BAB
3
Pagi
itu Nur Indah dan Dalila sibuk dengan
program jualan amal kolej mereka dan hasil daripada jualan amal itu mereka akan
mengagihkan kepada masyarakat sekitar yang memerlukan bantuan.
Dalam
celah-celah orang ramai itu dia melihat kelibat Irfat yang turut menjadi ‘pak
sibuk’. Naik rimas dia dibuatnya. Sudahlah dia menjadi jawatankuasa penganjur
dia dan Dalila juga mengambil gerai untuk berjualan amal.
“Awak
ni tak faham bahasa ke? Dari tadi asyik mengekor saya,” marah Nur Indah. Rimas
dia apabila melihat Irfat menjadi bayang-bayangnya sejak pagi tadi. Puas dia
marah, puas dia herdik, namun lelaki itu tetap berwajah selamba.
“Biar
saya tolong,” Irfat menawarkan dirinya.
“Tak
payah… tak payah…” dia merebut kembali plastik dari tangan Irfat. Lelaki ini
makin dilayan makin dia sakit hati dibuatnya.
“Sombongnya
dia…”
“Sudah
tahu saya sombong buat apa awak terus menempel di sini. Awak ada gerai sendiri
kan… buat apa nak menyibuk kat sini,” dia menghalau secara halus. Halus ke?
Kalau sudah namanya halau tiada yang halus… semuanya nampak kasar.
Dalila
hanya tersengih. Malas mahu bertekak dengan . Lelaki itu memang muka tembok,
dimarah berkali-kali pun dia tetap menyibuk di gerai mereka. Kadangkala sakit
juga mata tetapi nak buat macamana kalau
memang tak makan saman.
Beberapa
kali dia melihat Nur Indah menolak tubuh lelaki itu. Dia yang tengok pun naik
rimas apatah lagi temannya itu. Mulut Nur Indah usah dikatalah riuh berkicau
memarahi .
“Ila
kau tunggu gerai jap, aku nak ke toilet,” Nur Indah tiba-tiba muncul dihadapannya.
Dia yang baru lepas memulangkan duit baki kepada seorang pelajar hanya
mengangguk.
“Weh
kau nak ke mana tu?” dia melihat juga
bersedia untuk berlalu dari situ. Dia seperti tahu ke mana arah tujuan apabila melihat lelaki itu asyik tersengih-sengih.
“Kau
jangan nak buat hal. Mengamuk Indah nanti,” Irfat tidak menjawab, sebaliknya
tangan kanan diangkat tinggi.
Allah…
Allah.. kau lindungi teman aku Irfan dari serangan bom atom nanti. Kalau bom
atom sudah meletup dia tidak salahkan Nur Indah kerana terang-terang Irfan yang
mencari pasal.
Dalam
keralikan dia melayan pelajar-pelajar yang datang membeli dia terdengar suara
Nur Indah yang nadanya pasti naik satu note dari biasa. Di belakangnya,
kelihatan Irfat yang tersengih-sengih.
“Ila
kau nasihatkan kawan kau ni… jauhkan diri daripada aku kalau dia tak kena
penampar Jepun aku. Cakap dengan kawan kau tu, aku ni bukannya penyabar sangat,
bila-bila masa saja tahap kesabaran aku boleh jadi zero,”
Dia
mengerling kearah Nur Indah. Hish nampak sungguh kemarahan diwajah temannya
itu. Selama ini Nur Indah boleh dikategorikan manusia yang penyabar tetapi hari
ini nampaknya tilte itu sudah luruh dengan sendirinya.
“Awakkkkk…”
jerkah Nur Indah lagi. Pastinya suara itu ditujukan khas kepada Irfat. Ya
Allah, Irfat… Irfat, apa yang dimarahkan Nur Indah itulah yang dia buat.
Seperti tadi, sengih lelaki itu masih melebar.
“Fat..
tolong aku kat sini kejap,” dia tarik tangan Irfat. Cuba mahu menjauhkan lelaki
itu daripada temannya. Mahu melenyapkan
kemarahan Nur Indah. Biar temannya itu sejuk hati semula.
“Ala
kau boleh buat sorang-sorang,” tolak Irfat. Dia langsung tidak memandang wajah
Dalila.
