BAB 5
Senyum seindah
suria yang membawa cahaya,
senyumlah
dari hati duniamu pasti berseri.
Memulakan
kerja dengan senyuman! Itu pesanan khas DJ radio ERA FM yang mengendalikan
segmen JoHaRa yang sedang keudara sekarang ni.
Airis yang memandu ke officenya tersengih-sengih mendengar coleteh
ketiga-tiganya.
Sesekali
dia tergelak mendengarnya. Nyata Johan bersama dua lagi DJ itu berjaya
menghangatkan suasana paginya. Pelbagai
adegan lucu dipaparkan termasuk segmen Mak Jemah menghubungi Zizan. Dia memang
tak tahan mahu ketawa. Kelakar sangat.
Suzuki
Swiftnya berhenti di lampu isyarat. Sempat matanya melilau ke kiri dan kanan.
Mencuci mata. Manalah tahu kot-kot terjumpa lelaki kacak plus muda boleh
dijadikan stok geli-geli bak kata Humairah.
Kalau
dengar dek orang memang mencari nahaslah. Perempuan tak tahu malu. Berkawan
tidak semestinya untuk bercinta atau berkahwin.
Tetapi
orang sekeliling cepat sungguh mengadili sebegitu. Kalau berkawan dengan lelaki
muda sikit mulalah kata suka pucuk muda, hish…tak suka betul dia bila
mendengarnya.
Apa
salahnya berkawan? Takkan orang berusia tak boleh berkawan dengan lelaki muda?
Bukan nak bercinta atau berkahwin pun. Dia tahu lelaki kacak dalam usia
sepertinya biasanya sudah berkahwin.
Kalau
ada yang belum berpunya pastinya muda daripada usianya dan dia pula memang
langsung tidak terdesak sehingga sanggup mencari lelaki muda untuk dijadikan
pasangannya.
Kalau
boleh dielak, dia akan elakkan tapi kalau terkena juga dia tidak mampu untuk
menghalangnya.
Tiba-tiba
Note 111nya berbunyi. Dia mengerling sekilas sebelum meneruskan pemanduannya.
Dia biarkan deringan itu berakhir. Bukan dia tidak mahu angkat tetapi dia
memang tidak mengenali nombor berkenaan.
Lagi
pun dia ni jenis berhemah dijalan raya, mana boleh memandu sambil berSMS atau menelefon.
Dia nipenuh beretika okey. Lampu hijau menyala, cepat saja dia tekan minyak.
“Hish
apa lagi ni... siapa yang tak reti-reti bahasa ni. Orang tak angkat tak
payahlah call lagi. Bermakna orang tu memang tak nak angkat,” Note 111 dicapai.
Dia
melihat nombor yang tertera. Huh nombor yang sama. Yang pasti nombor berkenaan
tiada dalam senarai nombor yang
disimpannya.
Beberapa
minit kemudian kedengaran pula bunyi SMS masuk. Ganggu betul! Desisnya. Cepat
saja dia mencapai Note 111.
‘TOLONG
ANGKAT CALL I... I TAHU YOU SENGAJA TAK NAK ANGKAT.. KAN! -Zidan’ Ya Allah
dengan font besar semuanya. Dia mendengus.Gila ke apa orang ni. Cepat saja dia
campak Note 111 ke seat sebelah.
Tak
kuasa nak melayan orang gila.
Err...
Siapa tadi erk? Dia seperti perasan ada nama seseorang tertulis di situ. Cepat
saja dia mengambil semula Note 111. Nama Zidan tertera pada SMS yang dihantar
kepadanya.
Airis
mengeluh. Patut la rasa macam orang gila. Memang orang gila pun. Melihat
panggilan masuk dan SMS diterima itu dia sudah semakin cuak. Semua bala ni.
Sejak tiga minggu lepas, lelaki bernama Khaled Zidan sudah tidak makan saman. Artikel sudah keluar, walaupun timbul sedikit
kekecohan di situ.
