BAB 21
Pagi
itu Ini sama seperti pagi-pagi yang lain. Hari ini dia ke café dengan menumpang
abangnya Firman yang kebetulan mahu ke Wisma Andalas berhampiran dengan tempat
kerjanya.
“Balik
nanti abang jemput. Jangan lambat, pukul 5 sharp ada kat bawah ni. Abang ada
hal nak balik jumpa ayah dan umi,” dia berpesan kepada adik bongsunya.
Sejak
sebulan lalu In tinggal bersamanya, sebaik saja tamat SPM. Pada awalnya, umi
dan ayahnya agak keberatan untuk melepaskan si bongsu jauh dari pandangan mata
mereka, tapi In berkeras, katanya mahu merasa duit sendiri. Mahu tak mahu ayah
dan umi terpaksa mengalah dan dia sebagai abang sulung diberi tanggungjawab
untuk menjaga si bongsu.
Lagi
pun dia rapat dengan Nur Indah berbanding seorang lagi adiknya, Nur Zahraa.
Sekurang-kurangnya dengan kehadiran adiknya itu, tidaklah dia rasa kesunyian
bila berada di rumah.
“In
dengar tak..” ujarnya.
In
angguk, tanda memahami. Bukan susah pun kerjanya memang tamat jam 5 petang
untuk shif pagi kalau malam, tamat
pukul 10 malam.
“Baik
boss..” guraunya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Itu yang diajar umi
dan ayahnya sejak dulu. Tanda menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
Kepalanya diusap lembut oleh Firman.
“Hati-hati
adik… jaga diri,” itu juga nasihat yang kerap didengarnya sejak mula dia
bekerja di Café Bora-Bora sebulan lalu.
Dia
bertembung dengan Kak Ara, rakan sekerjanya
yang dihantar suami. Sempat dia melihat adegan yang tak sepatutnya
dilihat. Hahahah.. dia tergelak melihat Kak Ara yang baru dua bulan berkahwin
itu dicium oleh suaminya. Romantik. Pengantin barulah katakan.
“In..”
panggil Kak Ara, dia yang baru saja mahu melangkah masuk ke dalam café berpatah kembali kearah Kak Ara.
“Cepat-cepat
ni nak pergi mana?”
“Err..pergi
mana?” dia pula menyoal Kak Ara. Tidak faham kata-kata Kak Ara sebentar tadi.
“In
la.. nak pergi mana jalan macam ribut. Kot ye pun tunggu la Kak Ara. Kita jalan
sama-sama,” Kak Ara atau nama sebenarnya Sarah Nur bersuara.
“Ooo..,”
barulah dia faham maksud Kak Ara sebentar tadi.
“Tak
pergi mana-mana pun akak.. segan tengok orang tu romantik sangat,” dia
berjenaka. Kak Ara dah tergelak-gelak. Wajahnya kemerahan, mungkin menahan
malu.
“In
nampak tadi ek.. sorry adegan yang
tak sepatutnya In tengok. In kan masih bawah umur,” Kak Ara dah tergelak-gelak.
Suka benar dia mengusik In.
“Tu
yang In cepat-cepat jalan tu. Bimbang In teringin nak bercinta pula, bila
tengok akak romantik habis,” In mengusik Kak Ara. Mereka sama-sama beriringan
masuk ke café untuk memulakan tugas.
“Awal
In sampai hari ni?” Kak Ara yang baru memegang penyampu bertanya. Dia nampak
tadi In dihantar abangnya.
“Emm..
abang nak ke Wisma Andalas sebab tu dia tumpangkan In. Tak perlulah In naik bas
hari ni,” dia bersuara. Tangannya ligat membersihkan cermin pintu. Itulah rutin
hariannya sebelum customer datang.
“Baik
abang In tu ye.. beruntung In ada abang macam tu,” ujar Kak Ara.
In
angguk. Memang dia bertuah memiliki Firman sebagai abang tetapi kadangkala dia
agak rimas kerana sering dikongkong.
“Mmm..
tapi In rasa abang terlalu mengongkong hidup In. In nak juga rasa hidup macam
remaja lain. Ke sana ke sini bebas tapi abang In tu susah sikit. Dia terlalu
mengongkong,” cerita In.
