BAB 7
“Nak ke mana?” soal Izz Harraz bila dia melihat kelibat
Ifftiyah di ruang tempat letak kereta. Dia mengekori isterinya sejak dari tingkat
atas lagi. Nampak terkocoh-kocoh seperti ada sesuatu yang penting yang mahu
dilakukan.
Ingatkan
Ifftiyah mahu ke mana rupanya mahu ke tempat letak kereta arah tujuan
isterinya. Honda Jazz milik Ifftiyah dihampiri. Ketika itu isterinya itu sedang
mencari sesuatu dalam handbagnya.
“Oitt awal keluar office,” Ifftiyah terperanjat
mendengar sergahan dari arah belakangnya.
“Hish mamat ni apa hal pula ada kat sini?”
desisnya. Hanya Izz Harraz seorang diri
di situ, tiada pula kelibat kembar siam suaminya. Kalau tidak, asyik berdua
macam belangkas. Cemuhnya.
“Nak ke mana?"
ulangnya bila melihat Ifftiyah tidak membalas. kasihan juga dia melihat wajah
pucat isterinya apabila disergah tadi. Nasib baik tak meninggal, kalau tidak,
tak pasal-pasal dia jadi duda berhias.
“Nak
balik rumah,” balasnya. Sudah seminggu dia memulakan kerjayanya sebagai
secretary kepada Izz Harraz. Dalam tempoh itu mereka langsung tidak boleh
bertentang mata. Ada saja bahan yang mereka gaduhkan.
“Siapa suruh
awak balik?” soal Izz Harraz. Suka betul dia mengenakan isterinya.
“Ikut
suka hati sayalah. Saya kerja dari jam 9 pagi sampai 5 petang. Sekarang ni dah
5.01 petang. Bermakna seminit sudah melebihi waktu kerja saya,” balas Ifftiyah.
Bengang dia apabila ditegur oleh Izz Harraz. Macamlah dia tidak tahu peraturan
syarikat.
“Ooo dah
habis waktu kerja rupanya. Tapi awak tak nampak ke ada sesuatu yang tak logik
di situ. Awak kata waktu kerja awak tamat 5 petang. Tapi 5.01 petang awak dah
sampai di tempat parking kereta ni.
“Jarak
pejabat dengan tempat parking ni ambil masa paling lama 5 hingga 10 minit. Jadi
mengikut perkiraan saya sebelum jam 5 tadi awak dah tercongok di sini,” selamba
dia berkata. siap dengan kajian terperinci lagi.
Wajah
Iffityah berubah. Hish kenapa dia tak terfikir perkara itu sebelum berkata-kata
tadi. Kan dah terkena dengan Izz Harraz.
Lelaki itu kalau ada peluang mengenakan dirinya memang hidup.
“Err..err..”
dia tidak mampu membalasnya. Melihat sengihan lelaki itu dia semakin angin.
“Tepilah
orang nak masuk kereta ni. Menyibuk saja,” marah Ifftiyah. Dia menolak tubuh
Izz Harraz yang menyandar pada keretanya.
“Kalau
saya tak mahu?" saja dia mahu menyakitkan hati Ifftiyah. Bukan dia tak
nampak wajah isterinya sudah bertukar colour.
“Kalau
awak tak nak ke tepi, saya yang ke tepi,” usai dia berkata begitu dia berpaling
meninggalkan Izz Harraz menuju ke lobi pejabatnya. Lebih baik dia naik semula
ke office dari terus bersama suaminya di tempat letak kereta.
“Nak ke mana pulak tu?" ujar Izz Harraz.
Dia kembali mengekori langkah isterinya
yang berpatah balik meninggalkan pekarangan tempat letak kereta. Tadi tak
sabar-sabar nak balik sekarang ni lain pula jadinya.
“Nak gantikan seminit yang saya terkurang tu,”
perli Ifftiyah. Langkah kakinya makin dipercepat. Jam di pergelangan tangannya
ditilik. Dia mengeluh. Lambat lagilah balik petang ini, desisnya.
Gantikan seminit yang terkurang? Biar betul
bini aku ni. Boleh pula main ganti-ganti. Dia terfikir sesuatu. Wajah Ifftiyah
dipandangnya.
