BAB
10
SUDAH sejam Chempaka
melihat Nur Indah larut dalam menungan. Nasi goreng yang dibawanya dari rumah
pagi tadi masih lagi tidak disentuh oleh majikannya.
Dia
perasan sikap Nur Indah berubah selepas Nur Indah masuk kembali ke kedai selepas mencari Iman
Raykal. Berdepan masalahkah majikannya itu sehingga Nur Indah larut dalam
menungan panjang.
“Indah..”
panggilnya. Waktu itu dia melihat Nur Indah mengesat airmata yang membasahi
pipinya. Pertanyaannya langsung tidak berbalas.
“Indah
ada masalah ke.. tak nak kongsi dengan akak?” soalnya lagi. Nur Indah menarik
nafas dan kemudiannya menghembus kembali. Dadanya terasa begitu sebak.
“Anak
Indah mana kak?” tiba-tiba dia teringat kepada Iman Raykal. Selepas dia masuk
ke kedai tadi, anak bujangnya entah ke mana menghilang. Bimbang juga kalau dia
mengacau pekerjanya yang sedang bekerja.
“Ada.. tadi akak tengok dia dengan
Amran. Entah apa diorang buat akak pun tak tahu. Mmm.. Indah ada masalah ke.
Cerita pada akak, mana tahu akak boleh ringankan beban Indah.
“Masalah
dengan kedai ke?” Nur Indah geleng lagi.
“Indah
boleh percayakan akak. Insya-Allah walau berat mana pun masalah Indah, kita
cuba selesaikan perlahan-lahan,” Nur Indah tidak menjawab. Seperti tadi dia
masih menggeleng kepala. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu
berceritakan kisahnya kepada Chempaka.
“Kisah
Indah berselirat akak.. Indah tidak tahu nak bermula dari mana,” bisiknya
perlahan. Wajah Chempaka dipandangnya.
Chempaka
bukan saja pekerjanya malah gadis berusia 29 tahun itu sudah dianggapnya seperti
kakaknya sendiri. Dia menyenangi Chempaka dan kerap menjadikan gadis itu
sebagai rujukannya.
Namun
apabila berkait dengan kisah hidupnya bersama Harris Danial dia tiba-tiba
menjadi hilang punca.
“Indahhhh….”
Panggilan Chempaka mematikan lamunannya. Wajah itu masih menjadi sasaran
renungannya. Chempaka masih setia menanti Nur Indah membuka mulut bercerita
mengenai keresahan hatinya.
“Akak
tahu Indah ada problem.. Mata Indah
tidak mampu menipu Indah. Selama ini akak lihat Indah begitu ceria dan tadi pun
akak lihat Indah masih ceria. Tetapi sekarang, bukan saja wajah Indah tidak
berseri malah Indah asyik termenung,”
“Mmm..
akak tahu kan Indah ada anak?”
“Hish
Indah ni.. siapa pulak yang tak tahu Indah ada anak? Bukan ke Iman Raykal hero
Malaya akak tu anak Indah,” dia berjenaka. Nur Indah tersenyum.
“Mmm..
tapi akak tak tahu kan siapa papa Iman Raykal?” kata-kata itu membuatkan
Chempaka terkejut. Ahah.. selama ini dia tidak pernah terfikir mengenai papa
Iman Raykal. Lebih tepat lagi mengenai suami Nur Indah.
Kisah
hidup Nur Indah pun tidak banyak yang dia ketahui. Apa yang dia tahu, Gadis itu
tiada suami tetapi hari ini kata-kata majikannya itu membuatkan dia mula
terfikirkannya.
Sepanjang
setahun dia bekerja sebagai pembantu di
Indah Laundry dia tidak pernah melihat kelibat lelaki bergelar suami.
Meninggal dunia, bercerai atau
ditinggalkan, dia tidak pasti.
Firman
adalah abang sulung Nur Indah, bukan suami Nur Indah. Itu dia pasti kerana
hubungannya dengan Firman agak rapat kebelakangan ini.
“Sebelum
ini akak tak pernah terfikir mengenai husband Indah. Mmm.. bila Indah dah
bercerita barulah akak terfikir. Suami Indah tu masih ada lagi ke?” soalnya.
Yalah, selama ini dia tidak pernah melihat kewujudan suami Nur Indah.
“Indah
baru saja jumpa dia tadi ketika mencari Iman. Mmm dia tak kenal Indah kak. Dia
juga tidak pernah kenal dan tahu dia ada anak dengan Indah. Kewujudan Iman
Raykal langsung tak diketahui oleh papanya,” Nur Indah bercerita.
