BAB 3
Dua hari lalu
Tepat
jam 9.45 pagi dia sudah tercongok di office
Khaled Zidan. Sesi interviewnya
dengan lelaki itu akan bermula jam 10 pagi di office lelaki itu di Jalan
Telawi, Bangsar. Nasib baik dekat saja dengan rumahnya.
Dengan
skirt labuh berbunga pink hijau dan dipadan dan kemeja kosong berwarna pink dan
tudung adijuma bermotifkan bunga warna pink ternyata memberi kelainan kepadanya
hari ini.
Entah
mengapa tergerak dihatinya pagi ini
untuk menggayakan pakaian sebegitu. Biasanya dia lebih selesa dengan
kemeja dipadan dengan seluar panjang atau memakai jeans. Officenya pula jenis tidak kisah dengan cara pemakaian pekerja asalkan
tidak terlalu seksi dan mencolok mata.
Setibanya
di Menara Kenchana, dia dibawa ke office Khaled
Zidan di tingkat tiga dan diperkenalkan kepada Anita, pembantu khas lelaki
itu.Wanita berbaju kurung dan bertudung ala-ala model Fareeda itu tersenyum
menyambut huluran tangannya.
“I Nita.. Anita, Pembantu Peribadi Encik Khaled
Zidan,” ujarnya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Manis. Desis hatinya.
Inilah baru dikatakan pembantu peribadi boss, taklah memalukan boss-boss.
“Airis
Ilmani. Panggil I Airis. I dari Harian
Kota, ada sesi temubual hari ini. Rakan sekerja I sudah buatappoinment dengan Encik Khaled Zidan,”
dia turut perkenalkan dirinya.
Iya..iya…
semalam pun boss I sudah memaklumlah dia ada appointment hari ni di office.
So dengan you la ye,” ramah dia bercerita.
“Tapi
semalam boss I cakap cik Humairah yang akan interview dia tetapi yang datang
hari ni, Cik Airis. Agaknya dia silap dengar kot,”
“Tak..
Memang dia memang berurusan dengan Humairah hari tu. Tetapi teman sekerja saya
tu kebetulan hari ini ada hal. Lagi pun appointnment sebenarnya adalah semalam
kan?” dia bertanya.
Anita
angguk. Memang pun sepatutnya semalam. Tapi tiba-tiba saja Khaled Zidan
memintanya dia membatalkan sesi temubual itu sebaliknya menggantikannya pada
hari ini. Sebagai pekerja, dia hanya mengikut arahan.
“Duduk
dulu ye. Kejap lagi boss I sampai,” ujarnya. Dia berlalu menuju ke meja
kerjanya meninggalkan Airis keseorangan.
Menurut
Anitatadi, bossnya masih belum sampai lagi.Dia tarik nafas lega. Ingatkan dia
yang terlewat, rupa-rupanya lelaki itu pun belum datang lagi.
Airis
lirik matanya ke jam dinding. Oh, dekat pukul 10 pagi. Lega..lega.Dia duduk di
sofa yang dikhaskan untuk tetamu. Dia ambil majalah Bisness yang ada di atas
meja kopi tetapi tidak lama dia menatapnya.
Majalah
itu kembali ditutupnya. Sebenarnya majalah sebegini bukanlah minatnya. Dia
bukan orang bisness. Kalau setakat majalah Keluarga, Nona atau Midi tu, dia
boleh layan lagi. Matanya berair.
Mengantuk.
Sudah
beberapa kali dia menguap tetapi bayang Khaled Zidan langsung tidak kelihatan. Coffee yang dibawa Anita sebentar tadi
pun tidak mampu membuka matanya yang makin layu.
Sekali
lagi matanya dilirikkan ke dinding. Arkkk... sudah pukul 12 tengah hari.
Bermakna sudah hampir dua jam dia tercongok di sofa. Hatinya sudah panas tetapi
melihat wajah serba salah Anita, dia sabarkan hatinya.
