BAB
22
“Aku
terima nikahnya… Nur Indah Mohd Radzi dengan mas kahwin yang tersebut,” begitu
lancar sebutan Harris Danial. Tanpa pukulan gendang, tepung tawar dan pelamin
yang indah mereka sah dinikahkan dengan hanya sekali lafaz.
“Sah..”
saksi di kiri dan kanan suaminyua itu berkata apabila ditanya khadi yang
menikahkan mereka berdua. Nur Indah yang berbaju kurung warna krim dan
dipadankan dengan tudung bermanik mengesat air matanya. Dia sebak.
‘Umi..
ayah, maafkan Indah. Indah tahu Indah anak derhaka,’ timbul penyelasan kerana
membelakangkan keluarga, hanya kerana
terlalu menurut kata hati. Dia mengerling kepada suami yang baru
dinikahi.
Benarkan ada cinta dihati lelaki itu untuk
dirinya? Atau semua ini hanya sekadar satu permainan.. satu puzzle.
Tiada
siapa yang tahu perjanjian mereka. Berkahwin hanya untuk menghalalkan suatu
hubungan. Hubungan itu pula hanyalah bertujuan merealisasikan impian mereka
memadu kasih sebagai suami isteri yang sah.
Airmata
yang mengalir dipipinya disapu. Zarima yang setia berada disebelahnya memegang
erat jari jemarinya. Dia sendiri sudah jenuh
menasihati Nur Indah tetapi gadis itu tetap berdegil.
‘Abang
Fir.. maafkan Indah… Indah dah melukakan hati semua orang dengan tindakan Indah
yang tidak matang ini. Indah menyesal… Indah menyesal.’ Dia menangis. Hatinya merintih.
‘Penyesalan
kau sudah terlambat Indah.. kau kini sah menjadi isteri Harris Danial.
Sepatutnya kau berfikir matang dan bukannya bertindak tanpa pengetahuan
keluarga kau,’
Nur
Indah mengeluh. Dia mengiyakan kata hatinya. Penyesalannya tidak berguna lagi.
Dia bergelar isteri tanpa pengetahuan keluarganya.
Zarima
mengeluh. Dia tidak tahu bila masa Nur Indah bercinta dengan Harris Danial.
Tiba-tiba saja Nur Indah memberitahunya dia mahu berkahwin dengan lelaki itu.
Puas dia pujuk, puas dia rayu supaya Nur Indah membatalkan hasrat berkenaan.
Namun,
gadis itu terlalu nekad. Katanya dia cintakan Harris Danial. Cinta? Dia sendiri
tidak pasti. Betulkan Harris Danial jujur untuk memperisterikan Nur Indah atau
sekadar mahu mempermainkan gadis polos itu.
Dia
pandang kepada Haikal. Lelaki merangkap kekasih hatinya itu turut bermuram.
Mungkin dia juga terasa bersalah kerana merealisasikan permintaan teman
karibnya itu. Haikal hanya mengangguk apabila matanya sesekali bertembung
dengan Zarima.
‘Maafkan
abang Ima.. kerana abang tidak mampu
untuk menghalang mereka. Kalau Ima tahu, mesti Ima marah kepada abang
kerana terlalu mengikut kehendak Harris Danial. Dia kawan abang tetapi abang
tidak sanggup juga melihat gadis sebaik
In terluka. Sepatutnya abang jaga dia..’ tetapi kata-kata itu tidak mampu
diluahkannnya. Hanya mata mereka yang berbicara.
“Bro
lepas ni macamana perancangan kau? Nak balik KL atau nak tinggal dengan In di
sini,” soal Haikal. Temannya yang lengkap berpakaian baju Melayu warna sedondon
dengan In itu dipandang.
“Entah
aku belum berfikir lagi. Tengok la dulu,” bersahaja suara Harris Danial. In
disebelahnya hanya menunduk mukanya. Sisa air mata masih lagi jelas kelihatan
dipipinya. Mahu menyesal pun sudah tiada gunanya.
“Aku
harap kau jangan sia-siakan In,” ujar Haikal. Ketika itu tetamu yang datang ke
rumah datuknya di Kedah semakin berkurangan. Hanya yang tinggal ibu dan ayahnya
dan beberapa ahli keluarga terdekat.
Walaupun
dia tahu tentang eksperimen itu, dia masih berharap Harris Danial tidak
melakukannya.
“Tahulah
aku nanti..” pendek saja dia bersuara. Matanya dijelingkan kepada In. Cantik! Desisnya.