“Apa
lagi yang you nak ni?” Airis sudah menyinga sebaik saja mengangkat panggilan
daripada lelaki itu. Selagi tak diangkat selagi itulah Khaled Zidan akan
membuat onar. Menelefon dan memberi mesej tak berhenti-henti.
“I
nak jumpa you. Mana janji you hari tu kalau I tarik balik saman I tu,” selamba
saja suara Khaled Zidan dihujung talian.
Airis mengeluh. Disebabkan satu artikel yang dibuatnya hidupnya dia menjadi
kelam kabut.
“I
tahulah... nanti I setkan masa untuk dinner dengan you. I tak lupalah,” nada
suaranya sedikit tinggi. Ini semua gara-gara surat saman yang diberikan Khaled
Zidan kepada Harian Kota dua minggu lalu.
Hanya
kerana dia menulis kehidupan lelaki itu amat bertuah kerana dikelilingi wanita
cantik membuatkan dia dan syarikatnya kena saman. Padan muka kau Airis, hari tu
lagi paksu cakap baiki balik artikel tu, tapi kau selit juga pasal perempuan
dalam hidup Khaled Zidan.
Sudahnya
kena saman. Siapa yang susah sekarang, dia juga sebabnya lelaki itu hanya akan
tarik kembali saman itu jika Airis mengikut syarat ditetapnya dan antara satu
syaratnya adalah dinner bersama lelaki itu untuk tempoh tiga bulan.
Inilah
yang dinamakan tiada bala dicari bala.
“You
kena ingat, bukan setakat dinner saja, tetapi I nak you jadi teman wanita I
untuk tiga bulan. Setiap hari tak boleh miss temankan I bersarapan, lunch,
dinner dan suffer, teman tidur, opsss silap... tapi kalau you nak I tak kisah.
I on bila-bila masa,” sudahnya dia
ketawa.
Airis
mendengus. Sakit hatinya mendengar ketawa yang mengada-ngada. Dia ni memang tak
makan saman langsung.
“I
tengah drive sekarang ni. Tak
pasal-pasal I kena saman pula. Nanti I call you,” tanpa mendengar kata-kata
dari sebelah sana, dia menekan butang merah. Bukan itu saja dia turut menekan
butang off. Biar dia senang sikit hatinya tanpa ada gangguan selepas ini.
Note
111 dimasukkan ke dalam dashboard.
Kau duduk diam-diam dalam ni. Setakat ini aku tak perlukan kau lagi. Nanti aku
balik, aku ambil kau. Dia menyengih. Gara-gara mahu mengelak gangguan daripada
Khaled Zidan dia sanggup meninggalkan Note 111 itu di dalam keretanya.
Dia
tersenyum. Handphone satu lagi yang disimpan dalam dashboard dicapainya.
Handphone dan nombor ini jarang digunakan. Hanya keluarga dan teman rapat saja
yang mengetahuinya. Sekarang ni cukuplah dia menggunakan handphone Galaxy Mega
ini. Note 111 terpaksa dilupakan buat sementara waktu.
Dia
masuk parker yang disediakan untuk kakitangan Harian Kota. Sebelum keluar dari
Suzuki Swiftnya sempat dia menghidupkan
nombor yang satu lagi. Ada beberapa SMS dan miss call daripada Edy dan Amylia
yang bertarikh beberapa minggu lalu. Entah mengapa mereka ini menghubunginya
dengan nombor ini.
Pantas
dia menghantar SMS kepada keluarganya dan Anita yang kini sudah semakin akrab
dengannya.Sekejap lagi dia akan menghubungi teman sekerjanya, Aliya. Bimbang
juga gadis itu tercari- carikan dirinya.
Di
lobi dia berserempak dengan Balkis yang baru sampai. Mereka bersaing menuju ke
tingkat 3 yang menempatkan akhbar Harian Kota. Di pintu lif mereka berpapasan
dengan Encik Bahar, editor Bisnes.
