BAB 1

“Airis boss panggil..dia nak check story kau ni. Storyyang kau buat tu dia kata macam ada yang tak kena saja,” kedengaran suara Fuad bergema memenuhi floor tempat kerja mereka.Lamunannya berkecai. Hish Fuad ni, memang tak boleh tengok orang senang langsung.
Ðia masih bermalas di tempat duduknya.Bukan nak ingkar arahan Encik Zaaba pun tetapi dia masih ada story urgent yang perlu disubmit hari ini.Menyampah betul rungutnya.Tangannya menongkat dagu.
“Airis oiiii… boss tak pergi tempat kau, malainkan kau yang kena pergi ke bilik dia,” sekali lagi Faud melaung.Airis mendengus.
“Iyalah..iyalah… aku nak geraklah ni. Tak reti-reti nak bersabar,” dia bingkas bangun.Dengan malas dia mengatur langkah  bilikeditornya. Tapi dia pelik pula, sebabnya  tidak nampak langsung kelibat Encik Zaaba di situ.
Dia berpatah balik ke mejanya.Fuad yang ralit menaip disergahnya.
“Aku tak nampak pun Encik Zaaba kat bilik dia,” beritahunya.Merenung teman sekerjanya yang ralit menaip. Hish dia ni, kalau orang bercakap bukan nak pandang orang, asyik dengan komputer dia saja.
“Weh aku cakap dengan kau ni…aku tak nampak pun Encik Zaaba kat meja dia tu,” sekali lagi Airis bersuara. Kali ini pastilah dengan nada yang sedikit tinggi.Geram punya pasal.
“Ada aku cakap nama Encik Zaaba tadi?” soalnya. Tangannya masih ligat pada keyboard komputer.
Eh ada ke? Desis Airis.Berfikir seketika.Akhirnya dia menggelengkan kepalanya. Rasanya tak ada pula Fuad petik nama Encik Zaaba.Dia tersengih dan mengerdip matanya beberapa kali.
“Habis tu siapa yang kau kata nak check story aku tadi?” soalnya hairan. Tengahari macam nilah baru nak check story, semalam time dia hantar tak pula nak mengedit, dah dekat-dekat nak balik camni, barulah terhegeh-hegeh. Senang betul jadi boss ni, desisnya.
“Tahu pun kau..aku kata boss kan tadi..bukan Encik Zaaba. Bila aku sebut boss tu kau faham-fahamlah, siapa boss tu. Bapak saudara kau lah. Encik Imran,” balas Fuad. Airis tersengih.
Cakaplah Encik Imran… bahu Fuad dilibas kuat. Grrr gerammm…
Cepat saja kakinya melangkah masuk ke bilikEncik Imran.Lebih tepat lagi bapa saudaranya.Betullah kata Fuad.Bapak saudara kau.Memang bapa saudaranya pun, Imran bin Razali aka Pak Usunya adalah adik kepada mama aka Datin Umi Kalthum.
Tetapi disebabkan di officedia kena protokol..boss besar tetap boss besar walaupun boss besar itu ada pertalian darah dengannya.
“Masuk..” kedengaran suara dari arah dalam.
Dia berdiri berdekatan  Imran.  Malas dia nak duduk kerana kalau duduk mesti panjang lebar ceramah bapa saudaranya kepadanya nanti.
Selagi di office, dia kena hormat Imran sebagai boss tetapi di luar waktu office, dia adalah orang terpenting dalam hidupnya, selain mama, walid dan adik beradiknya.
“Airis I nak you betulkan semula kenyataan you ni. Mana boleh tulis macam ni. Nanti tak pasal-pasal paper kita kena saman. You tahulah orang kaya ni, silap sikit laju saja dia mahu saman,”
Imran aka bapa saudaranya memang gemar menggunakan ganti nama I dan you bila berurusan waktu kerja dengannya dan dia lebih gemar memanggil Encik Imran tak pun cukup sekadar ganti nama boss.
Tu dia laju betul  boss besarnya memberi arahan. Sudah macam machine gun, tembak bertalu-talu.Airis pandang sekilas print outditangan  bapa saudaranya.
