BAB 4

“I nak duduk…jangan buang masa I, banyak lagi perkara yang boleh I buat selain nak mengadap muka you ni,” dia sindir Khaled Zidan. Airis  tarik kerusi ke depan. Tanpa menunggu arahan, dia duduk.
Sudah lama dia berdiri macam tiang bendera  takkan lelaki itu tidak nampak kot. Tetapi mamat ni masih lagi buat muka bodoh. Boleh lagi dia bersandar dikerusinya. Dipandang Airis dari  atas ke bawah.
“Betul ke you ni reporter yang nak interview I ni. Macam tak ada tokoh saja” selamba badak je Khalid Zidan berbicara. Bukan dia tidak nampak wajah kelat gadis didepannya itu. Tapi suka pulak dia membuat gurauan maut macam ni.
Airis rasa mahu memberi penampar Jepun kepada lelaki itu.Suka hati dia saja nak mengata orang. Tak pe, kau main kasar ek, tunggulah nasib kau lepas ni. Hilang sudah azam cik Airis Ilmani mahu menjadi wanita baik, bersopan santun pada pertengahan usia 30-an ini.
Tak perlulah nak bersopan santun sangat Airis..budak je pun. Lagi pun nampaknya dia dari kategori tak  cukup matang lagi. Mungkin usia dia pun jauh muda daripada kau. Jadi, jangan control sangat la, takdenya dia nak berkenan kat kau.
“Jangan nak melalut boleh tak. I ni reporter Kajai okey..setakat interview you ni tak jadi hallah. Tak hairan pun, sebabnya I biasa interview pak menteri, orang pangkat besar,” ambik kau.Puas hati dia  bila nampak muka Khaled Zidah sudah bertukar.
Siapa suruh warna kulit kau tu putih melepak sangat..Kan tak pasal-pasal dah nampak bila kau marah.Airis dah ketawa jahat. Mana ada lelaki putih melepak macam tu. Langsung tak macho.
“Ok Encik Khaled, boleh kita start sekarang,” dia malas mahu memanjangkan sengketa. Nanti makin banyak pula dosa yang dia tanggung. Cukuplah dosa yang ada sekarang ni, tu pun dah tak tertanggung rasanya.
Call me Zidan.Macam bekas pemain bola sepak Real Madric tu, Zinedine Zidane.” Kan tadi dia dah cakap lelaki ni mahu tumpang glamour bekas pemain bola sepak tu. Kira bukan  dosalah dia menuduh tadi.  Memang betul pun.
Ek eleh perasan betul mamat ni, Zinedine Zidane tu handsome, kaya, putih. Memanglah mamat tu putih sebab dia orang putih. Tapi mamat seorang ni mamat Melayu tak berapa sesuailah bila putih melepak macam tu.
“I Airis..boleh kita start sekarang? Bila you delay interview ini semua tugasan I yang lain juga berubah jadualnya. Semua ni salah you,” selamba saja dia berkata. Dahi Khaled Zidan berkerut.
“Kejap..kejap.. apa nama you tadi?” Airis diam. Mesti ada sesuatu yang nak dikenakan lelaki itu kepadanya.
“Nama you..apa ek, saya kurang jelas tadi,” dia ulang lagi pertanyan.
“Airis..nama I Airis,” pendek saja dia berkata.
“Ooo… I dengar tadi tiris. Sebab tu I tanya balik. Nanti kalau I panggil cik Tiris you marah pula,” kedengaran gelak mengada-ngada daripada kekasih mamat perasaan handsome itu.
Airis sudah jengkel matanya. Kurang asam..dia panggil aku tiris? Huaaa mamamama… nama mama letak untuk orang ada makluk kurang siuman  persendakan. Anita turut tersengih. Sukalah gamaknya tu, bossnya mengenakan dirinya.
“Cik Tiris tak kisahkan kalau cik Natasha ni ada bersama-sama kita dalam sesi interview ni. Dia tak kacau kita….I promise,” ujar Khalid Zidan. Lagi-lagi mana tiris dipanggilnya.
