BAB
19
Sebaik
saja Puan Sri Rajmah berlalu pergi, dia melangkah naik ke tingkat atas. Tidak
sabar mahu menatap kad nikah yang baru dijumpainya tadi. Walaupun sudah lima
tahun berada dalam bonet keretanya, kad berkenaan masih berkeadaan baik.
Lama
Harris Danial merenung kad nikah yang dibalut dengan tisu itu.
“Bismillah…”Dengan
sedikit menggigil dia membuka balutan tisu. Kad nikah yang sama saiz dengan
Mykad itu diambil dan dipandang lama. Gambarnya dan gambar In tertera pada permukaan
kad berkenaan.
Lama
dia tilik gambar gadis itu. Cantik. In memang cantik. Berhidung mancung dan
matanya yang bundar itu memikat hatinya. Cantiknya… cantiknya… dia tenggelam
dalam khayalannya.
Wajah isterinya nampak begitu muda dan sedikit
keanak-anakan. Mungkin disebabkan In anak bongsu maka manjanya agak berlebihan.
Sentiasa dimanjakan oleh keluarganya.
Itu pun secara kebetulan saja dia tahu status
In apabila isterinya itu menjawab panggilan pada malam pertama mereka dulu.
Kata isterinya, abang sulungnya itu agak king control orangnya.
Masih
dia ingat wajah gembira dan bahagia dipamerkan isterinya setiap kali In
bercerita mengenai abang sulungnya itu. Mata itu bercahaya. Malah dia kerap
cemburu apabila In terlalu melebihka si abang daripada dirinya.
Bersikap
tegas dengan adik-adik tetapi amat penyayang. Abangnya terlalu melindungi
dirinya dan kakaknya. Itu lima tahun
lalu dan mungkin sekarang, In sudah bertukar menjadi seorang gadis yang matang
seiring dengan usianya yang sudah meningkat.
Sepanjang
sebulan ‘percintaan’ mereka, dia tidak pernah melihat wajah abang isterinya
itu. Nama pun dia tidak pernah tahu. Biarpun In pernah mahu memperkenalkan
abangnya tetapi dia menolaknya. Ya Allah betapa teruknya dia.
Kad
nikah itu ditilik lagi. Kalau lima tahun lalu dia langsung tidak memandang kad
itu dan dicampakkan ke dalam bonet keretanya sebaik saja dia mengambil kad
nikahnya di pejabat Agama di Ipoh. Tetapi kali ini lama dia merenungnya.
Merenung
dan memandang dengan pelbagai rasa. Perasaan bahagia menyelinap dalam seluruh
urat nadinya. Pelik dia. Adakah dia sudah jatuh cinta pada isterinya itu dengan
hanya melihat gambar pada sekeping kad nikah? Dia mengeluh.
‘Ya
Allah sakitnya dada ini. Ya Allah, ya Rabbi kau lembutkan hati isteriku untuk
memaafkan perbuatanku selama ini. Kau lembutkan hati dia Ya Allah, supaya dapat
menerima kembali aku, suaminya yang pernah tersasar memilih jalan hidupnya.
Dia
bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia mahu menyerahkan dirinya kepada Allah. Dia
mahu meminta ampun atas kesilapan yang dilakukan dulu.
“Allahuakbar…”
dia memulakan solatnya. Kali ini dia terasa solatnya begitu kusyuk. Dia terasa
dekat dengan Allah SWT.
“Assalamualaikum…”
akhirnya dia memberi salam. Menoleh ke kiri dan kemudiannya ke kanan. Tangan
kanannya meraup ke mukanya.
Dia
mula menadah tangan memohon doa.
‘Satukan
kami semula ya Allah dalam rahmat-Mu. Aku bersyukur ya Allah kerana Kau membuka
pintu hatiku, melembutkan hatiku. Aku memohon kepada-Mu Ya Allah kau lembutkan
hati keluargaku, hati keluarganya,’ dia menadah tangan berdoa kepada Yang Maha
Esa.
Kini,
dia sudah teresak-esak. Menangis seperti budak-budak. Hatinya bagaikan
disiat-siat dengan dosa. Ya Allah aku berdosa. Aku terlalu mengejar keseronokan
dunia sehingga aku tidak sedar aku sebenarnya sudah menganiaya seorang gadis
yang tidak bersalah.
Harris
Danial bangun. Sejadah yang digunakan tadi disangkut ke penyidai. Dia kembali
berlabuh di katilnya. Diambil semula kad nikahnya yang diletakkan di atas meja
bersebelaha katilnya itu.