Ada salah lagi ke?Sebelum dihantar semalam sudah berkali-kali dia membacanya.Double check bimbang jadi macam nilah.Tak ada pula yang salah pada pandangan matanya, desisnya.Wajahnya berkerut memikirkan.
“Ni you tulis ahli perniagaan muda,  Khaled Zidan, jejaka kacak yang hidupnya dikelilingi wanita cantik.Dia boleh saman kita nanti sebab kita tuduh  diaplayboy,” jelas Encik Imran.
Airis garu kepala yang tidak gatal.Habis senget bengek tudung bawal yang dipakainya.Tang mana storynya ada menyebut Khaled Zidan seorang playboy?Pelik dia.
“Tang mana playboynya, boss?” bodoh saja dia bertanya.Dibaca satu perenggan ke satu perenggan langsung tidak berjumpa dengan perkataan playboy itu. Akhirnya dia menyerahkan kembali print out itu kepada Encik Imran.
“Mana ada boss..dah habis baca ni. Sudah baca sampai ke perkataan tamat ni,” keluhnya. Kepalanya digaru lagi.Muka bapa saudaranya direnung.Kot-kotlah dapat ilham nanti.
“Ni apa?” soalImran.Tangannya menunjukkan kearah perkataan yang dimaksudkan.Ooo... matanya tercacap pada perenggan yang dikatakan Encik Imran tadi. Baru dia faham apa maksudnya.
Dia tersengih.Menayangkan giginya yang tersusun putih itu.
“Tak betul ke boss..dia ni hidup dikelilingi wanita. Wanita situ, wanita sini...kahwinnya tidak. Dia kata dia handsome, sebab itulah ramai wanita mahu berdampingan dengannya,”
Itu saja yang dikecoh-kecohkan Imran.Nasib baik dia tidak tulis playboy, kalau ikutkan hati marahnya dua hari lepas kepada lelaki itu memang selamatlah perkataan itu ditulisnya.
Tetapi memikirkan periuk nasinya, periuk nasi kawan-kawannya dan  memikirkan masa depan Harian Kota dia cuba untuk menjadi seorang yang pemaaf.
“Ke boss nak saya gunakan bahasa lembut sikit. Boleh je saya adjust balik story saya ni,” soal Airis. Dia pandang print outnya sekali lagi. Tapi harap-harap janganlah. Kedua-dua tangannya diangkat seperti menadah doa.
“You tadah apa tu?” bodoh je pertanyaan Imran.Airis sudah mahu gelak tetapi ditahannya.Sesekali bapa saudaranya pun ada bendulnya juga.
“Tadah  doa moga-moga saya tak perlu baiki story ni,” jujur kata-katanya. Mata Imran sudah bulat.Akhirnya dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Airis ni memang macam-macam, sehari tak buat kepalanya pusing, memang bukan dialah.
“I nak tahu yang you cakap tadi...  bahasa lembut?Bahasa apa pulak tu,” soal Imran.Hairan bercampur pelik.Ada ke tercatat dalam kamus dewan perkataan bahasa lembut.Hish anak saudaranya itu, macam-macam, desisnya.
“Kalau playboy tu bahasa kasar kita boleh tukar jadi lembut sikit.Kaki perempuan ke?Lembut apa,” cepat saja dia menjawab.Bulat mata  Imran mendengarnya.Suka betul anak saudaranya itu main-main.Ada saja alasan untuk membantah cakap orang.
“No... no.. you nak syarikat kita kena saman ke?” soal Imran. Dia cuba menakutkan si anak saudara.Laju saja Airis menggeleng kepala.Naya kalau kena saman nanti. Tak pasal-pasal periuk nasinya akan terjejas.
“Tahu pun takut, jadi I nak you tukar balikstatementtu. Nanti tak pasal-pasal akhbar kita kena saman,” arahnya tanpa kompromi.Dengan Airis tidak boleh dibuat main-main.Anak buah yang muda empat tahun daripadanya itu boleh tahan keras kepalanya.