“Selamat
pagi Encik…” Balkis terlebih dahulu memberi salam. Encik Bahar jejaka idaman
Malaya itu tersenyum. Wah! Wah senyum lebar lelaki itu pagi ini, desis Airis.
Jarang dapat melihat lelaki itu tersenyum manis sebegini. Kalau tidak, serius
memanjang.
“Morning you all.. baru sampai?” soalnya
ramah. Mata Encik Bahar memandang Airis.
Makin pandang, makin manis pula anak saudara boss besarnya tetapi mahu diusha
rasanya perlu berfikir beberapa kali.
Sudahlah
cantik, anak orang kenamaan pula. Takkan layak jika berganding dengannya. Tapi
dia puji gadis itu, walaupun ayahnya berpangkat Datuk dan Harian Kota adalah
milik ayahnya, Datuk Hassani tetapi Airis tetap merendah diri.
Dia
tetap mahu dilayan seperti kakitangan yang lain. Tiada bezanya. Gadis itu
bermula sebagai wartawan praktikal di Harian Kota dan kini bergelar Wartawan
Eksekutif di Harian Kota.
Balkis
angguk. Dia tersengih-sengih melihat Encik Bahar. Tergedik-gedik. Hish budak ni
merenyam betul. Perut Balkis disiku. Agak-agaklah dik oii kalau berkenan pun,
janganlah ditunjuk sangat, awak tu perempuan nanti tak pasal-pasal dikatakan
miang pula.
“Sakitlah
akak… errr encik masuk dululah. Kak Airis ni banyak pula songeh dia hari ni,”
dia memberi laluan kepada Encik Bahar untuk masuk ke perut lif. Tangan Airis
ditariknya.
“Akak
ni nape? Kis baru nak usha Encik Bahar tu,” Balkis,gadis berusia 20 tahun itu
bersuara. Geram dia, bila Airis menyiku perutnya sebentar tadi. Senak okey.
Perutnya diusap perlahan.
“Sebab
akak tengok kau tu gedik sangat sebab tulah akak siku perut kau tu. Suruh jadi
manusia normal balik. Ada ke tengok lelaki macam tu. Akak tengok dah macam
gatal semacam saja tadi,” marah Airis.
Balkis
tersengih. Dia pelip-pelip mata kepada Airis. Dia langsung tidak kisah apa yang
dikatakan Airis tadi. Memang dia suka melihat wajah handsome Encik Bahar. Bukan
setakat suka tetapi sudah tergila-gilakan lelaki itu.
“Tapi
Encik Bahar tu handsome sangat la akak.Bukan salah Kis kalau Kis tengok dia tak
berkelip-kelip. Siapa suruh dia handsome macam tu. Kalau Kis dapat dialah, Kis
peluk dia tak lepas-lepas,”
Bulat
mata Airis mendengarnya. Ya Allah budak ni, dah kenapa dia ni. Dia cubit lagi
pipi Balkis. Budak baru nak naik beginilah jadinya. Balkis baru sebulan bekerja
di situ sebagai kerani.
“Malu dengar dek orang Balkis oiii. Jangan buat
depan orang lain, depan akak bolehlah, akak kenal Kis macamana,” balas Airis.
Balkis mengangguk. Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu lif.
Tangan
Airis ditarik. Nasib baik dia belum sempat melangkah masuk ke dalam lif lagi.
Kalau tidak tersepit dia dicelah pintu. Hish budak ni, menyusahkan orang
betullah. Gerutunya. Dia pandang wajah Balkis, minta penjelasan.
“Nasib
baik akak tak mati celah lif ni tadi,” marahnya.
“Sorry
kak.. tak sengaja tadi. Kis nak tanya ni, teruk nampak sangat ke akak tengok
tadi?” soalnya. Airis tersengih. Tahu malu! Ingatkan tak tahu malu tadi. Buat
ala-ala brutal rupanya hati kecil saja.
“Akak
janganlah…” ada getar disitu.
