BAB EMPAT

 Sejak semalam  masih tertanya-tanya kenapa ayah Ifftiyah sanggup bertindak begitu. Tiada rasa belaskah lelaki itu kepada anak sendiri? Ayah jenis apakah sehingga sanggup memperlakukan anak sebegitu? Itulah yang dia fikirkan. 
Dia menongkat dagu. Matanya dihalakan kepada Ifftiyah yang kusyuk mengadap note book miliknya. Tidak nampak langsung riak kerisauan pada wajah temannya itu. Sedangkan dia pula yang tidak putus-putus.
Timbul rasa hairan Iffityah melihat temannya itu tidak henti-henti mengeluh.
“Kau ni dah kenapa? Semalam kau juga yang beriya-iya marah aku mengeluh tapi sekarang ni penyakit aku tu berjangkit pada kau pula. Kau tahu kan...” kata-katanya dipintas oleh Kay.
“Aku tahu orang yang dah berputus asa saja yang mengeluh,” pantas dia menjawab. Ifftiyah tergelak melihat wajah cemberut temannya itu.
“Tahu pun kau. Aku fikir kau dah tak ingat apa yang kau cakap pada aku semalam,” dia buka note booknya dan mula membuat carian untuk membuat tugasannya. Lambat dihantar mulalah Mr Smith mulutnya berkicau macam burung murai.
“Apa yang kau keluhkan tu?” dia bertanya. Pelik betul dia Kay jarang mempunyai masalah tak seperti dirinya yang kerap diselubungi dengan pelbagai masalah dan orang yang akan menyelesaikan masalah dirinya pastilah Kay.
“Kalau aku jumpa ayah kau nak aku tanya dia kenapa dia buat kau macam ni. Kau tu anak dia, bukan anak angkat atau anak tiri,” kata Kay. Dia pula yang ralat apabila mendengar kisah Ifftiyah.
Aik! Macam ayat dia saja. Itulah juga yang dia fikirkan selama ini. Dia berbintikan Halaq dan ibunya bernama Siti Zawiah binti Adnan, abang-abangnya juga berayah dan beribu orang orang yang sama seperti dirinya. Jadi di mana silapnya dia apabila ayahnya sanggup melakukan sebegini.
Ooo..rupanya sedang memikirkan masalah dia. Patutlah sejak tadi wajah temannya itu berkerut-kerut seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.  
 “Baik kau jangan jumpa ayah aku. Dia garang. Nanti tak pasal-pasal kau yang kena nanti,” dia menakut-nakutkan Kay. Walhal ayahnya seorang lelaki yang penyayang, baik hati terutama dengan anak-anak.
Penyayang? Baik hati? Dia telan air liurnya. Errr... dulu mungkin kot, sekarang ni dia dapat rasakan tahap kasih sayang dan baik hati ayahnya itu sudah menurun sedikit. Buktinya, ayahnya sanggup memaksa dia melakukan apa yang tidak disukainya.


IZZ Harraz termenung panjang. Perkhabaran yang baru diterima betul-betul mengejutkan dirinya. Dia bakal berkahwin! Bukan dengan gadis dikenali, sebaliknya dengan anak sahabat baik babahnya, Tan Sri Yahya.
Untuk waktu terdekat ini dia tiada perancangan kearah itu. Tetapi takdirnya sudah menetapkan dia bakal menamatkan zaman bujangnya kurang dua minggu dari sekarang. Sebagai anak apa pilihan yang dia ada. Melihat wajah bening si ayah tadi dia jatuh kasihan.  
Siapa yang tak suka berkahwin, semua orang mengimpikannya. Begitu juga dirinya. Dia juga mengimpikan sebuah perkahwinan. Ada isteri, ada anak-anak yang bakal menyerikan kehidupannya tetapi biarlah dengan orang yang dicintainya. Bukan seperti ini. Dipaksa.  