Bibir Airis memuncung. Hish tak boleh jadi ni. Dah la petang ni dia  nak balik awal ke rumah, kalau kena baikistory hish, entah jam berapa dia baru boleh bergerak dari office.
“Boss..err.. paksu… err boss..”
“Apa boss apa pak usu..pak su.. cepat ikut apa yang I suruh,” marah Imran. Dia sebenarnya sudah mahu tergelak dengan telatah anak buahnya itu.
“Alaaa..orang nak bermanja sikit pun dah bising. Apalah boss ni,” dia beri jelingan maut kepada bapa saudaranya itu.
“Tapi seriuslah boss..kenapa dia nak marah-marah kita pulak.. saya tak kata pun dia play boypun atau dengan kata lembutnya player  tetapi saya hanya tulis dia dikelilingi ramai wanita cantik,” ujar Airis.
“Itu pun dah cukup  untukdia saman kita sayang oiiii. Nah ambil print out ni semula, baiki mana yang patut. Lepas tu letak atas meja I,” Airis pandang print out di tangannya. Huh encik playboy kenapalah kau ni betul-betul menyusahkan aku.
Dia masih tidak berpuas hati dan mahu lelaki didepannya itu juga sependapat dengannya dalam hal berkenaan. Alahai Airis Ilmani, sanggup pula kau bersusah payah sebegini.
“Tapi memang betul pun boss..mamat ni teramatlah playboy,   masa saya interview  dua hari lepas memang ada la gadis cantik bersamanya tetapi bila ditanya tidak pula mengaku kekasihnya.
“Kasihan tengok girl tu, terkulat-kulat dia bila mamat ni kata hanya teman tapi mesra. Hish..hish kalau sayalah dah boleh letak kepala dalam baldi. Malu woiii.Tak ke dalam bahasa kasar tu dia ni playboy?” soal Airis.
Dia melihat giliran Imran pula yang menggaru kepalanya.Bossnya itu terdiam.Mungkin juga mencerna kata-katanya sebentar tadi. Bagus…bagus pak sunya sudah mula termakan.
“Mmm.. okeylah kalau macam tu. Tapi pastikan semuanya clean.Tapi I nak you tukar mana-mana yang patut.I taknak story ni keluar nanti ada saman menyaman pula. Penat lah turun naik court untukbenda yang kecil macam ni. Tak berbaloi langsung,”
Dia yang mendengar kata-kata bapa saudaranya itu bagaikan mahu meloncat tinggi.Boleh buat lompat bintang.Wajah idaman ramai gadis Malaya itu dipandangnya.Tapi sayang  bapa saudaranya itu sudah berkahwin dua tahun lalu.
Kasihan perempuan di luar sana apabila Imran itu memilih Suraya sebagai teman hidupnya.
“Okey boss..saya tukar sikit statement ni. Tang dikelilingi wanita jelita tu saja saya tukar. Tapi seriuslah boss..lelaki tu boleh tahan kareknya. Nasib baik muka dia handsome.Bolehlah dijadikan penawar sikit,” bersahaja dia berkata.
Tangannya pantas membuka komputer riba milik Imran.Beberapa minit kemudian jari jemarinya sudah menari di keyboard komputer.
“Lambat lagi ke siap story tu?”Imran bertanya.Dia lirikkan matanya didinding. Sudah jemu menunggu story Airis.
“Kejaplah.Kalau silap fakta nanti kena saman pula. Dia ni kan boss... memang menyusahkan kita saja. Sudahlah masa nak interview dulu tu banyak sangat songehnya.Janji pukul berapa tapi bila kita sampai dia takde pula di officenya.Tunggu sampai berjam-jam.
“Bila sudah siap diinterview taknak pula diambil gambarlah, kena pujuk bagai, lepas ni siap arahkan kita  jangan masukkan yang itu yang ini. Hish menyampah betul.Nasib baiklah dia  tu handsome,” dia membebel.Masih lagi tidak berpuas hati dengan lelaki yang diinterviewnya itu.