“Cik
Nita... bila boss you nak sampai ni? I ada assignment
lain lepas ni,”
Tak
perlu berciklah Airis... Nita saja, entahlah Airis... tadi I call dia cakap on the way...
kalau on the way boss I tu rasanya
petang nanti la baru sampainya,” dia berlawak. Sengaja mahu melihat reaksi
gadis didepannya.
Terbeliak
biji mata Airis mendengarnya. Mak aiiii... petang baru sampai? Kalau macam tu
masaklah dia.Story tu perlu disubmitselewat-lewartnya
esok kerana deadlinenya dua hari lagi.
“Takdelah...
I gurau saja. Tadi dia baru keluar dari rumah. Dalam 15 minit lagi sampailah.
Kalau tak jemlah,” balasnya. Airis mendengus. Ada pula kalaunya. Tadi sudah
boleh tarik nafas lega.
“Nita
dah lama bekerja kat sini?” dia cuba berbual-bual. Mungkin juga untuk hilangkan
rasa boringnya kerana menunggu terlalu lama. Mahu hilangkan rasa mengantuknya
pun ada . Matanya sudah tidak mampu dibuka lagi. Terasa seperti digam-gam.
“Mmm..
dalam tiga tahun jugalah. Mulanya saya kerja dengan Datuk Seri tetapi bila
anaknya balik Malaysia dan sandang jawatan Pengarah Urusan saya diarahkan
membantu Encik Zidan,”
Airis
mengangguk. Ooo Zidan.. iyalah nama Khaled tak seglamour mana pun, kalau Zidan tu kira glamour jugalah. Bolehlah tumpang glamour bekas pemain bola sepak Perancis, Zinedine Zidane.
“Dia
sentiasa macam ni ke? Maksud saya lewat datang office?” soalnya.
“Kadang-kadang
saja. Malam semalam syarikat ini, maksud
saya Kenchana Holding ada dinner rai
pekerja-pekerja, mungkin sebab itu Encik Zidan lewat pagi ini. Iyalah, semalam
pun habis lewat juga,” secara tidak langsung dia membela bossnya.
“Mmm…”
Airis hilang bicara. Jurugambarnya pun belum sempai lagi. Lambat pula Mahali
hari ini. Biasanya lelaki berpangkat adik kepadanya itu seorang yang menepati masa. Mungkin ada hal kot.
Pujuk hatinya.
Kalau
tidak, boleh juga dia bersembang-sembang dengan Mahali. Nak mengganggu Anita
rasanya tidak manis kerana gadis itu sedang bekerja.
“Airis
pula dah lama kerja dengan Harian Kota?” soalnya. Suaranya sedikit kuat mungkin
kerana kedudukan mereka agak jauh. Saja dia mengajak Airis berbual memandangkan
dia melihat mata gadis itu kian layu.
Lagi
pun, ada sesuatu yang dia berkenan tentang wanita didepannya. Nak kata cantik
atau jelita sangat memang taklah, kecil molek saja orangnya. Tetapi Airis mempunyai personaliti yang
membuatkan orang mahu terus mengenalinya.
Dia
anggarkan wanita itu dalam usia pertengahan 20-an tak pun awal 30-an.
“Lama
jugalah...dekat-dekat lapan tahun. Tapi tak tahulah sampai bila nak kejar
berita macam ni. Dah tua-tua macam ni rasanya dah tak larat. Apatah lagi jika
terpaksa menunggu macam sekarang, lagilah I tak larat,” jujur dia berkata.
Dia
sambung dalam hati, kalau 10 orang macam boss you matilah I. Mungkin I akan
bersara lebih awal.
“Eh
takkanlah... I agak-agak umur you pertengahan 20-an atau awal 30-an. Muda lagi tu,” Airis
tergelak. Menyerlahkan dua lesung pipitnya.
“Hish..
agak-agaklah nak teka umur I pun. I ni dah tua pun. 19 September ni genap umur I,
36 tahun,” dia tidak teragak-agak memberitahu usianya. Apa nak sembunyikan,
memang dia dah tua, kalau sembunyi umur boleh jadi makin muda kira berbaloi
jugalah.
