BAB
2
“Semalam
kenapa bad mood saja?” soal Haniff. Dia cuba menyaingi langkah Ifftiyah yang
agak laju meninggalkan dirinya. Di belakang, Kay tidak cukup nafas mengejar
mereka berdua.
“Aira Ifftiyah janganlah laju sangat. Aku dah tak larat
nak kejar kau orang ni,” laung Kay. Dia berhenti seketika melepaskan lelahnya.
Ifftiyah turut berhenti begitu juga Haniff yang setia mengekori langkah
Iffitiyah.
“Kita singgah dekat café university dululah. Perut aku
dah lapar ni,” Haniff bersuara.. Kelas hari ni penuh, jadi dia langsung tidak
sempat untuk dia lunch. Sekarang ni selepas tamat kelas perutnya sudah tidak
mampu bertahan lagi.
Haniff
ni ikut suka dia saja.. kadangkala guna bahasa I, kadangkala awak dan ada juga aku
kau saja. Ikut suka dia saja. Ifftiyah diam. Malas rasanya mahu ke sana,
hajatnya mahu sampai ke rumah secepat mungkin. Dia masih belum menunaikan solat
Zuhur lagi.
Menemani
lelaki itu makan bermakna dia perlu bersama-sama lelaki itu, walhal itulah yang
perlu dia elakkan sekarang. Dia perlu tetapkan hatinya. Tidak kurang dua minggu
lagi dia bakal bergelar isteri orang. Mahu tak mahu dia perlu galas title itu
selagi hayatnya masih ada.
“Kita makan dulu erk?” kali ini pertanyaan itu singgah
kepada Kay selepas Ifftiyah langsung tidak memberi tindak balas. Kay masih
termengah-mengah. Depa ni kalau berjalan mana ingat dia yang agak comel ini.
“Aku okey kalau Iffti okey,” dia renung wajah temannya
itu. Sejak dua tiga hari ini mood Ifftiyah kerap ke laut. Asyik termenung saja
kerjanya. Dalam bilik kuliah pun temannya asyik mengelamun.Entah apa yang
difikirkan temannya itu dia sendiri tidak tahu.
Bila ditanya, memanjang saja menyebut aku okey. Aku tak
ada masalah. Walhal dia tengok Ifftiyah langsung tidak okey.
Haniff pandang kearah Ifftiyah. Pandangan yang penuh
harapan agar gadis itu bersetuju dengan pelawaannya.
“Kay cakap dia ikut kau. Jangan kau bagi alasan pula,” Ifttiyah
mengeluh. Serba salah dia untuk menolak.
“Iffti…” panggil Kay.
“Okeylah..”
“Tapi
kejap saja tau. Aku belum solat lagi,” akhirnya dia mengalah. Melihat pandangan
mata Kay yang penuh mengharap itu akhirnya dia mengalah. Kasihan pula dia melihat
Kay yang bersungguh-sungguh.
“Jom..
aku tak boleh lama sangat. Banyak kerja nak buat,” dia berlabuh di kerusi. Kay
tarik kerusi disebelahnya manakala Haniff mengadap dirinya. Masing-masing diam.
Hanya kedengaran suara beberapa student universiti yang bersembang di situ.
“Kau
nak makan apa-apa tak?” soal Haniff. Matanya dipusatkan kepada gadis idamannya.
Ifftiyah tunduk. Tak sanggup menahan panahan mata lelaki itu.
Kay
hanya memerhati. Dalam diam hatinya menangis. Jejaka dipuja memuja gadis lain.
Sakitnya tuh di sini, desisnya. Dia teringat lagu yang pernah didengar dalam
youtube.
“Tak
payahlah. Aku dah makan tadi,” katanya. Walhal dia langsung tidak sempat
menjamah sebarang makanan sejak pagi tadi. Sebelum ke kelas pagi tadi, dia
hanya meneguk segelas air milo.