Dia membelek gambar yang baru diberikan kepadanya sebentar tadi. Nampak seperti gambar lain sebabnya gadis dalam gambar itu agak muda. Dia diberitahu usia gadis itu 23 tahun tetapi dalam gambar dia melihat gadis itu seperti berusia 18 tahun sahaja.
Dia mula meneliti gambar itu. Wow cantik!  Itu yang dapat dia katakana sebaik saja meneliti gambar gadis itu. Mata gadis itu bundar, dipadan dengan bulu mata yang lebat, hidung mancung terletak menambahkan lagi seri kecantikan gadis itu.
Tapi sedikit sayang.. gadis itu tidak bertudung. Rambut panjangnya yang hitam berkilat itu dibiarkan lepas bebas. Mencacatkan sedikit markah yang diberikan kepada gadis itu. Dia tidak jadi memberi markah penuh kepada gadis itu.
Itu kekurangan gadis itu pada pandangan matanya. Huh! Izz Harraz nampak saja kekurangan orang. Awek kau tu, Netty tak pula kau nampak kekurangan yang ada pada dirinya. Netty juga tidak bertudung. Jangan buat-buat lupa.
Dia terbayang wajah Netty atau nama sebenarnya Natrah. Netty bolehlah dianggap aweknya setakat ini sebabnya dia belum berjumpa sesiapa lagi yang boleh  diangkat menjadi kekasihnya.
Wanita yang agak rapat dengannya sekarang adalah Netty. Esok, lusa dia sendiri tidak tahu siapa yang akan bertakhta dihatinya. Mungkin juga gadis itu, siapa tahu Izz Harraz, desisnya.
Netty tinggi lampai, kurus kering macam tak cukup makan tetapi apa nak dihairankan kerana Netty tu seorang model. Takkan model yang memperagakan tubuh badannya di pentas yang memakai baju tak cukup kain itu nak pakai baju kurung dan bertudung. Tak masuk akal apa!.
Dia bangun . Mundar-mandir di sekeliling bilik tidurnya. Tak tahu apa yang perlu dilakukanya. Pantas dia menukar baju dan bergegas turun ke tingkat bawah. Dia perlu lakukan sesuatu. Langkah pertama dia wajib berjumpa mummy dan babahnya untuk mencuba nasib.
Langkah kakinya  terhenti sebaik saja kakinya tiba di ruang tamu.Tidak disangka babah dan mummynya sedang menerima tetamu. Bila masa pula babah dan mummynya ada tetamu? Tadi ketika dia baru balik, rumah mereka sunyi saja.
Izz Harraz melemparkan senyuman manis kepada pasangan yang pada andaiannya adalah suami isteri. Dia menghampiri tetamu lelaki itu dan dihulurkan tangannya untuk bersalam. Sebaliknya lelaki itu menarik tubuhnya ke dalam dakapan. Beberapa kali belakangnya ditepuk.
“Anak aku,” beritahu babahnya aka Tan Sri Yahya. Ada nada bangga di situ ketika babahnya memperkenalkan dirinya.
“Aku tahu.. tengok wajah dia pun aku tahu. Sudah besar panjang rupanya anak kau ni Yahya. Dulu time aku jumpa dia tinggi takat ni saja,” dia letak tangannya takat pinggangnya. Encik Halaq ketawa dengan kata-katanya itu.
Agak-agaklah weh, desisnya. Time uncle cakap tu tentu dia masih kecil lagi. Sekarang ni logiklah kalau dia berubah pun, sudah berpuluh tahun berlalu. Umur dia pun bukan 10 atau 12 tahun lagi. Dia sekarang sudah 28 tahun. Beberapa tahun lagi boleh dianggap sebagai bujang terlajak.
“Kita pun dah lama tak jumpa Laq. Ingat aku dah dekat 20 tahun. Aku berubah, kau pun dah berubah. Aku tengok uban kat kepala kau tu subur, bagai cendawan lepas hujan tumbuhnya,” dia mengenakan temannya itu.