“Lain
kali jangan buat macam tu. Awak tu perempuan, jaga sikit nanti tak pasal-pasal
orang cop kita ni perempuan tak tahu malu. Ingat tu?,” terangguk-angguk Balkis
mendengarnya. Harap-harap masuklah ke telinga kanan dan tidak akan keluar ikut
telinga kiri.
Kaki
mereka melangkah masuk ke dalam lif. Butang tingkat tiga ditekan. Nasib baik
hanya mereka berdua saja di dalamnya, jadi tidak perlulah berhenti di setiap
tingkat. Kalau tidak, ada saja yang keluar masuk.
“Akak…”
panggilnya sebaik saja mereka melangkah keluar.
“Mmm..”
“Kenapa sampai
sekarang akak belum kahwin-kahwin lagi,?”
dia mahu tahu sebabnya. Tipulah kalau ada orang kata Airis tidak cantik
kerana dimatanya perempuan bernama Airis memang sangat cantik.
Dia
jarang nampak Airis bersolek, kalau ada pun hanya bedak dan lipstick tu pun
nipis saja dipakainya.Orangnya putih melepak, Hidung mancung, mata Airis
bersinar-sinar. Cantik sangat.
“Kenapa nak
tahu?” saja je Airis bertanya begitu. Dia tahu Balkis sudah rasa bersalah
mengeluarkan pertanyaan itu.
“Akak marah Kis
ye?” hatinya sudah cuak. Entah kenapa dia berani bertanyakan soalan sebegitu.
Terasakah Airis dengan pertanyaannya sebentar tadi.
Airis
mencari-cari sesuatu dalam bag tangannya, tag nama bermegnet ditouch di tepi pintu kaca. Beberapa minit
kemudian pintu itu terbuka. Cepat saja dia melangkah masuk dan diikuti Balkis
di belakang.
Dia menghampiri
meja kerjanya. Bag diletakkan di dalam laci. Dia duduk. Begitu juga Balkis yang
turut menarik kerusi dari meja sebelah.
Beg tangannya diletakkan di atas meja.
“Akak marahkan
Kis ke? Kis tak berniat pun. Kis cuma nak tahu orang secantik akak kenapa
sampai sekarang belum berkahwin. Adakah akak memilih” dalam takut-takut itu
masih lagi Balkis memberikan soalan maut kepadanya.
Dia
pandang wajah Airis. Tapi melihat Airis tersenyum, dia jadi lega.
Akhirnya Airis
tergelak. Tidak sanggup dia melihat air muka Balkis yang semakin keruh. Gadis
itu sudah mahu menangis.
“Tak adalah..
nak marah buat apa. Memang akak tak kahwin lagi. Bukan bermakna akak tak mahu
berkahwin tetapi jodoh belum sampai lagi. Mungkin esok atau lusa, akak bertemu
jodoh, siapa tahu kan?”ujarnya.
“Betul tu.. Kis
doakan akak bertemu jodoh. Dengan lelaki handsome, kaya. Sesuai dengan akak
yang cantik jelita ni,” nada suaranya sudah kembali bertukar. Kalau tadi macam
ayam berak kapur tetapi sekarang sifatnya sudah kembali seperti biasa.
“Akak cantik
ke?” Airis bertanya.
Balkis angguk.
“Cantik sangat…”
Airis sudah melambakkan tawanya. Huh si kenik ni memang pandai membeli jiwanya.
Kembang kuncup hati dibuatnya.
PC
didepannya dibuka. Hajatnya mahu menaip
artikel yang sejak seminggu lalu asyik tertangguh. MicrosolfWord dibuka. Baru saja dia menaip peranggan pertama soalan
maut daripada Balkis menjelma.
Encik
Bahar tu dah ada kekasih ke akak?” dia
kembali kepada cerita tentang Encik Bahar. Rupa-rupanya persoalan mengenai lelaki itu masih belum berakhir
lagi. Eh tak ada kerja ke budak ni,
pagi-pagi sudah melepak di meja orang, desis Airis. Jam di atas mejanya
dikerling.
