BAB
2
“Indah
jom ke pasar malam..” suara Dalila, teman karibnya yang dikenali sejak bergelar
mahasiswa di Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Dungun memecah keheningan petang itu.
Nur Indah yang asyik menyiapkan assginment yang diberikan pensyarahnya hanya memberi isyarat tunggu
sekejap.
“Cepatlah Indah..aku dah lapar ni,” Nur Indah berhenti
menulis. Matanya dipusatkan kepada si teman yang bagaikan sudah kebuluran
lagaknya.
“Kau ni kan… kalau nak satu-satu perkara tak sabar-sabar.
Tunggulah kejap. Aku nak siapkan assginment Puan Tijah ni dulu,” marahnya. Pen di tangan sudah diletakkan. Sudah tiada
keinginan untuk menyambung tugasan lagi.
“Kau ni kan memanggg…” suaranya dilerekkan. Geram. Bahu
si teman dilibas kuat. Dalila sudah mengekek-ngekek. Suka benar dia menyakat
ibu muda itu.
Ketika diberitahu Nur Indah sudah bersuami dan
mempunyai anak, dia sendiri bagaikan tidak percaya. Umur baru 19 tahun sudah
ada anak seorang. Macam tidak percaya pun ada.
Tapi
sepanjang berada di UiTM ini dia tidak nampak pula suami Nur Indah. Yang datang
hanyalah ayah, umi dan abang yang dipanggil abang Fir. Kelibat suami temannya
itu langsung tidak kelihatan.
Mahu
ditanya tak sampai hati. Lagi pun dia tidak mahu dicop suka menjaga tepi kain
orang, walaupun sebenarnya dia memang kaki penyibuk. Sudahnya dia menjadi
pemerhati saja.
“Kata
nak pergi. Jom la aku dah berjanggut tunggu kau ni,” suara Nur Indah
menghentikan lamunannya. Entah bila Nur Indah bersiap dia sendiri tak perasan.
“Okey..okey…
kejap,” kelam kabut dia menyarungkan selipar dan mengekori Nur Indah yang sudah menonong turun
ke halaman rumah.
“Weh
tunggulah aku..yang kau laju-laju sangat ni apa pasal pulak,” marah Dalila.
Termengah-mengah dia mahu menyaingi langkah Nur Indah yang sudah jauh ke depan.
“Aik
tadi bukan kau yang kata kau lapar tahap kebuluran? Dia berpaling kearah
Dalila. Pelik juga dia, tadi tak menyempat-nyempat mahu makan, sampai dia nak
siapkan assginment pun tak sempat.
“Yalah..yalah…”
dia mengalah. Memang salah dia pun tadi langsung tidak menyempat-nyempat.
Makin
laju langkah kaki Dalila. Kalau lambat
pasti dia jauh ditinggalkan Nur Indah. Temannya itu bukannya boleh diharap,
berjalan menonong saja, tak pandang ke kiri dan kanan langsung, sudahnya dia
yang tercungap-cungap.
“Dahla
wei..aku penat ni,” Dalila menarik lengan Nur Indah. Tercunggap-cunggap.
“Kau
ni jalan sikit dah pancit. Tulah, aku suruh berjogging kau tak tak. Besarkan
lagi tidur kau tu. Sekarang berjalan tak sampai 15 minit dah tak larat. Tengok
aku ni, setakat dua tiga kilometer rasanya okey lagi kot,” Nur Indah
menayangkan gigi putihnya. Saja mahu menyakat Dalila.
“Yalah..yalah..
kau sajalah yang betul. Err.. eh kejap..kejap,” dia menarik tangan Nur Indah
apabila melihat temannya mahu meneruskan perjalanan mereka.
“Apa
lagi kau ni. Tadi macam tak menyempat-nyempat nak makan. Sekarang ni kau
berhenti tepi jalan raya ni apahal pulak. Bahaya tau,” Nur Indah turut
berpusing ke kiri dan kanan mencari kalau ada sesuatu yang menarik perhatian
temannya itu.
“Eh
kau nampak tak apa yang aku nampak ni?” soalnya.
“Apa?”
dia turut tertoleh-toleh mencari kelainan yang dikatakan temannya.
“Tu..
kereta Myvi merah tu. Bukan si Irfat ke tu?” Dalila menunjukkan kearah sebuah
kereta yang berhenti tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
Nur
Indah mengeluh. Huh bala sudah tiba. Dia mahu melangkah tetapi Dalila masih
lagi memaut kemas lengannya.