“Awak perli saya erk?” akhirnya dia dapat
meneka maksud kata-kata isterinya sebentar tadi. Ifftiyah tersengih. Perasan juga
lelaki itu dirinya diperli. Padan muka selama seminggu ini asyik dia saja yang
terkena, sesekali biarlah lelaki itu dipadannya.
Izz Harraz menyimpul senyum. Terkena dia.
Ingatkan mahu mengenakan isteri tetapi akhirnya dia pula yang terkena.
“Kita pergi makan nak?” ajaknya. Ifftiyah
berpusing. Dia tersalah dengar ke? Jarang
lelaki itu mahu berbaik dengannya.
“Malas..” pendek saja jawapannya.
“Malas?” soalnya. Di pandang wajah Ifftiyah.
“Itu yang awak jawab bila suami ajak keluar?
Belajar dari mana ni?” soalnya. Tak puas hati betul dia dengan cara Ifftiyah. Berangin
pula dia mendengar jawapan itu. Ingatkan
dapatlah jawapan
“Yang awak asyik mengekori langkah saya tu
kenapa?” soal Ifftiyah. Masam saja
mukanya melihat Izz Harraz semakin mendekatinya. Dia mendengus. Langkah kakinya
makin laju menuju ke pintu lobi.
Belum sempat dia mahu mencapai pemegang pintu ada tangan yang membantu dia
membukanya. Tersengih-sengih Izz Harraz apabila melihat reaksi Ifftiyah apabila
melihatnya.
“Awak ni dah kenapa?” soalnya. Dia tidak jadi
masuk ke ruang lobi office. Matanya meliar mencari kelibat rakan office yang
lain. Bimbang timbul gossip yang tidak enak mengenai dirinya.
“Apanya? Saya pun nak naik atas juga, bukan
awak sorang saja,” dia masih lagi tersengih-sengih.
“Boleh tak awak jangan tersengih-sengih macam tu?
Sakit hati saya melihatnya. Sengih awak tu sengih mengada-ngada. Sengih minta
penampar,” balas Ifftiyah. Lantaklah kalau lelaki itu terasa dengan
kata-katanya.
“Awak tak bimbang kena gossip dengan
saya?”soalnya. Dia mengerling kearah sekumpulan wanita yang asyik bersembang di
ruang lobi. Dia tahu ada diantara kumpulan gadis itu yang menjadi secret admire
suaminya.
“Bimbang apanya, awak isteri saya,”balasnya.
“Siapa cakap saya isteri awak?” soal Ifftiyah.
“Apa pulak. Nak bukti ke?” dia mengeluarkan
sesuatu dalam walletnya. Dikeluarkan kad nikah yang dia sendiri tidak pernah
melihatnya. Lima bulan bernikah inilah kali pertama dia melihatnya.
“Siap dengan gambar saya? Cantik juga saya
pakai tudung ye. Patutlah abah minta gambar hari tu,” dia membelek-belek kad
sebesar mykad itu.
“Hok aloh perasan sungguh dia,” kad itu diambil
semula dan diselitkan dalam walletnya. Tapi Izz Harraz tidak menafikan
kata-kata isterinya itu. Memang Ifftiyah cantik semula jadi. Gambar tu pun
bukanlah bermake-up bagai, sekadar memakai lipstick dan berbedak saja.
Butang lif ditekan. Beberapa minit kemudian
pintu lif luas ternganga. Cepat saja dia masuk ke dalam. Izz Harraz turut melangkah masuk.
Ifftiyah mengeluh. Tak sempat pula dia mahu menekan butang close.
Ting! Lif terbuka di tingkat lapan. Dia keluar
dan diikuti boss merangkap suaminya itu. Ifftiyah tidak mempedulikan lelaki itu
yang masih mengekorinya. Dia menuju ke meja kerjanya. Kerusi ditarik.
“Awak nak buat apa lagi naik office ni?” soalnya.
Dia turut menarik kerusi didepan Ifftiyah. Fail mengandungi dokumen tander
syarikat di atas meja isterinya dibuka.
Ditilik satu persatu.
“Suka hati sayalah nak buat apa,” selamba dia
berkata.
“Suka betul menjawab,” pipi Ifftiyah dicubit.