Imran yang mendengarnya hanya tersengih.Sudah dua kali anak saudaranya memuji lelaki itu.Dia merenung Airis mencari-cari kalau ada kelainan pada wajah gadis itu, tetapi Airis tetap selamba dan tekun membuat kerjanya.
Aik sudah terusik ke hati anak saudaranya ini? Selama ini tanya saja soal kekasih, mulalah Airis melencung kearah lain. Corner situ corner sini, macam elergik dengan lelaki pun ada.
Entah kenapa nasib Airis Ilmani dalam soal jodoh ini tidak sehebat kerjayanya sebagai wartawan.Sudah puas kak long dan abang long merisik kalau-kalau AirisIada buah hati tetapi nampak gayanya anak saudaranya lebih suka bersendiri.
“Hati awak dah terusik erk?”dia bergurau.Sudah lama tidak bermesra dengan anak saudaranya itu.Masing-masing sibuk dengan tugas seharian.Airis tergelak.Terserlah lesung pipit di dua-dua belah pipinya.
“Hal kerja dah habis ke ni?” Airis menyoal.Tanpa memandang kearah bapa saudaranya.
Imran angguk.
“Kalau macam tu tak payahlahsaya nak terus berencik-encik dengan boss,” Rimas betul dia setiap kali berurusan dengan Imran.Nasib baiklah hanya sesekali bapa saudaranya itu mengedit storynya, kalau tidak masak juga dia untuk bersikap formal.Serba tidak kena rasanya.
Imran angguk lagi.Dia pun tak suka sekiranya Airis menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Editor Harian Kota untuk kepentingan diri sendiri.Bila dah bekerja, pertalian saudara belakang kira.
“Handsome sangat ke mamat tu sampai dua tiga kali kakak asyik memuji dia saja.Hati tu dah terusik ke?” dia mengenakan Airis. Dia yakin ada sesuatu yang berlaku diantara anak saudaranya dengan Khaled Zidan, dua hari lalu.
“Apa pulak hati dah terusik. Gila apa Pak Su ni, empat tahun lagi nak cecah 40 tahun ada hati nak bercinta. Kalau nak cari kekasih baik cari 10 tahun lepas, barulah orang tak mengata,” bersahaja dia berkata.
Prinsip hidupnya senang. Dalam usia sebegini dia tidak mahu lagi bercinta. Serik sangat bila percintaannya putus di tengah jalan. Bukan seorang tetapi dua lelaki yang dia sayang berlaku curang kepadanya.
Sekarang ni, jika ada yang berkenan boleh  terus masuk meminang. Dia tidak mahu bertunang  kalau ada jodoh kahwin terus. Bercinta hanya untuk orang muda, bukan untuk dirinya yang sudah melewati usia 30-an.
“Pak Su pun dah jadi macam mama, bila kakak cakap pasal lelaki mulalah, sekali sekala cubalah jadi macam waliq.Tak kisah pun,” balasnya.Moodnya untuk bekerja sudah merudum.Nasib baik story yang dia baiki tadi sudah siap.
“Apa pulak nak touching bagai ni. Pak su tetap sokong kakak. Hidup berdua pun kalau hati  tak senang nak buat apa. Dapat lelaki yang tak semenggah pun nak buat apa kan,” Imran menepuk bahu si anak buah.
“Tahu pun pak su... jangan jadi macam mama..kakak tak suka. Rimas tau bila mama asyik nak jodohkan kakak dengan anak orang tu, anak orang ni. Kalau sudah sampai jodoh, kakak  kahwin la,” ada getar suaranya.
Imran memandang penuh simpati.Bukan dia tidak kenal mama Airis aka kak longnya.Lebih dari kenal.Kakak sulungnya itu agak keras dengan Airis.Mungkin juga disebabkan adik-adik Airis semuanya sudah berumah tangga.
Okey boss… dah siap. Saya nak balik ni kalau ada yang tak faham lagi buat-buat la call saya lepas ni. Takpun boss tambah atau baikilah mana-mana yang patut,” dia menyerahkan print out kepada Imran.
Aik AirisIlmani, suka suki kau pula nak memberi arahan kepada boss besar Harian Kota.Silap-silap kau yang kena pelangkung nanti.
