BAB 3
“Jom
makan,” panggil Kay yang baru siap memasak. Dia melangkah masuk ke ruang tamu
apabila tidak mendengar sahutan daripada temannya. Entah apa yang dibuat
Ifftiyah. Sejak tadi temannya itu asyik
termenung. TV terpasang tetapi fikiran temannya itu hangut entah ke mana.
Dia
berlabuh duduk di sisi Ifftiyah. Ditepuk bahu temannya beberapa kali.
“Kur
semangat aku. Lain kali jangan buat aku macam ni. Nanti tak pasal-pasal aku
kena masuk ICU,” marah Ifftiyah. Dia member ruang sedikit kepada temannya itu
untuk duduk lebih selesa disebelahnya.
“Kau
ada masalah apa sebenarnya ni. Sejak dua menjak kebelakangan ini aku lihat kau
asyik termenung. Dalam kelas pun termenung. Dekat rumah pun termenung. Nak
makan pun termenung,” bebel Kay.
Ifftiyah
melepaskan keluhan.
“Mengeluh
lagi. Aku dah tak nak dengar bunyi tu lagi. Orang yang berputus asa saja yang
mengeluh. Kau pun dalam kategori tu ke?” dia menyoal. Tangan Ifftiyah
ditariknya menuju ke ruang dapur.
“Kita
makan dulu. Aku masak sedap ni. Masakan kegemaran kau,” dia unjuk pinggan
kosong kepada Ifftiyah.
“Pinggan
kosong saja? Tolonglah ambil untuk aku,” Ifftiyah tunjuk muka comelnya.
“Nasi
dan lauk ada dalam periuk. Sila ambil sendiri,”
“Pleaseeee…”
“Ya
Allah kau ni pemalas sungguh. Takkan
nasi dan lauk pun aku kena ambil untuk kau. Dahlah minggu ni giliran kau masak
tetapi kau pura-pura tak ingat. Last-last aku juga yang kena masuk dapur,”
bebel Kay.
“Alah…
minggu depan aku ambil turn kau pula. Sorrylah. Aku banyak hal sangat minggu
ni. Assignment banyak nak dibuat aku pula bukan macam kau, tak membaca pun tapi
setiap semester result kau tip top,” tersengih-sengih
Kay menerima pujian.
Budak
ni seoarang memang senang nak dimakan. Puji sikit-sikit memang terus cair. Tapi
memang pun Kay dikurniakan otak yang geliga. Tidak perlu bersengkang mata
membaca tetapi keputusan yang diperoleh mengalahkan orang yang membaca 24 jam
sepertinya.
“Iyalah..iyalah…”
dia bangun dan beberapa minit kemudian datang semula dengan membawa lauk yang
baru dimasaknya.
“Jom
kita makan. Aku dah lapar tahap kebuluran ni,” dia capai sudu dan mula
menyendukkan kuah ke dalam nasi.
“Ya
Allah Iffti. Kau ni dah kenapa. Depan-depan rezeki boleh bertongkak dagu macam
ni. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kejap-kejap mengeluh. Kejap-kejap mengeluh.
Kau ni dah kenapa sebenarnya? Hantu apa dah masuk dalam badan kau ni?” soalnya.
Sekali
lagi dia melepaskan keluhan. Nak bercerita kepada Kay tetapi mulutnya terasa
berat. Dia renung wajah
temannya itu.
“Aku
suka-suka je termenung,” lain yang dia mahu cakap lain pula yang terkeluar dari
bibirnya. Hish susah
betul mahu berterus terang. Bukan dia tidak percayakan Kay tetapi dia tidak
sanggup melihat reaksi
gadis itu apabila dia berterus terang nanti.
“Kau
boleh percayakan aku. Insyallah apa yang kau ceritakan itu tidak akan sampai
kepada orang lain,” Kay berkata apabila melihat Ifftiyah agak keberatan untuk
berterus terang. Dia tahu sekarang ni Ifftiyah dilanda masalah.
Wajah
Kay dipandang. Nasi dalam pinggannya kais-kais saja. Seleranya sudah terbantut.
“Kau memang nak tahu sangat-sangat?” dia
menyoal.
Kay
angguk.
“Macam
aku kata tadi kau boleh percayakan aku. Benda yang kau ceritakan ini akan pecah
diperut saja,”
“Walaupun
pun
dengan Haniff?" Ifftiyah meminta kepastian. Kay angguk.
“Kalau tu
yang kau nak. Aku tak akan cakap dengan dia,” Kay beri jaminan.