Sepanjang
bercerita beberapa kali dia mengelap air mata. Begitu juga dengan Chempaka, dia
turut mengesat airmata mendengar cerita yang disampaikan Nur Indah. Sedih betul
jalan hidup majikannya itu.
Dia
kagum dengan sikap Nur Indah. Majikannya itu begitu tabah mengharungi
kehidupan. Bergelar ibu muda pada seorang anak lelaki berusia lima tahun
ternyata tidak mematahkan semangat Nur Indah untuk meneruskan pengajian hingga
menggengam segulung ijazah dalam bidang perakaunan.
“Jadi
dia tak kenal Indah?” Chempaka ingin pengesahan. Nur Indah angguk. Apalah
malangnya nasib dirinya. Isteri tidak dikenali suaminya sendiri.
“Indah
kenal dia pun hanya untuk tempoh sebulan je. Kami berkahwin hanya untuk semalam
saja. Lepas tu, masing-masing tidak perlu bertanggungjawab. Boleh bawa haluan
sendiri. Indah tak sangka kerana eksperimen
itu Indah hamil dan lahir Iman Raykal,” Dia melihat Chempaka terkejut dengan
ceritanya.
Beberapa
kali pekerjanya menggeleng kepala bagaikan tidak menyangka Nur Indah boleh
melakukannya.
“Indah
menyesal kak.. bukan menyesal kerana melahirkan Iman tetapi Indah menyesal
membuatkan airmata seluruh keluarga Indah terutama umi dan ayah tumpah kerana
Indah,” Nur Indah sudah teresak.
Chempaka mengusap-usap bahu Nur Indah. Cuba
menenangkan majikan yang sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri.
“Apa
yang Indah nak buat sekarang? Nak jumpa dia dan minta dilepaskan?” soal
Chempaka.
“Indah
tidak tahu… abang Fir mahu Indah cari dia. Tapi Indah takut sangat kalau Indah
jumpa Harris, nanti dia tahu kewujudan anak Indah. Indah tak sanggup lepaskan
Iman pada dia. Iman Raykal anak Indah,”
“Iman
juga anak dia, Indah. Jangan lupa tu… Mahu tak mahu, suka atau tidak, Indah
perlu jumpa dia. Selesaikan masalah Indah dengannya. Kalau Indah mahu
dilepaskan, Indah cakap baik-baik dengannya. Tapi akak harap tak perlulah sampai
bercerai berai. Maybe Indah boleh
mulakan hidup baru bersamanya.
“Kita
mana tahu kan, mungkin jodoh Indah memang ditetapkan dengan dia. Sebab tu Indah
tidak pernah tergerak hati untuk ke pejabat Agama memohon fasakh. Nur Indah
mengeluh. Sukar mahu membuat keputusan yang terbaik untuk hidupnya.
“Indah
harus fikirkan. Mungkin tidak hari ini, esok atau lusa Indah jumpa dengan dia
juga,” Nur Indah mengeluh.
Memang
betul, kalau hari ini Harris Danial tidak mengenali Nur Indah mungkin esok atau
lusa lain pula jadinya. Mungkin time itu suaminya sudah menggali kembali
kenangan lima tahun lalu.
“Mmm..
akak nak ke depan dululah. Indah rehatlah. Kalau ada apa-apa nanti akak
panggil,” beritahu Chempaka.
Pantas
dia bergerak ke kaunter depan. Customer
yang tidak putus-putus itu membuatkan Amran sedikit kepenatan.
Selama
ini tugasnya hanya mengendalikan mesin cucian tetapi disebabkan NadirahMC dan Sarena bercuti membuatkan Amran
terpaksa mengambil alih tugas mengendalikan mesin cucian kain.
“
Lepas ni akak nak minta tolong Amran gosokkan semua baju yang sudah dikeringkan ini. Lepas tu
lipat dan letakkan dalam plastik. Tampal nama dan nombor telefon pada semua
plastik baju tu. Senang kita nak call customer bila sudah siap nanti,” Amran
angguk.
Kalau
Chempaka tidak menyuruh pun, dia akan lakukan memandangkan hanya dia dengan
Chempaka saja yang bekerja di kedai hari ini.
“Okey.
Apa lagi yang akak nak suruh saya buat,” soalnya. Amran baru berusia 19 tahun
tetapi dia tidak seperti remaja lain yang asyik memikirkan keseronokan dunia
remaja. Amran mempunyai wawasan untuk maju.
Remaja itu memang bercita-cita tinggi.
