BAB
7
“Indah
dah nak ke kedai ke?” Firman yang baru menjengah ke ruang dapur bertanya. Nur
Indah yang ketika itu leka menyediakan sarapan terperanjat dengan kemunculan
tiba-tiba Firman.
“Mmmm..
rasanya macam tu lah. Hari ini Indah, Kak Cham dan Amran saja kat kedai. NadirahMC. Demam. Kak Ena pula ambil cuti.
Katanya ada hal semalam. Abang tak kerja ke hari ni?,”
Tangan
Nur Indah masih ligat menyapu planta pada roti. Makanan kegemaran Iman Raykal.
Sempat lagi dia mencari-cari kelibat anak bujangnya yang masih tidak kelihatan
di ruang dapur.
“Rasanya abang nak cuti la hari ni. Saja je nak rehatkan
badan. Indah tinggalkan saja Iman pada abang. Dalam tengah hari nanti abang
bawa Iman ke kedai,” Firman memberi cadangan. Sebelum dia masuk ke ruang dapur
tadi, sempat dia menjengah bilik tidur anak saudaranya itu. Iman Raykal masih
lena.
“Patutlah awal pagi dah nak gerak. Staff MC rupanya. Sakit apa si Nadirah tu,”
abangnya itu agak rapat dengan pekerja kedainya. Nadirah baru berusia 19 tahun,
manakala Kak Cham atau Chempaka hampir sebaya dengan usia abangnya.
Ada
juga dia cuba kenen-kenenkan mereka berdua tetapi buat masa ini Kak Cham agak
liat sikit. Pemalu sangat dia ni. Abangnya nampak berminat dengan Kak Cham,
tetapi berdegil mahu mencuba nasib sendiri. Lantak kaulah abang Fir, janji tak
merana nanti.
“Kan Indah dah cakap tadi. Si Nadirah tu demam. Semalam
pun badan dia dah panas. Batuk-batuk, Indah suruh dia pergi ke klinik. Tapi
abang tahulah Nadirah tu, takut benar nak jumpa doktor. Bimbang sangat kena
cucuk,”
Firman
sudah tergelak. Dia kenal sangat perangai Nadirah yang sudah dianggap seperti
adiknya Indah.Nadirah tu cengeng macam adik bongsunya juga ketika usia seperti Nadirah.
Tiba-tiba
dia terasa rindu dan mahu kembali lima tahun kebelakang. Ketika adik-adiknya,
Nur Indah dan Nur Zahraa masih remaja.
“Apa yang abang menungkan tu?” tiba-tiba Nur Indah
menepuk bahu Firman. Cepat saja dia mengusap dadanya. Mata dijengkel kepada Nur
Indah yang sudah tergelak-gelak. Sejak tadi adiknya itu agak busy di dapur.
Menyediakan roti bakar, menggoreng nasi dan membancuh air.
“Minum bang… kalau nak termenung pun janganlah didepan
rezeki. Bukan saja rezeki hilang tapi jodoh abang pun liat nak datang,” Nur
Indah melawak. Apa kena rezeki dengan jodoh pula?
Firman
mengerutkan dahinya. Berfikir.
Kerutan
didahi abang sulungnya mengundang tawa Nur Indah. Ketawanya terhenti apabila
melihat anak bujangnya muncul di ruang dapur. Iman Raykal menarik kerusi
bersebelahan bapa saudaranya.
“Abah…” panggilnya. Pantas sekeping roti yang sudah
disapu planta oleh mamanya dicapai dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Anak lelakinya sudah mandi dan siap berpakaian. Firman yang leka menyuap nasi goring ke
mulutnya memandang Iman Raykal.
“Ada apa sayang?” matanya dihalakan kepada anak
saudaranya. Menunggu butir bicara Iman Raykal. Hairan juga dia melihat Iman
Raykal sudah bersiap awal sedangkan ‘Smart Kids’ tempat anak saudaranya
bersekolah ditutup kerana cuti hujung minggu.
“Semalam kan… cikgu Nisha ajar Iman nyanyi. Best sangat.
Tapi kan…” belum sempat Iman Raykal menghabiskan ayatnya Nur Indah sudah
menyampuk. Dia tahu apa yang mahu disampaikan
anaknya kepada Firman.
“Mmm..minggu depan kita balik kampung nak? Jumpa atuk,
jumpa nenek… err jumpa…” dia tidak menyambung kata-katanya.
“Kita jumpa Una dengan Iffan.. wah bestnya..bestnya..
sayang maamaaa…” Iman Raykal sudah menjerit keseronokan. Dia melompat
kegembiraan. Sebut saja nak balik kampung dia sudah teruja.
Dia
memeluk Nur Indah kemas-kemas sebagai tanda dia begitu gembira dengan kata-kata
ibunya sebentar tadi. Nur Indah tersenyum. Jeratnya sudah mengena. Dia sanggup
balik kampung daripada menjawab soalan yang dia sendiri tiada jawapan.
