BAB 8
Handphone ditangan masih direnungnya. Nak call atau tidak..nak tak..nak tak. Hatinya berbolak balik. Antara kemahuan diri dan keegoannya.
Akhirnya handphone jenama iPhone 6 itu dicampak ke katilnya. Nasib baik tak tersasar ke bawah. Kalau tak hangus dua tiga ribu handphone barunya itu.
Termanggu dia disofa tak tahu apa yang mahu dilakukan. Dia kembali termenung. IPhone 6 yang dicampak tadi ambil kembali. Dibelek-beleknya. Tahu pula takut rosak ye, Izz Harraz. Dia tersengih.
Dia mencari semula nama yang sudah disave sejak ifftiyah muncul di officenya dua minggu lalu. Nama sayang abang yang tertera diskrin handphonenyan itu direnung lama.
Masih tiada keberanian untuknya menekan butang hijau.
Masih tiada keberanian untuknya menekan butang hijau.
“Sayang buat apa tu? Abang rindu sayang,” bisiknya. Dia bercakap dengan telefon ditangannya. Nak call Ifftiyah? Memang tak lah. Tak sanggup dia ditertawakan isterinya itu. Bukan boleh dipakai sangat isterinya itu. Kalau bab mengenakan orang Iffitiyah memang hidup. Baru dua hari dia tidak masuk ke office tetapi sasaunya sudah jadi begini. Kiranya ini sudah ditahap kronik. Kalau tahu dek Hakimi pasti sepupunya itu guling-guling di lantai mentertawakan dirinya yang gila bayang pada isteri sendiri.
“Beginilah agaknya orang angau. Macam aku agaknya. Tak senang duduk. Bangun salah, duduk salah. Asyik renung telefon saja. Tapi setakat ni makan saja yang dia laju. Letaklah apa pun depan matanya, mesti habis punya.
“Teruk rupanya orang angau ni. Aku angau kat sini entah-entah bini aku tu langsung tiada perasaan. Entah-entah dikatanya aku gila pula,” dia sudah ketawa kuat. Tangannya ditongkat ke dagu. Mummy apa salah ayyad sampai ayaad jadi sasau macm ni?
IPhone diambil semula.Dia berkira-kira mahu menelefon abah mentuanya. Tak dapat dengar suara anak, dengar suara abah dia pun jadilah. Tak dapat lihat orangnya lihat bumbung rumah pun kira okey.
Tapi handphone itu diletak semula. Bimbang menganggu abah mentuanya malam-malam begini. Mesti orang tua itu mahu merehatkan diri selepas penat bekerja di siang hari.
Dia mencapai majalah kereta dan diselak isi kandungannya tetapi satu pun tidak menarik minatnya. Isu yang dipaparkan bulan ini dirasakan kurang menyengat. Tidak seperti keluaran yang sebelumnya membuatkan matanya terpaku untuk terus membacanya.
Memang sejak dulu hobinya terarah pada aktiviti lasak. Meredah hutan belantara dengan pacuan empat roda, berlumba kereta bukan asing pada dirinya tapi sekarang aktitiviti itu semakin dilupai. Mummy kurang berkenan dengan aktivitinya yang satu itu.
Majalah itu dicampak.
Dia bergerak ke tingkap bilik tidurnya lalu dibuka luas. Terasa kedinginan malam menggigit tubuhnya. Hujan baru reda jadi pastilah udaranya begitu sejuk malam ini. Sedikit menggiggil tubuhnya.
Termenung lagi. Izz Harraz sudah terkena penyakit termenung sekarang ni. Teringat perbualannya dengan abah mentuanya semalam. Lelaki sebaya usia daddynya itu begitu peramah.
Dia masih ingat-ingat lupa kewujudan lelaki itu dalam hidupnya dahulu. Tetapi dia memang ingat tentang yang satu ni. Membuli. Kriteria membuli itu rupanya sudah ada sejak dia kecil lagi.
Dia masih ingat kanak-kanak bertocang dua itu yang kerap dibulinya tetapi siapa sangka budak yang sentiasa mengekori dia dan abangnya dulu kini menjadi isterinya.
“Abah harap Harraz dapat bimbing Iya menjadi isteri solehah. Anak abah tu manja sedikit kalau tidak berkeras abah bimbang Harraz tak mampu nak handle dia nanti,”
“Insyallah bah. Saya akan jaga amanat abah ni sebaik mungkin. Saya pun bukannya baik sangat tapi saya akan berusaha menjadi yang terbaik untuk isteri dan anak-anak saya nanti,” secara tak langsung dia mengikat janji.