“Kalau
macam tu balik ke gerai kau sekarang,” tunding Dalila kearah gerai diseberang
sana. Suara dia juga sudah naik satu oftah. Tangannya ditunjukkan kearah gerai
lelaki itu yang bertentangan dengan gerai dia dan Nur Indah.
“Iyalah..iyalah…
kau nak aku buat apa,” akhirnya Irfat mengalah apabila disuruh balik ke gerai
sendiri. Tahu takut!
“Kau
ni kan tak kasihan pada kawan kau Alif tu ke? Dahlah dia sorang-sorang berniaga
di gerai tu. Kau dari tadi asyik melepak kat sini,” marah Dalila. Dia
mengerling kearah gerai Irfat.
“Tu
kau tengok tu, tak menang tangan Alif buat kerja. Kau pulak menempel kat gerai
aku ni. Pergi sana..tolong Alif berniaga,” dia tolak tubuh Irfat.
“Hish
apa pegang-pegang tubuh aku ni. Berdosa tau. Sukalah tu pegang aku,” Dalila
menjengkil matanya.
“Aku
bukan sengaja nak pegang kau la mangkuk… tapi kau tu degil sangat. Sudah takde
jalan untuk aku bawa kau balik ke gerai sana tu,” marahnya. Geram juga dia
kerana dikatakan suka mengambil kesempatan memegang tubuh lelaki itu.
“Aku
tahulah…gurau pun dah nak sentap. Weh aku gerak dulu la. Kirim salam kat member
sebelah kau tu. Jangan marah-marah, nanti cepat tua. Eh lagi satu cakap dengan
dia, I love you… bukan lovu you dekat kau tapi dengan member sebelah kau tu,”
cepat saja Irfat berlari ke arah gerainya. Kalau tidak free-free saja dia kena
hempuk dengan Dalila nanti.
Nur
Indah menarik nafas lega apabila melihat bayangan Irfat makin menjauh. Dia meraup tangannya ke muka. Mengaminkan.
Dalila hanya tersenyum melihat gelagat si teman.
Memang
patut pun Nur Indah menzahirkan kelegaan. Kalau dia pun akan melakukan perkara
yang sama.
“Kau
lega?”
“Sangat-sangat,”
“Apa
kesudahan cerita kau dengan Irfat ni?” Dalila bertanya. Cuba mencungkil rahsia
temannya itu.
“Aku
tak ada cerita dengan dia. Tak akan ada,” tegas kata-kata Nur Indah. Tangannya
ligat memasukkan spegetti ke dalam bekas untuk dijual.
“Kata
kau tapi bukan bukan kata dia,”
“Aku
tak tahu dia.. yang aku tahu Irfat sekadar teman aku. Tak lebih daripada itu,”
Dalila angguk.
“Kau
tak cintakan dia?”
Nur
Indah geleng.
“Aku
ada anak… aku ada suami mana mungkin aku boleh bercinta dengan lelaki lain,”
“Kau
cintakan dia?” soal Dalila.
“Siapa?”
“Suami
kau”
“Entahlah
aku pun tak tahu,”
“Irfat?”
Dia
geleng lagi.
“Tapi
dia cintakan kau. Kau tak dengar tadi dia kirim salam berserta ucapan I love
you,” dia mahu menebak hati Nur Indah.
“Dengar…
harap-harap lepas ni cinta dia tu beralih arah. Kepada kau mungkin, siapa tahu
kan?” dia serkap jarang.
“Kau
ni ke situ pula,” sudah merah wajah Dalila.
“Aku
tahu kau simpan hati pada dia. Berterus terang sajalah. Habis cerita. Lelaki
macam Irfat ni dia ni lembab sikit dalam bab-bab cinta. Dia ingat dia cintakan
aku tetapi dia tak tahu dia sebenarnya keliru dengan hati dia,”
Kalau
dilihat dari mata kasarnya, dia tahu Dalila memang menyimpan rasa cinta kepada
Irfat tetapi lelaki itu tidak menyedarinya.
“Ceritalah
pasal suami kau tu?” Tiba-tiba Dalila ingin tahu.
“Aku
tak tahu nak bermula dari mana… kisah kami memang tak masuk akal,”
“Why”pelik
dia dengan kata-kata Nur Indah. Ada cerita luka ke?
“Kami
bersama sebagai suami isteri hanya untuk satu malam. Keesokan harinya kami
membuat hal masing-masing,” dia bercerita. Biar Dalila ambil pengajaran
daripada kisah hidupnya.