“Hish..
tak baik tau mengata abang sendiri. Itu bukannya mengongkong tapi ambil berat.
Sekarang ni macam-macam boleh berlaku kalau kita tak berhati-hati rosak masa
depan,” balas Kak Ara.
Dia
berlalu ke bahagian dapur kerana tugasnya sebagai pembantu chef akan bermula.
Tadi pun Chef Ammar sudah meneriak namanya minta dia menyediakan bahan untuk
dimasak.
Setengah
jam kemudian beberapa pekerja lain muncul seorang demi seorang. Zarima yang
dipanggil Kak Ima termengah-mengah dibelakangnya kelihatan Haikal yang
tersengih bila melihat dirinya.
“In..
ada orang nak jumpa kejap,” Haikal menggamit In, meminta gadis itu menghampirinya.
Cepat saja In meletakkan tuala yang tersangkut dibahunya.
“Err..
siapa abang Kal?” soalnya. Pelik dia, Abang Haikal tak bekerja ke hari ni?
Pagi-pagi buta sudah muncul di Café Bora-Bora.
“Abang
tak kerja ke hari ni?” soalnya. Matanya melilau mencari ke kiri dan kanan. Tak
Nampak ada orang luar di situ. Yang ada hanya Kak Ima dan Kak Ara yang sibuk
menguli adunan nak membuat kek di dapur.
“Kat
luar.. bukan kat dalam kedai ni. Cepat In, dia dah tunggu tu,” In bergegas
membuka pintu Café. Sekali lagi matanya melilau mencari gerangan orang yang
mahu berjumpa dengannya.
“Assalamualaikum…”
satu suara kedengaran dari arah belakangnya.
“Waalaikumus…”
dia hampir terjatuh bila melihat gerangan yang berdiri didepannya.
“Aw..
awakk..” tergagap-gagap suaranya. Bulat matanya melihat Harris Danial berada
disisinya.
“Kita
duduk sana.. Abang nak cakap dengan In” In agak terpinga-pinga. Dia kaku di
situ sebelum ditarik lelaki itu supaya mengikutnya. Harris Danial bergerak
menuju ke restoran berdekatan.
“Duduk..”
arah Harris Danial. In bagaikan lembu dicucuk hidung. Mengikut arahan tanpa
membantah.
“Ada
apa awak?” dia sudah berani untuk bertanya. Sejak tadi dia hanya mengikut apa
yang dilakukan Harris Danial.
“Kita
minum dulu,”
“Tak
perlu. Saya baru lepas sarapan kat rumah tadi. Err… ada apa nak jumpa saya?”
ulangnya lagi. Ditilik pergerangan tangannya. Jam Alba pemberian ayahnya
selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR direnungnya.
“Err..
err..” tiba-tiba dia melihat Harris Danial tergagap-gagap.
Masing-masing
terdiam.
‘Dah
la aku banyak kerja. Diam dari tadi. Hish.. menyusahkan orang betul’
“Ada
apa? Saya banyak kerja ni..” In bersuara. Dia bersedia untuk bangun tetapi
pantas tangannya disambar.
“Duduk
dulu… abang ada benda nak cakap. Sejak tadi lelaki itu membahasakan dirinya
abang, sedangkan dia hanya bersaya dan berawak.
“Nak
cakap.. nak cakap tapi tak cakap juga. Diam dari tadi” bebel In. Darahnya sudah
naik. Pelik dia dengan sikap Harris Danial. Hari-hari biasa tak ada pula
nak bersikap macam ni. Hari ni nampak macam terkena sawan je.
“Abang
sayang In..” bulat mata In mendengarnya. Sayang? Biar betul mamat ni. Dia cubit
lengannya. Sakit! Maknanya dia tidak bermimpi.
“Kejap..
kejap… awak ni mengigau ke apa? Kita tak rapat mana pun. Tiba-tiba awak kata
sayang saya. Kalau abang Haikal tu boleh jugak diterima. Saya pun sayang dia,”
dia berjenaka.
“Awak
sayang Haikal? Betul awak sayang dia?” agak kuat suara Harris Danial pada
pendengarannya. Tapi cepat juga dia mengendurkan suaranya apabila melihat
beberapa mata memandang kearahnya.
“Awak
sayang Haikal ke?” dia mengulangi pertanyaannya apabila melihat In tidak
menjawab pertanyaannya.