“Lega abah dengar. Tak salahlah abah pilih Harraz jadi menantu abah. Abah yakin Harraz dapat jaga anak abah tu sebaik mungkin,” bahu menantu ditepuk lembut.
Dia memandang kearah luar. Hanya kelihatan kegelapan malam. Malam ini tiada langsung kelihatan bintang bertebaran dilangit. Cuaca sejuk mula menggigit seluruh tubuhnya. Menggigil dia kesejukan. Tingkap ditutup.
Dia kembali berbaring. Iphone 6 dicapainya semula, mengharapkan ada keajaiban berlaku di situ. Namun melihat handphone itu senyap sunyi dia menjadi kecewa semula. Sakitnya tuh di sini, dadanya dipegang.
Keluhan dilepaskan. Dia mengerling kearah jam dinding. Jarum pendek menunjukkan angka 10 malam. Teringat dia belum lagi Isyak. Pantas dia bangun dan kakinya diatur menuju ke bilik air.
Perkara lain bilah diambil ringan tetapi kalau bab-bab solat memang dia tidak boleh buat main-main. Mahu menjadi ketua keluarga perlu ada asas agama yang kuat untuk membimbing isteri dan anak-anak.
Dari dalam bilik air dia mendengar iPhone 6 berdering. Mahu rasanya dia berlari keluar tetapi seketika akalnya menghalang. Dia meneruskan mengambil wudud yang tergendala sebentar tadi.
Cepat saja kakinya melangkah keluar dari bilik air. Handphonenya diatas katil dicapainya. Sedikit kecewa dia bila melihat pemanggil bukanlah orang yang diharapnya sejak tadi.
Abah mentuanya! Mmm…nanti nantilah…selepas bersolat nanti dia akan menelefon kembali bapa mentuanya. Kusyuk dia bersolat dan menyerahkan diri kepada yang maha kuasa.
“Assalamualaikum…” salam diberi ke kanan
“Assalamuaikum..” salam diberi ke kiri. Dia menadah tangan berdoa meminta diberi kesihatan yang baik kepada diri, isteri kedua-dua keluarga serta melorongkan kebahagian untuk dia dan isteri.
Deringan handphone menganggu konsentrasinya. Sejadah disangkut dan iPhone 6 miliknya dicapai. Tertera nombor telefon abah mentuanya.
“Assalamualaikum abah,” dia memberi salam sebelum bapa mentuanya bersuara.
Senyap.
“Ada apa bah?” soalnya lagi sekali.
“Awak..” suara halus kedengaran di hujung talian. Aik? Bukan suara abah. Terpaka dia seketika. Suara orang yang sedang dia rindui sekarang. Isterinya dihujung talian. Izz Harraz seakan mahu melompat bintang.
Dia jadi gugup.
“Awakkk..” manja saja suara itu ditelinganya. Alahai lembut suara itu. Tak tahan kalau macam ni boleh tergoda dia nanti.
“Ada orang ke ni?” dia mendengar suara itu dihujung talian.
“Eh ye.. ye..” gugup nada suaranya. Mummy.. anak mummy nak pengsan. Tak sangka buah cempadak menjadi nangka. Terasa hilang segala masalah yang membelenggu dirinya. Ya Allah..Allah.. tak putus-putus dia menyebut nama Allah.
“Kalau tak ada orang saya nak letak ni,”
“Eh jangan..jangan letak letak pleaseee..” eh ada pula dia cakap macam tu. Buat malu kaum lelaki saja kau ni Izz Harraz oii. Nampak sangat gelojohnya kau ni. Mahu saja dia hantuk kepalanya di kepala katil. Kronik dah kau ni.
“Kalau ada orang saya nak cakap ni,”
“Nak cakap apa?”
“Apa hal call anak lelaki orang malam-malam ni?” Dia tepuk mulutnya. Lain yang dia mahu cakap lain pula yang terkeluar dari mulutnya. Berlagak betul kau ni Izz Harraz, tadi tu bukan main lagi sasau sekarang bila dah diberi peluang kau pula yang berlagak.
“Saya MC dua hari,”
“MC kenapa?” kering terasa darahnya. Sakit ke minah ni? Sudah dua hari dia tidak datang ke office. Hatinya mula risau.
“Tak sihat. Selesema, demam dan batuk,” kedengaran batuk-batuk kecil dihujung talian. Suara si isteri pun dah bertukar menjadi sengal. Patutlah, demam rupanya, kasihan bini abang ni.
Alahai sayang oii kalau abang ada dekat-dekat situ bolehlah juga abang tolong ubatkan. Hembus kiri, hembus kanan tapi abang jauh sayang oiii… Sudah datang gatal dan miang Izz Harraz.