“Dia
tinggalkan kau begitu saja?” soal Dalila. Cerita Nur Indah ini menarik, kalau
dibuat novel memang laris, fikirnya.
Patutlah
suami temannya itu tidak pernah menjelma di UiTM.
Nur
Indah angguk.
“Dia
ada anak dengan kau pun dia tidak tahu?” Dalila sudah jadi kaki menyibuk.
Hasrat mahu jadi gadis baik sudah hilang.
Sekali
lagi Nur Indah mengangguk.
“Jadi
disebabkan itu kau tolak Irfat? Sebab kau masih sayangkan suami kau tu?” dia
ingin tahu.
Nur
Indah geleng.
“Dia
berhak dapat gadis yang lebih layak daripada aku. Kalau aku terima dia itu
bermakna aku pentingkan diri sendiri. Aku tak fikir kebahagiaan dia,”
“Kau
mana tahu Irfat tak akan bahagia nanti. Irfat gilakan kau separuh mati,” dia sambar balang kacang di atas meja.
“Aku
memang tiada hati langsung dengan Irfat. Dia tidak mampu membuatkan jantung aku
berdegup kencang apabila aku bersama dengannya.
“Suami
kau?”
Dia
melemparkan senyuman. Biarlah Dalila meneka sendiri maksud senyumannya itu.
“Oooo…”
hanya itu terkeluar dari mulut temannya.
Selepas
selesai program jualan amal dia kembali sibuk dengan pelajarannya. Tiada masa
untuk bersantai kerana seminggu lagi peperiksaan akan bermula. Sejak dua hari lalu dia langsung tidak
melihat kelibat Irfat di kolej. Dia
Kemana
lelaki itu menghilang? Sakit atau sudah berputus asa untuk mendapatkan dirinya.
Dia cuba bertanyakan tentang kehilangan Irfat dengan Dalila. Dia kembali menarik nafas lega.
“Temankan
aku ke hospital.” Pintu biliknya dibuka. Terjongol wajah Dalila yang sudah
bersiap.
“Nak tengok siapa?” soalnya. Sebenarnya dia malas mahu ke
mana-mana petang itu. Hajatnya mahu membasuh dan menelefon keluarganya di Ipoh.
Sudah seminggu dia tidak menghubungi uminya. Rindu dia pada anak kecil yang
ditinggalkan.
“Tengok Ifat,” pendek saja Dalila berkata.
Irfat? Kenapa dengan mamat tu?” soal Nur Indah. Kalut
juga dia mendengar lelaki itu berada di hospital. Sakit ke mamat tu?
“Kenapa dengan dia?” lagi sekali dia bertanya.
“Kau rasa orang masuk hospital saja-saja ke?”
“Err.. sakit erk?” dungu saja jawapannya. Dia melihat
Dalila mencebek. Tahu pun bimbang bila mendengar lelaki itu berada di hospital.
“Sakit angaukan kau,”
bersahaja kata-kata itu keluar dari bibir Dalila.
“Kau ni..betul-betullah.. dia sakit apa?” Nur Indah tidak
melayan kata-kata sinis temannya itu. Biarlah temannya itu mahu berkata apa
pun, itu hak Dalila. Dia tidak mampu menerima lelaki itu lebih daripada seorang
teman.
“Kau tak payah risau lebih-lebih. Ifat Cuma demam panas
saja. Aku minta kau temankan aku sebab tak manis aku pergi seorang. Nanti apa
kata keluarga dia pula,” Nur Indah mengeluh. Terasa sungguh dia dengan
kata-kata Dalila tadi.
“Kau marahkan aku ke Ila?” soalnya. Dia baru saja mengenakan
tudung di kepalanya. Dalila diam. Dia pula yang terasa bersalah apabila
mendengar kata-kata Nur Indah tadi.
“Aku minta maaf. Tidak sepatutnya aku terover macam tu
tadi. Aku faham mengapa kau tak boleh menerima Ifat tetapi aku tak sanggup
melihat dia musnahkan hidup dia hanya kerana kau. Dia sudah berputus asa untuk
hidup,”
Nur Indah mengeluh. Apa yang dia takutkan selama ini
sudah berlaku. Dia senang berkawan dengan Irfat tetapi apakan daya, statusnya
sebagai isteri menghalang untuk dia bersama dengan lelaki itu.