Sabar Airis Ilmani…sabar. Sekarang ni giliran dia mengenakan kau kejap lagi tahulah nasib dia. Airis pandang wajah gadis yang dikatakan kekasih Khaled Zidan itu. Natasha tersengih.
Airis  melemparkan senyuman.
“It’s okey.. I tak kisah,” dia bersuara. Selagi gadis itu tidak mengacau sesi interview itu, dia tiada masalah jika gadis berkenaan berada bersama-sama mereka. Walaupun sakit mata melihat perlakuan makhluk tak bersekolah itu, dia terpaksa akur demi tugas.
“Kalau macam tu Cik Tiris opss… Cik Airis erk?” dia buat-buat baru sedar yang dia tersilap panggil nama Airis. Mulutnya ditampar lembut. Konon-konannya  mahu mengatakan dia tidak sengajalah tu.
Sekilas Khaled Zidan memandang wajah Airis. Mencari kot-kot ada riak perubahan pada wajah itu. Hampa pula dia bila melihat wajah itu langsung tidak menunjukkan sebarang riak.
Jangan nak berdrama king sangatlah encik perasan bagus. Suka hati kau la nak panggil aku apa pun. Tiris ke tiram ke, ada aku kisah. Sejam dari sekarang nama dan rupa mamat perasan bagus ni akan luput dari ingatannya.
Dia malas mahu melayan sebarang provokasi daripada lelaki itu.Dikeluarkan buku nota yang bercop Harian Kota itu.Dia sudah bersedia untuk menanyakan soalan. Harap-harap dia akan dapat kerjasama sepenuhnya.
Dia meneliti soalan berkenaan.  Berkisar kepada bisnes lelaki itu. Semua soalan itu disediakan Khalidah petang semalam.
Tapi tengoklah kalau moodnya baik, maka adalah soalan tambahan yang ala-ala maut untuk mengenakan  mamat poyo itu nanti, Desis Airis. Dia sudah tersenyum meleret. Akalnya sudah berjalan. Sabar Airis.. sabar...
Jurugambarnya, Mahali baru saja sampai.Nasib baik kau lah dik, baru sampai tugasan sudah bermula. Kalau kau sampai dari tadi, samalah kau dengan akak ni, bertenggek di office orang pagi-pagi buta ni macam orang tiada rumah saja.
Mahali yang tidak banyak songeh itu mula menjalankan tugasnya.Sudah banyak gambar dirakamkan kerana dia perlu ke assgnment lain selepas ini.
“Kita dah boleh start sekarang?” Airis bertanya.
“Sebelum tu I nak tanya, berapa usia you?” lain ditanya lain pula dia menjawabnya. Dia pasti Airis mungkin sebaya dengannya atau pun lebih muda daripadanya. Hati oh hati, adakah hatinya sudah diketuk? Dia sendiri tiada jawapannya.
Airis pandang hairan. Hish, Tanya umur pula? Apa kaitan umur dengan sesi interview mereka sekarang ni?
Khaled Zidan tersenyum. Dia garenti wanita didepannya ini  sama juga seperti wanita lain   yang  tidak akan berterus terang mengenai umur sebenar mereka. Spesis ini cukup ramai dikenalinya.
“Kenapa  nak tahu?” soalnya. Cuak pun ada. Bukan dia kisah orang tahu tentang umurnya, tetapi yang dia kisah kan lelaki didepannya ini  tidak  pernah dikenalinya tiba-tiba bertanyakan usianya.
“Sebagai tanda hormat. Kalau tua I nak panggil akak, kalau sebaya bolehlah ber I dan you,” itu saja alasan yang dia rasakan logik sekarang ni.
“I  rasa I lebih tua daripada you. Mmmm.. I dah 36 tahun. I pasti you lebih muda daripada I,” seperti dia bercerita dengan Anita di luar tadi, itulah juga dia berterus terang dengan Khaled Zidan.
Khaled Zidan pandang Airis. Mmm..langsung tidak nampak usia 36 tahun. Airis nampak sebaya dengannya saja. Natasya sudah beberapa kali berdehem, mungkin terkejut dengan sikap ramah tamah Khaled Zihan hari ini.
“Sayang...” Dari tadi dia tahan geram dengan tingkah laku Khaled Zidan.