“Saya dah call abang Kimi tadi. Dia akan ambil alih kerja saya dua hari ni,” jelasnya.
“Kenapa saya baru tahu?” soalnya. Radang hatinya. Patutnya dialah orang pertama yang diberitahu dan bukannya sepupunya itu.
“Saya tak ada nombor awak,” Izz Harraz mendengus. Bagus sungguh nombor laki pun tak ada tapi yang hairannya nombor Hakimi ada pula.
“Nombor laki pun tak ada?” Habis tu awak call ni mana ambil nombor saya?” soalnya. Boleh mendatangkan kemarahan ni.
“Abang Hakimi bagi,”
“Awak ingat bagus sangat ke buka kepincangan perkahwinan kita ni?” Dia bukan marah sangat kalau Hakimi tahu tentang kepincangan rumah tangganya kerana sepupunya itu memang dah sedia tahu pun.
Tetapi yang dia marah bila mendengar dari tadi lancar saja nama abang dihadiahkan kepada sepupunya itu. Dengan dia sejak tadi asyik berawak awak saja. Naik bernanah telinga dia mendengarnya.
“Bila masa saya cerita kepincangan perkahwinan kita kat orang luar. Saya minta nombor telefon awak saja,” nada suara Ifftiyah juga semakin tinggi. Beberapa kali dia terbatuk-batuk.
“Dah saya tak ada nombor awak, saya mintalah dengan Abang Kimi. Takkan nak minta dengan abah pula,” suaranya sudah semakin garau, seperti baru lepas buat konsert rock.
“Kenapa tak minta dengan abah?”soalnya. Minta sajalah dengan abah mentuanya, apa yang susahnya.
“Malulah saya. Nanti abah fikir yang bukan-bukan,”
“Habis tu awak guna telefon abah, awak tak rasa malu pula. Awak ingat abah tak tahu awak call saya? Tak takut pula abah fikir yang bukan-bukan nanti?” tiada sahutan dari hujung sana. Mungkin sedang berfikir macamana mahu mematah serangan daripadanya.
Kau ni kan Izz Harraz memang cari pasal. Bini tak ada depan mata kau sasau tetapi bila bini dah menyerah kau pula yang buat hal. Memang tak serik betul dia ni.
“Abah offer.Handphone saya tengah cas. Apa masalahnya saya guna handphone siapa? Saya nak call beritahu pasal MC saja. Kalau tak cakap kena marah, bila dah cakap kena marah juga,” balas Ifftiyah.
Belas pula hatinya mendengar. Dia bukan marah mana pun tetapi sekadar merasa diri dibelakangkan isteri sendiri.
“Saya marah sebab awak membelakangkan saya. Saya ni suami awak, awak tu isteri saya sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga awak,” keras suara Izz Harraz.
Ifftiyah mengeluh. Bercakar saja kerja mereka, malam-malam pun menjadi. Ingatkan kat office saja mereka macam kucing dengan anjing, rupa-rupanya berlanjut di rumah pula. Nasib baik mereka tidak tinggal sebumbung kalau tak, mesti ada periuk belanga berterbangan.
“Awak ni memang,” dia tidak mampu berfikir lagi. Kepalanya terasa berdenyut, hidungnya berair dan matanya terasa panas.
“Lain kali jangan buat macam tu. Nombor telefon suami kenalah hafal kalau susah sangat nak ingat save saja dalam telefon tu,”
“Lagi satu kalau dengan Kimi tu awak boleh pula berabang-abang tapi dengan saya berawak-awak. Sekarang ni siapa suami awak, saya ke Kimi,” soalnya. Ifftiyah mengeluh. Makin sakit kepalanya mendengar kata-kata Izz Harraz.
“Habis tu nak panggil apa?” Aduh soalan apa yang kau tanya ni Ifftiyah oii.. Nanti tak pasal-pasal jawapan yang kau terima tidak mampu dihadam oleh akal kau. Izz Harraz tu bukannya betul sangat pemikiran dia tu.
“Bie.. or abang. Kan lebih manis daripada panggilan awak. Saya ni suami kenalah hormat. Letak title suami tu di tempat yang sepatutnya,”
Yark! mahu tercekik Ifftiyah mendengarnya. Nak panggil abang pun dia kena berfikir berpuluh kali ini kan pula nak memangil bie. Tapi hairan juga kenapa dia tidak boleh memanggil suaminya itu abang sedangkan Hakimi boleh pula. Lancar saja mulut menuturkannya.