Ifftiyah
tarik nafas lega. Itu yang dia nak. Dia tidak mahu Haniff mengetahuinya. Biar
lelaki itu langsung tidak tahu, itu lebih baik
bagi lelaki itu dan lebih baik juga baginya. Dia tidak
mahu ada rasa serba salah nanti.
“Kau
percaya aku?” soal Kay.
Ifftiyah
angguk.
“Jadi
tiada sebab untuk kau sembunyikan masalah kau tu. Walaupun kita baru kenal tetapi
aku rasakan hubungan kita ini sudah terlalu rapat. Duduk diperantauan
membuatkan kita menjadi rapat. Kau hanya ada aku dan aku hanya ada kau,”
Betul tu.
Di sini Kay adalah adik beradiknya, saudara maranya. Mereka memerlukan antara
satu sama lain.
Lagi pun
dia memerlukan khidmat Kay kerana majlis akad nikahnya akan berlangsung dua
hari lagi. Dia perlukan temannya itu untuk menemaninya menempuh saat-saat
genting dalam hidupnya.
“Berat
juga masalah kau ni sampai Haniff pun kau tak nak beritahu. Aku jadi bimbang
pula dengan masalah kau ni,” Kay bersuara. Nasi dalam pinggannya sudah licin.
Sudah sendawa dua tiga kali.
“Memang
berat pun. Kau sanggup terima amanah untuk rahsiakan benda ni?” dia menyoal.
Sekali lagi Kay mengangguk. Alang-alang Ifftiyah mahu bercerita apa salahnya
dia menjadi pendengar yang setia.
“Aku nak
kahwin,” lancer kata-kata itu keluar dari bibirnya. Dia ingat akan berlaku
kegugupan, tak pun menjadi gagap tiba-tiba, rupa-rupanya lancar saja kata-kata
aku nak kahwin keluar dari bibirnya.
“Aku pun
nak kahwin. Apa masalahnya?” Kay pula bersuara.
“Semua
orang nak kahwin. Aku, kau, Haniff dan kawan-kawan kita yang lain tu semuanya
pasang niat nak kahwin. Cuma bila kita nak kahwin tu saja kita tak tahu.
Mungkin esok, lusa atau mungkin lima tahun lagi. Itu bukan kerja kita tu. Itu
kerja Allah,”
“Cuba kau
sabarkan diri tu sikit. Ingat kita ni jauh diperantauan. Jauh daripada mak
bapak kita, jadi jangan gatal-gatal nak kahwin. Belajar pun belum habis ada
hati nak kahwin. Kalau dengar dek mak bapak kau mesti dia menangis,” panjang
lebar syarahan Kay.
Dia
ingatkan apalah masalah Ifftiyah yang berat sangat. Mengeluh berhari-hari.
Rupa-rupanya mengeluh mahu berkahwin.
“Aku
tahu. Tapi masalahnya sekarang aku dah tahu bila aku nak kahwin. Mak bapak aku
dah tentukan dengan siapa aku kena kahwin. Siapa nak jawab tu?” Ifftiyah
berkata. Wajah terkejut si teman direnung.
“Kau tak
bergurau?” soal Kay.
“Betullll..” Ifftiyah menjawab.
“Aku dah
cakap dengan family aku, dengan ayah aku. Peringatkan depa yang aku ni masih
belajar, bukan dekat tapi jauh di Brisbane,” dia sudah mahu mengalirkan
airmata. Entah mengapa sebaknya bertandang dihulu hatinya.
“Kejap..kejap..
kau cakap apa tadi? Maksudnya mak dan ayah kau tahu tentang kau nak kahwin ni?”
dia menyoal. Peluh didahinya diseka. Orang nak berkahwin dia pula yang
berpeluh.
Tadi tu
dia ingatkan Ifftiyah saja-saja bergurau tentang perkahwinan, rupa-rupanya
cempedak menjadi nangka.
Ifftiyah
angguk. Kay mengeluh. Wajah temannya itu
direnung. Baru dia nampak ada sendu diwajah itu.
“Mak dan
abah aku suruh aku kahwin. Dua hari lagi majlis akad nikah aku akan
berlangsung,”
“Wait..wait.. aku tak faham lagi ni. Macamana
kau orang nak kahwin. Seorang di sini dan seorang lagi di Malaysia. Boleh
kahwin main wakil-wakil pula? Aku betul-betul confius ni” dia menyoal.
“Betul..
aku pun tak faham macamana boleh berlaku. Tapi menurut abah aku dia boleh
kahwinkan aku dengan sesiapa saja tanpa memberitahu aku asalkan lelaki yang dia
pilih itu sekufu dengan aku. Maksudnya sama taraf,” panjang lebar Ifftiyah
bercerita.