“Sorry baby...” kepala Natasya diusap.
Airis tersengih. Biasalah sayang dan baby... itu kan perkataan popular pasangan kekasih masa kini. Kalau nak sweet lagi, mama dan papa, daddy dan mummy.
Nak termuntah Airis melihatnya.
“Encik Zidan kita sudah boleh mulakan?” Airis mencelah. Mereka sudah jauh melalut. Sesi interview masih belum lagi bermula walhal sudah lama dia berada dalam office Khaled Zidan.
Dia perlu menghentikan semua ini.
Khaled Zaidan angguk.
“Nita you tolong ambilkan profile syarikat,” arahnya.
“Lebih baik I ceritakan atau you yang nak tanya I soalan?” soalnya. Dia unjuk fail berisi profile syarikat kepada Airis.
“Mmm..kenapa tak panggil I akak? I kan lebih tua daripada you,” soal Airis. Hairan juga dia, tadi beriya-iya Khaled Zidan bertanyakan tentang usianya. Bila dah tahu masih ber I dan ber you lagi dengannya.
“Mana you tahu I lebih muda daripada you?” soalnya.
Airis menunjukkan profile syarikat yang tertera biodata pemegang saham syarikat Kenchana Holdings. Salah seorangnya adalah Khaled Zidan Tan Sri Kamarul Ariffin. Siap dengan umurnya sekali.
“Profile syarikat you ni yang beritahu I,” tunjuknya pada profile yang dipegangnya.
“You dah berkahwin?” Airis sudah mahu menjerit kuat-kuat. Apa ni? Dia datang ke sini kerana urusan kerja dan bukannya  interview untuk mencari pasangan hidup.
“Err... sudah,” akhirnya dia membuat keputusan itu. Tipu sunat Airis. Allah tak marah. Bulat mata Anita mendengarnya. Apa tidaknya, diluar tadi dia berterus terang dengan Anita yang dia masih mencari mr rightnya.
Doanya janganlah Anita buat hal. Dia pandang Anita, moga-moga Anita mengerti sisi pandangannya itu. Namun…
“Eh bukan you cakap tadi you belum jumpa Mr Right?” aduh... kantoi. Kenapalah Anita ni bendul sangat. Khaled Zidan sudah tersenyum. Dari tadi dia mahu tahu status gadis itu dan terima kasih Anita kerana tolong memberikan jawapan itu kepadanya.
Sengaja dia pamer senyuman mengejek.
“Boleh kita mulakan,?” sekali lagi Airis bertanya. Tidak terkesan dia dengan senyuman sinis lelaki itu. Kali ini sudah tiga kali soalan sama yang ditanyakan kepada lelaki itu. Kalau yang  ni pun tak menjadi juga, dia akan angkat kaki keluar dari situ.
Fail yang dibuka sebentar tadi ditutup.
“Sure,”
Akhirnya! Airis menarik nafas lega. Lelaki itu memberi sepenuh perhatian pada sesi berkenaan.Sekejap dia serius, sekejap gelak besar dan kemudian serius kembali. Natasya? Seperti tadi masih setia disisi kekasih hati.
Pelbagai aksi Khaled Zidan sudah selamat dirakam oleh kamera Mahali. Si kekasih hatinya sejak tadi asyik tersengih mendengar celoteh buah hati. Entah apa soalan yang dia berikan sehingga menggelikan hati gadis itu.
Seisiinterview berjalan lancar.Airis tarik nafas lega. Buku notanya sudah separuh dipenuhi dengan tulisannya yang boleh diibaratkan sebagai cakar ayam  itu. Dia teringat ketika menghadiri program bersama mahasiswa Malaysia yang mengambil jurusan doktor di luar negara, beberapa tahun lalu.
Mahasiswa yang bernama Iddin  berkata, hanya dua kerjaya saja yang tulisannya seperti cakar ayam.  Doktor dan wartawan. Dia turut mengakui hakikat itu apabila melihat tulisannya sendiri.
“Sekarang ni kita masuk bab kehidupan encik. Err..saya difahamkan err.. cik disebelah ni kekasih Encik Zidan. Bila nak tamatkan zaman bujang,” selamba badak je dia bertanya.