“Awak bukan abang saya,”
“Memang pun. Kalau saya abang awak saya akan jadi macam along dan angah awak. Sah-sah saya tak boleh kahwin dengan awak dulu. Abah awak pun pasti tak akan bagi punya,” Grrr.. Iffityah rasa mahu tercekik mendengar jawapan Izz Harraz.
“Tak ke betul tu?” soalnya.
“Tak,” balas Ifftiyah. Pandailah, dia panggil orang pun awak, ada hati mahu dia dipanggil abang atau hubby. Berlebih sudah namanya tu.
“Kenapa?” soal Izz Harraz.
“Awak pun berawak juga,”
“Ooo..habis nak saya panggil apa? Sayang or darling? Saya on je,” Ifftiyah yang mendengarnya sudah merah muka. Hish ada pula ke situ fikirnya. Panggil nama cukuplah. Tak payahlah nak bersayang.
“Panggil Iffti pun ok,” balas Ifftiyah. Kalau Izz Harraz melihat wajah merahnya tadi pasti menjadi bahan usikan berbulan-bulan lamanya.
“Mmm.. tak bestlah nama tu. Saya panggil awak sayanglah,”
Iffityah tersedak.
“Err.. err..” dia sudah mati akal. Panjang akal betul Izz Harraz, desisnya. Kedengaran gelak lelaki itu dihujung talian. Suka sangatlah tu bila terasa diri sudah menang.Beberapa kali dia terbersin, hidungnya makin tersumbat dan tak boleh jadi ni.
“Kepala saya makin berdenyut. Saya nak tidur ni,” ujar Ifftiyah.
Izz Harraz tersengih. Cari alasanlah tu. Dia mendengar isterinya bercakap dengan seseorang dihujung talian. Hish siapa pula yang kacau daun ni, dia baru saja nak beramah mesra dengan isteri ada pula yang mengacau.
“Siapa tu?”
“Abah,”
Ooo.. bapa mertua rupanya. Apalah kau ni Harazz nanti dengar dek bapa mentua terasa pula orang tua tu.
“Kenapa dengan abah?”cepat dia menyoal.
“Tak ada apa-apa pun. Cuma dia pesan jangan marah-marah anak kesayangan dia,” belum sempat dia membalas talian sudah diputuskan. Terkebel-kebel dia melihat skrin iPhone 6 sudah gelap.
Biar betul abah mentua dia ni. Ada pula dipesan macam tu. Entah-entah Ifftiyah sengaja mahu mengenakan dirinya. Dia dapat bayangkan di hujung talian sana isterinya itu sedang tergelak-gelakkan dirinya. Hampeh! Terkena dia.
Izz Harraz termenung. Nampak gayanya tidak terhapus juga rindunya pada Ifftiyah. Kenapalah time macam ni isterinya boleh jatuh sakit pula. Kalau tidak esok sah-sah dia datang ke office dengan hati penuh bunga-bunga. Hati penuh taman.
Sudahlah dua hari dia tidak masuk office, tidak melihat wajah isterinya sekarang ni dia kena tambah dua hari lagi. Nampak gayanya kempunan dia mahu melihat wajah manis isterinya itu. Sakitnya tuh di sini, dadanya dipegang.
Nazak kalau lama lagi dia berkeadaan macam ni, desisnya. Mummy… anak mummy sakitnya tuh di sini. Kalau mummy melihat sah kena berleter panjang. Sampai sekarang mummy masih tidak kesampaian mahu berjumpa dengan menantunya itu.
*******
Pintu biliknya dibuka. Terjongol wajah adik bongsunya melangkah dan duduk di sisinya. Adik bongsunya, Maizura tersengih-sengih. Umur Maizura dengan isterinya sebaya. Masing-masing berstatus anak bongsu tetapi perbezaan antara mereka sangat ketara.
Isterinya begitu berdikari. Mungkin juga kerana isterinya belajar jauh daripada keluarga dan Maizura pula di universiti tempatan. Tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Tidak seperti isterinya yang tinggal beribu batu jauhnya.
“Abang..” panggilnya. Dia masih tersengih-sengih.
“Ni apa hal pulak? Tersengih-sengih macam kerang busuk,” soal Izz Harraz. Maizura baru saja menamatkan pengajiannya di UiTM dan sekarang masih lagi menganggur. Suruh bekerja dengan keluarga memang tak nak, suka betul mengukur jalan tanpa faedah.
“Err..err..”
“Apa yang err..err..” potong Izz Harraz. Adalah tu nak minta sesuatu daripadanya. Dia yakin sebab Maizura tidak akan merengek macam tu kalau tiada sesuatu yang dihajatinya.