Dia kembali ceria. Buat apa nak menyusahkan diri memikirkan soal jodoh yang belum ada. Kalau sudah sampai jodohnya, kahwinlah dia. Dengan siapa?Orang mana? Jangan tanya dia  sebabnya dia tidak boleh mengambil alih kerja tuhan.
“Dah pergi balik.Jangan pula nak ke mana-mana.Bising pula yang dekat rumah tu,” Airis angguk.Bukan dia tak faham siapa yang dimaksudkan pak sunya tadi.Siapa lagi kalau bukan Datin Umi Kalthum yang  digelarnya Klasik FM itu.
“Balik awal pun buat apa kat rumah. Dengar bebel mama adalah. Pak Su tak dengar mama berleter.Orang yang mendengar ni boleh bernanah telinga dibuatnya,” adunya.Dia berdiri tegak didepan Imran.
“Eh dia ni..sebelum awak merasa semua tu, paksu dulu yang dah merasainya. Sejak kecil mak awak yang kuat berleter itulah yang pelihara paksu,” marah Imran.Geram dengan sikap anak saudaranya yang asyik mahu mengenakan ibu sendiri.
“Mama yang awak kata kuat berleter itulah yang menjaga pak su hingga pak su besar macam ni. Didik pak su macam anak dia sendiri,”  kata Imran.Sedih hatinya mengingatkan kisahnya dulu-dulu.
Datin Umi Kathumlah  itulah yang memelihara dia sebaik saja ibu dan ayah mereka meninggal dunia. Ketika itu kakaknya itu sudah berumahtangga dan mengambil tanggungjawab itu untuk menjaganya hingga dewasa.
“Iyalah..iyalah.. orang faham. Orang bergurau sajalah.Pak su ni sikit-sikit nak touching. Tak rocklah,” Terkekek-kekek dia ketawa.
Gembira dia dapat mengenakan adik bongsu mamanya itu.Mereka tidak berjarak jauh.Dia berusia 36 tahun manakala paksu berusia 40 tahun.Disebabkan itu dia menjadi rapat dengan lelaki itu.
“Dah..dah..tadi nak balik tak menyempat-nyempat.  Ni print out awak simpan buat rujukan. Apa-apa yang berbangkit nanti senang untuk dicari,” dihulur kembali print out kepada Airis.
“Beri pak su komputer riba tu, pak su nak buat kerja ni,” dia tolak tubuh Airis. Pantas dia menaip sesuatu.Jari jemarinya ralit menekan keyboard komputer.
“Apa lagi tercengat macam tiang bendera ni Pi keluar cepat, paksu busy ni,”
“Busy sangat ke boss?” kepalanya dihulurkan kedepan skrin komputer mahu melihat apa yang sedang dilakukan paksunya.
“Paksuuuu..” suaranya sedikit kuat bila menyedari apa yang sedang dilakukan Imran. Hempeh! Ingatkan betul-betul buat kerja. Rupanya mencari kerja.
“Apa..” marah Imran. Konsentrasinya sedikit terganggu. Cepat saja tangannya menekan butang pause. Mengganggu betul anak saudaranya itu.
“Ini yang paksu kata busy? Tak menyempat-myempat nak halau saya keluar..main candy crush rupanya.. lawak..lawak..” dia rasa mahu hantuk kepalanya didinding.
“Dah..dah.. pergi balik. Ganggu la awak ni..” usir paksunya lagi.
“Okey… hamba menjunjung perintah” Airis menghilang disebalik pintu.Tergeleng-geleng kepada Imran dibuatnya.Umur sudah banyak tetapi perangai mengalahkan anak kecilnya, Rose Arisya.
Dari luar biliknya, Imran mendengar gelak tawa Airis dan Fuad.Beberapa minit kemudian officenya kembali sunyi.Mungkin Airis dan Fuad sudah keluar dari office.
Hanya tinggal beberapa kerat staffnya bekerja shif malam yang tekun mengetuk story untuk dipaparkan didada akhbar esok.