 Sudah lama mereka tidak bergurau senda begitu. Rindu saat-saat mereka masih bujang dulu.  Berpuluh tahun berpisah, dia langsung tidak menyangka dapat berjumpa lagi dengan temannya itu.
Mereka belajar di university Malaya dan kemudian memulakan perniagaan bersama sebelum temannya itu menarik diri kerana mahu pulang ke kampung. Ketika itu perniagaan mereka baru saja nak berkembang.
Beberapa minggu lepas mereka berjumpa semula. Di Masjid  Saidina Abu Bakar Al-Sidiq di Bangsar, ketika sama-sama mahu menunaikan solat Zuhur. Pertemuan mereka itu membawa mereka bertemu sekali lagi pada hari ini.
Encik Halaq turut tergelak. Tangannya diletakkan di kepala. Memang sejak kebelakangan ini uban yang tumbuh bagaikan dibaja-baja. Pelik betul, umur dia tak adalah tua mana pun, abangnya yang sulung pun rambutnya masih hitam berkilat.
“Mengata orang nampak. Kau  pun  sama juga Yahya. Cuma aku banyak sikit pada kau,” dia pula yang mengenakan Tan Sri Yahya.
Izz Harraz hanya memerhati keakraban ayahnya dengan lelaki yang dipanggil Halaq. Dia masih samar-samar tentang lelaki ini. Adakah mereka pernah berjumpa sebelum ini tetapi mindanya sukar untuk meneka.
“Time aku ambil keputusan berpindah ke kampung anak kau ni baru berusia 10 tahun, sekarang ni aku tengok dah boleh jadi bapak orang,” kata Encik Halaq usai ketawanya. Dia pandang wajah Izz Harraz. Memang handsome anak bujang temannya itu. Iyalah bakanya baik, hasilnya pun baik jugalah.
Ya Allah apa hal dia orang ni menjadikan dirinya sebagai objek bercerita. Dia ingatkan perbincangan mengenai dirinya sudah berakhir, rupa-rupanya belum lagi. Izz Harraz sudah tidak senang duduk dibuatnya.
“Segak macam kau juga. Tapi rupa dia banyak ikut mummynya. Aku sampai lupa yang bini kau tu anak mat salleh celup,” dia berjenaka. Wajah isteri temannya itu dipandang. Sebelum ini ada beberapa kali dia  dan isterinya berjumpa Nur Aisyah.
“Aku pun…pengetahuan agama dia ni mengalahkan aku yang muslim sejati. Naik malu aku dibuatnya. Aisyah yang banyak bersama anak-anak, nak harapkan aku memang busy memanjang.
“Tapi itulah, aku memang bertuah sangat-sangat kerana beristerikan Nur Aisyah. Walaupun dia bukan dilahirkan dalam Islam, dia tidak malu menghadiri kelas-kelas agama. Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan,” tersipu-sipu malu ibunya apabila dipuji babah dihadapan rakannya.
Dia pun bertuah juga kerana beribukan Nur Aisyah binti Abdullah atau nama Kristiannya Ellisa Philips, anak peladang dari  bandar kecil, Darlin yang terletak di utara Australia  yang dihuni kurang 150,000 penduduk itu.
 Datuk di sebelah mummy mempunyai ladang ternakan lembu. Jadi tidak hairanlah dia lebih gemar tinggal di sana ketika kecilnya tetapi masuk usianya 6 tahun, babahnya mengambil dia kembali. Waktu itu adik perempuannya, Maisara berusia tiga tahun dan adik bongsunya, Maizura baru dilahirkan.
“Iyalah Laq.. aku pun tak sangka anak-anak semua dah besar macam ni. Rindu pula aku time mereka masih kecil dulu. Si Izz ni dulu rasanya rapat juga dengan anak-anak kau kan. Anak sulung kau si along tu, apa nama dia?” dia teringat kepada anak-anak teman rapatnya itu. Empat orang tidak silap semuanya.