“Juya nak pinjam..” dia tidak berani meneruskan bicaranya. Wajah si abang direnung. Mood abangnya perlu dipastikan dahulu.
“Apa pandang-pandang orang macam tu?” soal Izz Harraz. Makin hairan dia dengan telatah si adik.
“Okey… mood abang ditahap tip top. Juya nak pinjam kere..” belum habis kata-kata Maizura dia sudah memotongnya. Dia dapat mengagak apa yang dimahukan Maizura sehingga tergagap-gagap macam ni.
“Pergi minta izin dengan mummy dulu. Kalau mummy kata yes, abang tak ada masalah,” balasnya. Dia tahu apa yang diinginkan adiknya, apa lagi kalau tidak kereta dia yang menjadi idaman Maizura.Sebelum ini pun kereta Ferrari F430 itu kerap digunakan si adik.
Tapi dia tahu apa yang akan dicakap mummy. Mummy memang tak gemar Maizura melakukan aktiviti lasak. Memandu kereta Ferrari F430 miliknya memang menjadi kegemaran si adik. Kalau berlumba di litar dia tidak kisah sangat tetapi si adik lebih gemar berlumba di jalan raya.
“Alaa…”
“No ala…ala… bawak kereta sendiri Getz tu dah cukup bagus untuk Juya. Jangan nak mengada-ngada,” makin cemburut wajah si adik. Ada ke patut kereta kesayangan dia juga yang menarik minat si adik.
“Please…kereta Juya tu slow sangat. Terhegeh-hegeh je rasa bila drive. Kereta abang memang power, sekali tekan minyak dah pergi 180 kilometer perjam,” sungguh melampau imiginasi Maizura.
Izz Harraz mengeluh. Inilah satu-satunya adik yang mengikut minatnya. Sebut apa jenis kereta, Maizura tahu semuanya. Dari model tempatan hingga ke model luar negara. Apabila bercerita tentang kereta dia boleh nampak wajah ceria Maizura.
Sepatutnya dia berbangga kerana ada yang mewarisi minatnya tapi kenapa pula dia langsung tak rasa bangga dengan minat si adik. Setiap kali dia melihat Maizura memandu kecut perutnya.
Adik keduanya, Maisara penuh kelembutan. Mewarisi 100 peratus sikap dan perangai mummy mereka. Bersopan santun dan penuh keayuan. Antara mereka berdua diibaratkan langit dengan bumi tetapi dia tetap menyayangi kedua-duanya.
“Bang bolehlah..” sekali lagi Maizura merengek. Mana tahu rayuan yang awal tadi belum cukup melembutkan hati abangnya.
“Boleh. Nanti abang beritahu mummy.Juya nak pinjam berapa hari?” saja je dia menggunakan nama mummy sebabnya si adik tidak akan berani bersuara apabila nama ibu mereka disebut.
“Mmm..terima kasih sajalah bang. Kereta Juya tu pun laju apa. Kalau setakat 140 kilometer sejam tu senang-senang boleh pergi,” dia bingkas bangun. Geram mendengar kata-kata abangnya.
“Lepas tu sampai ke hospital. Juya nak macam tu?” soalnya. Dulu pun dia seperti Maizura juga, kalau bawa kereta tidak tekan minyak sampai 180 kilometer perjam memang tak sah. Sekarang ni bila si adik mengikut jejaknya dia menjadi gerun.
“Sikit-sikit nak mengadu dengan mummy. Abang ni memang anak mummylah. Menyampah,” dengus Maizura. Izz Harraz tergelak. Ada pula dia dikatakan anak mummy.
“Juya bukan anak mummy?” soalnya.
“Memanglah tapi tak adalah macam abang tu. Mentang-mentanglah anak mummy seorang saja lelaki manja abang mengalahkan Juya,”selamba saja Maizura mengenakan dirinya.
“Nak pinjam ke tak ni?” saja je dia mahu menduga si adik. Walaupun dia sudah tahu jawapannya.
Laju saja gelengan Maizura.
“Abang macam tak tahu mummy tu macamana. Mati hidup semula pun mummy takkan setuju apa yang Juya minta,” dia tarik muka. Izz Harraz gelak. Gelihati melihat wajah si adik yang sudah macam mencuka.
Kan dia dah cakap! Mereka adik beradik memang penakut sikit bila nama mummy disebut. Leteran mummy boleh bernanah telinga mereka dibuatnya.
“Tahu pun takut. Ingatkan berani sangat tadi,” dia sudah terkekek-kekek ketawa. Maizura sempat menunjukkan buku limanya sebelum kakinya melangkah meninggalkan biliknya.