“Eh
kita agak sebayalah. Tapi I muda dua tahun dari you. Tapi serius, muka you
langsung tidak nampak tua. Macam muda sangat. Ada rahsia ke yang boleh
berkongsi dengan I,” teruja dia mendengarnya.
Kalau
tidak diberitahu tadi, mati-mati dia ingatkan umur Airis lewat 20-an atau
sebaya dengannya.
“Berkat
berwuduk kot,” dia tergelak sendiri. Kelas kau Airis, jawapan pun sudah macam
artis-artis.
Selepas
itu, masing-masing terdiam. Anita sibuk dengan kerjanya dan Airis malas mahu
menganggunya. Dia memejam matanya seketika.
Dalam
dia mahu terlelap itu, terdengar derap
kasut menghampiri tempat duduknya. Sedikit tergopoh gapah dia bangun, belum
sempat dia mahu berdiri lelaki itu menonong saja melintasinya.
Matanya
memandang kearah Anita meminta kepastian adalah lelaki itu yang dia tunggu
sejak dua jam lalu. Melihat anggukan wanita itu, dia hampir mahu menjerit
sekuat hatinya. Kurang asammm...
Sudahlah
sesi itu lewat dua jam dari ditetapkan dan apabila lelaki itu tiba di officebukan saja tidak menegur atau
memandangnya tetapi langsung tidak
meminta maaf atas kelewatannya.
Anita
hanya mampu tersengih melihat betapa kekwat bossnya ituyang beriringan dengan
teman wanita berlalu melewati tempat duduk Airis.
Dia
tidak sempat untuk memperkenalkan Airis kepada lelaki itu dan hanya mampu
melihat bossnya berlalu masuk ke bilik tanpa memandang kearah Airis yang sudah bersedia
untuk menegur lelaki itu.
Anita
sudah jatuh kasihan pada Airis yang sudah menunggu lelaki itu sejak dua
jam lalu dan bila sampai tiada langsung
perkataan maaf diberikan bossnya itu.
Airis
mengeluh. Kalau beginilah cara sambutan lelaki itu, dia langsung tidak teringin
untuk menggantikan Khalidah. Lebih baik dia duduk dioffice menyudahkan storynya yang masih bertimbun.
Melihatkan
sikap Khaled Zidan sebentar tadi, dia tiba-tiba dia jadi hangat hati.
“Airis
saya jumpa boss dulu nak tanya dia dah
ready ke belum untuk di interview,”
pintu bilik diketuk. Lama Anita terpaksa menunggu di luar kerana tiada arahan
masuk dikeluarkan.
Airis
sudah mencebek.Inilah dia perangai orang-orang kaya.Sombong, berlagak tidak
bertempat. Kaya sikit sudah jadi sombong, kaya sikit orang bawah pun tak mahu dipandangnya.
Silap-silap bangkrap la bisness dia lepas ni. Baru padan muka dia.
Dia
beri masa 15 minit lagi dan kalau masih tidak dapat diinterview juga dia tidak
teragak-agak untuk angkat kaki dari situ.Bukan salah dia pun kalau assignment itu dibatalkan.
Dia
sudah buat yang terbaik.Janji pukul 10 pagi dan sebelum 10 pagi lagi dia sudah
tercongok di office lelaki itu.Tapi
sudahnya pukul 12 tengah hari pun interview
itu masih belum dimulakan. Lebih parah lagi, Khaled Zidan baru sampai.
Anita
masih lagi berdiri di depan pintu. Tiada tanda-tanda Khaled Zidan menyuruhnya
masuk.Lorat betul bossnya hari ini.Keluhnya.Selama ini bossnya okey saja, kalau
ada angin pun sekadar angin Laut China Selatan.
Bertiup
sepoi-sepoi bahasa. Tak lah sampai taufan Haiyan seperti yang melanda Filipina
itu.