Bulat mata Khaled Zidan mendengarnya.
Itu bukan soalan yang disediakan Humairah kerana  soalan itu sebenarnya datang daripada dia sendiri. Airis sudah  senyum-senyum. Misi membalas dendamnya  sudah bermula.
Dia lihat wajah Khaled Zidan sudah berubah. Eh, salah ke soalan yang dia tanya tadi? Rasanya bukanlah isu besar pun kalau bertanyakan status lelaki itu.Kalau dah berani tayang perempuan sana sini, takkan keberatan nak mengaku sudah mempunyai kekasih.
“Err..saya difahamkan interview ini hanya berkisarkan bisnes saya saja. Tak ada pula mereka suruh cerita pasal peribadi.Tak ada yang menarik pun pasal hidup saya,” dia menolak lembut soalan daripada Airis.
Airis pamer muka tidak bersalahnya.
Khaled Zidan mengetap bibirnya. Dia tahu gadis didepannya sengaja mahu membuatkan  dia marah. Wajah gadis itu dipandangnya. Boleh tahan cantiknya, tetapi dia yakin umur  wanita itu lebih  tua daripadanya.
“Biasalah encik..pembaca ni nak tahu live encik. Iyalah..kehidupan encik ni pastinya tidak sama dengan orang macam kami ni. Live orang kaya-kaya,” selamba dia berkata. Mahali masih sibuk merakam gambar Khaled Zidan.
Ternyata lelaki itu agak tidak selesa.
No picture please..”aik.. sebegitu banyak gambar yang sudah diambil jurugambarnya, baru sekarang lelaki itu berkata no picture please. Mati akal hapa.. hatinya dah mula radang.
Tadi taknak kongsi kisah peribadi, sekarang ni agak keberatan wajahnya dirakam. Hish, macamana ni. Desis Airis. Susah kalau nak buat story macam ni.
“Mana boleh encik..nanti page kami tu togel saja. Siapa nak jawab kalau boss besar cari gambar nanti,” dia buat-buat suara sayu. Mana mungkin page bisnes ni dibiarkan togel begitu saja.
“Youlah jawab. Takkan I pula nak tolong menjawabnya,” selamba Khaled Zidan berkata. Airis terdiam. Bimbang dia kalau-kalau lelaki itu berterusan enggan untuk bekerjasama. Kalau macam ni merah cuping telinganya nanti dileter Encik Badar.
Dalam diam, Khaled Zidan melihat telatah Airis. Nampak comel saja bila dia termenung macam tu. Gadis ini lain dari yang lain. Walaupun mencecah usia 36 tahun tetapi langsung tidak nampak tua. Malah dia rasakan wajkah itu lebih muda daripada Natasya.
Err.. kenapa dengan dia ni? Sudah jatuh hatikah dia dengan wanita lebih tua daripadanya? Takkanlah…
Ligat Airis mencari akal.
“Setiap page kena ada gambar...kalau tak ada gambar memang tak menjadilah  story I tu.  Kata pun ruangan personality Bisnes kan. Kenalah ada gambar. Bukan setakat gambar mug shot,kenalah ada juga gambar-gambar lain juga,”
Nah ambik kau... dia nampak Khaled Zidan sudah terdiam. Airis berdoa. Moga-moga katanya tadi dapat melembutkan hati lelaki itu. Dia pandang lelaki  itu. Huh sekali pandang boleh tahan juga.
Hidung mancung, kening lebat, rambut cam perang, putih melepak. Ada iras-iras mat salleh sikit. Mungkin ‘anak kacuk’ kot. Hish tang putih melepak tu dia tak berkenan. Dia suka kulit macam pelakon Fahrin Ahmad. Tak pun macam Remy Ishak. Macho sikit.
“Mmm..” lambat-lambat lelaki itu menggangguk kepalanya.
Haahahahhaa... Airis sudah gelak jahat.Akhirnya. Dia menang. Satu-kosong.
“Encik sudah berpunya?” saja je dia mahu mendengar jawapan Khaled Zidan. Lagipun soalan maut itu dia yang cipta pastilah dia mahu tahu jawapannya.