“Jangan nak perli-perli. Kalau tak nak bagi cakap sajalah jangan petik nama mummy. Saja je nak menakut-nakutkan orang,” laung Maizura dari luar bilik. Sempat lagi dia mendengar gelak tawa si abang.
Kakinya sudah melangkah menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Lebih baik dia mengacau mummy buat kerja daripada dia bertenggek dalam bilik abangnya. Langsung tak dapat faedahnya.
“Mummy…” panggilnya sebaik saja kakinya masuk ke ruang dapur. Ibu dan pembantu rumahnya sibuk mengemas ruang dapur.
“Mmm.. nak apa, mummy busy ni,”
“Mummy ni. Orang tegur saja pun. Bukan ada apa-apa,” dia tarik muka. Sebiji bawang dipegang dan kemudian pisau dicapainya.
Datin Seri Aisyah tersengih. Macamlah dia tak kenal perangai anak bongsunya itu. Kalau dah sanggup mencemar dulu turun ke dapur, siap ambil pisau mahu memotong bawang, mesti ada sesuatu yang diingininya.
“Cuba terus terang apa yang Juya mahu sampai sanggup turun padang masuk dapur,” dia pandang pembantu rumahnya yang turut tersenyum sejak tadi. Macamlah mereka tidak tahu perangai sebenar Maisara. Liat masuk dapur apatah lagi jika disuruh melakukan kerja dapur.
“Err..err..mummy..”
“Kan dah cakap. Apa nak? Mummy busy ni,” Matanya dihalakan kepada si anak. Bawang yang dhiris nipis bersama cili padi, halia dibasuh dan dimasukkan ke dalam blander.
“Bik tolong blander benda ni. Biar lumat sikit,” dia hulur blander kepada BibikYumi.
“Nak masak terus ke datin?” soal Bibik Yumi.
“Kejap lagilah bik, masih awal lagi ni. Kalau masak awal-awal nanti tak sedap pula bila lauk dah sejuk,” Bibik Yumi angguk. Akur dengan arahan Datin Seri Aisyah. Senang bekerja dengan majikan seperti Datin Seri Aisyah. Senang dibawa berkira.
“Boleh tak kalau Juya nak pinjam ker..”
“Tak boleh,” pantas Datin Seri Aisyah menjawab. Maizura ketap bibir. Orang belum habis bercakap mummy sudah memintasnya.
“Mummyyy.. Juya boleh habis lagi,” rengeknya. Dia tarik kerusi dan berlabuh tidak jauh dari ibunya. Dia menuang air
“Mummy tahu apa yang Juya nak. Kereta Juya kan ada. Buat apa nak pandu kereta abang. Hish budak bertuah ni apa yang mummy larang itulah yang dia nak. Awak tu perempuan, bukannya lelaki. Cuba duduk rumah jadi anak dara sikit,” marah Datin Seri Aisyah.
Dia tahu kalau si anak sudah melentuk macam lalang ditiup angin ke kiri dan ke kanan tuapa lagi yang diinginkan kalau tidak mahu memandu kereta mewah sport milik si abang itu.
Sudah jenuh dia dan suami menasihati Maizura tetapi anaknya tetap menggemari aktiviti lasak seperti abangnya. Mendidik si bongsu lebih mencabar daripada mendidik Izz Harraz dan anak keduanya, Maisara.
Maizura mencebek. Lagi-lagi perkataan itu yang mummy cakapkan. Memanglah dia anak dara, apa anak dara tak boleh pandu kereta? Dengusnya. Bibirnya dimuncung ke depan. Makin panjang, lebih sedepa.
“Memanglah awak tu anak dara tapi perangai awak tu tak menggambarkan awak tu anak dara,” balas Datin Seri Aisyah. Maizura terpinga-pinga mendengarnya. Aik? Bercakap dalam hati pun mummy boleh dengar ke? Ini dah kira kes ajaib, desisnya.
Dia pandang wajah ibunya.
“Dah..dah tak payah tayang muka sedih tu. Mummy tak berkesan dengan wajah sayu awak tu. Bak sini bawang mummy tu tak pasal-pasal hancur kena cincang nanti,” tersengih-sengih Maizura.
“Bolehlah mummy…” Maizura masih lagi mencuba. Kali ini tangannya mencapai pula beberapa batang serai.
“Tak payah nak cincang serai mummy tu. Ya Allah Maizura oiii Maizura. Jangan buat mummy naik darah nanti Juya juga yang susah,” serai itu dicapainya sebelum serai itu dicincang si anak. Maizura tersengih. Tahu sangat perangai si ibu bila nada suaranya semakin meninggi.
