BAB 6
“Dah puas tilik wajah saya?Ada
kurang sana sini ke?” sinis Ifftiyah bertanya.Mrerenung orang macam mahu
ditelan. Dia membetulkan tudung yang dipakainya. Masa ini jugalah tudung mahu
sengit bengit, desisnya.
“Beb kau tinggalkan aku dengan
minah ni kejap,”
“Kau nak buat apa dengan budak
ni? Jangan kau aku tak nak dengar apa-apa leteran mummy kau nanti. Sakit
telinga aku ni,” Hakimi memberi nasihat. Cuak dia dengan sikap Izz Harraz.
Ifftiyah mendengus. Ek eleh
suka hati mak bapak dia saja mahu aku budak. Dia ingat dia tu tua sangat ke?
dia teliti wajah Izz Harraz. Mencari cacat cela di mana-mana. Tiada! Lelaki itu
memang sempurna di matanya.
“Dah puas tengok muka orang?
Saya memang handsome tak payah nak kagum sangat sampai mata tu tak berkelip,”
kali ini kata-kata itu ditujukan kepadanya. Ifftiyah mencebek! Bila entah orang
tengok muka dia. Muka macam cikodok basi ada hati dakwa diri tu handsome.
“Aku pinjam budak ni kejap. Kau
pergilah minum dulu. Merokok ke. aku janji benda ni tak ambil masa lama. Paling
lama pun setengah jam saja,” dia memberi janji.
“Kau pun kalau nak halau aku
agak-agaklah sikit. Tak payahlah suruh aku merokok. Aku tak merokok macam kau,”
balas Hakimi.
Izz Harraz menepuk dahi. Apa
hal pula dia suruh Hakimi pergi merokok. Bukan dia tak tahu sepupunya itu terhidu
bau asap rokok pun boleh tumbang.
“Awak berbincanglah sesama
sendiri. Sesi interview saya sudah tamat. Apa-apa keputusan encik berdua nanti,
bolehlah hubungi saya menerusi telefon,” dia bangun. Tak kuasa mahu berlama di
situ.
“Ada saya suruh awak keluar
dari sini?” soal Izz Harraz. Sinis saja di pendengaran Ifftiyah. Macam ada
sesuatu bakal terjadi nanti. Padan muka kau Aira Ifftiyah. Kalau tak mulut kau
tadi tu tak adanya orang akan mengenali kau di sini.
“Ada?” ulangnya lagi. Kali ini
nada suara Izz Harraz agak tinggi.
Ifftiyah menggeleng. Sikap
tegas Izz Harraz membuatkan dia menjadi seriau.
“Dah tahu tak ada kenapa
pandai-pandai buat andaian sendiri. Tak reti nak dengar arahan
betul-betul?”soalnya. Matanya dihalakan kepada Ifftiyah yang sejak tadi
menggelisah. Baru tahu, desisnya. Itu baru sedikit dia guna kuasa veto suami.
Belum lagi dia minta tinggal bersama.
Suasana dalam bilik meeting
makin hangat. Ifttiyah yang duduk didepan Izz Harraz kehilangan suara. Huaaa…
tak suka bila dimarahi macam ni. Dengan lelaki yang tak dikenali pula tu.
Hakimi diam. Otaknya sekarang ini gagal
berfungsi. Apa hal sepupunya dengan gadis yang dia interview ini? Dia pandang
Izz Harraz.
“Nanti aku terang kat kau.
Sekarang ni dipersilakan keluar dari sini dulu. Aku ada hal dengan Puan Aira
Ifftiyah ni,” dia tekan sikit perkataan puan tu biar jelas dipendengaran
Hakimi.
Kakinya tidak jadi melangkah.
“Puan?”
soalnya. Salah dengar ke dia atau sememangnya gadis itu menipu dalam resume
yang dihantar kepada syarikat mereka.
Izz
Harraz menggoyangkan tangannya meminta sepupunya itu keluar.
