menamatkan pengajiannya.
Kalau diikutkan dia mahu
menambah menjadi angka dua atau tiga bulan lagi tetapi abahnya sudah berkicau
macam burung tiung. Tiap hari ada saja bebelan yang singgah ke telinganya.
Jadi hari ini selepas didesak berkali-kali
akhirnya dia bersetuju untuk hadirkan diri interview di syarikat bapa
mentuanya.Itu pun selepas abahnya mogok. Langsung tidak bercakap dengannya
berhari-hari.
Terpaksa okey! Bukan atas
kemahuan dirinya sendiri. Kalau boleh dia langsung tidak mahu melihat
wajah lelaki yang menjadi suaminya. Hish
susah betul bila diangkat menjadi anak bongsu plus anak kesayangan ni.
“Oh lulusan luar negara rupanya.
Mmm.. tapi saya tak faham kenapa you minta jawatan ni sedangkan you kelulusan
perakaunan?” soalnya. Dia teliti fail yang mengandungi sijil dan dokumen
pengenalan diri gadis itu.
“Err.. saya pun tak faham
kenapa. Mungkin kerana saya ni nak
dijadikan calon menantu pemilik syarikat ni. Siapa tahu kan rezeki saya,”
matanya tak berkelip memandang wajah lelaki disebelah penemuduganya itu.
Hakimi tergelak! Pandai
berjenaka rupanya gadis didepannya. Ada hati tu nak tackle anak pemilik Garuda Holdings. Tergelak-gelak dia. Wajah Izz
Harraz dipandang. Sedikit berubah wajah sepupunya itu.
“Kalau saya katakana saya ni
diminta datang oleh Tan Sri Yahya, encik berdua percaya ke tak?” dia menyoal. Entah
kenapa ringan saja mulutnya bercerita.
Izz Harraz terkejut. Cepat saja dia menyambar
fail di tangan Hakimi. Diselak satu persatu dokumen itu. Sekejap matanya
melihat fail dan selepas itu beralih kepada gadis itu. Matanya tidak menipu.
Sah! Didepannya sekarang adalah isteri yang dikahwini lima bulan lalu.
Aira Ifftiyah Halaq. Nama itu
yang diakad lima bulan lalu dan kerana nama itu juga dia datang ke Brisbane
tetapi dia dihidangkan dengan kecurangan si isteri. Inilah dia gadisnya! Lebih
cantik dan jelita di luar berbanding dalam foto yang ada ditangannya.
Tan sri yahya ka Dato sri
ReplyDelete