“Akad
nikahnya macamana?” soal Kay penuh minat. Dia kembali ke tempat Ifftiyah
selepas selesai mencuci tangannya. Ifftiyah yang sejak tadi asyik termenung.
“Aku tak
tahu. Tapi kata abah aku semuanya sudah diuruskan. Ada pengantin lelaki, ada
wali, ada saksi nikahnya tetap sah walaupun tanpa kehadiran pengantin
perempuan. Kata abah aku dia berhak gunakan kuasa wali mujbir,”
Ooo.. itu
saja yang keluar dari bibir Kay. Susah..susah… macamana dia nak membantu
temannya itu.
“Sekarang ni kau nak nikah ke tak?” Kay menyoal.
“Aku tak tahu...aku serba salah sebenarnya,”
Ifftiyah berkata. Nasi di pinggannya masih
lagi banyak yang berbaki. Hanya mampu dikuis-kuis saja.
Seleranya memang sudah tertutup habis.
Habis tu kau dah tengok ke belum rupa bakal
suami kau tu? orangnya macamana? Ganteng ke tak. Ada macam muka Haniff tak?”
macam peluru berpandu Kay bertanya. Pada masa yang sama membandingkan Haniff dengan bakal suaminya.
Sekali lagi dia menggeleng kepala.
“Aku
tiada hati nak tengok. Ada abang aku emelkan gambar dia tapi sampai sekarang
aku
langsung tak buka emel tu,” Ifftiyah berterus
terang. Emel yang dihantar abang sulungnya sudah
diterima sejak dua hari lalu tapi sampai
sekarang isi kandungan emel itu belum dilihatnya.
“Hah biar betul kau
ni. Nak nikah kenalah kenal rupa laki sendiri. Meh sini aku nak
tengok emel kau tu,”Kay tarik tangan Ifftiyah.
“Nak ke
mana ni. Aku belum cuci tangan lagi ni,” dia berlalu ke sinki. Pinggan di dalam
sinki dicuci dan dikeringkan.
“Cepatlah
aku nak tengok gambar bakal suami kau,” balas Kay. Dia sudah bersedia mahu
berlalu dari ruang dapur.
“Mmm..tak
payahlah. Aku malas nak buka note book,” dia beralasan. Memang dia tiada
kekuatan untuk melihat wajah Izz Harraz.
“Aku tak
kira… aku nak tengok juga. Cepat jangan bagi alasan pada aku,” dia membuka note
book Ifftiyah. Tertera kata aluan yang perlu dimasukkan. Dia pandang kearah
Ifftiyah.
“Apa kata
laluan kau ni?” dia menyoal. Mahu tak mahu Ifftiyah terpaksa juga memasukkan
kata laluan dan kemudian ditekan kekunci enter. Dia membuka emel dan clik
apabila menjumpai dokumen yang dihantar abangnya.
Kay mula
membuka. Dia tersengih-sengih sendirian apabila objek yang ditekan itu tertera
di skrin note book berjenama ACER itu. Bulat matanya melihat wajah itu. Dia
berpaling kearah Ifftiyah yang asyik membaca novel.
“Apa nama
laki kau ni?” soalnya.
“Harraz,”
pendek dia menjawab. Yang dia tahu nama lelaki itu saja, bin apa dia langsung
tak tahu apatah lagi pekerjaan dan lelaki itu anak kepada siapa. Dia langsung
tiada clu untuk soalan itu.
“Ya Allah
sempurnanya ciptaan Allah ni. Handsome gila laki kau ni. Rugi tau kau tak nak
tengok. Lebih handsome daripada Haniff,” Kay menjelaskan.
“Haniff
tu handsome ke? ” dia pula menyoal. Tang mana handsome si Haniff tu entah.
Hanya Kay saja yang tahu. Kutuk lebih-lebih ada juga yang meroyan nanti. Banyaklah Haniff tu handsome. Kay tu memanglah,
tiang elektrik pakai skirt pun dia akan kata cantik.
“Aku
tengok macam apek Cina saja si Haniff tu. Putih melepak dia tu yang buat aku
tak tahan,” Pap! Bahunya ditepuk kuat.
Kan dah kata, si Kay ni mana boleh orang kutuk Haniff dia tu.
“Mengata lagi pakwe aku macam tu. Tapi serius,
aku ingat si Haniff aku dah kacak gila tapi rupa-rupanya ada lagi manusia yang
kacak. Rambut dia tu perang. Mata dia betul-betul menggoda aku,” Ifftiyah
mencebek.