Airis
mengeluh.Dahlah terpaksa menunggu hingga
empat jam, bila dah sampai buat-buat tak nampak pula dia yang tercongok di atas
sofa itu. Siap bawa teman wanita lagi. Tak lingkup pula bisnes dia ni, buat
kerja asyik main-main. Langsung tak serius.
Kalau
dia tahu sikap Khaled Zidan seperti itu
haram dia mahu voluntarygantikan
tempat Khalidah. Biar Encik Bahar, Editor Bisnes marah dia tidak kisah. Dia
lagi sanggup mendengar pak sunya
berleter dari menjadi mak guard tidak
bergaji di office Khaled Zidan.
Dia
pandang kearah Anita yang masih lagi setia menunggu di depan pintu. Entah apa
Khaled Zidan dan teman wanitanya itu buat di dalam bilik. Dia sempat membalas
senyuman Anita, sambil matanya memandang tepat kearah daun pintu bilik Khaled
Zidan.
Anita
tersengih dan akhirnya tercetus gelak tawa mereka berdua. Baru berkenalan tidak
sampai sehari tetapi dia dapat merasakan
seolah-olah mereka sudah mengenali bertahun lalu.
“Cakap
dengan boss you tu I kat luar ni bukan
tunggul. I datang sini atas arahan dan temujanji yang sudah dibuat lebih awal.
Kalau dia tak mahu di interview tak
payahlah membazirkan masa orang lain. Bagi orang macam I ni masa amat penting.
I kena bekerja untuk hidup.
“Dia
tak apalah, anak orang kaya tak payah buat kerja harta mak bapak tak habis
tujuh keturunan,”dia memang marah dan geram. Kalau ada lelaki itu didepannya
sekarang mahu lelaki itu sudah selamat dikerjakannya.
Anita
tersenyum. Beberapa minit kemudian dia
menghilang masuk ke dalam bilik Khaled Zidan. Di pintu tertera nama lelaki itu
sebagai Pengarah Urusan Kencana
Holdings. Huh langsung tiada tokoh menjadi pengarah urusan, dengusnya.
“Okey
Airis panggilnya.
“I
rasa boss dah ready untuk diinterview. Dia minta you ke bilik dia sekarang,” ujar Anita sebaik
saja dia keluar dari bilik bossnya. Dia lemparkan senyuman manis kepada tetamu
Khaled Zidan tengah hari itu.
“Thank you Nita. Err..sorry la kalau saya katakan Nita ni amat malang sekali dapat boss macam
boss Nita tu. Kalau ada kerja di tempat lain, better la Nita pergi kerja kat tempat tu. Hati pun senang sebab
tak bersubahat…” belum habis kata-katanya terdengar suara dari arah belakang.
“Macamana
dengan dosa orang mengumpat dan menuduh orang?” aik ada suara?Hish kenapa Anita
tidak memberi isyarat kepadanya sebentar tadi.Dia pandang Anita, bibir gadis
itu bergerak-gerak.
Memberi
isyarat dia tak sempat nak memberi
amaran bossnya itu tiba-tiba saja muncul dibelakang Airis.
“Err…
boss..” tergagap Anita dibuatnya.
“Beritahu
perempuan kat sebelah you tu, kalau nak cari rezeki buatlah cara nak cari
rezeki. Jangan nak mengumpat dan menuduh orang tak pasal-pasal. Sudah banyak
sangat ke pahala dia buat?” Airis mencebek.Geram apabila diperli oleh lelaki
itu.
“I
banyak kerja ni. Tolong jangan buang masa I,” Khaled Zidan sempat
menyindir.Cepat saja dia berlalu masuk
ke biliknya.Airis terpanggang. Aik..ni dah terbalik. Bukankah lelaki itu yang membazirkan masa hingga empat
jam. Bukannya dia.
