BAB9
Nur
Indah termenung panjang. Sejak masuk ke office tadi, mood membuat kerja sudah
ke laut. Lelaki yang ditemui di luar kedai dobinya sebentar tadi membuatkan dia
menjadi nanar.
Malangnya
lelaki bernama Harris Danial itu langsung tidak mengenali dirinya. Isteri yang
dibuang selepas selesai eksperimen bodoh yang dibuat mereka. Dia cuba sedaya
upaya menahan diri agar lelaki itu tidak perasan dia adalah isteri yang
ditinggalkan dulu.
Nur
Indah mengeluh! Keluhannya entah yang ke berapa kali sejak dia masuk ke
officenya pagi ini. Makan minum langsung tidak dihiraukan. Nasi goreng yang
dibawa Chempaka pagi tadi hanya mampu dipandangnya. Dia langsung tiada selera.
Si kecil juga entah ke mana menghilangnya.
Mungkin juga berada di luar bersama pekerjanya. Nasib baik Iman Raykal tidak
banyak ragamnya. Si kecil itu senang dijaga.
Purse
dalam bag tangannya dicapai. Dia menarik keluar sekeping gambar yang dipotong
kecil. Gambar dirinya bersama Harris Danial yang diambil lima tahun lalu.
Ketika mereka masih bergelar kekasih.
Kekasih?
Layakkah dia digelar kekasih kepada seorang lelaki yang bernama Harris Danial? Dia
sendiri sukar mentafsir perhubungan singkat mereka. Kekasih atau sekadar teman
biasa.
Sehingga
kini dia masih tertanya-tanya, cintakah lelaki itu kepadanya? Masih ada cintakah
dia kepada lelaki itu selepas apa yang dilakukan Harris Danial kepadanya.
Namun,
akhirnya dia turut mengakui, Harris Danial tidak harus dipersalahkan.
Eksperimen bodoh itu adalah ciptaan mereka berdua. Jadi dia turut menyumbang kepada kebodohan itu.
Lima
tahun lalu dia adalah In. Gadis lepasan SPM yang bekerja di Bora-Bora Café.
Gadis yang masih mentah itu menyintai lelaki bernama Harris Danial. Dengan
lelaki itu dia mengenali erti cinta, erti kasih sayang.
Namun
menyintai lelaki itu juga membuatkan dia menyesal sehingga kini. Kalau boleh
diputarkan masa Nur Indah tidak akan melakukan
kerja gila itu.Menjadikan perkahwinan sebagai satu bahan mainan dan bahan
gurauan.
Perkahwinan
itu tidak lebih satu eksperimen cinta. Lebih kepada satu permainan antaranya dan Harris Danial.Tanpa
pukulan kompang dan kenduri-kendara dia dan Harris Danial bersatu. Lelaki yang
dia sendiri tidak mengenali latar belakangnya.
Yang
menjadi saksinya ketika itu adalah Haikal, teman karib Harris Danial dan rakan
sekerjanya, Zarima yang dia panggil Kak Ima.
Lelaki yang dikenali tidak kurang sebulan itu
akhirnya mengikat dirinya sebagai isteri. Berkahwin hanya untuk satu malam dan dua
hari selepas itu dia ditinggalkan. Dia isteri tak diingini.
Cuma
yang dia tahu keluarga Harris Danial bukan calang-calang orang di Malaysia,
bergelar Tan Sri dan Puan Sri serta mempunyai rangkaian perniagaan yang besar.
Kerja gila yang dilakukan itu langsung tidak diketahui
keluarganya.Tujuannya hanya suka-suka. Mahu mencuba keseronokan seperti remaja
lain, cuma yang membezakannya adalah perbuatan mereka itu halal disisi agama.
Pada
masa itu dia langsung tidak memikirkan risiko yang bakal diterimanya. Apa yang
dia fikirkan mahu menjadikan eksperiman
perkahwinan berkenaan menjadi satu kenyataan.
Perjanjian
tidak rasmi dilakukan antaranya dengan Harris Danial. Bersama hanya untuk satu malam dan selepas
itu mereka bebas membawa haluan masing-masing dan tidak perlu bertanggungjawab
antara satu sama lain.