Dia
mengeluh. Lupa pula dia yang Balkis masih lagi bertenggek di tempatnya. Budak
ni, dia nak buat kerja pun tak senang, desisnya. Airis pandang wajah kearah
Balkis yang sejak tadi asyik tersengih-sengih.
“Entah…
mana akak tahu. Kenapa? Nak suruh akak tolong ke?” cepat saja Balkis menggeleng
kepalanya. Hish mana ada cun minta tolong orang lain untuk tackle kekasih hati.
Silap hari bulan Airis yang dapat. Maklumlah dia nampak Encik Bahar seperti ada
hati dengan Airis.
“Dik
awal lagi ni kalau nak ajak akak mengumpat. Sekarang ini baru pukul 9 pagi.
Sarapan pun belum lagi. Apa kata Kis balik ke tempat Kis dulu, buat kerja mana
yang patut. sejam lagi datang sini, kita pergi sarapan,”
“Alaaa…”
panjang ala si Balkis. Dia baru saja mahu bertanya tentang Encik Bahar tetapi
Airis sudah mengarahkan dia kembali ke tempat duduknya. Pagi-pagi macam ni
bukannya ada banyak kerja pun.
“Dah..dah..akak
nak start kerja ni. Kis pun tentu banyak kerja nak dibuat kan,” dia
berpura-pura marah. Melihat muncung Balkis teringat dia kepada dua adiknya
ketika mereka kecil dulu. Marah sikit mesti muncung itik akan keluar.
Dengan
muncung panjang sedepa Balkis bergerak meninggalkan mejanya. Airis tergelak.
Balkis…Balkis. Manja betul budak ni. Nasib baiklah dia ni gemar melayan Balkis
tu taklah macam teman laga pipinya, Aliya.
Apabila
sebut nama Aliya, dia teringat temannya itu. Wajah gadis dari Sungai Petani itu tergambar diruang
fikirannya. Belum sampai lagi ke temannya itu? Biasanya time-time macam ni Aliya sudah terjongol di office, kecuali kalau dia ada assignment
pada waktu pagi.
Dia
meneliti jadual kerjanya. Huh, kenapa dia tidak tahu Aliya bercuti panjang Bermula
hari ini? Matanya bulat memandang garisan panjang pada jadual kerja yang
tertera nama Aliya.
Dua
minggu? Mak kauu…Ini tidak adil. Boleh mendatangkan kemarahannya. kalau dia
minta cuti panjang, belum tentu Encik Zaaba mahu meluluskannya.
Dia
mengeluh. Terasa kosong pula hidupnya. Selama ini dia kerap dengan Aliya. Ke
mana dia pergi pasti ditemani gadis itu. Aliya tidak pernah gagal memaklumkan
kepadanya kalau dia mahu bercuti tetapi kali ini tak ada pula dia diberitahu.
Mungkin
ada tetapi dia tak ingat kerana seminggu dua ni banyak sangat masalah yang
dihadapinya. Dia membuat kesimpulan sendiri.
Dia
tenggelam dengan kesibukannya. Laporan Khas mengenai pasangan kahwin muda belum
disiapkan lagi, sedangkan deatlinenya
tidak lama lagi. Dia meneliti buku notanya.
Siapa
lagi yang perlu diinterview mengenai
laporan khas itu. Menteri sudah, ahli ulama sudah. Err.. Jabatan Agama Islam?
Eh belum lagi lah. Kenapa boleh lupa pula jabatan yang penting itu.
Cepat
saja holder kadnya dibuka dan tangannya mula ligat mencari nama Pengarahnya.
Bila sudah berjumpa dia menarik nafas lega.
Baru
saja dia mahu mendail, Galaxy Meganya berbunyi. Tertera nama Anita di skrin
Galexy Meganya. Apa yang dimahukan temannya itu pagi-pagi begini. Cepat saja
butang hijau ditekannya dan kedengaran suara temannya di hujung talian.
“Weh
kau kat mana ni?” soal Anita. Kalau dulu mereka ber I dan ber you tetapi sejak
menjadi rapat ini ganti nama sudah berubah. Mereka lebih selesa berbahasa aku
dan kau. Terasa lebih dekat dan mesra.
