BAB 8

“Lambat sampai hari ni Indah..” Chempaka bertanya sebaik saja melihat Nur Indah membuka pintu kedai. Nur Indah melemparkan senyuman sambil melirik matanya kearah Iman Raykal yang berjalan tidak jauh dari sisinya.
            “Mmm.. lambat sikit kak. Hero tu yang lambat. Ada saja kerenah dia,” balas Nur Indah. Chempaka tersenyum. Tangannya melambai kepada Iman Raykal yang masih belum nampak tanda-tanda untuk masuk ke kedai mamanya.
Sejak tadi dia asyik dengan guli yang dibeli Abah Firnya.  Sekejap dilempar..sekejap dikutip kembali. Biasanya begitulah kalau Iman Raykal datang ke kedai ibunya.
Dia lebih gemar merayau ke kedai sebelah dan kebetulan pula owner kedai itu, Kak Zana gemar melayan kerenah Iman Raykal. Kalau tidak ke kedai Kak Zana, Iman Raykal mengunjungi kedai toys bersebelahan dengan kedai Nur Indah. Leka dia disitu bermain dengan pelbagai permainan.
“Hero Malaya Auntie Cham dah sampai. Jom..jom.. Auntie masak mee goreng tadi untuk hero untie ni. Nak makan tak?” Dia keluar menghampiri Iman Raykal. Namun anak kecil itu langsung tidak menyahut atau membalas kata-katanya. Dia begitu asyik menilik guli yang dilemparkannya.
                 “Tak apalah Kak Cham.. tak payah fikirkan hero akak tu. Nanti dia penat dia pandai  cari jalan masuk kedai,” Nur Indah berlalu meninggalkan Iman Raykal. Chempaka turut mengikut majikannya itu masuk ke ruang kedai.
            “Tak apa ke biarkan dia main sorang-sorang kat luar?” soal Chempaka sedikit gusar. Sekarang ni tak boleh lepa, manusia jahat ni lebih ramai daripada manusia baik. Nanti tak pasal-pasal jadi kes culik. Hish.. seram dia memikirkannya.
            “Akak ni, macam tak biasa si Iman tu bermain diluar. Kalau dia datang sini mana lagi dia nak pergi kalau tak ke kadai Kak Zana atau ke kedai Mei Lan tu. Tak payah akak risaulah.
 Nanti bila dia dah penat, dia dah jemu kat situ pandailah dia balik cari Indah,” Nur Indah berlalu ke belakang menuju ke pejabatnya.
“Indah ada kat office kalau ada orang cari,” laungnya apabila melihat Chempaka masih lagi didepan pintu mencari kelibat Iman Raykal.
Dia mula menyibukkan dirinya. Sudah lama dia tidak menyiapkan akaun syarikat. Kalau mahu membuat pinjaman, akaun syarikat perlu lengkap. Dia hanyut dengan kesibukannya.
            Lama Chempaka termanggu di situ. Beberapa kali dia menjengah ke luar premisnya tetapi kelibat Iman Raykal tidak juga kelihatan. Cepat saja dia menuju ke office Nur Indah.
Ketika dia menjengah ke bilik Nur Indah, majikannya itu  sibuk mengemas kini fail yang bertimbun diatas mejanya.
            “Akak pula yang risau ni. Mana pergi anak Indah ni,” Chempaka membuka pintu office majikannya. Nur Indah yang asyik membuat akaun syarikat sedikit terperanjat mendengar suara Chempaka. Ditilik jam ditangannya.
“Anak Indah takde kat depan ke?” soal Nur Indah. Chempaka geleng. Kelasakan Iman Raykal memang tak boleh dipertikaikan.
“Kena culik kot?” Chempaka menampar mulutnya sendiri. Hish tak boleh berkrompomi langsung mulut ni. Ada saja nak bercerita. Desisnya. Bulat mata Nur Indah mendengarnya.
“Agak-agaklah akak.. Indah ni bukan orang kaya sampai anak bujang Indah tu nak kena culik,” dia ketawa berdekah-dekah. Lucu pun ada juga.
“Aik Indah ni.. gelak-gelak pulak. Orang nak culik bukan kira anak orang kaya atau miskin. Sekarang ni Indah tak dengar berita dalam TV  tu, ada saja budak-budak yang kena culik. Mak bapak dia pun takde pula dilaporkan anak jutawan,” balas Chempaka.