“Mummy…”
“Apa lagiiii…” nada suara Datin Seri Aisyah makin meninggi.
“Bolehlah. Sekali ni saja. Lepas tu Juya janji Juya tak akan pandu lagi kereta abang. Juya tak drive laju-laju kat jalan raya lagi. Please mummy. Malam ni Juya janji dengan member-member nak ke Cherating,” akhirnya dia berterus terang.
Bulat mata Datin Seri Aisyah mendengarnya. Cherating? Biar betul. Kenapa dia langsung tidak tahu aktiviti si anak daranya ini.
“Cherating? Kenapa mummy tidak tahu,”
“Ni Juya nak beritahulah ni. Pleaseeee…”
“Mummy kata tak boleh maknanya tak boleh. T A K B O L E H,” kan tak pasal-pasal dia sudah mengeja perkataan tak boleh. Kalau si anak tak faham-faham juga tak tahulah dia.
“Mummyyy..” rengeknya lagi.
“Bik tolong buatkan milo satu,” tiba-tiba ada suara kedengaran. Muncul Izz Harraz dimuka pintu. Sejak tadi dia mendengar adiknya merengek-rengek. Tahu sangat sebabnya. Dia tersengih.
“Tak payah nak sengeh sangatlah. Nanti Juya saman abang,” dia memberi jelingan maut kepada abangnya. Haip! Sengeh pun nak kena saman? Ada dalam law ke kalau senyum pun kena saman?
Kakinya diatur menghampiri ibunya.
“Mummy…” panggilnya. Dia langsung tidak terusik dengan kata-kata si adik sebentar tadi.
Datin seri Aisyah berpaling.
“Mmm..”
“Adik nak apa tu?” soalnya. Biarpun dia sudah tahu apa yang dimahukan si adiknya. Saja je mahu menyakat Maizura. Satu hari Maizura tidak disakat dia rasa hidupnya tidak kena. Serba tidak menjadi.
“Ayyaz yang ajar adik jadi macam tu,” aik! Dia pula dipersalahkan. Maizura gemar aktiviti lasak takkan dia pula yang mummy nak persalahkan. Maizura pun satu aktiviti budak lelaki juga yang diberkenan.
“Mummy mana adil Ayyaz yang kena marah. Patutnya mummy marahkan adik. Ini tak, Ayyaz yang tak berdosa ni pula mummy marah. Siap kena jelling lagi,” dia pura-pura tarik muka.
“Malas mummy nak layan kamu berdua. Baik mummy siram pokok bunga kat luar tu ada juga faedahnya,” Datin Seri Aisyah angkat punggung. Bibik Yuni hanya mendengar perbualan dua beranak itu. Sesekali dia tergelak bila merasakan ada sesuatu yang lucu.
“Bik, saya ada kat luar. Kalau ada apa-apa panggil saya nanti, ” Bibik Yuni angguk. Dia hanya memerhati langkah Datin Seri Aisyah dengan ekor matanya, kemudian beralih kepada anak majikannya itu.
“Juya..” panggilnya. Gadis itu langsung tidak menyahut. Marah sangat agaknya dengan mummy sehingga panggilannya juga tidak berjawab.
“Juya nak minum ke? Boleh bibik tolong buatkan,” dia menyoal.
“Tak payah buat bik. Dia ada tangan biar dia bancuh sendiri. Dia perempuan bik, perempuan ni kena belajar duduk dapur nanti dah kahwin senang nak bagi suami dia makan. Tapi kalau bik nak buat juga, buatkan untuk saya saja,” pangkah Izz Harraz.
Suka betul dia membuat si adik naik darah. Jelingan Maizura membuatkan ketawa dia makin kuat.
“Tak nak bik. Abang ni kalau tak menyakat orang sehari tak boleh ke?” soal Maizura. Geram dia mendengar kata-kata si abang sebentar tadi. Bibik Yumi hanya tersengih-sengih. Kelakar pun ada melihat dua anak majikannya bergaduh ala-ala manja.
Dia kenal sangat perangai Izz Harraz kalau tidak disakat si adik sehari memang tidak lengkap hidupnya. Macam minum air tanpa gula. Baik Maizura, Maisara kedua-duanya memang kerap dibuli si abang.
“Kenapa mummy tak pernah nak faham kehendak Juya. Juya sukakan kereta tetapi mummy dan daddy tidak pernah nak sokong minat Juya,” wajah Bibik Yumi dipandang.