“Haip.. suka-hati cubit pipi orang,” marahnya.
“Geram.. suka sangat menjawab. Orang tanya tak
reti-reti nak menjawab baik-baik. Nasib baik kena cubit pipi kalau cubit bibir,”
Izz Harraz mula menunjukkan kegatalannya. Ifftiyah gigit bibirnya. Menyampah! Dengusnya.
“Bukan ke tadi awak yang cakap kerja saya tak
cukup lima hingga 10 minit. Jadi saya nak tambah waktu kerja saya ni,” dia buka
buku catatannya. Saja menyelak-nyelak, walhal tiada sebarang kerja yang perlu
ditulis pun.
Kerja sebagai secretary Izz Harraz bukan banyak
pun. Banyak mendengar bebelan lelaki itu adalah. Ada saja yang tidak kena di
mata suaminya terutama mengenai staff perempuan. Entah apa yang dielergikkan
Izz Harraz dengan perempuan pun dia tidak tahu.
Terkekek-kekek Izz Harraz mendengarnya. Ooo..
rupa-rupanya merajuk dengan apa yang dia katakan tadi. Comel juga bila gadis
itu merajuk. Muncung memang sah-sah sedepa ke depan. Tak ditambah lagi mulut
yang sengaja diherokkan.
“Tak payah nak buat OT kat sini. Office saya ni
tak ada yang buat kerja lebih masa. Semua staff saya tip top, buat kerja ikut
waktu dan balik pun ikut waktu juga,”
Ifftiyah mendengus. Dia memberi jelingan maut.
“Jelingan awak tu buat saya terkenang-kenang.
Malam ni pasti saya tak mampu lelapkan mata,”
“Benciiii...” nada suara Ifftiyah sudah
meninggi. Sama tinggi dengan nada ketawa Izz Harraz. Suka betul dia melihat
Ifftiyah mengamuk. Satu hobi yang makin mendapat tempat dihatinya.
“Apa
pulak buat muka macam tu. Olololo..bini siapalah ni,” makin menjeling Ifftiyah
makin kuat gelak Izz Harraz. Matanya mengerling kearah jam dinding. Emmm..
sudah pukul 6 petang.
“Nak ke mana lagi tu?” tanya Izz Harraz. Hairan
pula dia tadi bukan main beriya-iya mahu naik ke office dan bila sudah berada
di office tak sampai 15 minit sudah bangun dan bersiap-siap mahu pergi semula.
“Masa 10 minit yang saya guna tadi dah
diganti. Sekarang ni saya nak balik.
Encik Izz Harraz Tan Sri Yahya, sila keluar sekarang. Saya nak balik,” dia
bangun dan menolak tubuh lelaki itu.
Buku nota disusun kemas atas meja bersama
dokumen yang perlu disign oleh izz harraz esok. Kalau tak dibuat macam tu dia juga
yang susah. Lelaki itu kalau nak sesuatu benda memang tak menyempat-nyempat.
Seminggu bekerja dengan lelaki itu dia sudah
masak dengan perangai kurang sabar lelaki itu. Kerja kena perfect
kalau tak, bimbang ada fail yang melayang nanti fail.Setakat ini dia belum
nampak ciri-ciri itu tetapi kata Eliana lelaki itu boleh tahan juga kalau
datang puting beliungnya. Habis semua orang kena bambu.
“Meh dokumen tu saya sign terus. Esok saya tak masuk office,” Ifftiyah pandang Izz Harraz. Pelik. Nak menulaulah tu, mentang-mentang bapak
sendiri punya company. Dia buat muka, biar lelaki itu tahu dia tidak berkenan
dengan perangai sebegitu.
“Tak masuk? Why?”
Soalnya. Setahu dia lelaki itu tidak mempunyai sebarang temu janji pada hari esok.
“Awak nak ke mana?”soalnya. Fail dokumen itu
masih ditangannya.
“Malas nak masuk office. Esok ingat saya nak
tidur saja. Ganti balik tenaga yang saya guna hari ini. Apa kata awak balik rumah saya malam
ni,” amboi-amboi selamba sungguh kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.
Ingat bagus sangatlah bergurau macam tu.
“Awak ingat saya ni jenis perempuan apa?