“Kau?”
dia pandang Kay. Gadis itu banyak mengelamun. Jika nak diikutkan dia lebih
rapat dengan Kay berbanding Ifftiyah. Banyak masanya dihabiskan dengan gadis
itu dan bukannya dengan Ifftiyah.
Dia tahu Kay mencintainya. Dia boleh nampak
dari sinar mata Kay setiap kali mereka bersama
tetapi dia tidak boleh memaksa dirinya untuk menerima Kay lebih daripada
seorang rakan.
“Mmm..
burger daging sajalah,” ujarnya.
Beberapa
minit kemudian Haniff datang menatang dulang.
“Nah
air kau,” dia hulur orange juice.
“Aku
tak order pun,” balas Ifftiyah. Pelik apabila melihat Haniff meletakkan air
didepannya.
“Aku
tahu. Saja aku beli untuk kau. Aku belanja kau jangan bimbang,” dia membalas.
Segelas lagi diletakkan di hadapan Kay.
“Thanks,”
ujar Kay. Burger daging dicubit sedikit dan dimasukkan ke dalam mulutnya.
Perutnya memang lapar sejak tadi tapi disebabkan Ifftiyah tidak mahu ke kafe
terpaksalah dia menahan lapar itu.
“Mmm..”
“Kenapa
aku rasa kau bagaikan nak elak diri daripada aku ?”
Soal Haniff. Dia mengunyah cheese burger yang diorder tadi. wajah Ifftiyah
direnungnya. Lupa dia seketika kepada Kay yang turut berada bersama mereka.
“Mana
ada… pandailah kau nak menuduh yang bukan-bukan. Kalau kau cakap lagi macam tu,
lain kali kita tak perlu jumpa terus. Aku tak suka,” Iffiyah membalas. Cuba
menafikan apa yang dikatakan lelaki itu.
“Betul
apa… kau sekarang ni memang cepat naik angin. Kenapa erk?” kali ini Kay pula
mencelah. Ifftiyah mengeluh. Minah ni pun boleh tahan juga kalau bab selidik
menyelidik ni. Setanding pakar juga dia ni.
“Mana
ada,” Ifftiyah menafikan. Nada suaranya sudah naik satu oftah, lebih dari
biasa. Air dalam gelasnya dikacau dengan straw.
“Tu
bukan cepat naik angin? Tanya sikit mulalah nada suara kau meninggi. Minggu
lepas aku rasa kau okey lagi tapi sekarang ni aku tengok kau dah lain sangat.
Kau ada masalah ke? Kongsilah dengan kami,” pelik dia melihat angin kus-kus
Ifftiyah sekarang ni.
“Aku
mana ada masalah. Kau jangan nak buat cerita pula. Aku sihat ni. Jiwa dan
fizikal aku memang sihat walafiat,” nafinya. Ya Allah susah betul manusia
bernama Kamariah ni, selagi dia tiada jawapan, selagi itulah dia akan
mengoreknya.
“Takkan
tak ada masalah. Aku tengok kau…” dah.. dah.. cepat saja Iffitiyah memotongnya.
Kalau dibiarkan Kay terus berbicara tak mustahil rahsia yang disimpannya akan
terbongkar sedikit masa lagi.
“Kau
dah siap ke? Jom..” dia berpaling kearah temannya itu.
“Aku
baru gigit burger ni dua tiga kali. Kau
dah kata jom. Tak nak…tak nakkk.. aku nak makan dulu,” dia langsung tidak mempedulikan
kata-kata Ifftiyah. Mulutnya masih lagi mengunyah burger.
“Kau
boleh makan sambil berjalan,” dia sudah bersedia untuk bangun. Cemberut saja
muka Kay. Dia turut bangun. Tak kuasa
dia mahu pulang ke rumah sewa seorang diri. Tinggal Haniff yang masih membeku
di situ.
“Iffti..
pleaseee…” sayu kedengaran suara Haniff.