Ifftiyah bungkam. Puan
Ifftiyah? Dia pandang Izz Harraz. Mamat ni dah kenapa. Suka-suka hati saja mahu
mencanang status dirinya. Dia ingat bagus sangat ke dapat gelaran puan tu?
Kalau diberi pilihan memilih hari tu, dia pun tak ingin.
Izz Harraz pandang Hakimi.
“Okey..okey.. aku gerak
sekaran,” dia memahami pandangan mata
sepupunya itu. Pandangan minta penampar okey. Kakinya diatur meninggalkan bilik
mesyuarat.
Suasana kembali sunyi. Izz
Harraz meneliti fail ditangannya. Di Belek berkali-kali sebelum fail itu
ditutup sedikit kuat.
“Dah berapa lama balik?”
soalnya.
Ek eleh itu saja nak tanya ke?
Ingatkan soalan bombastic yang keluar dari mulut suaminya. Alah kalau setakat
soalan macam tu, budak tadika pun boleh menjawab. Dia membalas renungan si
suami.
“Kenapa nak tahu? Ikut suka
sayalah nak balik bila. Ada saya guna duit awak untuk beli tiket flight?
Selamba badak dia menjawab. Eh ye ke duit dia? Desisnya. Memanglah duit tu
bukan duit dia tetapi duit abah. Maksudnya duit dia jugalah.
“Sure ke duit abah beli tiket
flight awak tu?”
“Memanglah.Takkan duit awak
pula,” dia membalas.
“Memang pun duit saya. Awak
ingat duit yang dalam akaun awak tu duit abah ke?” dia menyoal. Wajah Ifftiyah
sudah berubah. Aik! Takkan duit yang dia guna setiap bulan tu duit mamat ni?
Dia pandang Izz Harraz.
“Duit awak ke?” soalnya polos. Macamana
dia tak tahu ni? Patutlah abah tak kisah masukkan sejumlah wang yang agak
banyak dalam akaun banknya. Dia ingatkan duit abah tak pun duit abang-abangnya.
Rupa-rupanya... sekarang ni dia mahu menangis plus meraung kuat. Malu...
“Tahu pun awak. Ingat tak boleh
faham benda-benda macam ni,” selamba Izz Harraz mengenakan dirinya.
Grr.. Ifftiyah sudah mati akal.
Sempat lagi dia mengutuk diri sendiri kerana
selama ini dia tidak pernah terfikir perkara itu. Tidak pernah terfikir sumber
duit yang dia peroleh itu datangnya daripada Izz Harraz dan lelaki itu adalah
suaminya.
Dia terasa mahu menjerit sekuat
hatinya. Benci..benci… dia mengutuk diri sendiri. Melihat senyuman dibibir
lelaki itu membuatkan hatinya makin geram. Dia menghadiahkan jelingan kepada
Izz Harraz. Makin kuat lelaki itu ketawa.
“Buatlah lagi macam tu, nanti
tak pasal-pasal mati terbeliak. Barulah saya jadi duda hot. Silap-silap hari
bulan tak sampai seminggu saya naik pelamin,” selamba Izz Harraz mengenakan
Ifftiyah.
“Saya nak balik. Assalamualaikum,” dia bangun
mahu berlalu dari situ.
“Kirim
salam kat abah mentua saya. Cakap dengan dia, anak abah ni cantik sangat. Degil
tapi dia cakap dia suka isteri degil macam ni. Baru ada cabaran dalam hidup
berumahtangga ni,”
Ifftiyah
mendengus. Bencinya dapat suami macam ni. Daun pintu ditutup dengan kuat.
Berdegang bunyinya. Puas hati dia.
Izz
Harraz mengusap dadanya. Huh macam mahu tercabut jantung dibuatnya. Aira
Ifftiyah.. Aira Ifftiyah. Bibirnya mengukir senyuman. Fail didepannya dicapai
semula dan helaiannya diselak satu persatu.
“Weh
bro angau nampak,” tiba-tiba bahunya ditepuk kuat.
“Kau
tak reti nak ketuk dulu sebelum masuk?”soalnya. Dadanya diurut perlahan.