“Yalah
sayang.. macam saya sayang abang saya tu,” Harris Danial urut dadanya. Hish
budak ni, buat jantung aku tercabut je. Kalau betul dia sayangkan Haikal tadi,
nampaknya aku yang merana nanti.
“Dahlah
awak.. saya nak balik ke café, nanti diorang tercari-cari pulak. Awak tak
apalah, awak boss kat office awak
tu..” balasnya.
Dia bangun dan berlalu pergi. Malas dia nak
layan Harris Danial yang masih membatu di situ. Lantak kau lah nak bergerak
atau tidak.
Hubungan dia dengan Harris Danial sudah masuk
sebulan. Dalam hati masing-masing ada taman.
Ada bunga-bunga bahagia.
Sejak
tadi, Nur Indah asyik tersengih apabila mengingatkan kisah semalam. Satu hari
suntuk dia dan Harris Danial keluar bersiar-siar. Keluar masuk pusat beli belah
tapi belinya tidak pun.
Penghabisannya
mereka melepak di Starbuck, minum sambil bergurau senda. Tika itu dia
merasakan dirinya adalah gadis paling bertuah di dunia. Begitu disayangi dan
dihargainya oleh lelaki yang disayangnya.
“Abang
sayang In..” dia hanya ketawa mendengar kata-kata itu. Sayang ke Harris Danial
kepadanya, desisnya.
Sayang
dan cinta dua perkataan berbeza. Sepanjang sebulan percintaan mereka Harris
Danial kerap mengungkap kata-kata sayang tetapi ungkapan cinta tidak pernah
keluar dari bibirnya.
Cintakan
Harris Danial kepadanya?
“Eh
abang,” tegur In bila merasakan ada tangan singgah ke bahunya. Firman sejak
tadi asyik memerhati adik bongsunya yang asyik mengelamun. Tersenyum dan
tersengeh hingga menimbulkan kemusykilan kepadanya.
“Abang
dari mana ni?” dia melihat wajah abangnya yang berpeluh dan berminyak.
“Mmm..
basuh kereta. Berdebu sangat dah dekat dua minggu tidak dicuci. Ni dah ada masa
lapang sikit barulah boleh dicuci,” balas Firman.
“Hish
hantarlah ke car wash depan rumah tu.
Tak perlulah abang Fir penat-penat nak mencuci sendiri,”
“Tak
pe.. abang pun dah lama tak belai dia ni,” dia menunjukkan Satria Noe miliknya
yang terpaker cantik dihalaman. terkekek-kekek Nur Indah gelak. Ada-ada saja
abangnya tu. Suka betul dia melawak.
“Dah
siap ke?” soal Nur Indah. Dia memerhati Satria Neo berwarna hitam matalic Kereta
yang dibeli abangnya sejak setahun lalu hasil gaji pertama abangnya bekerja
sebagai sebagai jurutera.
“Apa
yang Indah menungkan? Abang tengok kejap tergelak, kejap tersengih, kejap
tersenyum. Ada cerita menarik nak dikongsi bersama abang ke?” soalnya. Nur
Indah geleng.
“Mmm
mana ada Indah termenung. Mata abang dah rabun kot. Baik abang pi check doctor mata,” hahaha dia sudah
ketawa mengejek abangnya.
“Indah
bercinta sekarang ni ek?” tebak abangnya.
“Mana
ada. Indah masih bawah umur. Mana boleh bercinta. Umi dan ayah marah nanti,”
balas Nur Indah beriya-iya, cuba menyakinkan abangnya. Mana boleh beritahu dia
hangat bercinta sekarang, nanti tak pasal-pasal dia kena gulai dengan abangnya.
Kalau
dengan umi dan ayah boleh di ‘cauntim’
lagi tapi dengan abangnya. Huh, pasti jadi halilintar nanti. Abangnya bukan
boleh dibuat kawan untuk simpan rahsia, nanti tak pasal-pasal sampai ke
pengetahuan orang tua mereka.
Ya
lah tu, macamlah dia boleh percaya
dengan kata-kata Indah tu. Tengok wajah adiknya pun, dia dah tahu di hati Nur
Indah ada taman yang sedang mekar mewangi.
