Assalamualaikum,
Dulu,saya hanya minat membaca. Semua novel tak kira genre apa,semua saya sapu. 
Masa dulu,ketika masih belajar sekolah menengah,saya masih ingat saya berulang-alik ke kedai buku semata-mata nak beli satu buah novel tetapi selalu tak jadik sebab tak ada duit. 

Saya ingat lagi tajuk novel yang ambil masa berbulan-bulan untuk saya beli iaitu Donia yang dikarang oleh Lamia Aimal.

\
Kalau sesiapa yang dah mula membaca sejak dulu,pasti dia mengenali siapa Lamia Aimal. 


Harga novel masa tu takde la mahal sangat tapi disebabkan tak ada duit,saya pendam je lah keinginan untuk beli. Tapi, pada masa yang sama,saya kumpul duit! Ia ambil masa berbulan-bulan untuk dapatkan satu novel tu.

Memang sedih!


Lepas tamat sekolah dan bekerja serta mempunyai duit sendiri, minat membaca lebih bertambah. Ye lah,kita dah ada duit sendiri kan,makin panjang langkah lah untuk membeli. Kalau dulu,berfikir berpuluh kali nak beli sebab tak ada duit,tapi bila dah bekerja ni,senang la sikit sebab tak ada orang nak marah. He he he.

Gembira sangat bila dah boleh buku sendiri. Gila tak happy? :D


Dari situ,saya jadikan novel sebagai koleksi dan tak ada seorang pun yang boleh pinjam. Ya lah,sayang kan? Nak dapat bukan senang. Ha ha ha.

Bila bekerja dalam syarikat penerbitan, ada banyak faedah yang saya dapat. Contohnya macam novel dan majalah percuma. Memang best. Minat untuk menulis mula timbul tapi tak ada keberanian. Cita-cita untuk menjadi seorang penulis terus terkubur.

Bekerja sebagai wartawan,kita perlu banyak membaca. Jadi,syarikat memberi elaun khas untuk pekerja membeli apa jua jenis bahan bacaan untuk memantapkan penulisan. Maknanya,kalau jurugambar kebiasaannya buku-buku yang mereka beli banyak berkisarkan tentang fotografi manakala kalau wartawan,selain daripada buku ilmiah,novel-novel juga menjadi pilihan.

Sepanjang 15 tahun bekerja sebagai wartawan di syarikat akhbar,koleksi novel saya makin bertambah. 

Dari situ,saya mula berfikir,kalau orang lain mampu buat,kenapa saya yang selalu bergelumang dengan lautan aksara,tidak mampu untuk menjadikan watak-watak dalam khayalan saya sebagai realiti?

Dari situ,berbekalkan kata-kata sokongan dan semangat dari kawan-kawan,ahli keluarga, saya mula mengorak langkah untuk menjadi seorang penulis.
Maka,pada Julai 2014,terhasillah buah tangan pertama yang diberi judul "Bunga-bunga Bahagia".

Memang perit untuk siapkan manuskrip setebal 475 muka surat ini. Pelbagai rasa yang bercambah dalam hati. Memang lah bagi orang lain, 475 muka surat tu memang senang untuk mereka siapkan tapi saya mengambil masa bertahun untuk menemui titik tamat.

Banyak yang difikirkan,. Kesibukan bekerja menjadi penghalang untuk saya menyiapkan manuskrip ini dengan lebih cepat.
Jadi,saya sangat bersyukur apabila usaha bertahun itu menemui titik penamatnya.

Sekali saya bersyukur apabila novel BBB, diterima pembaca biarpun ketika itu tiada siapa pun yang mengenali Wawa Akil. Tiba-tiba saja dia muncul dalam bidang ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mampu menerima novel pertama Wawa Akil.
BBB menjadi "Abang Sulung" kepada Jodoh Daripada Dia,Mimpi Kita Sama dan Dia Selalu Di Hati.

Terima kasih kepada anda,anda dan anda yang banyak beri sokongan kepada saya. Memang saya tak dapat balas cuma saya membalasnya dengan novel-novel yang akan datang.

Terima kasih banyak-banyak tau!


Terharu!


salam sayang,
wawa akil.