Terperanjat siot, nasib baik dia tak ada sakit jantung. Kalau tak kojol sia-sia
saja dia ni. Belum sempat nak menikmati alam berumahtangga.
“Gila
ke apa aku nak ketuk bilik mesyuarat. Kau ni nak angau pun tengok-tengok
tempatlah. Kejap sengeh, kejap senyum tengok dek staff nanti ada juga yang
cakap CEO mereka dah gila,”
Bilik
mesyuarat? Dia pandang ke kiri dan kanan. Betullah! Dia sekarang berada dalam
bilik mesyuarat. Interview pekerja baru. Aira Ifftiyah! Satu persatu kejadian
tadi terbayang diruang matanya. Dia tersengih lagi.
“Ya
Allah dalam aku cakap. Kau ni kenapa dah? Angau kau lain macam sekarang ni.
Ingat sikit bro bini kau kat Brisbane tu. Menangis bini kau bila dia tahu kau
duakan dia nanti,”dia beri nasihat. Janganlah sepupunya itu buat hal. Jadi
lelaki tak bertanggungjawab.
Izz
Harraz menggaru kepalanya yang tak gatal. Bila masa pula dia tersengih-sengih?
Dia pandang Hakimi.
“Dah..dah..dah
aku nak gerak balik rumah ni. Layan kau kat sini sampai ke sudah tak ada
hasilnya. Tadi mummy kau telefon minta kau telefon dia balik. Dia cakap kau off
handphone. Penatlah weh asyik dengar mak ngah berleter,”
“Mmm…”
dia masih hanyut. Kotak fikirannya masih lagi melekat bayangan wajah Iffitiyah.
Teruk dah dia ni. Memang betul kata
Hakimi tadi, dia sudah angau. Angaukan isteri sendiri.
“Kau dengar tak ni? Aku cakap
mummy kau telefon tadi” sekali lagi dia bertanya. Izz Harraz raba poket seluar
slacknya. Dikeluarkan handphone jenama Iphone 6 tu. Patutlah! Telefon itu di
off tadi. Cepat saja butang on Iphone 6 ditekan.
“Dengarlah weh. Aku off
handphone tadi,” dia tunjuk Iphone 6nya.
“Kau ni betul ke tak?” Tangan
Hakimi berada di mukanya. Siap mulut sepupunya itu berkumat-kamit seolah
membaca sesuatu.
“Agak-agaklah bro. Tangan kau
depan mata aku tu dah kenapa? Mulut tu berkumat-kamit kau nak jampi serapah aku
ke?” soal Izz Harraz. Sepupunya ni kadangkala boleh tahan juga percayakan benda-benda
karut ni.
“Aku nak ubatkan kau. Manalah
tahu kau kena sampuk,”Izz Harraz membeliakkan matanya. Apahal pula dia terkena
sampuk.
“Malas aku nak layan kau. Baik
aku balik bilik,”dia bangun mahu berlalu. Pintu bilik mesyuarat dibuka.
“Gadis tadi tu cantik kan.
Kecil molek juga orangnya. Kau rasa kalau dengan aku sesuai tak?” tiba-tiba
pertanyaan itu keluar dari mulut Hakimi.
Sebatang pen melayang
kearahnya. Nasib baik dia sempat mengelak. Kalau tak, sia-sia saja muka
handsome dia tu berparut. Siot betul Izz Harraz. Pen pun boleh dijadikan
senjata.
“Lain kali jangan cakap yang
bukan-bukan,” kata Izz Harraz. Kakinya diatur keluar dari bilik mesyuarat. Hish
dia ni, makin peliklah dia ni. Kakinya diatur mengikut langkah Izz Harraz.
Kepalanya ligat berfikir.
“Weh aku tak fahamlah. Apa yang
bukan-bukan tu. Aku tak cakap yang bukan-bukan pun. Niat aku ikhlas,”
Izz Harraz masuk ke biliknya.
Hakimi mengekori dari belakang. Kerusi didepannya ditarik.