“Yalah..yalah..”
akhirnya dia mengalah. Punggungnya dihenyak ke kerusi semula. Mengada-ngada betul mamat ni, desisnya.
“Kay
boleh tinggalkan kami sekejap tak?” Ifftiyah melihat raut wajah gadis itu
berubah apabila diminta beredar dari situ. Alahai, kasihan pula melihat wajah
monyok gadis itu. Wajah Haniff dipandang. Mamat hati beku, dengusnya.
“No..no..
Kay kau stay sini. Kalau dia nak cakap dengan aku dia boleh cakap depan-depan
kau,”
“Tak
apa.. aku ke sana kejap. Bila dah sudah kau call aku nanti,” balas Kay.
Dia memang tidak sanggup untuk mendengarnya. Kakinya
melangkah meninggalkan dua rakannya. Ya Allah dia merintih… aku tak kuat
menerima dugaan begini. Aku terlalu menyintai lelaki itu.
Ifftiyah
hanya memerhati langkah kaki Kay yang makin menjauh. Dia mendengus kuat. Sakit
hatinya apabila lelaki sebijak Haniff bertindak bodoh sombong dan hanya tahu
mementingkan dirinya sendiri.
“Kau
ni dah kenapa?” soalnya. Dia memerhati Kay yang melangkah pergi dari situ.
Nampak wajah gadis itu yang mendung tadi tapi lelaki itu memang buta atau
buat-buat buta. Apa yang berlaku didepan matanya dia buat-buat tidak nampak.
“Kasihan
pada Kay,” dia berkata perlahan. Cuba menarik perhatian Haniff.
“Kenapa
pula dia tu?” soal Haniff.
“Kau
tahu apa yang aku maksudkan. Cuba-cubalah buka pintu hati kau tu untuk menerima
Kay. Dia gadis baik, cantik dan aku rasa dia jauh lebih baik daripada aku dalam
satu-satu hal,” kata Ifftiyah.
Berubah
wajah Haniff. Mana mungkin dia mampu
memberikan cintanya kepada Kay sedangkan hatinya sarat rasa sayang kepada
Ifftiyah. Sudah setahun dia cuba mendekati gadis itu, bermula rakan sehingga
rakan karib.
“Kau
kena cuba Niff.. tak ada kurangnya Kay tu dari pandangan aku. Dia perempuan
baik, bersopan santun, dari keluarga baik-baik. Lebih penting lagi dia cintakan
kau. Kata orang lebih baik orang cintakan kita daripada kita mencintai orang,”
Ifftiyah memujuk.
Dia
melempar pandangan kearah Kay yang bersembang dengan rakan sekuliah yang lain. Menilik
gadis itu, mencari kekurangan yang ada pada temannya itu. Langsung tiada!
Kamariah atau Kay begitu sempurna dimatanya.
Tubuh
Kay sedikit chubby tetapi tidaklah dikategorikan perempuan gemuk. Malah dia
nampak tidak langsung mengurangkan
kecantikan yang ada pada diri Kay. Gadis itu tetap perfect pada matanya.
“Cuba
kau tengok sana tu…semua member kita senang bergaul dengan dia. Peramah,
periang. Kau tak akan malu bawa dia ke majlis-majlis. Dia mampu bawa dirinya.
Kau cuma perlu beri dia peluang saja,”
Haniff
mengeluh. Walaupun begitu, matanya turut melihat kearah Kay. Memang dia akui
gadis itu memang baik. Bersama Kay dia tidak perlu control, boleh bercakap apa
saja yang terlintas difikirannya dan pentingnya tidak perlu menjadi orang lain
tidak seperti ketika bersama Ifftiyah.
“Sungguh
aku tak mungkin dapat lupakan kau. Walaupun sesaat. Cinta dan sayang aku bukan
sekadar di bibir saja. Aku ikhlas bila kata aku menyayangi kau,” rintih Haniff.
Wajah Ifftiyah direnungnya.