Apa yang penting fakta status itu mesti ada untuk ruangan bisnesnya. Nampak sungguh serba salahnya lelaki itu mahu menjawab.
“Mmm.. belum ada lagi.. masih mencari,” aik.. bulat mata Airis mendengarnya. Masih mencari?Dia pandang wajah kekasih lelaki itu.Yang tercongok didepan dia dan Anita tu bukannya kekasih hati dia ke?
Dia pandang Anita dan Anita pula memandangnya. Masing-masing sudah Confius..confius. Tiba-tiba kepalanya berdenyut. Gara-gara mendengar jawapan yang tidak semenggah daripada Khaled Zidan. Weh playboy rupanya lelaki ini.
Type orang kaya! Itu yang dapat disimpulkan Airis sekarang. Wei lelaki  kau tak nampak ke wajah wanita disebelah kau ni. Berubah. Kalau tadi asyik tersenyum menggoda, sekarang ni muncung sudah boleh diikat.
“Encik yang seksi meksi kat sebelah encik ni bukan kekasih ke?” laju saja dia bertanya. Lelaki itu menggeleng.Tak beragak-agak langsung.Mata Airis sudah mahu juling.Lagi sekali jawapan yang tidak masuk akal diterimanya daripada lelaki itu.
“Bukan…bukan,” cepat saja Khaled Zidan menafikannya.
Sekali lagi wajah gadis bernama Natasya bertukar colour. Kalau dia berada di tempat gadis itu bukan setakat bertukar colour dah tetapi mungkin waktu itu dia sudah mencari baldi atau tong untuk menutup wajahnya.
Anita yang menghilang sebentar tadi datang menyertai mereka kembali. Dia menatang dulang minuman.
“Silalah minum. I tahu tentu you all sudah dahaga sebab sejak tadi asyik bercerita,” dia berpaling kearah Mahali yang sudah siap menjalankan tugasnya. Lelaki itu tidak banyak bercakap.
Itu yang dia suka bila bekerja dengan lelaki itu. Tidak banyak kerenah dan member tumpuan sepenuhnya pada kerjanya.
“Silalah encik. Air bujang saja,” pelawa Anita.
Mahali angguk. Kamera berjenama Canon EOS 700D (check balik) yang mencecah puluhan ribu ringgit itu sudah disimpan di dalam bag sandangnya. Dia perlu cepat kerana selepas ini dia perlu bergegas tempat lain untuk membuat liputan.
“Setakat ini I belum jumpa calonnya lagi. Kalau you berminat bolehlah isi borangnya,” Airis yang tekun menulis mendongak melihat kearah Khaled Zidan. Huaaaa… dia mahu mengenakan lelaki itu sebaliknya dia pula yang terkena.
Khaled Zidan sudah tersenyum-senyum melihat wajah kelat Airis. Padan muka cik kak, tanya lagi soalan maut macam tu.
“Sorrylah encik.. saya tak berminat untuk mengisi borang tu. Cuba encik berikan kepada cik disebelah ni, rasanya anytime dia bersetuju. Tak begitu Cik Natasha?” soalnya. Anita sudah tergelak kecil. Hish selamba betul si Airis ni mengenakan bossnya.
Khaled Zidan? Mukanya berubah lagi. Entah untuk kali ke berapa wajah lelaki itu bertukar hari ini.
Airis meneliti kembali nota yang ditulisnya. Bimbang kalau ada info yang tertinggal nanti. Dia tidak mahu berurusan dengan lelaki itu selepas ini. Jadi, dia perlu pastikan semua fakta penting sudah ditanya.
Apabila dia berpuas hati, dia memasukkan buku itu ke dalam bag sandangnya. Dia perlu beredar. Dari pagi dia menjadi mak guard tak bergaji di office lelaki itu. Dia meneguk air hingga habis.
Beberapa minit kemudian Mahali meminta diri. Dia perlu cepat beredar dari situ kerana sudah beberapa kali Mazlina menelefon bertanya adakah lelaki itu sudah beredar atau masih berada di situ.