“Kau tak payah tahulah. Tu hal
dan urusan aku” balasnya.
“Bila masa pula hal dan urusan
kau tak lagi jadi hal dan urusan aku,?” berkerut dahi Hakimi. Makin dia tidak
faham. Bukan ke dia yang uruskan hal peribadi Izz Harraz, dari sekecil hal
hingga ke sebesar-besar hal. Contohnya bab perkahwinan.
Kahwin? Hatinya mula menyimpul
sesuatu. Adakah? Dia pandang wajah Izz Harraz minta kepastian.
“Isteri aku tu,” akhirnya Izz
Harraz berkata. Daripada hatinya sakit melihat kesungguhan sepupunya itu,
baiklah dia berterus terang. Habis cerita.
“Really?” budak tu gadis yang
kau kahwini lima bulan lalu? Aku macam tak percaya pula. Dalam video masa
kahwin tu taklah mengancam macam ni. Tadi aku tengok cantik semacam dia tu,”
“Kalau kau tak nak bagilah kat
aku. Dia ni pun taste aku juga. Kecil molek, kiut miut saja aku tengok. Hish
melepas aku macam ni. Belum masuk gelanggang aku dah kecundang. Kalau hak orang
lain aku sanggup berlawan tapi dengan kau aku tak sanggup pula,” dia sudah
berdekah-dekah ketawa.
Izz Harraz yang mendengar
menahan rasa. Sabar Harraz..sabar.. budak tu tengah frust menonggeng, biar sajalah, jangan dilayan.
“Yang kau beriya-iya nakkan
bini aku tu kenapa? Dah tak ada perempuan lain kat dunia ni nak dijadikan
kekasih?” dia menyoal. Hakimi tergelak-gelak.
Sabar Izz Harraz. Sepupu kau tu
memang tiga suku. Fail yang mengandungi permohonan kerja dan biodata Ifftiyah
dimasukkan dalam laci mejanya. Gambar berukuran passport dimasukkan ke dalam
walletnya.
“Kau ni dah angau erk? Tengok
gambar pun boleh senyu sorang-sorang,” Hakimi memerhati tingkah laku sepupunya
itu. Kronik betul angau Izz Harraz.
“Kau apa tahu. Kau belum
berkahwin mana boleh salami hati dan perasaan orang yang dah kahwin,”
Hakimi mencebek. Kahwinlah
sangat.
“Habis tu yang kau tak pernah
jumpa bini kau lepas kahwin tu apa cerita? Lima bulan beb kau biarkan bini kau
tu sorang-sorang. Kau tak pernah jengok dia kat sana,”
Izz Harraz mengeluh. Tiada
orang yang faham situasi yang dia hadapi selama lima bulan itu.
“Siapa kata aku tak pernah ke
sana. Aku pergi. Ni buktinya,” dia tarik
laci meja kerjanya. Dikelaurkan keratin tiket penerbangan Malaysia Airlines
ke Brisbane.
Hakimi teliti tarikh
perjalanan. Tertera tarikh empat hari selepas berlangsungnya majlis perkahwinan
sepupunya itu.
“Apa dah jadi masa kat sana?
Kau jumpa dia tak,” soal Hakimi.
“Aku jumpa tapi tak jumpa empat
mata. Aku tengok dia dari jauh saja. Dia pun tak tahu aku datang. Ada orang
tolong bawakan aku,” terbayang semula kejadian itu diruang matanya. Betapa
bahagia si isteri berpimpin tangan dan memeluk lelaki lain selain suaminya.
Manja!
Dia tidak mampu untuk terus
mengingatinya. Cepat saja kenangan itu diusir dari kotak fikirannya.
“Habis tu kau tak pergi jumpa
dia? Minta penjelasan dengan dia?”
Izz Harraz geleng.
“Aku terus ambil flight malam
itu juga balik Malaysia,”
“Ya Allah kau ni dah kenapa?