“Ya
Allah Iffti.. aku tak tipu kau, laki kau memang handsome gila. Rugi kau tak
tengok gambar dia ni. Nanti kau termengorat laki sendiri siapa mahu
menjawabnya,” dia berjenaka. Pelik betul
dia dengan sikap Ifftiyah.
“Barulah
trill sikit mengorat laki sendiri. Sekarang ni memang banyak cerita macam ni.
Jatuh cinta dengan suami atau isteri sendiri,” Kay mencebek. Banyaklah kau
punya trill, silap-silap hari bulan ada yang menangis tak berlagu nanti.
“Kau ingat ni novel cinta ke? Jatuh cinta
dengan isteri atau suami sendiri. Tolonglah Cik Aira Ifftiyah binti Halaq oiii
sekarang ni zaman siber bukannya zaman kahwin paksa lagi sampai tak kenal
pasangan sendiri,”
“Habis tu kau ingat aku nak kahwin suka sama
suka ke? Aku ni pun dalam kategori kahwin paksa kalau kau nak tahu. Aku bukan
kenal pun bakal suami aku tu,” ujarnya. Geram dia mendengar kata-kata Kay.
“Sebab tu aku suruh kau tengok gambar ni.
Taklah bila kau jumpa dia kau tak kenal,” dia bawa latop menghala ke muka Ifftiyah.
Pantas saja dia menutup kedua-dua matanya. Kay sudah berguling-guling atas
tilam. Geli hati dia dengan sikap temannya itu.
“Weh buka mata kau tu. Tengok ni wajah laki kau…handsome
gila laki kau ni. Putih melepak macam orang putih. Eh laki kau ni anak mat
salleh celup ke?” Kay bertanya. Lagi-lagi perkataan laki kau…laki kau keluar
dari bibirnya.
“Dia belum jadi laki aku lagi,” protes
Ifftiyah.
“Memanglah sekarang ni belum. Lusa dah sah kau
jadi bini dia,” Kay membalas.Tempat tidur mereka sudah bersepah. Pesta baling
membaling bantal sedang berlangsung. Berselerak tempat itu dikerjakan mereka
berdua.
“Kau tak suka ke dengan pilihan ayah kau tu?
Kalau kau kahwin ada peluanglah aku mengurat si Haniff tu” selamba saja dia
berkata. Bantal yang dilempar Ifftiyah tadi diletakkan di kepalanya. Satu lagi
dijadikan bantal peluk.
Ifftiyah mendengus. Nak kena gamaknya minah ni.
Kalau dia tak kahwin pun memang dia tak nak dengan Haniff tu. Kalau tak, tak
adalah dia bersusah payah nak kenen-kenenkan temannya dengan Haniff tu.
“Kau nak aku cili mulut kau ke? Nak ke?” pantas
Kay menggeleng.
“Tahu takut. Kalau aku nak ke Haniff tu tak
adanya aku nak kenen-kenenkan kau dengan lelaki tu, buang masa aku saja,” Minah
ni tak faham-faham ke? Orang dah nak
tolong patutnya berterima kasih.
Kay tergelak.
“Aku tahulah. Saja aku nak gurau-gurau dengan
kau,” dia lihat wajah Ifftiyah berubah. Gurau sikit pun dah sentap. Agaknya
beginilah gaya orang nak jadi pengantin.
“Kau memang tak nak tengoklah ni?” dia bertanya
sekali lagi. Latop di atas meja dicapainya. Manalah tahu kot-kot Ifftiyah
berubah fikiran. Wajah Izz Harraz terpampang pada skrin note book.
“Biarlah. Aku taknak cemarkan mata aku nanti.
Lebih baik aku tak tengok dari aku tengok tapi menyakitkan mata aku,” mulut
kata lain tapi hati kata lain. Mendengar kata-kata Kay teringin juga mahu
melihat wajah lelaki itu tetapi dia keraskan hatinya. Nanti tak pasal-pasal
kena gelak dengan Kay.
“Taknak cemar mata kau atau kau takut nak
terima kenyataan. Iyalah laki kau tu handsome sangat tak mustahil kau boleh
jatuh cinta dengan dia nanti,” bulat mata Ifftiyah mendengarnya. Kurang asam!
Dengusnya.
“Lagi pun kau bukannya lawa sangat pun. Kurus
kering, lelaki tengok kau pun tak berselera,” ini lagi kurang asam, desis
Ifftiyah. Bantal ditangannya dilempar
dan melayang kearah Kay. Cepat saja temannya menangkap.