“Kat
office. Kenapa?” soalnya.
“Boss
aku mengamuk ni,” perlahan saja suara Anita.
“Kenapa
dia mengamuk?” pelik! Boss mengamuk pun mahu diberitahu kepadanya. Biarlah!
Yang mengamuk tu boss Anita, bukannya boss dia. Eh kejap..kejap.. Boss
Anita? Anita kata boss dia mengamuk?
Maknanya… dia sudah mahu meraung kuat.
Wajah
Khaled Zidan yang menyinga menjengah difikirannya.
“Weh
kenapa dia mengamuk?” baru dia boleh berfikir panjang.
“Sebab
kaulah,”
“Aku?”
“Iyalah…
kaulah… siapa lagi,” balas Anita.
Dia
diam. Dia ke yang salah? Khaled Zidan mengamuk kenapa dia disalahkan pula.
Pelik betul. Handphonenya dijauhkan dari cuping telinganya. Kuat betul suara
Anita nih. Gerutunya.
“I
nak you buka handphone sekarang,” eh
suara Anita sudah bertukar. Tadi tu kuat juga tapi takdelah sekuat sekarang.
Bertukar jadi lelaki pula tu. Sebut lelaki, baru dia teringat sesuatu.
“Nitaa….”
Panggilnya. Suaranya juga sudah kuat sama kuat dengan suara dihujung talian.
“Tak
perlu you cari Nita.. sekarang ni you cakap dengan I. Khaled Zidan,” balas
suara itu. Airis mengeluh. Macamana dia tidak perasan suara lelaki yang dia
dengar tadi milik boss Anita aka mamat perasan bagus.
“I
nak you on phone sekarang,” arah
Khaled Zidan. Sakit hatinya. Selepas
Airis memutuskan panggilan mereka pagi tadi, dia langsung tidak dapat
menghubungi gadis itu. Bila dicall asyik
masuk ke voice mail. Tak pun talian tidak dapat dihubungi.
Apabila
dia mendengar Anita bercakap dengan seseorang sebentar tadi, dia dapat mengagak
pembantunya itu menghubungi Airis. Bukan dia tidak tahu hubungan Airis dengan
Anita semakin rapat sekarang.
Dia
menghampiri Anita yang rancak berbual. Langsung gadis itu tidak menyedari dia
berada di belakang. Bila disergah dia
nampak wajah Anita pucat. Sama ada pucat kerana terkejut disergah atau pucat
kerana melihat dia ada di belakang.
“Mari
sini handphone tu,” Anita diam. Serba salah dia, kalau tak diberi, boss akan
mengamuk, kalau diberi pula pasti Airis yang mengamuk.
“Bak
sini,” desaknya. Mahu tidak mahu gadis itu terpaksa menyerah juga handphonenya.
“Mana
handphone you?” soal Khaled Zidan. Airis diam. Buat apa lelaki itu mahu tahu
telefonnya.
“Ada..
simpan dalam kereta,” bersahaja dia bersuara.
“Letak
dalam kereta? Why? Takut I call?” soal lelaki itu lagi. Airis
diam. Mengada-ngada, sudah tahu bertanya lagi, desisnya lagi.
“I
nak you pergi ambil handphone tu
sekarang. I bagi masa 10 minit. Selepas 10 minit I call you lagi. Tak dapat
nombor tu, nombor ni I call nanti,” dia memberi amaran. Handphone Anita diserah kembali.
“I
harap selepas ni jangan sorok-sorok apa saja berkaitan Airis,” Anita diam. Hish
dia ni, nak bercinta tetapi tak pandai. Mana ada perempuan boleh jatuh cinta
dengan cara ini. Langsung tak romantik.
Dia
pandang Khaled Zidan.
“Why?”