Mereka
meninggalkan kediaman nenek dan datuk Haikal tepat jam 12 tengah malam menuju
ke rumah persinggahan keluarganya di Alor Setar. Masing-masing diam dan melayan
perasaan. Dia tahu disudut hati isterinya itu terbit perasaan bersalah kepada
keluarganya.
Nur Indah memandang wajah suaminya yang tenang memandu.
Sesekali dia melihat Harris Danial bersiur riang.
“Awak menyesal dengan apa yang kita lakukan ini,” soal
Harris Danial. Nur Indah yang asyik termenung sebentar tadi terpinga-pinga bila
mendengar suara suaminya. Dia melepaskan keluhan.
“Buat
apa nak kesal kerana itu sudah terlambat. Saya dah bergelar isteri kepada awak.
Mungkin sekadar isteri part time,”
dia berjenaka. Nur Indah mengusir jauh-jauh kepedihan hatinya. Perkara sudah
berlaku, buat apa nak dikesalkan lagi.
Kereta
yang dipandunya membelok kearah banglo dua tingkat di sebuah perumahan elit di
bandar Alor Setar.
“Masuklah…
tiada orang lain di rumah ni. Hanya ada Pak Mat dan isterinya Mak Lijah. Mereka
berdua ni penjaga rumah ini. Itu pun tak
tinggal di banglo ni, mereka ada rumah sendiri di bahagian belakang,” beritahu
Harris Danial.
Dia
mengeluarkan kunci pendua yang sering dibawanya ke mana-mana.
Dengan
sedikit teragak-agak Nur Indah masuk ke rumah agam itu. Mana perginya nenek dan
datuk Harris Danial?
“Mereka
tiada di sini sekarang. Opah dan Atuk menunaikan umrah sambil berziarah di
Turki dan Jordan,” sudah terjawab kemusykilannya sebentar tadi. Patutlah rumah
agam itu sunyi sepi.
Mmm..
cantik rumah ni.. nampaknya keluarga awak ni bukan sebarangan orang. Untunglah
siapa yang menjadi isteri sebenar awak nanti,” komen Nur Indah. Dia memerhati
di setiap sudut kediaman itu. Mewah dan elegen. Wujud rasa kagum dihatinya.
Harris
Danial berpaling kepada isterinya. Dia tidak membalas komen Nur Indah. Biarlah,
isterinya itu boleh mengandaikan apa saja.
“Mmm..
silakan masuk tuan puteri.. inilah mahligai kita buat sementara waktu,” dia
memimpin isterinya masuk ke bilik tidur utama. Pintu kamar di buka, Harris
merebahkan badannya ke tilam empuk. Membetulkan urat sarafnya yang tegang.
“Datang
sini sayang…tak perlulah berdiri kaku macam patung cendana kat situ. Masuk
sini.. duduk kat sebelah abang ni,” lambat-lambat Nur Indah menapak ke arah
suaminya. Punggungnya dilabuhkan tidak jauh dari tempat pembaringan Harris Danial.
“Abang
sayangkan In..” dia sudah memeluk tubuh Nur Indah. Gadis itu cuba sedaya upaya
untuk mengeraskan tubuhnya.
Rambut
panjang isterinya diusap. Pipi Nur Indah dibelai penuh kelembutan dan kemudian
pipi kanan Nur Indah dikucup.
“Ada
orang beritahu In tak.. In ni cantik dan jelita,” ujarnya. Rambut panjang Nur
Indah dibelainya. Sesekali dia mengucupnya.
“Saya
nak mandi dulu..” Nur Indah menolak lembut tangan suaminya yang sejak tadi
melingkari tubuhnya. Sungguh! Dia malu
diperlakukan sebegitu. Harris Danial orang asing dalam hidupnya.
“Mmm..
tak perlu. Hanya kita berdua saja di sini,” tangannya terus melingkar tubuh Nur
Indah. Mencuit apa saja yang dirasakan berkenan dihatinya.
“Abang
takkan lepaskan In.. abang mahukan In malam ini,” matanya dipejam tetapi hanya
mulut Harris Danial berbunyi sejak tadi. Nur Indah mengeluh.
Wajah suaminya
dipandang. 24 jam lalu lelaki itu masih asing dalam hidupnya tetapi sekarang,
dia adalah .suaminya. Orang yang dihalalkan untuk menggauli dirinya
Post a Comment
Pendapat?