Gadis
itu tidaklah secantik mana! Tidaklah setinggi macam model yang meningkat naik
tu, Sara Irana, yang kerap dipadankan dengannya oleh mummy. Sara Irana perfect!
Terlalu perfect sampai dia takut untuk dekati gadis itu.
Jadi
dia perlu memilih yang sedang-sedang. Dia memilih Ifftiyah. Gadis biasa-biasa saja.
Tapi apabila Ifftiyah tersenyum, terserlah dua lesung pipit dipipinya. Itu
menambahkan lagi kesempurnaan gadis itu dimatanya. Memukau mata lelakinya.
“Aku
tak suruh kau lupakan diri aku. Kita tetap berkawan walaupun aku tidak menjadi
kekasih kau. Kita masih berkawan biarpun kau sudah menjadi kekasih Kay. Takkan kau
sanggup nak tolak aku pula kan,” balas Ifftiyah.
Sudah
nampak tanda-tanda kelembutan pada diri Haniff. Syukur…syukur.. dia perlu
bekerja keras sedikit saja lagi, desisnya.
“Bukan
senang untuk kita ubah hati kita. Apatah lagi jika benda itu benda yang paling
kita sayangi,” balas Haniff. Ifftiyah mengeluh. Tadi sudah nampak kelembutan
pada diri diri lelaki itu tapi nampaknya dia perlu lebih menyakinkan lelaki
itu.
“Betul
tu…aku setuju. Benda kita sayang memang susah nak dilupakan. Aku pun macam kau
juga, susah nak lepaskan apa yang aku sayang. Tapi aku rasa lebih baik orang
sayangkan kita daripada kita sayangkan orang tu. Kalau kita saja sukakan orang
tu memang sakit bila kita ditolak kan,”
“Macam
kau tolak aku sekarang ni. Sakit tuh kat sini,” dia tunjuk dadanya. Mukanya
nampak begitu sedih. Ya Allah susahnya mahu memahamkan lelaki itu. Memahamkan
yang dia tidak boleh menerima cinta lelaki itu.
“Aku
tolak sebab aku nak bagi kau perempuan yang lebih baik. Lebih bagus. Kau tak
boleh madukan aku dengan Kay. Jadi kau kena pilih satu saja. Tu pun kau susah
nak terima. Bila kau tolak gadis sebaik Kamariah tu, aku yakin kau takkan jumpa
lagi gadis seperti itu selepas ini,”
“Aku
pilih kau. Aku takkan madukan kau nanti…”
“Tapi
aku tak nak!” tegas suaranya.
“Sayanggggg…”
manja saja panggilan itu masuk dalam gegendang telinganya. Tegak bulu romanya mendengar nada suara Haniff itu.
Dari
jauh Kay hanya memerhati. Walaupun dia bersembang dengan rakan-rakannya,
matanya tidak lepas memandang pasangan itu. Sesuai mereka berdua itu! Desisnya.
Dadanya dipegang lagi, ada sesuatu yang menyusuk di situ.
Dia
menyeka airmata yang mengalir dipipinya. Haniff lelaki pertama singgah dihatinya
tetapi sayang lelaki itu mencintai teman baiknya sendiri. Sanggupkah dia untuk merampas
Haniff daripada Iffitiyah?
Dia
melepaskan keluhan. Matanya dialihkan daripada pasangan itu. Dia cuba menumpu perhatian
bersama teman-teman yang lain.
“Jangan
panggil aku macam tu, seram,” balas Ifftiyah. Lengannya diusap.
“Kenapa
aku tak boleh dapatkan kau? Kau dah ada kekasih ke? Siapa lelaki itu Iffti aku
cemburu dengan dia sebab berjaya pikat kau,”
“Kau
jangan buat aku macam ni. Aku sedang susah sekarang ni jadi aku harap kau
jangan tambah kesusahan aku lagi. Kalau kau tak nak Kay, boleh boleh cari gadis
lain di universiti kita ni, kau pilih saja tetapi bukan aku,” Ifftiyah
bersuara. Kali ini lebih tegas.