Suka-suka nak tidur rumah lelaki?”sergah Ifftiyah. Kalau boleh mahu ditumbuk
muka lelaki itu. Bercakap langsung tak berfikir. Izz Harraz ingat dia ni apa?.
Mukanya sudah bertukar colour.
“Yang awak nak marah saya kenapa?” Balas Izz Harraz. Kata-katanya
tadi rasanya tiada yang pelik
pun, sehingga boleh mendatangkan kemarahan gadis itu. Sekadar mempelawa isteri
sendiri balik ke rumah keluarganya.
Mummy dah rindukan satu-satu menantunya yang dia ada.
Tergeleng kepala dia melihat muncung ifftiyah
dah panjang berjela. Perempuan
kalau tak berangin memang tak sah. Macamanalah daddy dan abah mentuanya
menangani isteri masing-masing.
Dia yang baru tiga hari ni pun rasa dah tak
sanggup nak melihat muncung itik ifftiyah. Tak comel okey… tapi yang tak comel
itulah dia rindukan siang dan malam. Sejak berjumpa secara real ni tahap
meroyan dia kepada isteri sendiri memang kronik.
“Apa yang saya cakap sampai awak marah-marah,?”
soalnya.
“Awaklah...suka-suka nak ajak orang tidur. Awak
ingat saya ni jenis perempuan murah. Senang-senang awak boleh ajak saya?” marah
Ifftiyah. Abah tengok menantu abah yang tak semenggah ni, desisnya.
“Saya tak ajak pun awak tidur dengan saya,” tangan lelaki itu ligat menandatangi dokumen
berkenan. Nekad betul dia tidak mahu ke office esok, desis ifftiyah.
“Saya tak pekak lagilah..saya dengar jelas apa
yang awak cakap tadi,” ifftiyah juga
tidak mahu mengalah. Alang-alang dah bergaduh biarlah sampai ada yang menang
dan kalah. Yang pastinya, dia mahu kemenangan itu.
“Apa yang saya cakap?” Soal izz harraz. Bibirnya sudah menguntum
senyuman. Geli hati dengan sikap si isteri yang asyik mahu memetir saja.
“Awak ajak saya balik rumah awak. Apa maksud
awak tu?”
“Ajak balik rumah dengan ajak tidur bersama-sama
tak sama sayang oiii.. kalau saya ajak awak tidur pun tak salah. Awak isteri
saya. Saya akad awak hari tu dengan penuh kasih sayang” lagi-lagi senyuman
menghiasi bibir Izz Harraz. Ifftiyah berkira-kira mahu memberi serangan balas.
“Awak nak tidur dengan saya ke? Saya on saja
lagi pun benda dah halal buat apa nak dibiar-biar macam tu,” tergelak habis dia
melihat wajah ifftiyah berubah.
“Ni yang buat saya tak sabar ni. Alang-alang
awak dah menyebut pasal tanggungjawab saya tu apa kata kita mulakan malam ni
juga,” makin kelat wajah ifftiyah.
Alahai ifftiyah oii kenapa kau tidak berfikir
dulu sebelum nak berkata-kata. Kan dah tak pasal-pasal memalukan diri kau sendiri.Fail
itu diserahkan semula kepada ifftiyah.
“Nah saya
dah siap sign. Esok saya boleh
bersenang lenang tanpa ada sebarang gangguan,” dia berkata. Ifftiyah diam.
Kepalanya ligat berfikir arah tujuan suaminya pada hari esok. Ada temu janji tetapi
dengan siapa.
Dia
pandang Izz Harraz. Tak sanggup mahu mengaku kalah.
“Tak ada
orang nak ganggu awak pun. Perasan diri sendiri,” dia tutup gelodak hatinya
agar lelaki itu tidak perasan.
“Esok saya ada temujanji dengan abah mentua
saya. Jadi kosongkan jadual saya untuk esok,” akhirnya dia berterus terang
juga. Kasihan melihat si isteri seperti cicak tertelan kapur.
Hampeh! Terkena lagi dia dengan Izz Harraz.
Kalau begini gayanya susahlah dia mahu mencari kelemahan dan kekurangan lelaki
itu untuk dipersembahkan kepada ayahanda tercinta.