Pembantu rumah Indonesia itu sudah lama bekerja dengan mereka. Seingat dia sejak dia kecil lagi Bibik Yumi sudah berkhidmat di rumahnya malah mereka sekeluarga tidak pernah menganggap Bibik Yumi pembantu rumah.
“Juya kena faham hobi Juya tu menakutkan mummy dan daddy. Cuba Juya cipta hobi baru. Memasak ke, mengemas ke barulah mummy tak marah. Ni tidak, pandu kereta abang laju-laju juga yang Juya idamkan,”
Bibik Yumi kalau memberi nasihat memang dia kagum habis. Dahlah guna bahasa Melayu standard, langsung tiada slanga Indonesia. Maklumlah Bibik Yumi tinggal di Malaysia sejak dia kecil lagi.
Maizura tarik muncung. Memasak? Apa kelas. Orang zaman milinium ni kalau nak makan tak payah memasak, teringin beli saja di kedai. Bersepah-sepah kedai yang sedia berkhdimat untuknya. Sedia duit saja.
“Jangan dilayan adik tu Bik,” kata Izz Harraz sebelum bergerak meninggalkan ruang dapur. Sempat si adik menunjukkan buku limanya. Geram sangatlah tu, desis Bibik Yumi. Menggeleng kepala dia dibuatnya. Si abang kuat menyakat yang adik pula cepat benar melentingnya.
Mug berisi air milo itu dibawa naik ke bilik tidurnya. Menyambung berangan-angan lebih bagus dari melayan si adik dengan permintaannya yang bukan-bukan.Bukan dia tidak kasihan dengan Maizura.
Selama ini pun dia paling kuat menyokong aktiviti Maizura memandangkan minat mereka yang sama tetapi sejak diberi warning oleh daddy dan mummy dia tidak berani lagi. Silap hari bulan dia pula yang kena amukan orang tuanya itu.
Dia berbaring dikatilnya. Fikirannya asyik teringatkan Iffitiyah. Alangkah bagusnya pada saat-saat begini ada isteri disisi. Boleh juga tumpang bermanja. Tumpang bermanja? Apa gediknya kau Izz Harraz kau ingat Ifftiyah tu manja ala-ala kucing Parsi? Silap hari bulan dia tendang kau macam bola.
Dia bangun menuju ke meja kerjanya. Wallet diambil dan isi kandungannya dikeluarkan. Gambar berukuran passport ditarik. Wajah manis isterinya direnung penuh perasaan. Kemudian dikeluarkan pula kad nikah.
Nama suami : Izz Harraz bin Yahya
Nama isteri : Aira Ifftiyah
Tarikh daftar nikah : 19 September 2015.
Pejabat pengeluar: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Mmm.. sekarang sudah masuk bulan Februari. Bermakna sudah lima bulan mereka diijab kabulkan dan sudah dua minggu isterinya itu berada didepan matanya. Sayang abang rindu.. rindu sangat-sangat. Dia letak tangannya didada. Sakitnya tuh disini.
“Masuklah mummy…” katanya apabila melihat Datin Seri Aisyah menjengah ke bilik tidurnya. Dia bangun dan duduk bersila. Rambutnya dikemaskan. Cepat saja kad nikah itu diselit semula ke dalam walletnya.
“Kenapa berkurung macam anak dara saja ni?” soal mummy. Kepala si anak diusap penuh kasih sayang. Satu-satu anak lelaki yang dia ada.
“Daddy mana?” soal Izz Harraz. Hairan juga dia kalau petang-petang macam ni biasanya ayahnya sudah sampai ke rumah.
“Daddy ada hal dengan bapa mentua Ayyaz. Biasalah mereka baru berjumpa semula mestilah banyak yang mahu diimbas semula,” beritahu Puan Seri Aisyah.
Dia juga diajak suami tadi tetapi memikirkan dia akan dilanda kebosanan nanti, dia mengambil keputusan tidak turut serta. Lagi pun isteri besannya itu juga tidak pergi. Kalau ada bolehlah mereka berborak-borak apabial suami masing-masing sibuk bermain golf.
“Daddy dengan abah tu dah lama berkawan ke mummy?” dia menyoal.
“Mmm.. sejak dari zaman university lagi. Selepas keluar U daddy dan abah berkongsi tubuh syarikat tetapi tidak lama kemudian abah mentua kamu mahu menetap di kampung halaman dan semua share milik dia dijual kepada daddy.
Comelnya..! I like. Hehehe. Kak Wawa teruskan usaha ye..! :)
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan ;)
DeleteNice story... bila nak sambung?
ReplyDeleteThank you. In shaa Allah, soon!
Delete