BAB
20
Lima
tahun lalu
Harris
Danial bergegas keluar dari officenya
menuju ke Café Bora-Bora milik keluarga Haikal. Sejak seminggu lalu, dia
dan Haikal diarahkan bertugas di cawangan selepas Encik Zikri, pengurus
cawangan di Ipoh berhenti mengejut.
Nasib
baik, Haikal orang Ipoh, jadi agak memudahkan dia bergerak ketika berada di
sana. Sampai saja di Café Bora-Bora, dia melihat temannya itu asyik bergelak
tawa dengan In. Gadis yang semakin mendapat tempat dihatinya.
Hatinya
mula mendidih. Haish.. tak boleh jadi ni, dia mempercepatkan langkahnya menuju
ke pintu kaca café Bora-Bora.
“Cepat
kau sampai hari ini,” soal Haikal. Matanya tidak lepas memandang wajah In.
Sesekali dia memuncungkan bibirnya kearah Harris Danial. In hanya
tergelak-gelak melihat wajah Haikal yang agak lucu pada pandangannya.
Wajah Harris Danial agak keletihan. Mungkin
baru balik dari office, tekanya.
Itu pun disebabkan dia melihat baju yang
dipakai lelaki itu masih belum bertukar. Masih lagi memakai kemeja dan
berseluar slack serta bertali leher tetapi tali leher itu sudah dilonggarkan.
“Bukan
aku yang cepat tapi kau tu yang tak masuk office,”dingin
saja suara Harris Danial. Tak peka betul si In ini.. dia dah separuh rentung
cemburukan Haikal, gadis itu boleh lagi buat muka tak faham. Eh, memang dia tak
faham pun. Budak lagi, desisnya.
“Kau
dari mana ni?” Wajah cemberut temannya dipandang sekilas. Temannya sejak
kebelakangan ini kerap naik darah. Pekerja silap sikit, habis ditengkingnya.
Budak-budak tu buat kerja pun dalam ketakutan saja.
“Dari
mana lagi, dari office la. Punya la
aku tunggu kau kat office.
Rupa-rupanya asyik bercengkerama di sini. Patut la tak masuk office,” bidas Harris Danial. Kan! Aura
marah lelaki itu sudah naik ke muka.
Kata-kata
Harris Danial langsung tidak berbekas dihati Haikal. Temannya itu kalau mahu
marah pakat main serbu saja. Tak fikir orang terasa atau tidak. Nasib baik dia
dah lama kenal Harris Danial, kalau tak, dia pun sama dengan pekerja lain.
Mengumpat boss hari-hari.
“Aku
bukannya tak nak balik office, tapi
kau tahulah time-time macam ni, jalan ke office
kita tu jemnya nauzubillah. Tak larat aku, nak tekan pedal minyak,” Kalau
memberi alasan, Haikallah juara.
Dahlah tu, alasan pun tak berapa nak logik
sangat. Ada ke jalan kat sini dikatakan jem. Kalau di Kuala Lumpur tu bolehlah
dia percaya. Ini jalan kat bandar Ipoh je tu. Jem setara mana sangat lah.
Harris Danial merengus.
“Hah
lagi satu… control sikit marah kau
tu. Dah la kat office wajah kau tu
macam cekodok basi kat luar pun sama jugak. Depan In ni.. malu la sikit. Kata
nak pikat adik aku ni, tapi bila dah macam ni aku rasa awal-awal lagi In dah reject kau,”
Lagi
sekali dia rasa nak beri penampar jepun pada Haikal. Mulut tiada insurans
langsung. Kalau iya pun nak kenen-kenankan dia dengan In janganlah didepan dia.
Malu weh, saham yang baru naik pun boleh jatuh menjunam kalau macam ni.
“In
layan customer dulu ye.. abang
berbuallah dengan abang Harris dulu,” In sudah meminta diri apabila dia melihat
ada customer masuk ke café Bora-Bora.
Harris Danial mengeluh.
“Aik…
panjang nampak keluhan kau ni, nape?” Haikal sudah mengambil tempat duduk tidak
jauh dari pintu. Harris Danial turut menarik kerusi bersebelahan temannya itu.