*****
“Macamana
kerja dengan menantu abah. Okey tak,?” Ifftiyah yang ralit menonton TV
berpusing kearahnya. Sejak balik dari office tadi, dia leka menonton siaran TV kegemarannya.
“Menantu
abah tu dah jadi hantu,” pendek saja kata-katanya sebelum matanya diarahkan
semula ke kaca TV.
“Jadi
hantu?”Encik Halaq dah tergelak-gelak. Macam-macam budak berdua ni. Semalam Izz
Harraz mengadu Ifftiyah kaki melawan hari ini Ifftiyah pula bercakap Izz Harraz
hantu.
“Mmm..hantu-hantu
pun itu yang yang Iya suka. Kalau tak, tak adanya Iya tersengih-sengih,
tersenyum-senyum sendiri,” balasnya. Tadi pun dia nampak anaknya itu sekejap
senyum sekejap herotkan bibir.
“Hish
mana abah tahu, Iya kalau boleh nak tonyoh-tonyoh muka dia tu. Kalau bercakap
dengan dia asyik kalah saja,” adunya. Wajah Encik Halaq direnung. Lelaki
berusia awal 50-an itu masih lagi segak.
“Memanglah
Iya kena mengalah. Dia tu suami Iya, sudah menjadi kewajipan seorang isteri
untuk menghormati suami,”
Ifftiyah
mencebek. Dia saja yang kena mengalah. Apa salahnya sekali-sekala suami pula
belajar mengalah dengan isteri.
“Dua
tu memang menyakitkan hati Iya,” balasnya.
Encik
Halaq meletakkan akhbar yang dibacanya di atas meja kopi. Dia akui menantunya
itu suka menyakat. Suka sangat melihat si isteri melenting. Yang si anak
pula bukan boleh dibuat bergurau. Pening
kepala dia dibuatnya.
“Abah
dah cakap dengan Harraz jangan asyik mengusik isteri saja. Tapi abah bimbang
pula bila dah tak ada aktiviti itu sunyi pula hidup kau orang nanti,” balasnya.
Logik juga kata abahnya itu.
Nanti hidupnya makin membosankan. Sekarang ni dalam marah-marah pun hati dia
terhibur juga dengan usikan Izz Harraz.
“Bila
Iya nak balik rumah sana. Mama mentua Iya tu dah tak sabar-sabar nak jumpa
menantu dia ni,” Soalnya. Ifftiyah mengeluh. Baru saja dia nak gembirakan
hatinya tiba-tiba abah bercerita mengenai keluarga mentuanya.
Encik Halaq teringat pertemuan
dengan Izz Harraz semalam.
“Abah gembira bila Harraz dapat
terima anak manja abah tu. Harap-harap kamu berdua boleh hidup rukun damai.
Sikit-sikit bergaduh, masam muka tu adatlah. Lagi kan lidah tergigit ini kan
pula suami isteri,”
Terangguk-angguk Izz Harraz
mendengarnya. Nasihat itu akan dipegang seumur hidupnya.
“Anak abah tu garang sangat,”
adunya. Tergelak besar Encik Halaq mendengarnya.
“Harraz kena pandailah handle
anak abah tu. Setakat mana sangat garangnya tu bila kena gayanya lentuk anak
bah. Manja dia tu. Dengan abang-abang dia lagilah. Jalan pun boleh berpimpin
tangana, dipeluknya si abang tu. Dah banyak kali tegur, larang tapi tak
diendahnya.
“Abah bukannya apa… tak sedap
hati bila orang tengok. Mereka tu tak tahu siapa yang dipeluknya. Nanti tak
pasal-pasal datang fitnah,”
Izz Harraz diam. Teringat dia
kejadian di Brisbane dulu. Adakah lelaki yang dia nampak hari tu salah seorang
daripada abang Ifftiyah. Allah! Dia raup mukanya. Kalau betul sangkaannya dia
sudah menganiaya isteri sendiri. Menuduh tanpa usul periksa.
“Abang-abang dia tu manjakan
dia. Setiap bulan silih berganti si abang datang melawat dia di Brisbane. Last
sekali hari tulah, lepas seminggu kau orang berkahwin. Kebetulan along ada hal di sana dijenguknya sekali si adik.