“Err.. rasanya encik Zidan sesi interview kita ni sudah selesai. Insyallah bila artikel ni keluar saya beritahu encik nanti,” dia membongkok sedikit tubuhnya.  Sudah bersedia untuk berlalu dari situ.
“ I nak baca dulu artikel yang you buat tu sebelum di publishkan,” tenang lelaki itu bersuara. Airis sudah mahu menjerit sekuat hati mendengarnya. Ingatkan cerewet Khaled Zidan sudah berakhir, rupa-rupanya tidak.
“Encik… kami sebenarnya tidak boleh buat apa yang encik mahukan. Kami bekerja mengikut etika kewartawanan. Kalau encik nak baca tunggu hingga artikel tu keluar,” balasnya selamba. Malas mahu terus melayan kerenah Khaled Zidan.
“I tak kira… I boleh call boss you untuk memintanya. I nak pastikan fakta yang betul you tulis. Nanti boleh rosak reputasi I sebagai ahli perniagaan muda yang berjaya,” balasya.
“Kalau macam tu dipersilakan. You boleh call my boss minta dia sent artikel yang sudah diedit kepada you nanti,” dia sudah bersedia untuk bangun.
“Err Cik Tiris…” panggil lelaki itu. Airis menjengkelkan matanya. Sakit hati mendengar ketawa lelaki itu selepas namanya dipanggil. Lagi lagi Cik Tiris. Nama aku Airislah bangang.
Natasya juga tersengih. Perempuan ni tak ada hati ke? Walaupun sudah dikenakan Khaled Zidan sebentar tadi, Natasya masih setia disisi lelaki itu. Kalau dia, kirim salam. Tak kuasa dia mahu tersengih-sengih seperti tiada apa yang berlaku.
“Mana card you? Nanti senang I contact untuk check artikel  yang you tulis tu,”
“You boleh contact my boss. Kan you cakap tadi bila-bila masa you  boleh contact dia,” beberapa kali lelaki itu menggelengkan kepalanya.
“Noo..nooo.. I nak card you. I nak contact you terus. Kalau tak I tak izinkan you publishkan artikel ni,” bulat mata Anita mendengarnya tetapi tidak sebulat mata Airis yang terpaku mendengar kata-kata Khaled Zidan.
Gila ke apa mamat ni, sudahlah dia berkampung di situ sejak awal pagi, menunggu sampai dua tiga jam dan apabila siap diinterview ada hati pula melarangnya untuk tidak disiarkan.
“Kalau macam tu you beri contact nombor you. Habis cerita,” Airis meminta. Tak apa   biar dia saja call lelaki itu.
Khaled Zidan tersengih. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju. Melihat wajah merah Airis dia sudah ketawa jahat.
“Beginilah Encik Zidan… saya akan hubungi Anita nanti,” dia membuat keputusan. Kalau lelaki itu tidak mahu memberikan nombor telefonnya biar dia call Anita saja.
Sekali lagi Khaled Zidan geleng. Airis sudah naik bengang. Apa niiiii… lelaki yang sedang ketawa itu dilihat makin kecil saiznya. Sabar Airis Ilmani, sabar…
“So I tak izinkan you publiskan artikel mengenai I tu. Fullstop,” Khaled Zidan mencapai dan meneliti fail didepannya. Buat-buat sibuk sedangkan ekor matanya melihat kearah Airis.
Dia pasti Airis akan membuat keputusan bijak. Dia pasti itu. Dia menghitung dalam hatinya, satu… dua… tii..
“Okey… ni nombor saya,” Airis mengambil sesuatu dari dalam beg tangannya dan secebis kertas diserahkan kepada Khaled Zidan. Kertas yang tertera nombor telefon officenya.
“No.. I nak nombor handphone you. Jangan kata you tak ada handphone pula. I takkan percaya auta you tu,” Airis diam. Hish dia ni tahu pula apa yang dia mahu kata. Berurusan dengan pak menteri lebih mudah dari berurusan dengan mamat sengal ni.
Lambat-lambat dia keluarkan kad namanya. Dia dapat melihat Khaled Zidan tersengih tanda kemenangan. Matanya dibulatkan. Benci.. dengusnya. Melihat senyuman sinis lelaki itu membuatkan hatinya makin membara.