“Boss
cintakan Airis ke?” soalnya. Dia mahu tahu sebabnya perangai Khaled Zidan sejak
bertemu dengan Airis memang lain macam. Sehari tak mengamuk memang tak sah. Dia
perhati semua itu. Cuma sebelum ini dia tiada kesempatan untuk bertanya pemilik
diri.
Tapi
macamana dengan Natasya? Sekarang ni kan bossnya rapat yang amat dengan gadis
tu.
Khaled
Zidan diam. Betul ke dia cintakan gadis itu? Dia sendiri tidak pasti dengan
hatinya. Tetapi yang dia pasti, dia tidak betah sekiranya tidak mendengar suara
gadis itu. Jadi dia cipta pelbagai alasan supaya Airis tidak lari dari sisinya.
“Entah…saya
pun tak tahu. Tapi kalau sehari tak dengar suara dia, boleh mati saya
dibuatnya. Serba tidak kena nak buat kerja pun tak senang,” dia berterus
terang. Itulah yang dirasakan semenjak dua menjak ini.
Anita
tersengih. Baru kau tahu penangan kawan aku tu. Tak lena tidur, makan tak
kenyang kau dibuatnya. Dia sudah terkekek-kekek. Kejap lagi dia akan
menghubungi Airis untuk bergossip.
“Natasya
boss?” soalnya lurus. Mahu saja dia tepuk mulutnya kuat-kuat. Ada ke patut
tanya soalan macam tu. Dah tak mahu hidup gamaknya kau ni Anita. Desisnya.
“Lelaki
boleh pasang empat kan?” soal Khaled Zidan. Dia tersengih-sengih nakal. Saja
dia mahu mengenakan pembantu peribadinya.
Mana mungkin dia akan ‘menduakan’ Cik Tirisnya. Cintanya pada ‘Cik
Tiris’ sudah tersemat kukuh dihatinya.
Hish
ni yang dia tak berkenan ni. Ada ke patut boss mahu ‘madukan’ teman rapatnya
itu. Mahu meraung temannya nanti. Tak boleh jadi ni.
“Taknak
lah macam tu boss.. kasihan kawan baik saya tu. Belum apa-apa lagi boss dah bercadang
nak madukan dia. Tak nak lah saya tolong boss nanti. Tak pasal-pasal kawan saya
tu makan hati berulam jantung nanti,”
“Boss
macamana dengan saman tu? Boss procide ke?”
soalnya ingin tahu status terkini mengenai saman Khaled Zidan terhadap Airis. Dia
merenung wajah bossnya itu yang tersengih.
“Boss
bersungguh ke dengan saman tu?” dia bertanya lagi. Khaled Zidan tersengih lagi.
“Bergantung
kepada kawan you tu. Kalau dia ikut semua syarat I, pasti saman tu tak
diteruskan. Kalau tidak, terpaksalah saya minta lawyer syarikat teruskan,” Anita diam. Dia sendiri tidak tahu apa
syarat yang diberikan bossnya kepada Airis.
Dia
pandang Khaled Zidan.
“Syarat?
Apa syaratnya?” dia kehairanan.
“Tanya
kawan you tu,” tanpa menjawab pertanyaan pembantunya, Khaled Zidan berlalu dari
situ. Anita mengeluh. Mahu ditanya Airis? Memang taklah, temannya itu tidak
mudah untuk bercerita.
Dia
hanya melihat bossnya itu berlalu pergi dari mejanya. Nasib baik Khaled Zidan sudah menyerahkan handphonenya
tadi. Anita mengeluh. Selepas ini dia yakin Airis akan mengamuk kepadanya.
Bukan boleh dijangka angin makcik tu. Sama saja puting beliung macam bossnya
tetapi Airis jenis puting beliung yang berskala kecil tak seperti Khaled Zidan.
Dari
dalam bilik dia mendengar suara Khaled Zidan melaungkan namanya. Hish mamat ni langsung tak reti keluar bilik
bila mahu memanggilnya. Terkocoh-kocoh dia dibuatnya.
“Kejap boss..kejap..” dia pula semput menuju ke
bilik Khaled Zidan
Post a Comment
Pendapat?