“Susah?
Kalau dalam kesusahan? Cuba kau cerita pada aku” sedikit kuat nada suara Haniff.
Wajah Ifftiyah direnung.
“Cerita
kat aku,” desak Haniff. Apa guna dia sebagai seorang rakan kalau rakan dalam kesusahan
langsung tidak dapat ditolongnya. Ifftiyah
geleng. Sungguh! Dia tidak mampu untuk berterus terang.
Sejak
awal lagi hatinya bukan milik Haniff. Dia sendiri tidak tahu milik siapakah
hatinya? Izz Harraz? Tiba-tiba dia teringat kepada pemilik nama Izz Harraz. Bagaimana
rupa lelaki itu? Desisnya.
Sampai
sekarang dia tidak pernah melihat wajah lelaki itu. Tak sudi? Anggap sajalah
dia tidak sudi untuk melihatnya biarpun sejak tiga hari lalu along sudah
mengemel gambar itu kepadanya. Sampai sekarang e-mel itu belum dibukanya.
Maafkan
Iya, along… Iya tak sanggup melihat muka lelaki yang akan memusnahkan seluruh
hidup Iya. Memusnahkan masa depan Iya. Sukar untuk Iya terima dia kerana bagi Iya
lelaki itu tidak ubah seperti parasit dalam hidup Iya.
Dia
tidak mahu dengan melihat wajah lelaki itu timbul rasa bencinya pada lelaki
yang bakal bergelar suaminya itu. Lelaki yang dianggapnya pengecut apabila
berani menerima cadangan gila keluarga mereka.
Seminggu
lagi upacara akad nikah akan berlangsung. Itu pun dia mendapat tahu daripada
ibu yang menelefonnya semalam. Kecil hati dengan ibu? Memang! Tapi dia lebih
berkecil hati dengan abahnya.
“Ibu
sayang Iya… sebab itu kami lakukan semua ini,” sayup-sayup suara Puan Salmiah
menyapa telinganya.
Kami?
Bermakna ibu memang bersetuju dengan pernikahan ini. Bersetuju menerima Izz
Harraz sebagai menantunya. Bukan hanya abah saja, rupa-rupanya pakatan sulit
itu turut disertai dan ditandangani oleh ibu dan abang-abangnya.
Haniff
diam. Hanya matanya merenung kearah Ifftiyah. Dia dapat rasakan ada sesuatu
yang disembunyikan gadis itu.
“Iffti…
kau ada masalah ke?” soalnya. Ifftiyah geleng. Gila mahu bercerita masalahnya
yang dihadapinya dengan Haniff.
Silap-silap hari bulan lelaki itu mengajak dia untuk bernikah di situ.
Tidak mustahil semua itu akan berlaku.
“Okey
apanya… aku tengok wajah kau tu kelat saja. Dah dua tiga hari aku nampak mood
kau berubah. Tadi kau sendiri cakap kau dalam kesusahan. Kalau kau ada masalah
kau cakap dengan aku, kita sama-sama cari jalan penyelesaian nanti,”
Ifftiyah
menggeleng lagi.
“Aku
okey… betul beb.. aku memang okey… okey sangat-sangat ni,”dia tekan perkataan
okey itu. Dia tarik nafas dan kemudian menghembus semula. Takkan dia mahu
bercerita tentang Izz Harraz, tentang pernikahannya.
Dia
tidak mahu Haniff menyalahkan ayahnya nanti. Maruah keluarganya perlu dijaga sebaik
mungkin.
“Jom
kita gerak. Kasihan kat Kay menunggu kita lama,” dia bangun.
“Mmm..
kau gerak dulu, nanti aku menyusul,”
“Okey…
assalamualaikum,” Ifftiyah berlalu. Dia menghampiri tempat Kay.
Haniff
mengeluh. Hanya matanya mengiringi langkah Ifftiyah dan Kay.
Tak sabarnyaaa!
ReplyDelete