BAB
4
Harris
Danial terjaga dari tidur. Kebelakangan ini dia kerap bermimpi. Jalan cerita
dalam mimpinya adalah sama. Bayi lelaki yang mirip dirinya tersenyum
memandangnya dan selepas itu dia akan terjaga dari tidur.
Sejak
sebulan lalu hampir setiap malam dia terjaga sekitar jam 3 atau 4 pagi dan
malam ini juga sama. Ketika dia terjaga tadi, gambaran bayi lelaki masih lagi
terbayang-bayang diruang matanya.
Bayi
siapa yang dia lihat dalam mimpinya itu? Apa maksud mampi itu? Adakah ada
kaitan dengan dirinya? Seperti malam-malam
sebelumnya sejak beberapa tahun lalu, malam itu dia bermimpi lagi.
Namun,
kali ini mimpinya sedikit berlainan. Bayi yang muncul dalam mimpinya sudah
besar dan munculnya juga tidak berseorangan.
Ada seorang wanita bersamanya. Riang bergelak tawa.
Tetapi
wajah gadis itu terlindung
membuatkan dia tidak dapat melihat wajah
berkenaan dengan jelas. Siapa dia? Apa kaitan mereka dengan dirinya. Dia meraup
mukanya berkali-kali.
Adakah
mimpi itu hanya sekadar mainan tidur atau satu
petanda untuk dirinya. Siapa wanita itu dan siapa si kecil yang
tersenyum manis dalam mimpinya. Dia kenalkan mereka itu? Harris Danial
mengeluh.
Dia
bangun dan berlunjur kaki di katilnya. Fikirannya masih lagi menerawang
mengingati mimpi berkenaan. Tangannya mengambil kertas dan pen, lalu dilakarkan
apa yang terlintas dibenaknya.
Dia
melihat lakaran yang dilukis sebentar tadi. Gambar seorang budak lelaki yang
wajahnya mengingatkannya kepada seseorang. Dia menarik laci meja dan meletakkan
lakaran yang dilukis sebentar tadi.
Dia
mengeluh. Matanya membelingas melihat kearah dinding biliknya. Di situ
tergantung jam Jam dinding dalam bilik tidurnya menunjukkan angka 3 pagi. Dia
bangun dan menuju ke bilik air untuk berwuduk.
Dia mahu mengadu kepada Yang Mana Esa tentang keluh kesahnya.
Selesai
bersolat hatinya kembali tenang. Direbah badannya ke tilam. Hajatnya mahu
melelapkan mata barang sejam dua. Namun,
seperti hari-hari semalam, dia langsung tidak mampu lena.
Harris
Danial bangun dan membuka ipadnya. Membuka akaun facebook dan mula membaca status rakan-rakan.
Sesekali dia tergelak apabila membaca status teman karibnya, Haikal. Dari status
itu dia dapat menduga temannya itu sedang berbahagia dengan Zarima, gadis yang
pernah bekerja di Café Bora-Bora milik keluarga Haikal.
Tetapi
hairannya Haikal sampai sekarang masih belum mahu menamatkan zaman bujangnya.
Entah apa sebabnya, nak kata Zarima
tidak menerima cinta Haikal adalah mustahil kerana setiap hari temannya itu
bergayut dengan gadis itu.
Dia
berdoa yang baik-baik untuk Haikal dan Zarima. Haikal teman rapatnya sejak
kecil dan Zarima pula dikenalinya sejak lima tahun lalu. Mereka agak rapat.
Jadi, dia berharap ada jodoh antara Haikal dengan Zarima.
Dia
meneliti rakan-rakan dalam FBnya. Masih ramai yang online tika jam sudah masuk 4 pagi. Tak tidurkah lagi mereka? Sudah
tiada waktu siangkah untuk mereka sehingga waktu malam sebegini mereka masih
lagi aktif. Hatinya berdetik. Atau mereka juga bermasalah seperti
dirinya?.
Dia
lebih gemar menggunakan nama Jebat pada akaun FBnya. Bukan mahu menipu rakan di FB tetapi dia
lebih selesa tidak dikenali. Dalam dia
termenung itu, tiba-tiba Haikal menghantar mesej menerusi inbox.
‘Bro
tak tido lg ke?’ tulis rakannya.
‘Blm..
td dah tido tp tiba-tiba terjaga lak,’ beritahunya.
‘Kau
mimpi lagi ke?’ tekanya.
‘Mmm..’
pendek saja jawapan Harris Danial. Tak perlu dia mengulas panjang kerana dia
tahu Haikal sedia maklum mengenai mimpinya.
‘Mmm..
dah lama aku tak dengar kau bermimpi. Kali ni apa yang kau mimpikan?” tulis
Haikal lagi. Seketika kemudian Harris Danial membalasnya.
‘Aku
nampak baby lelaki. Dia tersenyum je pada aku. Tapi lately ni aku nampak ada wanita bersama budak tu. Malangnya tak
nampak pula wajah wanita tu,’ tulisnya. Hanya Haikal satu-satunya teman
rapatnya berkongsi masalah.
‘Kau
tak payah risau la. Aku rasa mimpi kau tu sekadar mainan tidur saja. Mungkin
kau penat sangat, sampai budak tu masuk dalam mimpi kau. Tak pun kau tak basuh
kaki sebelum tido. Hahahaa..’
‘Kurang
asam kau’ tulis Harris Danial lagi.
‘Habis
takkan kau nak pergi jumpa tukang tilik? Aku tengok kalau dia bagus mesti nasib
dia dah lama berubah’ Terjojol biji mata Harris Danial membaca tulisan Haikal.
Hish dia ni nak bergurau tak kena tempat.
‘Kalau
sekali mungkin aku tak kisah tetapi ni hampir setiap malam. Dulu dah berhenti
kejap tapi sekarang muncul semula. Mimpi yang sama pula.
‘Aku
risau la.. ada orang nak aniaya aku ke? Sebab kalau ikut tafsiran mimpi yang
aku baca mimpi budak-budak maksudnya tidak berapa bagus kan,’
‘Hish
kau ni. Khurafat semua itu. Dah la.. aku nak tidur. Mengantuk dah ni. Esok kita
jumpa kat office,’ beritahu Haikal. Belum sempat Harris Danial membalasnya,
nama Haikal sudah hilang dari pandangan matanya.
Harris Danial melepaskan keluhan. Matanya mula
kuyu tetapi dia tidak boleh lena sekarang memandangkan waktu subuh akan masuk
tidak lama lagi. Untuk menghilangkan rasa mengantuknya, dia keluar ke ruang
tamu dan membuka televisyen.
Selepas
menukar beberapa channel, akhirnya matanya melekat kepada rancangan berbentuk travelling. Melancong ke Korea dengan
bajet sederhana.
Amat
menarik info yang dipaparkan. Selama ini Korea langsung tiada dalam senarai
negara yang mahu dikunjunginya. Namun selepas melihat tempat-tempat menarik
yang dipaparkan, hatinya mula berhajat untuk ke sana.
Pergi
berbulan madu pun best. Desisnya. Bulan madu? Hatinya sudah digaru. Mahu ketawa
pun ada. Siapa yang mahu dikahwininya. Teman wanita pun tiada, apatah lagi
tunang atau isteri. Ada hati kau nak kahwin. Harris Danial sudah ketawa.
Post a Comment
Pendapat?