“Itu yang aku takutkan Ila.. aku cuba jauhkan diri aku
daripada dia. Bukan aku benci tetapi aku tidak mahu bila tima masanya dia tidak
mampu menerima kehilangan aku. Aku isteri orang Ila.. isteri orang,” dia duduk
semula. Tidak sanggup untuk melangkah keluar dari biliknya.
“Aku jadi takut untuk ke sana. Bimbang hati aku goyah
melihat kesakitan dia tu. Selagi aku belum diceraikan, aku masih isteri lelaki
itu. Berdosa untuk aku menyayangi dan mencintai lelaki lain selain suami aku,”
Dalila mengeluh.
“Aku tetap bersama kau Indah. Jom kita gerak. Lagi lama sesi luahan
perasaan ni lagi lambat kita sampai ke hospital. Aku akan cuba yakinkan Irfat
jodohnya bukan dengan kau. Mungkin dengan gadis lain yang lebih cantik daripada
kau,” dia berseloroh. Tangan Nur Indah ditariknya.
Sepuluh minit kemudian mereka sampai ke Hospital Dungun.
Bergegas mereka mencari wad yang menempatkan lelaki itu. Beberapa kali bertanya
jururawat di situ akhirnya kaki mereka melangkah masuk ke bilik di hujung sekali.
Ketika mereka sampai ramai pelawat yang mengelilingi
katil Irfat. Ceria nampaknya lelaki itu dikelilingi kaum keluarganya. Dalila
menghampiri wanita separuh usia, mungkin ibu kepada Irfat.
“Ila baru sampai ke?” soal wanita itu.
“A’ah
ibu..baru je sampai. Ni kawan Ila. Kawan Ifat juga. Indah mana dia,” dia
diperkenalkan. Hairan! Dalila dengan ibu Irfat saling mengenali? Kenapa dia
tidak pernah tahu, desisnya.
“Ooo…
kawan. Makcik ni ibu Ifat,” beritahunya. Nur Indah mengangguk. Melihat wajah
ibu Irfat dia teringatkan umi di kampung. Ya Allah rindunya dia pada umi dan
ayah. Tiba-tiba dia teringatkan Iman Raykal. Terima kasih umi kerana menjaga
Iman untuk Indah.
“Ibu
jom kita ke kantin. Ila rasa laparlah,” Dalila menarik tangan ibu Irfat.
Sebenarnya lebih mahu memberi peluang kepada Irfat berbual dengan Nur Indah.
Dia memberi isyarat mata kepada Irfat memanggil Nur Indah ke sisinya.
“Aku
makan kejap je Indah.. kau berbual dengan Ifat dulu,” beritahunya. Nur Indah
pandang wajah Dalila. Apa yang temannya itu lakukan? Dia pandang Dalila dan
kemudian pandang kearah Irfat.
“Ifat
nak cakap sikit dengan kau. Sebab tu aku
bawa kau ke sini. Tapi jangan bimbang, Ifat tak akan mendesak kau lagi. Aku kan
dah janji dengan kau tadi, nak carikan perempuan yang lawa untuk Ifat,” dia
berjenaka.
Nur
Indah mengatur langkah ke katil Irfat.
“Sorry
sebab minta Indah datang ke sini. Ifat cuma nak cakap dengan Indah, biarpun
berkali-kali Indah tolak Ifat tapi cinta Ifat pada Indah tak pernah berkurang. Ifat
tetap cintakan Indah sampai bila-bila,” Nur Indah diam. Langsung tidak membalasnya.
Lidahnya kelu.
“Cakaplah
Indah… mungkin ini kali terakhir kita bercakap. Saya tak nak terlalu rapat
dengan Indah kerana Indah tahu kan saya masih cintakan Indah. Saya takut tidak
mampu menahan diri,”
Nur
Indah angguk.
“Indah
juga minta maaf kerana tidak mampu menerima awak. Saya doakan awak berjumpa
dengan gadis yang mencintai awak sepenuhnya,” dalam hatinya mahu berkata,
Dalila cintakan awak tetapi langsung tidak terluah.
Biarlah
mereka atur sendiri hidup mereka. Kalau betul Dalila jodoh Irfat pasti mereka akan bersatu juga
nanti.
Post a Comment
Pendapat?