Kata-kata Chempaka membuatkan  Nur Indah hilang konsentrasi pada kerjanya. Cepat fail didepannya ditutup. Betul juga kata Chempaka, orang nak culik tidak kira anak orang kaya atau miskin. Janji dia dapat duit mudah.
Cepat dia beredar dari biliknya. Chempaka turut mengekori langkah majikannya. Kakinya diatur ke bahagian depan. Mana tahu Iman Raykal ada diruang itu bersama pekerjanya.
            “Ke mana pula dia pergi ni?”gumamnya bila melihat kelibat anak bujangnya tidak kelihatan. Dia dah jadi cuak bila mendengar kata-kata Chempaka sebentar tadi. Chempaka menggeleng kepala.
            “Nad ada nampak Iman?” soal Nur Indah kepada Nadirah yang sibuk memasukkan baju ke dalam mesin pencuci. Amran yang duduk berhampirannya turut berpaling bila mendengar suara Nur Indah.
            “Tak kak.. tadi saya nampak Iman ada kat luar tu. Main guli, tapi bila saya pusing lagi, kelibat Iman dah tak ada,” beritahu Nadirah. Amran turut menggeleng kepala.
            “Tak nampak akak..” Amran bersuara.
            “Tak apalah.. Nad buat kerja dulu. Biar akak cari si Iman. Dia ni, kalau nak pergi mana-mana tak pernah nak beritahu,” geram hatinya. Nadirah angguk. Cepat saja dia angkat kaki dari situ.
             Kata-kata Chempaka sebentar tadi masih menusuk dijiwanya. Kakinya melangkah masuk ke kedai bersebelahan mencari Iman Raykal. Kak Zana kata hanya sekejap saja Iman Raykal datang ke kedainya, lepas tu menghilang.
Nur Indah sudah mulai cuak. Janganlah terjadi apa-apa pada anak bujangnya itu. Kakinya melangkah pula ke kedai toys yang kerap menjadi kunjungan Iman Raykal. Doanya agar si kecil ada di sana.
Tetapi melihat wajah Mei Lan apabila ditanya mengenai Iman Raykal, dia sudah tahu jawapannya. Iman Raykal tidak singgah pun di kedai kegemarannya tadi.
            Melilau dia mencari kelibat Iman Raykal. Tadi ketika dia masuk ke kedai, anak bujangnya asyik melemparkan guli tetapi sekarang, kelibat anak terunanya langsung tidak kelihatan. Dia jadi cemas tiba-tiba. Diperhati ke kiri dan kanan, kalau-kalau ternampak Iman Raykal. 
Beberapa kali dia berpusing tetapi Iman Raykal masih tidak dijumpai. Selama ini bukan tidak pernah dia membiarkan Iman Raykal bersendirian diluar, bermain berseorangan tetapi tidak pernah pula terjadi kes sebegini.
Dia jadi cuak tiba-tiba. Pelbagai gambaran buruk melintas dibenaknya. Adakah anak terunanya diculik? Hatinya jadi walang.
            “Mama.. mama..” eh itu macam suara Iman Raykal. Dia berpusing ke belakang dan kelihatan Iman Raykal meluru kearahnya. Di tangannya ada semangkuk kecil ice cream berjenama wall.
            “Iman ke mana tadi? Puas mama cari. Jangan buat mama macam ni. Hilang tak beritahu mama. Ni ais cream ni.. Iman ambil kat mana?” macam peluru berpandu  soalan keluar dari bibirnya.
 Iman Raykal menayang wajah seposennya. Langsung tidak berbekas mendengar bebelan Nur Indah sebaliknya begitu asyik memasukkan ais cream ke dalam mulutnya.
            “Hish… geramnya mama.. meh sini mama nak piat telinga tu sikit. Nakal sangat. Degil pun ada,” Iman Raykal cuba melepaskan diri tapi Nur Indah lebih pantas. Cepat saja tangannya singgah ke bahu anak kecilnya.
            “Lain kali jangan buat mama risau… hish.. geramnya mama..” dia tidak habis-habis membebel.
            “Assalamualaikum.. sorry kalau buat puan bimbang tadi. Saya jumpa anak puan ni kat luar. Saya bawa dia ke kedai seberang jalan tu, belikan dia ice cream.” tiba-tiba satu suara kedengaran dari arah belakang. Hish, kenapa dia tidak perasan ada orang lain di belakangnya.