Bimbang sangat si adik dengan perkahwinan
tak dijangka ini,” kata Encik Halaq tanpa menyedari wajah menantunya berubah
habis.
Izz Harraz merasa ada batu
besar menghempap kepalanya. Terasa dia mahu menghantuk kepala dimeja makan.
Terketar-ketar tangannya mengangkat gelas minumannya. Kalaulah abah mentuanya
tahu apa yang telah dibuat dia pasti lelaki itu akan kecewa.
Betul kata Hakimi kalau Ifftiyah tahu belum
tentu isterinya itu akan memaafkan dirinya.
“Bah laki Iya tu otaknya betul ke tidak,” kepalanya dilentukkan di bahu
si ayah. Sudah lama dia tidak bermanja sebegitu.
“Hahhh..?” Encik Halaq urut
dadanya. Mengelamun rupanya dia. Teringat pertemuan dia dengan Izz Harraz,
semalam. Serasi benar dia dengan menantunya itu.
“Tanya apa tadi?”
“Laki Iya tu otak dia betul ke
tak?” lagi sekali dia mengulang pertanyaan.
“Hish apa punya soalan. Tak
baik mengata laki sendiri,” Ifftiyah tersengih-sengih. Sudah dijangka jawapan
abahnya itu. Nampak sangat abahnya sekarang memihak kepada menantu
kesayangannya.
“Nak sangat ke jadi bini orang
gila?”soal Encik Halaq serius. Senyuman dibibir Ifftiyah mati. Alahai abah oiii
buat takut orang pula.
“Abah ni ke situ pula. Siapa
nak kahwin dengan orang gila. Nauzubillah… nanti tak pasal-pasal orang pula
yang jadi gila. Dah dua orang gilanya nanti,”
“Tahu pun kamu. Mulut tu jangan
nak cabul sangat. Harraz tu dah cukup baik jadi menantu abah,”Ifftiyah
mencebek. Memanglah dia baik tapi bila jadi suami Iya dia dah bertukar watak.
Mana ada baiknya, asyik nak mengarah saja,” adunya. Sakit hati punya pasal.
Tergelak Encik Halaq
mendengarnya. Anak.. anak.. dah bersuami pun perangai masih kebudak-budakan.
Sikit-sikit nak mengadu.
“Alajh dia gurau-gurau manja
tu. Dia nak perhatian daripada anak abah ni. Abah gerenti kalau Iya bagi lebih
perhatian dia akan jadi baik. Manja dia mengalahkan kucing nanti,” seloroh
Encik Halaq.
“Dahlah abah nak naik solat
Asar. Iya dah solat,?” soalnya. Anak-anak kalau tak diingat Subuh ke mana,
Zuhur ke mana.
Ifftiyah menggeleng kepala.
“Tak bah. Allah bagi cuti,”
selorohnya. Matanya masih dihala kearah skrin TV. Seronok pula layan drama
Korea ni. Hero boleh tahan handsome. Jambu-jambu pula.
“Mmm. Tak solat pun jangan
sampai tengok TV berjam-jam. Abah tengok sejak Iya balik kerja tadi langsung
tak berganjak dari depan TV. Kalau dia reti bercakap dah lama dia mengadu penat
layan Iya,”
Tanpa menunggu lebih lama dia
mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Asyik berleter nanti dengan dia-dia
relai Asar.
Dah baca, apa kata cakap Hi Cik Wawa dekat ruangan komen :)
seronok baca pergaduhan manja izz dan ifftiyah
ReplyDeletehehehe. teruskan membaca yang lain juga :)
Deletebestnya..nak lagi wawa
DeleteIn shaa Allah! Terima kasih atas sokongan :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSorry. Saya tak tahu kenapa komen ni dipadam.
Deletexabis izz usik bini..nasib la tak dibaling dgn fail je...hehehehe
ReplyDeletehahaha tu lah. Terima kasih atas sokongan :)
DeleteSaya suka setiap cerita wawa akil. Akak nk smbungan pleasee. Selamat maju jaya kak.
ReplyDeleteTerima kasih :) Thanks atas support yang diberikan. Akak hargai sangat-sangat.
Deleteanak abah camtulah...manja sungguh. teruskan wawa...@ kuarkan nobel terus pun cantik.
ReplyDelete