Lambat-lambat
dia mengekori langkah Khaled Zidan masuk
ke bilik. Sebenarnya lebih kepada mahu menyaingi langkah Anita yang turut serta
melangkah masuk bilik berkenaan.
Sempat
lagi Anita berbisik dengannya tentang gadis yang berada dalam bilik ketuanya
itu. Kata Anita, gadis itu adalah kekasih Khaled Zidan.Kerap juga datang ke office semata-mata mahu menemui lelaki
itu.
Tetapi
kata Anita juga, bossnya itu ada pelbagai mood kalau datang Taufan Haiyan atau
taufan Katarina, sampai ke sudahlah gadis itu tidak dilayannya. Bila gadis itu
keluar pastinya dengan wajah cemberut.
“Apa
lagi membebel dibelakang tu. Mengumpat saja tahu kerja kau orang ni. I dengar
jangan kata I tak dengar apa yang kau orang umpat. Tolong jangan buang masa I,” sempat dia
memerli sebelum menghilang ke dalam office.
Airis
tersengih. Sekali lagi mereka terkantoi. Akhirnya terdengar gelak tawa mereka
berdua. Lucu..lucu apabila melihat wajah cemberut Khaled Zidan tadi. Dia
melangkah masuk ke office lelaki itu.
Anita
berdehem. Agak kelam kabut lelaki itu bangun dari sofa. Membetulkan rambut dan
kemejanya yang berkedut. Dia pandang Airis dan Airis pandang Anita. Sambil
mulutnya berkumat kamit.
“Sorry
boss,”
“It’s okey.
Hah baru sampai. Berjalan ke merangkak?,” soal Khaled Zidan. Dia berlalu ke
meja kerjanya. Aik marah? Desis Airis. Dia pandang Khaled Zidan.
“Kalau
I masuk awal tadi you tak sempat lak nak beramah mesra dengan cik ni,” dia
pamer senyuman sinis. Sempat lagi Airis memerli. Khaled Zidan tersengih. Dia
tahu apa yang difikirkan gadis itu kepadanya.
Airis
memerhati kekasih Khaled Zidan. Rambut
diblow perang . Mak aiii..seksi gila. Pakai baju tak cukup kain. Tak ada lengan
pula, dah nampak ketiak. Skirt pula Ya
rabbi… skirt paras paha. Pendek sangat
tu cik kak! Gumamnya.
Kalau
dia pakai macam tu agak-agaknya mama boleh pengsan tak?Hish jangan buat hal
Airis Ilmani Umur pun dah masuk tiga siries ada lagi ke orang nak tengok bila
dia buat comebackmacam tu.
Entah-entah
semua pakat bantai gelak.Tak pun depa pakat cakap dia dah buang tabiat nak
mampus.Airis..kau ni dah kenapa melalut
tak tentu pasal.
Cepat
saja dia melangkah ke meja Khaled Zidan.Dia mahu settlekan tanggungjawabnya
secepat mungkin. Tak ingin dia mahu berlama di situ. Nanti makin bertambah
dosanya. Sudahlah yang ada pun tidak tertanggung.
Kini,
dia berdiri tegak macam tiang bendera tak nampak tanda-tanda mamat sengal itu
mahu mempelawanya duduk.
“Errr..boleh
I duduk. Dah lama I berdiri macam askar berkawat ni tengah padang ni,” dia
bertanya. Takkan nak tengok saja dia tegak macam tiang lampu di situ.
Lelaki
didepannya tak memberi reaksi.Buat-buat pekak walhal dia yakin mamat sengal tu
boleh mendengar dengan baik. Rasanya lelaki itu bukan dari
kategori pekak.Kalau tidak, takkan dia terkantoi ketika membuat umpatan
berjemaahdengan Anita sebentar tadi.
Gadis
yang didakwa kekasih Khaled Zidan hanya memerhati tingkah laku mereka
berdua.Sesekali dia menyentuh tangan lelaki itu dan dengan selambanya lelaki
itu turut mengelus-ngelus jari jemari si kekasih.
Post a Comment
Pendapat?