Pantas saja dia berpusing. Matanya terbeliak memandang wajah lelaki yang menyapanya.  Matanya dipejam celik beberapa kali untuk mengesahkan identiti lelaki berkenaan.
Lelaki yang menyapanya mempamerkan senyuman manis. Dia mahu menangis.  Betul ke lelaki yang tersenyum manis itu suaminya. Harris Danial? Kornea matanya semakin bulat. Tadi mungkin ada keraguan tetapi bila kornea matanya dibesarkan, sah! Itu Harris Danial.
Dia sekarang ni  bukan setakat mahu menangis tetapi dah sampai tahap mahu meraung.  Bukan susah pun nak mengenali suami ‘semalamannya’ itu.
Harris Danial tidak banyak berubah. Kalau berubah pun dia melihat perubahan positif. Kata orang berubah  menjadi lebih macho dan handsome. Sempat lagi hatinya berkata-kata.
Dia bepaling kearah lain. Ya Allah.. mengapa perlu lelaki itu muncul didepan matanya. Nur Indah sudah meraung.  Namun raungannya itu tidak mampu diluahkan  Tiba-tiba dia terasa mahu demam.
Lelaki itu turut memandangnya.  Nur Indah jadi kalut tiba-tiba. Adakah Harris Danial masih mengenalinya? Wajah mereka bertatapan seketika sebelum Nur Indah menundukkan mukanya.
 Dia cuba untuk bersikap tenang. Dikawal perasaannya agar tidak nampak terlalu ketara di mata Harris Danial.
“Anak puan ke ni?” tiba-tiba dia memandang kearah Iman Raykal. Nur Indah tidak mampu bersuara. Dia hanya mengangguk.
“Minta maaf saya nak masuk kedai dulu. Err.. berapa harga ice cream ni?” dia tidak jadi masuk ke kedai dobinya. Teringat dia ada duit balance dalam poket jeans yang dipakainya. Hajatnya mahu membayar harga ais cream yang dimakan anaknya.
“Tak payahlah puan.. saya belanja. Bukan mahal sangat pun benda alah ni,” dia menolak lembut. Betul..bukannya harga berpuluh ringgit pun sampai perempuan didepannya itu perlu membayarnya.
Lagipun dia secara sukarela  membeli ice cream dan bukannya anak kecil itu yang memintanya tadi.
“Nama pun belanjakan…err apa nama handsome boy ni?” Matanya beralih kepada Iman Raykal yang sejak tadi langsung tidak mempedulikan ibunya bersama lelaki berkenaan. Matanya terpacak kepada kereta mewah yang menarik minatnya sejak tadi.
Cepat saja si kecil menapak kearah kereta berkenaan. Dia menyentuh badan Marcedes Benz  sport miliknya dengan tangan kecilnya.
Bulat mata Nur Indah. Hish, budak ni, kereta tu mahal nak woiii… kalau rosak, tercalar kat mana mama nak cekau duit menggantikannya.
Dia lambai Iman Raykal, mahunya si kecil itu menghampirinya. Beberapa Nur Indah buat muka garang, barulah si anak bujangnya bergerak kearahnya. Wajah si kecil usah dikata, masam semasamnya. Protes dengan arahan mamanya sebentar tadi.
“Tak apa puan.. takde calarnya kereta saya tu. Kalau calar pun banyak bengkel kereta. Hantar saja kat situ nanti.  Tak payah puan bimbanglah,” Harris Danial bagaikan memahami kebimbangan si ibu. Dia senyum kearah Nur Indah.
“Siapa nama handsome boy ni?” lagi sekali dia bertanya. Kali ini dia tujukan kepada si kecil itu sendiri. Dah si emak tidak mahu menjawab, terpaksalah dia bertanyakan kepada tuan empunya diri.
Iman Raykal tersengih. Suka benar dia orang mengatakan dia handsome. Kecil-kecil dah perasan, desis Nur Indah.
“Errr.. Iman.. Iman Raykal,” Indah bersuara. Terpaksa pun ada.  Dilirik kearah pintu kedainya yang terbuka. Chempaka sudah melambai-lambai kearahnya. Memintanya supaya masuk ke dalam kedai.
            “Encik…”
            “Harris Danial. Panggil saja Harris,” gulp! Nur Indah menelan air iurnya. Sangkaannya sebentar tadi tidak tersasar. Lelaki yang pernah bersamanya untukmelakukan eksperimen gila itu  kini berada didepan matanya.