Nur
Indah mengeluh. Dia masih ingat lagi kekecewaan ayahnya apabila dia berterus
terang mengenai pernikahan rahsianya. Sungguh! Dia tidak sanggup lagi untuk
merahsiakannya.
Cukup
dua hari dia menderita. Serba tidak kena dan rasa bersalahnya membuatkan dia
tidak senang duduk. Dia merasakan satu bebanan kerana terpaksa berpura-pura
bila berhadapan dengan keluarganya.
Nur
Indah masih ingat betapa suram wajah ayahnya ketika itu. Walaupun Encik Radzi
tidak menunjukkan sebarang reaksi dia tahu ayahnya sedih dengan tindakan tidak berakalnya.
“Indah
minta maaf ayah… Indah yang salah kerana melukakan hati ayah dan umi. Hukumlah
Indah kalau itu boleh meringankan rasa bersalah Indah,” Encik Radzi mengeluh.
Anak bongsunya membelakangkan dia dan isteri.
Encik
Radzi diam. Dia merenung wajah anak bongsunya. Kepala Indah diusap. Apa yang
dia rasakan sekarang? Sedih? Gembira? Marah? Atau geram dengan tindakan tidak
matang Nur Indah itu.
“Maafkan
Indah ayah,” esakan Nur Indah makin kuat. Indah kau bodoh! Kau betul-betul
sudah mengecewakan ayah.
“Ayah
maafkan… sekarang mana suami Indah?” soalnya.
Nur
Indah menggeleng kepala. Sudah dua hari dia tidak melihat Harris Danial. Selepas
bermalam, keesokan harinya dia ditinggalkan seperti perjanjian mereka.
“Mana
suami Indah?” makin kuat tangisan Nur Indah.
“Tak
tahu..”
Encik
Radzi mengeleng kepala. Tak tahu? Apa maksud anak gadisnya itu. Dia cuba
mencerna kata-kata itu tetapi dia gagal untuk mentafsirnya.
“Apa
maksud Indah? Ayah tak faham,” dia bertanya. Bahu si anak diusap lembut. Tumpah
sepenuh kasih sayang kepada si bongsu.
“Dia
tinggalkan Indah. Itu perjanjian kami. Bersama untuk satu malam,” antara dengar
tak dengar kata-kata Nur Indah.
Astagfirullah!
Allah.. Allah… mengucap panjang Encik Radzi mendengarnya. Dadanya terasa sebak.
Dia menangis. Di mana silapnya dia sebagai seorang ayah? Di mana iman. Terasa
sakit dadanya.
“Mana
iman Indah…ayah dan umi tidak pernah mengajar Indah buat macam tu. Kalau Indah
nak kahwin kami tak pernah menghalang tetapi kenapa Indah sanggup buat macam
ini,” Encik Radzi menahan sebak.
Anaknya
itu benar-benar mengguris hati tuanya. Anak yang ditatang bagaikan minyak yang
penuh, ditatang lebih daripada abang dan kakak akhirnyamengecewakan dia dan
isteri.
Nasib
baik isterinya, Puan Zakiah tahu menahu perkara ini. Dia nekad biarlah hanya
dia dan Nur Indah saja yang mengetahui pernikahan ini. Biarlah rahsia ini
menjadi rahsia buat sementara waktu.
Tidak
sanggup dia untuk memaklumkan berita ini kepada isterinya. Dia kenal sikap
isterinya dan dia pasti Puan Zakiah tidak mampu menerimanya Dia pasti isterinya
juga tidak menjangkakan kejadian ini akan berlaku.
“Cari
dia ayah mahu Indah dan dia dinikah semula. Ayah mahu walikan pernikahan anak
gadis ayah,” sayu saja nada suara Encik Radzi. Makin kuat tangisan Nur Indah.
Tangan si ayah digenggam kuat.
“Cari
dia nak… cari dia….hukum agama kita tidak boleh main-main. Ayah tak tahu status
perkahwinan Indah ni. Sah atau tidak Indah nikah tanpa kehadiran wali yang
sah,” beberapa kali dia usap kepala Nur Indah.