Hasratnya mahu membuka perniagaan sendiripada masa depan. Jadi, dia menjadikan Nur Indah sebagai idolanya. Dia
memang kagum dengan Nur Indah. Majikannya itu baru berusia 23 tahun tetapi
sudah mempunyai perniagaan sendiri.
“Mmm..
belikan kak Indah mee kungfu kegemaran Kak Indah boleh? Akak kasihan pada kak
Indah tu. Sejak tadi belum makan-makan,” Lamunan Amran berkecai. Bayangan wajah
Nur Indah lenyap dibenaknya. Dia angguk. Bukan susah pun, restoran pun tidak
jauh dari kedai dobi mereka.
“Okey..nanti
dah siap kerja ni, saya beritahu akak. Mmm.. tadi saya nampak Kak Indah dengan
seorang lelaki kat luar kedai tu. Handsome sangat kak.. Iman pun nampaknya
begitu mesra dengan lelaki itu. Suami kak Indah ke,” soalnya ingin tahu.
Chempaka jengkel mata kepada Amran.
“Hish
kamu ni. Mengintip boss pula ye?” Amran sudah tergelak. Kelakar dia mendengar
kata-kata Chempaka.
“Mana
ada akak.. saya terlihat tadi. Bukan sengaja pun. Tapi betullah ye, itu suami
Kak Indah? Patutlah anak dia handsome, papa dia pun handsome dan macho. Saya
lihat lelaki tu bukan sebarangan orang. Paling tidak pun anak orang kaya tu,”
beritahu Amran apa yang dia lihat sebentar tadi.
“Handsome
sangat ke lelaki tu?” Chempaka bertanya. Teringin dia juga mahu melihat lelaki
yang dikatakan kacak dan handsome itu. Selebihnya, sekadar ingin tahu pandangan
seorang lelaki kepada lelaki lain.
“Handsome
kak.. macho lagi. Ada kereta Mercedes benz sport pulak tu. Mesti dia
ni
anak Tan Sri tak pun
anak datuk,”
“Hish
kamu ni. Pakai kereta mewah je mesti kata anak orang kaya. Anak datuk, anak Tan
Sri. Anak orang miskin tak boleh pakai kereta mewah ke?Tipikal orang kita,
memang macam ni,” Amran hanya tersengih mendengar bebelan Chempaka.
“Kamu
pun layak pakai Volvo atau Mercedes macam tu asalkan kamu bersungguh-sungguh
dan mahu berubah dalam hidup,” kata Chempaka. Sambil-sambil tu memberi nasihat
berguna kepada remaja berkenaan.
“Tapi
betul ke itu suami kak Indah?” lagi sekali dia bertanya. Sekadar ingin tahu,
bukannya mahu menyibuk tepi kain majikannya. Tapi dia dapat merasakan lelaki
yang dilihat tadi itu ada kaitan dengan Nur Indah.
“Akak
sendiri pun tak tahu lelaki yang kamu kata tadi tu betul-betul suami Indah atau
tidak. Akak mana kenal suami dia. Kalau nak tahu tanyalah boss sendiri.
Untung-untung dia bercerita dengan kamu nanti,”
Amran
tersengih sengit.
“Pandailah
akak.. silap hari bulan Kak Indah pelangkung saya nanti,”
“Tahu
pun kamu…” dihujung kata-katanya dia sudah ketawa sendiri.
“Akak
ni kalau melayan kamu mesti kerja akak tak jalan. Akak ke depan dulu, tu
customer nak hantar baju untuk dicuci. Sambil-sambil tu kamu tengok-tengokkan
Iman Raykal tu. Entah apa yang dia buat sejak tadi.
“Nanti
dikacau mama dia pulak. Kak Indah tengah busy
kat office tu nak siapkan paper work untuk dihantar ke bank esok,” Amran angguk. Tahu sangat
dia kesibukan Nur Indah merangkap bossnya itu.
Dia
mengerling kearah Iman Raykal. Memanjang sibuk dengan lori mainan yang dibawa
dari rumah. Anak kecil itu pandai membawa dirinya. Jarang menyusahkan dia atau
pekerja lain.
Lama
dia renung si kecil… makin direnung makin dia melihat wajah lelaki yang
dijumpai sebentar tadi.
“Orait kak..apa-apa akak roger saya nanti. Nak
pi jemur kain ni sat,” Tangannya pantas saja menyambar bakul kain berhampirannya.
Chempaka tersenyum mendengar dialek
Amran. Apa nak dihairankan kerana lelaki itu asalnya dari Perlis dan
sesekali ada juga terkeluar juga bahasa ibundanya.
Post a Comment
Pendapat?