“Indah cakap minggu depan busy. Nak buat paper work.
Sempat ke siap kalau Indah balik kampung. Pihak bank kan nak minggu ni. Tak
boleh ke Indah balik bulan depan? Abang Fir pun boleh ikut sekali nanti” soal
Firman.
Dia sudah dimaklumkan Nur Indah beberapa hari
lalu adiknya itu akan busy sepanjang minggu depan semata-mata mahu menyiapkan paper work yang diminta pihak bank.
“Kalau ikutkan sibuk memanglah sibuk, tapi Insya-Allah
Indah akan cuba menyiapkannya sebelum
bertolak ke kampung. Abang tak tengok ke Iman begitu gembira bila Indah cakap
nak balik kampung. Kasihan pula dia nanti, kalau Indah tak jadi balik,” beritahunya.
Sedangkan hakikatnya hanya dia seorang yang tahu. Dari bersoal jawab dengan
Iman Raykal tadi mengenai papanya lebih baik dia membuat cadangan balik ke
kampung.
“Kalau dah macam tu, tak apalah,” dia terus mengunyah
nasi goreng kampung. Masakan Indah memang superb. Adiknya ini bukan setakat boleh membuka
kedai dobi tetapi kalau dibuka restoran pun boleh tahan lakunya.
“Handsome hero Malaya abah ni. Nak ke
mana siap awal-awal ni” soalnya. Iman Raykal tersengih-sengih. Sukalah tu bila
dikatakan dia handsome dan hero Malaya. Budak-budak sekarang, kecil-kecil lagi
sudah perasan diri sendiri.
Tapi
anak bujangnya itu memang handsome.
Berkulit putih, berlesung pipit di sebelah kanan. Berhidung mancung. Terserlah
aura kelakian walaupun si kecil itu baru berusia lima tahun.
Bagaimana
kalau 20 tahun lagi, adakah anaknya itu bergelar playboy yang menjadikan wajahnya sebagai aset untuk memikat
gadis-gadis. Dia tiba-tiba menjadi takut. Takut kalau-kalau didikannya kepada
Iman Raykal selama ini masih lagi tidak mencukupi.
Tiba-tiba fikirannya melayang kepada Harris
Danial. Entah mengapa sekarang ini dia kerap memikirkan Harris Danial.
Keluhannya dilepaskan. Matanya tidak lepas-lepas memandang Iman Raykal.
‘Moga-moga
anak mama tidak seperti papa… hidup hanya berpaksikan keseronokan. Jangan ikut
jejak papa ye,’ doanya.
“Boleh
Iman ikut mama pergi work?” soalnya.
Sekali gus menjawab pertanyaan daripada Abah Firnya sebentar tadi. Sekeping
lagi roti dimasukkan ke dalam mulutnya. Roti yang penuh dalam pinggan tadi kini
sudah tinggal beberapa keping saja. Semua disapu bersih oleh Iman Raykal. Hantu
roti. Desis Nur Indah.
“Iman duduk rumah dengan abah. Teman abah Fir buat kerja.
Basuh baju, kemas bilik babah. Tengah hari nanti babah hantar Iman ke kedai
mama. Boleh?” soal Firman. Dia melihat wajah Iman Raykal berkerut.
“Alaaa… Iman dah janji dengan Auntie Cham nak main puzzle,” beritahunya. Nur Indah ketawa. Bila masa si
kecilnya itu berurusan dengan Kak Cham. Pelik dia.
“Cakaplah dengan Auntie
Cham.. sekarang Iman dengan abah Fir. Iman nak teman babah Fir mengemas dulu.
Lepas tu barulah Iman boleh datang ke kedai,” dia hulurkan handphonenya pada Iman Raykal. Sengaja mahu menyakat anak buahnya
itu.
“Alaaaaa... tak nak.. tak nak.. Iman nak main dengan Auntie Chamjuga. Main dengan Abah Fir
tak seronok,” Iman Raykal mulai sebak.
“Bila masa Abah Fir ajak Iman main? abah ajak Iman teman
kemas rumah,” Firman sudah tergelak bila melihat Iman Raykal hampir mahu
menangis.
Suka
benar dia mengusik anak buahnya itu. Nur Indah menepuk bahu abangnya. Geram
hatinya melihat telatah abangnya yang sudah bertukar watak menjadi budak-budak.
“Abang ni suka tau.. anak Indah tu sensitif. Kuat
menangis pun ye.. tak payah nak usik-usik dia lagi. Nanti tak pasal-pasal
dengan abang sekali Indah marah,” Iman Raykal sudah tercebik-cebik.
“Dah.. dah… Iman ikut mama. Cepat habiskan sarapan. Kalau
lambat mama tinggal Iman dengan abah Fir..” dia memutuskan. Iman Raykal sudah
bergerak memeluk tubuhnya.