“Aah..Rizqi. Dia sebaya dengan Harraz ni,” dia berpaling kearah Izz Harraz.
“Harraz tak ingat anak uncle dulu…Rizqi, kamu berdua dulu rapat sangat. Ke mana-mana berdua,” Izz Harraz termenung. Cuba memikirkan lelaki  bernama Rizqi yang dikatakan kawan rapatnya sejak kecil.
Lama dia termenung dan sedikit demi sedikit gambaran mengenai lelaki itu menjelma diruang matanya. Macamana dia boleh lupa kepada teman cium mulutnya itu. Lelaki yang menjadi rakan sekutunya dalam membuli adik perempuan temannya itu.
Dia merenung kearah tetamu ayahnya. Bermakna lelaki didepannya sekarang adalah ayah kepada Rizqi temannya itu. Macamana dia boleh tidak mengenali Encik Halaq, lelaki yang dipanggil uncle Laq suatu ketika dulu.
“Masih ingat pada Rizqi?” Encik Halaq mematikan lamunannya.
“Ingat… dia kerja kat  mana sekarang uncle?” soalnya.
“Dia kerja dengan uncle sekarang. Angah pula jadi doktor di Hospital Ampang Puteri. Ingat lagi anak kedua uncle tu? soal Encik Halaq.
“Ingat-ingat lupa uncle.. angah tu bukan nama dia Ehsan?” dia bertanya. Entah betul entah tidak nama itu. Sudah berpuluh tahun berlalu, kenangan dia bersama anak-anak Encik Halaq juga semakin pudar.
“Hah betullah tu. Ehsan. Harraz panggil dia adik San tapi kami panggil dia angah,” beritahunya.
Ooo… hanya itu saja yang terkeluar dari bibir Izz Harraz. Berjaya semua anak-anak lelaki itu yang  merangkap rakan sepermaiannya itu. Timbul rasa ingin berjumpa dengan Rizqi dan adik yang dipanggil angah itu.
“Boleh bagi nombor telefon Riz?” itulah nama yang dia panggil dahulu. Riz atau Rizqi orangnya adalah sama. Encik Halaq menulis sesuatu dan beberapa minit kertas itu bertukar tangan.
“Calllah along. Dia masih ingat lagi pada Harraz. Masa mula-mula pindah dulu hari-hari asyik menyebut nama Harraz. Katanya dia hilang rakan sekutu untuk menyakat si adiknya,” teringat dia wajah kelat anak bongsunya setiap kali disakat oleh abang-abangnya.
“Insyallah,” kertas itu disimpan dalam poket jeansnya.
“Bakal menantu aku macamana?” Datuk Seri Yahya bertanya. Hah! Sah pasangan suami isteri didepannya itu adalah bakal ayah dan ibu mentuanya.  
Tiba-tiba imbasan wajah yang dilihat dalam gambar tadi menjelma dikotak fikirannya. Adakah gadis itu sama dengan gadis yang pernah dia buli dengan Rizqi dulu. Ketika itu usianya 10 tahun dan budak perempuan yang dibuli itu baru berusia lima tahun.
Dia masih ingat gadis cilik  bertocang itu kerap mengikut abang sulung dan abang keduanya bermain di rumahnya. Gadis cenggeng. Kuat menangis tetapi suka benar mengikut dirinya ke mana-mana.
“Masih belajar lagi. Tahun akhir di  University of Queensland, Brisbane. Hujung tahun ni dah boleh balik ke tanah air. Itu  pun kalau tidak sangkut mana-mana paperlah. Kalau sangkut lama lagilah kau nak bermenantu,” dia berjenaka. Isteri disebelahnya turut tergelak.
“Abang ni ada pula doakan anak macam tu,” si isteri menyampuk.  Paha si suami ditepuk lembut. Sejak tadi, si isteri hanya menjadi pemerhati. Izz Harraz sejak tadi hanya mendengar perbualan itu. 