Ambil keputusan terburu-buru. Sepatutnya kau pergi jumpa dia tanya dan bukannya
balik ke Malaysia dalam keadaan berprasangka maam tu. Kau tak tahu siapa lelaki
tu. Entah-entah abang dia,”
“Itu yang aku fikirkan
sekarang. Mungkin aku ada silap sana sini. Mungkin juga time tu hati aku tengah
marah tengok adegan panas mereka berdua,” dia berterus terang.
“Sekarang ni?” Hakimi bertanya.
“Rasa sayanglah oiii… bini aku
tu” balasnya. Mukanya terasa berbahang. Malu siot terpaksa berterus terang
dengan Hakimi tentang perasaannya.
“Mmm.. nak ke Ifftiyah tu
terima kau semula?”
“Apa pulak. Bini aku tu,” keras
nada suaranya.
“Bang.. aku tahula tu bini kau
tapi kau kena ingat apa yang kau dah lakukan pada dia. Lima bulan kau kahwini
dia tapi kau abaikan dia macam tu saja. Tu belum dia tahu kau tuduh dia
macam-macam silap hari bulan kau langsung tak merasa malam perkahwinan,”
“Kau ingat dia senang-senang nak
maafkan kau? Kau tu buat tuduhan berat. Kau tuduh dan syak bini kau tu curang dibelakang
kau. Kau ingat ada isteri yang akan tersenyum dan ketawa mendengar tuduhan itu dilemparkan
kepada dia?”
Izz Harraz mengeluh. Aik mamat
ni cuba menakut-nakutkan dia pula. Tapi betul juga kata Hakimi tu, memang salah
dia pun. Lima bulan dia dia biarkan perasaan itu bermain dihati dan fikirannya.
Baru Hakimi teringat pada tarikh
itu sepupunya pernah menghilangkan diri. Ada dua tiga mesyuarat yang terpaksa dia
pergi menggantikan lelaki itu. Patutlah telefon bimbit sepupunya itu tidak aktif.
Rupa-rupanya menjejak kasih di bumi Brisbane mencari isteri.
Dia tergelak.
“Kau jangan nak gelak. Kepala aku
tengah berserabut ni,” dia jegel matanya.
“Apa kau nak buat sekarang?” soal
Hakimi. Interkom berbunyi kedengaran suara Misha pembantu daddynya menyapa di gegendang
telinga mereka.
“Okey Kak Misha kejap lagi kami
ke sana,” Hakimi membalas.
“Kau nak buat apa sekarang?” lagi
sekali dia bertanya selepas interkom itu dimatikan.
“Aku tengah berfikir. Ada cadangan?”
“Bagi kat aku saja,” Hakimi ketawa.
Namun hilang ketawanya bila melihat wajah Izz Harraz.
“Alah aku gurau pun kau dah sentap,”
Izz Harraz makin garang sekarang ni, desisnya.
“Bang.. gurau-gurau juga, yang kau
guraukan tu bini aku. Orang kata adik beradik pun boleh putus saudara kerana berebutkan
seorang perempuan. Ni kan pula setakat sepupu macam kau. Aku rasa bukan putus saudara
tapi putus kepala kau adalah,” makin kuat ketawa Hakimi.
Kan dah kata tadi! Cemburu sepupunya
itu boleh tahan sekarang ni. Apatah lagi melihat isteri kecil molek, cun melecun
didepan matanya tetapi tidak mampu digapai.
“Ya Allah kau punya cemburu sekarang
ni tahap cipang. Cubalah kau beristiqamah sikit. Ubah perangai brutal kau tu. Perempuan
ni bang.. tak suka lelaki kuat cemburu, lelaki kuat mengawal. Rimas dia bang,”
Hakimi pula yang menjadi penasihat
dia sekarang. Kalau dulu, dia yang kerap dijadikan tempat rujukan oleh Hakimi sekarang
ni nampaknya sudah terbalik. Beriya-iya dia diberi nasihat. Sah Izz Harraz kepala
otak kau sudah tidak berfungsi dengan betul.
best...teruskan
ReplyDelete