 Lelaki yang bergelar papa kepada Iman Raykal muncul selepas lima tahun berlalu. Dadanya terasa sebak. Matanya mula berkaca.
            “Saya Nur.. puan Nur..” dia memperkenalkan dirinya. Biarlah lelaki itu hanya mengenalinya sebagai Nur. Tidak sanggup dia memberitahu dialah gadis yang dikahwini lelaki itu lima tahun lalu.
            “Saya gerak dulu,” Nur Indah sudah bersedia untuk berlalu dari situ. Kegugupan Nur Indah membuatkan Harris Danial tertanya-tanya.
            “Err..errr saya kenal puan ke?” entah mengapa Harris Danial merasakan dia mengenali wanita didepannya itu. Wanita daripada masa silamnya mungkin. Sejak tadi dia memerah otak mencari kalau-kalau ada wanita yang dikenalinya berpangkalkan nama Nur tetapi sampai ke sudah dia gagal mengingatinya.
            “Emm.. saya rasa ini first time saya jumpa Encik Harris.
“Kenapa? Encik pernah jumpa saya ke?,” soalnya. Dia melihat Harris Danial menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Entahlah.. tapi wajah Puan Nur seperti pernah saya lihat,” perlahan saja suaranya. Nur Indah diam.
“Mungkin pelanduk dua serupa tu. Encik pernah dengar kan wajah kita ni seiras dengan enam lagi wajah lain didunia ini,” entah macamana dia boleh terfikir benda alah itu.
Dia lihat lelaki itu hanya mengangguk. Mungkin sedang mencerna kembali apa yang diperkatakan Nur Indah.
Pantas saja Nur Indahmenarik tangan si kecilnya. Tidak sanggup dia mahu terus berlama di situ. Memang pasti, Harris Danial langsung tidak mengingati dirinya. Namanya juga tidak pernah mendapat tempat dihati lelaki itu.  
Iman Raykal menghampiri Harris Danial. Cepat saja si kecil itu memeluk tubuh lelaki itu. Bulat mata Nur Indah melihat gelagat Iman Raykal.
            “Imann…” sekali lagi dia menarik tangan anak terunanya. Huh, tindakan Iman Raykal membuatkan hatinya hangat tiba-tiba. Manja pula anaknya hari ini. Biasanya Iman Raykal agak sukar untuk bermesra dengan orang asing.  
Byeuncle..tima kasih belikan Iman ice cream. Nanti belikan Iman lagi tau,” sempat lagi Iman Raykal meminta daripada Harris Danial. Cepat juga pipi anak kecilnya itu dicubit. Geram betul dia. Selalunya Iman Raykal tidak pandai meminta-minta. Hari ini lain pula kisahnya.
“Iman ni.. minta ice cream dengan orang ni. Kalau nak mama boleh belikan. Macamlah mama takde duit nak belikan Iman,” marah Nur Indah. Bahu si kecil dicubitnya. Iman Raykal buat-buat muka tak faham. Dia masih lagi tersengih. Suka benar dia pada uncle yang baru dikenalinya.

            “Nanti uncle belikan ice cream ye?” Iman Raykal meminta lagi. Nur Indah mendengus kuat. Bila-bila masa dia akan bertukar  menjadi Ultraman Taro.

“Iya sayang.. kita jumpa lagi nanti uncle belikan ice cream,” dia tunduk sedikit kepalanya kepada mama Iman Raykal. Macam ala-ala rakyat Korea dan Jepun tu. Tanpa berpaling Nur Indah tarik lengan Iman Raykal, nasib baik tak tersembam si kecil itu dibuatnya.
Sempat lagi si kecil melambaikan tangannya.
            Harris Danial turut melambaikan tangannya kepada Iman Raykal. Dia sedikit geram dengan sikap mama Iman Raykal yang pada pandangannya agak kasar dengan kanak-kanak itu.  Harris Danial berlalu menuju ke kereta Mercedes  Benz sport miliknya.
Hajatnya mahu masuk ke Indah Laundry untuk menghantar pakaian kotor yang dibawanya tidak menjadi. Ditilik jam dipergelangan tangannya. Jarum sudah menunjukkan angka 11 pagi.
Ada sejam lagi sebelum meeting bersama staff bawahannya diadakan. Pantas saja alarm kereta dibunyi dan beberapa saat kemudian kenderaan mewah itu menderum membelah jalan raya.