Dari situ dia nampak jelas pergerakan In yang sedang melayan customer.
Hatinya
belum puas selagi tidak melihat gadis itu.
“Kau
ni dah parah Riss.. kalau betul kau ada hati kat In cuba berterus terang dengan
dia. Jangan sembunyikan rasa hati kau tu. Nanti aku bimbang ia makin parah,”
Harris Danial diam.
“Entahlah..
aku sendiri tak tahu perasaan aku ni. Adakah aku cintakan dia atau sekadar
menyenangi perwatakan dia saja. Dia budak lagilah Kal, nanti tak pasal-pasal
aku dihukum sebat,” dia berjenaka.
Dia
masih lagi merenung In yang asyik melayan beberapa customer yang baru muncul di café. Hish budak ni berlebih-lebih
pula dia melayan customer. Hangat hatinya bila dia melihat customer lelaki itu cuba menyentuh tangan In.
“Kau
tengok lelaki tu..agak-agaklah weh, yang
kau sentuh tu anak dara orang bukan anak patung,” dia sudah melenting. Dia
makin marah apabila melihat In cuba menepis tangan lelaki itu berkali-kali.
Dia
mahu bangun tetapi cepat saja tangannya ditarik Haikal.
“Aku
tahulah kau tu prihatin lebih. Tak pasal-pasal bergaduh pula kat dalam café aku
ni. Aku je yang pergi ke sana,” dia bingkas bangun menuju ke meja lelaki itu.
Beberapa minit dia bertengkar sebelum lelaki itu mengalah dan berlalu ke kaunter pembayaran.
Sebelum
keluar sempat lagi lelaki itu menunjukkan penumbuknya kepada Haikal. Dia
kembali ke tempat Harris Danial.
“Kalau
kau betul-betul cintakan dia.. mahukan dia untuk jadi pelengkap hidup kau, aku
sokong kau. Aku sanggup jadi orang tengah untuk kau pikat In. Lagi pun aku dah
anggap dia tu macam adik aku sendiri.
“Tapi
kalau kau sekadar nak main-mainkan adik aku tu. Aku harap kau hentikan saja.
Kasihan kat budak tu. Masa depan dia masih panjang lagi,” nasihat Haikal. Dia juga memerhati In. Sekejap duduk di
tempat cashier dan sekejap ke depan mengambil order daripada customer.
Gadis
itu memang cantik. Kulitnya mulus. Setiap kali dia tersenyum, terserlah lesung
pipit di pipi kanannya. Rambutnya yang panjang mengurai itu kadangkala diikat,
kadangkala dilepaskan bebas.
“Aku
buntu..aku tak tahu” perlahan saja suaranya.
“So
nasihat aku jangan dekati dia. Kalau kau rasa ini satu amaran, maka amaran ni
khas aku tujukan untuk kau. Ingat tu,” Haikal memberi kata putus. Kalau begini
gayanya baik Harris Danial tidak payah mendekati In.
Tidak
sanggup rasanya untuk melihat gadis sebaik itu terluka dan orang yang
melukainya adalah teman akrabnya sendiri.
“Kenapa
aku rasa pahit… aku rasa terluka dengan kata-kata kau tu?” Harris Danial
menunjukkan dada bidangnya.
“Aku
rasa sakit sangat disini..,” ujarnya. Wajah Haikal dipandang.
“Memang
kau rasa sakit sekarang tapi aku pasti kesakitan kau tu akan hilang suatu hari
nanti. Percayalah cakap aku ni,” ujar Haikal.
“Aku
bukan larang kau bercinta dengan In.. tapi kalau kau setakat mahu main-mainkan
adik aku tu, baik tak payah. Aku sayangkan dia, jadi aku tak mahu dia terluka
atas sikap kau tu,” Harris Danial menunduk.
Gelas
ditangannya dipusing-pusing. Wajahnya berkerut. Matanya dilirik kepada In yang
dari tadi tidak berhenti-henti melayan customer
Café Bora-Bora.
Seketika
dia melepaskan keluhan.
‘Apa
yang aku pandang pada gadis itu? Cintakah aku padanya?’ dia masih keliru dengan
hatinya.
Post a Comment
Pendapat?