“Hanya
orang bercinta je cakap macam tu. Nak cover. Macam Indahlah. Tersengih,
tersenyum sorang-sorang. Jangan dik, nanti orang kata adik abang ni tak betul
lak,” dia berseloroh. Pipi adiknya dicubit.
“Mmm
bang… kata hari tu nak balik kampung. Indah ikut abang balik boleh?” dia cuba
memesong cerita. Tidak mahu abangnya terus menerus meneka hatinya. Lagi pun,
dia sudah lama tidak pulang ke Taiping, rindunya pada umi dan ayah tidak mampu
ditahan lagi.
“Indah
kan kerja.. nanti cuti Indah balik la. Lagi pun, Kak Zahraa nak datang sini
kan, cuti semester dia pun dah bermula,” beritahu Firman.
Dia
merujuk kepada adik keduanya, Nur Zahraa baru yang saja menjadi mahasiswa di
Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok
dan akan menghabiskan cuti semesternya di rumah mereka.
“Tunggu
Kak Zahraa kat rumah. Nanti dia sampai tak ada orang pula,” putus Firman. Dia
melihat dahi Nur Indah berkerut. Tanda protes dengan tindakannya. Sesekali adik
bongsunya degil yang amat sangat.
“Dengar
tak?” suaranya dikuatkan sedikit.
“Dengar”
ujarnya. Lambat-lambat dia bangun menuju ke biliknya. Hish, abang Firman ni
memang menyakitkan hati. Orang nak balik jumpa umi dan ayah pun dilarangnya.
Benci. Desisnya.
Pintu
bilik ditutup kuat. Masih dalam mood protes. Firman menggeleng kepalanya. Si
bongsu yang kuat benar memprotes dan merajuk. Dia menghampiri kamar tidur Nur
Indah.
Pintu
dibuka, kelihatan Nur Indah berbaring diatas katil sambil membaca novel. Satu
lagi hobi adiknya yang tidak boleh dibuang. Walau sesibuk mana pun dia, hobi
nan satu itu tidak akan ditinggalkan.
Nur
Indah menutup novel yang dibacanya dan berpaling kearah Firman. Dia melihat
abangnya itu tersengih-sengih.
“Indah
nak tidur…” katanya sambil memejamkan matanya.
Bantal
peluk dilekap ke mukanya. Firman tergelak. Dia tahu, Nur Indah masih lagi
merajuk dengannya. Adik bongsu, manjanya bukan main. Marah sikit, merajuk. Tak
dapat apa yang dihajati, merajuk. Tapi dia pasti akan kesunyian apabila sesekali
Nur Indah membuat perangai seperti ini.
“Jangan
tipu abang.. tadi tu bukan main lagi mengadap novel. Tak kira abang nak Indah
bangun dan teman abang makan. Siapa lagi yang abang nak bermanja kalau tak
dengan adik abang ni,” dia memujuk. Tangan si adik ditarik supaya berdiri.
“Yalah..yalah…”
mahu tak mahu Nur Indah bangun. Hish, abang Fir ni, tak boleh tengok orang nak
bersenang lenang pada hujung minggu. Ada saja arahan tidak rasminya.
“Abang
nak makan apa? Indah bukan masak pun,” soal Nur Indah. Dia masuk ke dapur dan
membuka peti ais, mencari stok bahan mentah yang boleh dimasak.
“Tak
ada apa yang boleh dimasak bang..” pintu peti ais ditutup. Matanya ditalakan
kepada Firman.
“Abang
tak suruh Indah masak.. abang kata teman abang makan. Jom kita makan kat luar. Teringin pulak nak
makan tom yam,” kakinya melangkah keluar dari dapur.
“Sat..sat..
Indah nak tukar baju,” balasnya.
“Tak
perlulah. Pakai macam ni dah okey. Ambil tudung je,” balas Firman lagi. Bukan
buruk sangat pakaian adiknya. T shirt dengan seluar trek. Kira okeylah,
bukannya nak makan di hotel mewah pun.
“Hish
abang ni.. tak mahulah. Tunggu kejap. Indah nak tukar baju. Abang panaskan
enjin kereta dulu,” dia beri arahan kepada Firman.
Akhirnya
Satria Neo Firman bergerak laju menuju ke pusat bandar.
Post a Comment
Pendapat?