Keluhannya
dilepaskan. Anak..anak… kenapa sanggup kau lakukan semua ini? Di mana iman kau
nak, di mana nasihat yang ayah dan umi berikan selama ini? Pedih hatinya
melihat kekhilafan si anak.
Dua
hari kemudian Nur Indah ditemani Zarema dan Haikal dibawa ke pejabat agama. Nasib
baik Haikal dapat menghubungi Harris Danial yang ketika itu bersiap-siap mahu
pulang ke Kuala Lumpur.
Harris
Danial dibawa ke Pejabat Agama untuk
diakad nikahkan semula. Cukup simple. Dia hanya berbaju kemeja, bersongkok
manakala Nur Indah berbaju kurung kapas dan bertudung bawal, dia selamat
dinikahkan buat kali kedua.
Encik
Radzi tidak hadir. Tidak sanggup untuk menatap wajah si anak. Cukuplah dia
memberikan keizinan menikahkan anak gadisnya menerusi sekeping surat yang
diserahkan Hakikal. Mewakilkan kadhi.
Erat
dia peluk Zarima. Sebak rasanya sebaik saja akad selesai dibuat. Sepanjang doa
dibaca, airmatanya mengalir laju. Statusnya berubah tetapi hidupnya pasti tidak
akan sama lagi selepas ini.
Keesokan
harinya dia tidak bertemu lagi dengan
Harris Danial dan Haikal. Kedua-duanya bagaikan lenyap di dunia ini.
Namun
percaturan Allah tiada siapa yang dapat menduganya. Allah menunjukkan
kekuasaanNya. Dia terperangkap dengan eksperimen
yang dilakukannya itu. Siapa dia untuk menolak ketentuan Ilahi, siapa dia untuk
mempertikaikan percaturan Allah.
Puan
Zakiah tidak terkata tatkala dia memberitahu tentang kehamilannya. Tercebek-cebek
ibunya menangis apabila dia berterus
terang mengenai statusnya. Mengenai perkahwinan rahsianya.
Selama
sebulan Nur Indah menyimpan rahsia itu atas permintaan ayahnya tetapi apabila
dia disahkan hamil dia terpaksa berterus terang.Cuma ayahnya saja yang bersikap
tenang. Berita kehamilan Nur Indah di terima dengan tenang.
Firman
juga terduduk mendengarnya, menyalahkan diri sendiri kerana gagal menjadi
seorang abang yang baik.
Kakaknya,
Nur Zahraa beberapa kali menggelengkan kepala. Betapa beraninya si adik
membelakangkan keluarga sendiri.
Nur
Indah mengeluh.Ya Allah bodohnya dia. Mungkin juga waktu itu usianya terlalu
mentah iaitu 18 tahun. Hanya memikirkan keseronokan tanpa memikirkan kesan
daripada tindakannya itu.
Dan
kini di sudah merasai kesan itu. Matanya tertacap kepada raut wajah bayi
berusia seminggu itu, Iman Raykal bin Harris Danial. Bayi lelaki yang
dilahirkan selepas eksperimen perkahwinannya
dengan Harris Danial.
Namun,
segalanya terlambat. Benih Harris Danial sudah subur bercambah di dalam
rahimnya. Hanya kerana eksperimen pernikahannyadia
bergelar ibu muda.
Tatkala
dia mendapat tahu kehamilan itu, Harris Danial sudah jauh berlalu dari
hidupnya. Mahu menangis? Meraung? Tetapi untuk apa… kerana apa yang dilakukan
itu kerana kebodohannya sendiri. Jadi dia perlu dewasa untuk menanggungnya.
Bayi
itu memang mirip wajah Harris Danial. Boleh dikatakan saling tidak tumpah wajah
lelaki itu. Yang menjadi miliknya hanyalah hidung dan alis matanya. Terkedu dia
saat kelahiran itu.Ya Allah! besarnya hikmah-Mu. Desisnya.
Dia
teringat keluarganya menanggung malu atas perbuatan tidak matangnya. Seluruh
kampung mencaci umi dan ayahnya kerana tidak pandai menjaga anak sehingga dia
hamil tanpa suami.