“Tunggulah
kejap. Irfat panggil tu. Kasihan kat dia kau buat macam ni,” balasnya. Beriya-iya
temannya itu menahan dirinya agar tidak berlalu dari situ.
Sekali
lagi keluhan dilepaskan. Ya Allah! Dia dah tak tahu nak mengendali situasi ini.
Sudah beribu kali dia bercerita tentang status dirinya namun lelaki itu tidak
pernah mahu mempercayai. Malah lelaki itu menganggap semua itu dalihnya
semata-mata.
Dia
pejam matanya rapat-rapat. Sebenarnya mencari kekuatan.
“Awak…nak
ke mana ni?” soal Irfat sebaik saja tiba di tempat mereka berdiri. Lelaki itu
hanya berpakaian simple tetapi nampak aura kekacakannya. Dengar cerita
rakan-rakannya Irfat anak usahawan terkenal di Terengganu.
“Ke
pasar malam,” sampuk Dalila selepas melihat tiada tanda-tanda Nur Indah mahu
berbicara.
“Jom
saya juga mahu ke sana,” walhal setahun sekali pun jarang dia berkunjung ke
situ. Tetapi demi Nur Indah, dia sanggup mencemar duli. Apalah sangat dengan
pasar malam, kalau ke pasar basah pun dia sanggup.
Nur
Indah menggeleng kepalanya apabila melihat Dalila mahu membuka mulutnya. Tahu
sangat dengan mulut murai si teman.
“Takpe
kami berjalan saja. Lagi pun berjalan kaki memang bagus untuk kesihatan kita.
Ni salah satu cara untuk bersukan,” Nur Indah menolak cara lembut.
Sumpah,
dia tidak mahu termakan budi kerana dia masih sedar hakikat siapa dirinya.
Nanti apabila sudah terjerat, sukar untuk dia melepaskan diri.
Irfat
diam. Dia tahu semua hanya alasan semata-mata. Bukan dia tidak tahu Nur Indah
memang susah untuk didekati. Alasannya dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Dia tahu, itu semua satu alasan supaya dia tidak terus mendekati gadis itu.
“Okey…
kalau macam tu kita sama-sama berjalan. Saya pun nak sihatkan badan saya juga
ni. Tak gitu cik Nur Indah,” Irfat sudah mengangkat kedua-dua keningnya.
Dalila sudah tergelak mendengarnya. Baru padan dengan
muka temannya itu. Mahu beralasan biarlah logik. Sekarang ni buku sudah bertemu
ruas. Masing-masing degil, keras kepala. Barulah padan muka.
“Cepat sikit jalan tu,” lengan Dalila dipautnya. Dia mahu
menjarakkan dirinya daripada Irfat.
Lelaki
itu tidak boleh diberi harapan, kalau tidak, dia juga yang susah nanti.
Tujuannya datang ke UiTM untuk belajar, demi masa depannya dan si kecil yang
ditinggalkan di kampung bersama keluarganya.
Pada awalnya dia agak keberatan untuk meninggalkan Iman
Raykal yang masih terlalu kecil tetapi desakan keluarga membuatkan dia
mengalah. Dia perlu mengubah kehidupannya demi Iman Raykal.
“Awak.. jom kita singgah di restoran depan sana tu,” Sedikit tersentak dia mendengar suara itu. Di
depannya sekarang bukan wajah anak kecilnya, Iman Raykal tetapi Irfat yang
berdiri agak rapat dengannya.
“Saya tahu awak tak suka tapi pleaseee..” dia buat-buat
muka sedih. Dalila disebelahnya sudah mahu tergelak.
“Iyalah Indah..kau tak kasihan kat cik abang ni. Jomlah,
boleh kita hilangkan dahaga. Aku pun dah haus ni. Berat tau bawa makanan
banyak-banyak ni,” katanya. Dia tunjuk tangan kiri dan kanannya yang penuh
dengan plastik makanan.
Siapa suruh beli banyak-banyak. Lepas tu menyusahkan
orang. Nur Indah tayang muka seposen. Buat-buat tak faham apa yang dikatakan
temannya itu. Dia mempercepatkan langkah kakinya.
“Indahhh…” laung Dalila.
Langkah kakinya terhenti. Huh! Serba salah dia dibuatnya.
“Iyalah..iyalah…” akhirnya dia mengalah demi Dalila.Dia
sempat menjeling kearah Irfat yang berubah ceria serta merta. Kalau tidak
tadinya, muka sudah macam asam kecut. Tidak bermaya.