Secepat
kilat si kecil bergerak ke sinki untuk meletakkan piring kotor dan berlalu ke
ruang tamu. Beberapa minit kemudian suara si kecil itu sudah tidak kedengaran
lagi.
“Indah…” panggil Firman. Nur Indah yang sedang membasuh
pinggan disinki memandang kearah Firman.
“Ada apa-apa yang abang nak cakap dengan Indah?” soalnya.
Entah mengapa dia merasakan ada sesuatu yang menganggu fikiran abang sulungnya.
“Sampai bila Indah mahu hidup berdua dengan Iman saja.
Sekarang ni tak apalah, abang masih ada.. umi dan ayah pun masih ada. Tapi
kalau kami tiada, hidup Indah macamana?” laju saja keluar dari mulut abangnya.
Macam ada satu kelegaan kepada abangnya selepas meluahkannya kepadanya.
“Abang dah tak sanggup tinggal di sini dengan Indah dan
Iman? Abang Fir dah tak sayangkan kami lagi?” soalnya bertalu-talu. Cepat saja
airmatanya mengalir membasahi pipi. Firman melepaskan keluhan.
Dia
sebenarnya serba salah. Umi dan ayah mahukan Nur Indah ke pejabat kadi
bertanyakan status perkahwinannya. Sudah lima tahun Nur Indah hidup
keseorangan, dia tidak mahu melihat adiknya menyepi untuk lima tahun lagi.
Cukuplah.
Adiknya masih muda, masih ramai jejaka yang mengintai adiknya untuk dijadikan
isteri.
“Jangan cakap macam tu dik.. sampai bila-bila pun kasih
sayang abang Fir, umi, ayah dan kak Zarra tidak pernah luak pada Indah. Cuma
kami bimbang masa depan Indah dan Iman nanti. Lupakan kisah lalu. Bina kembali
hidup Indah. Sampai bila Indah mahu hidup begini. Bersendirian membesarkan
Iman,” tulus dia bersuara. Dia amat bimbang dengan masa depan adik dan anak
saudaranya itu.
“Jadi abang mahu Indah buat apa?” soalnya.
“Cari jalan selesaikan masalah Indah. Kalau ke pejabat
agama boleh selesaikannya, mengapa Indah tidak ke sana saja. Jumpa pegawai dan
bincang dengan dia. Kalau perlu cari Harris Danial, kita cari. Abang sanggup
bantu Indah cari suami Indah,”
“Abang tak sanggup tengok Indah
terus hidup macam ni. Kalau jodoh Indah dengan
Harris hanydia sampai di sini, Indah kena reda.
Mungkin jodoh Indah dengan lelaki lain.Indah kena kuatkan sekuat
semangat untuk bertemu dengan dia.
“Kalau bukan untuk Indah mungkin untuk Iman. Sekarang ini
mungkin Iman belum bertanyakan mengenai papanya tapi esok, lusa siapa tahu,”
Nur Indah mengeluh.Anaknya itu sudah bertanyakan mengenai papanya. Abangnya
saja yang belum mengetahuinya. Desisnya.
Sanggupkah
dia mencari Harris Danial? Di mana dia
harus bermula? Dia langsung tidak mengenali keluarga, rakan-rakan Harris Danial…hanya…
tiba-tiba wajah Haikal, teman baik Harris Danial muncul dibenaknya. Hanya
lelaki itu yang dikenalinya. Itupun kerana lelaki itu menjadi salah seorang
saksi pernikahannya dengan Harris Danial dulu. Tapi di mana dia boleh menemui
lelaki itu?
“Setakat ini Indah bahagia hidup macam ni. Indah tak
perlukan lelaki lain dalam hidup Indah. Cukup ada abang, ayah dan yang penting
Indah ada Iman. Mungkin Indah akan bergelar isteri sampai bila-bila dan Indah
reda dengan status ini,” lain yang dia fikirkan, lain pula yang terkeluar dari
mulutnya. Firman mengeluh. Dia seakan sudah menjangka jawapan daripada adiknya
itu.
“Tapi..”
kata-kata abangnya itu dipotongnya.
“Abang
jangan risau.. Indah tidak akan mudah mengalah dengan hidup ini. Apa yang Indah
harapkan adalah doa supaya Indah terus mampu menongkah arus. Indah tak perlukan
orang lain dalam hidup Indah.
“Cukuplah
ada keluarga, ada anak Indah. Itu dah memadai buat Indah,” Nur Indah sudah
berlalu dari ruang dapur. Dia sudah terlambat untuk ke kedai dobinya. Tentu Kak
Cham tertunggu-tunggu kehadirannya.
“Indah
gerak dulu,” katanya menuju ke pintu. Di halaman rumah Iman Raykal sudah
menjerit memanggil namanya.
Dari
luar rumah dia melaung kepada abangnya meminta pintu gate ditutup semula. Malas dia mahu turun dan masuk kembali ke
kenderaannya. Beberapa minit kemudian Estimanya menderum laju membelah jalan
raya.
Post a Comment
Pendapat?