Sabar
Indah.. sabar. Inilah balasan yang kau dapat kerana sikap tidak matang kau. Kau
perlu menerimanya kerana disebabkan tindakan kau inilah seluruh keluarga dan
sanak saudara kau turut menerima tempiasnya.
Walau
puas Puan Zakiah berkali-kali menjelaskan tentang perkahwinan Nur Indah dengan
lelaki kota yang dibuat secara senyap-senyap dan tidak dihebahkan kepada orang
kampung, ia masih belum mampu membersihkan aib seluruh keluarganya.
Nur
Indah terasa pipinya basah. Keluhan dilepaskan.
Kata-kata hinaan orang kampung masih terngiang-ngiang ditelinganya
hingga kini. Dia cuba untuk melupakan semua itu tetapi kelukaan yang diberikan
kepadanya begitu dalam.
Sejak
itu, ayahnya mengambil keputusan
berpindah. Meninggalkan kampung halaman mereka di Taiping. Meninggalkan
satu-satunya rumah warisan ayahnya dan membeli rumah baru di taman perumahan di
bandar Ipoh sehingga kini.
Semuanya
kerana Nur Indah. Semuanya kerana sikapnya yang tidak matang itu. Walaupun
saudara-mara menentang, ayahnya tetap dengan keputusan berkenaan. Sebagai
isteri, uminya langsung tidak membantah.
Bukan
kerana berkecil hati dengan orang kampung tetapi kata ayahnya, Nur Indah perlu
memulakan kehidupan baru dan dia mahu memberi kehidupan itu kepada anak gadisnya itu.
Lamunannya
berkecai. Dia kini berada di alam realiti. Lima tahun sudah berlalu. Dia kini
berada di dalam officenya. Kisah dukanya juga sudah jauh ditinggalkan. Namun
kehadiran semula Harris Danial kembali mengocak jiwanya, mengocak ketenangan
hatinya.
Selama
ini dia ingatkan dia mampu untuk berdepan dengan Harris Danial tetapi terbukti
hari ini, hatinya masih tidak kuat. Hatinya masih bergetar tatkala melihat
lelaki itu berdiri didepannya.
Airmata
disapu dengan tangan. Dadanya terasa sebak. Wajah ayah dan uminya terbayang
diruang matanya. Terbayang juga kesengsaraannya dalam membesarkan Iman Raykal
tanpa kehadiran si suami.
Namun dia bersyukur si anak membesar dengan
penuh kasih sayang. Tidak pernah si anak merasakan dia kekurangan kasih sayang.
Dia mempunyai datuk, nenek, bapa saudara yang membolehkan si anak menumpang
berteduh.
“Indah sudah jumpa Harris ayah… tapi suami Indah tidak
kenal Indah,” dia menekup mukanya di meja. Dia menangis lagi. Hiba rasa hatinya
tatkala melihat wajah Harris Danial tadi. Pandangan lelaki itu ternyata
kosong. Tiada tanda-tanda lelaki itu
mengenali dirinya.
“Indah
minta maaf ayah… Indah ingat Indah kuat untuk berdepan dengan Harris.
Rupa-rupanya Indah lemah. Indah bimbang dia ambil Iman daripada Indah nanti.
Tolong Indah ayah… tolong Indah umi. Indah takut,” semakin kuat tangisannya.
Dia seolah-olah mendengar suara ayahnya memberi nasihat.
Dia berpusing ke kiri dan kanan mencari-cari kelibat ayahnya tetapi yang ada
dalam bilik itu hanyalah dia seorang.
Nur
Indah menarik nafas dalam-dalam dan kemudiannya menghembusnya semula. Airmata yang mengalir dipipinya dikesat
dengan telapak tangannya. Dia seperti mendengar suara ayahnya tadi meminta dia
tabah, meminta dia kuat semangat.
Itulah
yang perlu dia lakukan sekarang. Dia perlu bangun demi Iman Raykal. Namun,
semangat yang membara sebentar tadi mulai malap apabila dia teringatkan kemunculan
Harris Danial secara mengejut itu dia menjadi lemah.
Akhirnya
dia kembali termenung.
Post a Comment
Pendapat?