Kakinya diatur menuju ke restoran mengekori langkah
Dalila dan Irfat. Biarlah dia mengalah kali ini, mungkin ini yang terakhir dia
minum bersama lelaki itu. Tiada lain kali untuk mereka berdua.
“Indah..”
panggil Irfat.
Nur
Indah yang asyik mengelamun sedikit tersentak. Mukanya diangkat.
“Iya..”
“Terima
kasih sebab sudi minum dengan saya petang ni,” Nur Indah angguk. Apa salahnya
memenuhi permintaan seorang teman.
“Saya
harap ini bukan yang terakhir,” Irfat berterus terang. Kalau boleh dia mahu
sentiasa seperti ini. Berdua-duan dengan Nur Indah tetapi mahukah gadis itu
memenuhi permintaannya.
Muka
Nur Indah sudah berubah.
“Irfat…”
panggilnya.
Dalila
sudah tidak senang duduk. Dia pandang wajah Irfat yang langsung tidak
menunjukkan riak bimbang. Hish dia ni pun satu, sudah tahu Nur Indah tak suka,
tapi itu juga yang dibuatnya.
“Beri
peluang kepada saya Indah untuk buktikan yang saya ni betul-betul cintakan
awak,” makin gerun Dalila mendengarnya. Ya Allah kau titis sedikit kesabaran
kepada temanku ini, doanya.
“Apa
lagi yang perlu saya katakan supaya awak
boleh percaya?” nada suaranya sedikit kuat. Pening kepalanya memikirkan cara
untuk membuatkan lelaki itu faham situasi sebenar dirinya.
“Saya
tahu Indah tipu,” lembut suara Irfat. Nada suaranya masih tidak berubah. Masih
tenang seperti awal tadi.
Ya Allah… Nur Indah sudah sedikit emosi.
Kenapa dia dipertemukan dengan lelaki seperti ini. Dulu Harris Danial dan
sekarang Irfat pula.
“Saya
dah kahwin.. dah ada anak. Macamana lagi saya mahu terangkan supaya awak
percaya?” Dia teringat foto Iman Raykal
yang sentiasa dibawanya dalam purpse. Pantas dia hulurkan sekeping gambar
berukuran passport kepada Irfat.
“Ini
gambar anak saya. Iman Raykal. Saya harap gambar ni cukup untuk awak tahu siapa
saya sebenarnya,”
“Mmm…belum
tentu lagi gambar ni anak Indah. Ia boleh jadi anak siapa-siapa saja. Berilah
seribu bukti belum tentu saya akan menerimanya,” Dalila sudah mahu menepuk kuat
dahinya.
Ya
Allah bebal ke apa temannya itu, bukti sudah diberikan tetapi masih tidak mahu
mempercayainya.
“Mungkin
betul Indah ada anak tetapi saya yakin Indah bukan isteri orang lagi. Buktinya
sepanjang Indah di sini saya tak pernah nampak suami Indah datang. Yang ada
Cuma keluarga Indah,”
Cukup..cukup..
Itu sudah cukup bagi Nur Indah. Tidak sanggup lagi dia mahu berlama di situ.
Dia melihat Irfat dengan pandangan kosong.
Sumpah! Ini kali terakhir dia duduk semeja dengan Irfat.
Nur
Indah bangun dan diikuti Dalila. Dia
agak terperanjat dengan keberanian Irfat tetapi malangnya keberanian lelaki itu
tidak kena tempat.
Dalila
mengeluh. Kalaulah dirinya yang dicintai lelaki itu alangkah indah dunianya.
Sudah lama dia berangankan lelaki itu menjadi teman lelakinya tetapi malangnya
Irfat lebih berminat kepada Nur Indah dan bukan dirinya.
“Ila…”
“Ilaaaa..”
sedikit kuat suara itu.
Terhenti
lamuman Dalila mengenai Irfat. Dia terpinga-pinga apabila melihat Nur Indah
sudah berdiri disebelahnya. Wajah Nur Indah kelat. Tiada segaris senyuman pun dipamerkan
temannya itu.
“A..ahhh..
ye ye..” Dalila sudah tergagap-gagap. Terkejut sebenarnya dengan suara Nur
Indah yang sedikit kuat itu. Sudahlah dia berangan-angan tadi. Hish kacau betul
Nur Indah, desisnya.
Dia
pandang wajah Irfat yang langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan. Nampak
sungguh tenang. Tiba-tiba dia cemburu kepada Nur Indah yang bertuah kerana
dicintai oleh lelaki sehebat Irfat.
Post a Comment
Pendapat?