Ooo..rupa-rupanya bakal isteri masih belajar lagi. Padan ke dengan dia yang sudah masuk title bujang terlajak ini, desisnya. Dia mencongak dalam kepalanya. Lima tahun mereka berjarak.
 Tak nampak sangat ke tuanya dia ni  kalau digandingkan gadis itu nanti. Lima tahun berbeza. Silap-silap ada orang kata dia abang kepada gadis itu.
Hatinya berperang hebat. Kalau dia berterus terang tentang hatinya, sekarang dia pasti ada yang akan dihantar ke hospital kerana terkejut. Jadi, dia perlu rasional sebelum mengambil sebarang tindakan.
“Bah..” panggilnya.
“Izz naik dulu ye. Ada hal sikit,” akhirnya dia membuat keputusan bijak. Bimbang penolakannya bukan saja akan membuat ayah dan ibunya malu, entah-entah salah seorang daripada mereka kejung kerana terkejut.
“Uncle.. auntie, saya naik dulu. Ada kerja sikit nak dibuat di atas,” dia bangun dan bersalam dengan bakal bapa mentuanya. Sekali lagi tubuhnya didakap erat. Kalau kahwin nanti, confirm dia akan menjadi menantu kesayangan.
Kakinya diatur menuju ke tangga. Satu persatu didaki menuju ke tingkat atas tetapi sempat lagi dia mendengar pertanyaan bakal bapa mentuanya tentang dirinya.
“Dia bekerja dengan aku sekarang.  Jenuh jugalah nak pujuk dia untuk bekerja dengan aku. Dia lebih suka berdiri, buka syarikat sendiri dengan kawan-kawannya di Darwin, dekat dengan ayah mentua aku.
“Bertahun-tahun duduk sana langsung tak ingat nak balik Malaysia. Mummy dia ni pula panjang akalnya, kata dia sakit. Hari-hari call si anak suruh balik ke sini. Jemu dengar mummy dia berleter dia balik ke sini. Baru beberapa bulan balik ke sini,” Itu yang dapat dia tangkap sebelum dia menghilang ke tingkat atas.
Izz Harraz tutup pintu biliknya. Ooo.. baru dia tahu taktik permainan ibunya. Pura-pura sakit kerana mahu dia balik ke Malaysia meninggalkan bisnesnya yang kencang di sana. Nasib baik ada teman rapatnya, Paul yang bersetuju menguruskan bisnes mereka.
Beberapa kali dia menggeleng kepalanya kerana tidak mempercayai dirinya dengan mudah terpedaya dengan tipu helah si ibu. Pandai…pandai.. Nasib baiklah mummy adalah mummynya,  desisnya.
Dia berbaring. Dicapai gambar bakal isterinya itu. Dipusing belakang gambar berkenaan. Tertera tulisan.  Ada nama gadis itu dibelakang gambar. Bagus juga tindakan ayahnya kerana dia langsung tidak bertanya mengenai nama bakal isterinya.
Aira Ifftiyah binti Halaq… Aira Ifftiyah. Beberapa kali dia menyeru nama itu. Mmm nice name secantik pemiliknya. Tetapi kenapa hati dia tidak berdebar langsung apabila melihat gambar itu. Adakah kerana dia dipaksa membuatkan rasa itu terus hilang.
Dia mengikut gerak hatinya. Dia bangun menuju ke laci meja tulisnya. Laci tingkat atas itu ditarik perlahan. Dia mengambil wallet yang disimpan di situ. Kemudian, gunting diatas meja dicapai dan dia mula menggunting gambar itu supaya menjadi saiz kecil untuk dimasukkan ke dalam walletnya.
Akhirnya dia tersenyum. Entah mengapa dia bertindak begitu tetapi yang pastinya dia melakukan kerana mengikut gerak hatinya. Gambar dalam walletnya direnung. Kalau ini takdirnya, dia akan selalu dihati.