“Apa ni main lempar bantal. Mak aku pesan
bantal ni untuk buat tidur bukan dibaling macam ni,” dia ambil bantal yang
dipeluk dan dilemparkan kepada Ifftiyah. Terkekek-kekek dia ketawa bila melihat
temannya itu tidak sempat mengelak. Bantal itu terkena badan Ifftiyah.
“Kau ni kan kalau bab mengata aku memang hidup
kan. Aku ni boleh tahan jelita okey. Badan kurus bukan sebarang kurus tau.
Kurus aku macam model. Kalau tak takkanlah pakwe kau tu asyik nak mengorat aku
saja,” selamba Ifftiyah berkata.
“Sorry..sorry aku termengata kau pula,” dia
sudah ketawa melihat wajah kelat Ifftiyah. Note book milik Ifftiyah ditutup.
Tak apalah kalau temannya itu tidak mahu melihat wajah bakal suami. Nanti
pandai-pandailah Ifftiyah mencari kalau berubah fikiran.
Dia sudah bangun. Alas cadar yang berkedut tadi
di tegangkan kembali.
“Jom kita keluar cari barang,” dia ajak
Ifftiyah keluar.
“ Ke mana?”
“Kita pergi ke Queen Street Mall. Kau kata nak keluar cari barang,” balas Kay. Ifftiyah
mengeluh. Bila masa dia kata mahu keluar cari barang? Dia tidak tahu menahu.
Ini pastinya rancangan Kay sendiri.
“Kau nak cari apa?” Ifftiyah blur sendiri. Nak
kata mahu cari barang dapur dua tiga hari lepas mereka dah memborong sakan
barang dapur di Brisbane Farmers Market.
“Cari baju lawa-lawa sikit untuk kau. Dua hari
lagi majlis akad nikah akan berlangsung takkan kau nak pakai t shirt dan kain batik atau baju kelawar kau
tu time majlis berlangsung. Agak-agaklah kalau nak protes pun,” ada nada sinis
di situ.
Ifftiyah mengeluh. Agak-agaklah kalau nak
sindir dia pun. Takkan dia nak pakai baju kelawar time majlis akad nikah tu.
Bukan dia tak tahu keluarganya akan buat
video call secara langsung time akad nikah itu dilangsungkan.
“Kau pun agak-agaklah. Takkan kau nak cari baju
kurung atau baju kebaya kat kedai di Brisbane ni. Mana kita nak cekau kedai
jual benda alah tu,” kali ini nada suaranya pula tinggi.
Betul
juga kata Ifftiyah tu, desis Kay. Kenapa dia tidak terfikir tadi. Mereka
sekarang ni bukan di Malaysia tetapi
jauh di Australia, mana nak cari kedai jual baju kurung. Dia kembali berlabuh
atas katil.
“Aku rasa kau ada baju raya tahun lepas yang
ada kerawang dan bersulam tu. Aku rasa kau boleh pakai baju tu untuk majlis kau
nanti. Warna putih kan?” dia bertanya.
Ifftiyah angguk.
“Aku rasa macam mak kau tahu-tahu je kau kena
kahwin tahun ni, sebab tu dia pos baju raya untuk kau tahun lepas. Warna pula
putih. Baju untuk orang akad nikah dah tu,” dia bergegas bangun menuju ke
almari Ifftiyah.
“Kau ni apa hal serbu almari aku,” Ifftiyah
juga bingkas bangun. Bahaya..bahaya macam-macam ada dalam almari dia tu. Silap
hari bulan bocor rahsianya nanti.
“Kejaplah..aku nak cari baju ni,” dia cuba
menahan tubuhnya dari ditolak Ifftiyah.
“Kau duduk sana biar aku saja yang ambil baju
tu dari almari aku ni. Hish ada pula suka-suka buka almari orang. Kau tahu tak
dalam ni ada berpuluh-puluh rahsia aku
tau,” marah Ifftiyah.
“Nah baju yang kau cari tadi,” Ifftiyah hulur
baju kurung bersulam dan berkerawang kepada Kay.
“Cun.. memang cun aku rasa kaulah pengantin
paling jelita yang pernah aku tengok. Kejap aku cari tudung. Kau nak tudung
colour apa? Putih ke?” dia menyoal.
“Aku rasa putih la kot…” dia bertanya dia juga
yang menjawabnya. Ifftiyah mengeluh.
Kay.. Kay… kalau tak ada kau maknanya aku menangis seorang diri di sini. Nasib
baik Allah pertemukan dia dengan Kay.
Post a Comment
Pendapat?