Dia
kembali menilik kad berkenaan. Nama yang tertera pada kad berkenaan dipandang
dengan penuh perasaan. Namanya dan nama In.
‘Nama
suami : Harris Danial bin Imran
‘No
KP : 84909-05-xx
Nama
isteri : Nur Indah binti Mohd Radzi
‘No
KP : 910101-08-xx
‘Tarikh
Nikah : 10/02/ 2009
‘Pejabat
Pengeluar : Ipoh
Dia mengeluh. Nur Indah Mohd Radzi… Nama
itulah yang dia akad pada majlis pernikahan mereka lima tahun lalu. Kenapa dia
tak ingatlangsung. Selama ini, dia hanya mengenali Nur Indah dengan nama In.
Semua pekerja di café itu memanggil gadis itu In. Rupa-rupanya In adalah singkatan
daripada nama Nur Indah. Nama isterinya itu begitu Indah, seindah wajah dan
perwatakan isterinya.
‘Cantiknya
isteri abang.. In cantik sangat memakai
tudung begini…’ walaupun hanya mengenakan tudung bawal, langsung tidak
mencacatkan penampilan Nur Indah.
Gambar
itu diusap lagi. Lebih kepada sebak sebenarnya. Selama sebulan dia mengenali
gadis bernama Indah, isterinya itu tidak bertudung dan mempunyai perwatakan happy go lucky apatah lagi usia
isterinya baru 18 tahun. Baru lepas SPM. Masih muda remaja.
Dia
kini larut dalam perasaannya. Dia merenung lagi gambar itu. Senyuman Indah
seolah-olah mengejek dirinya. Dia mengeluh lagi. Sejak beberapa jam lalu dia
banyak mengeluh. Sesekali sebak bertandang. Dia kucup kad nikah itu. Lama.
Pantas
saja kad itu dimasukkan ke dalam dompetnya. Diletakkan bersama-sama kad penting
dalam hidupnya. In.. In memang penting pada abang.
Tekadnya,
dia mahu mencari Nur Indah.. mencari kembali isterinya dan dibawa balik ke
rumah keluarganya sebagai menantu sulung mama dan papanya. Isteri kepada Harris
Danial Tan Sri Imran.
Tidak
sesekali dia akan menceraikan Nur Indah. Itulah isterinya di dunia dan
diakhirat. Dua kali dia menggoncang tangan tok kadi tetapi dengan orang yang
sama. Hanya Nur Indah yang disebut dalam akad dan kabulnya dulu.
Allah
sudah menunjukkan jalan kepadanya tetapi dia langsung tidak menyedarinya dan
selepas lima tahun baru dia sedar Nur Indahlah satu-satu isterinya dan tiada
orang lain yang berhak berada di hatinya.
“Abang
sanggup sujud di kaki Indah kalau abang bertemu dengan Indah nanti. Abang mahu
kucup dahi Indah… abang mahu bisikkan di telinga Indah, abang cintakan
Indah..teramat cintakan Indah,” bisiknya.
Kad
nikah itu dimasukkan semula ke dalam dompetnya. Akan dibawanya ke mana-mana
sebagai bukti dia sudah menjadi suami kepada Nur Indah Mohd Radzi dan dia akan
menunjukkan kad itu apabila berjaya menemui Nur Indah suatu hari nanti.
Deringan
telefon menghentikan lamunannya. Tertera nama Haikal di skrin handphonenya.
“Yup
bro.. apa hal?” soalnya.
“Kau
okey ke tak ni?” Haikal bertanya.
“Aku
okey. Don’t worry tentang aku. Sorry tadi aku tinggalkan kau seorang
diri kat restoran. Aku baru teringat sesuatu tadi,” katanya.
“Aku
faham dan aku tahu apa yang kau teringatkan tu. Aku bukan bodoh la beb… aku nampak
wajah kau yang terkejut apabila aku cakap pasal kad nikah tadi. Betul tak apa
yang aku cakapkan ni?” dia bertanya.
“Macamana
kau boleh agak?” Harris Danial agak kehairanan. Pandai pula si Haikal ni
meneka.
“Kau
patut tengok muka kau tadi. Terkejut kau tu memang teruk sangat. Dari situlah
aku dapat agak. So? Kau jumpa tak apa yang kau cari tu?”
“Mmm..
jumpa. Merata tempat aku cari benda tu. Last-last
kau tahu kat mana aku jumpa?” dia sudah tergelak-gelak. Gelihati dia
mengingatkan pencariannya beberapa jam lalu.
“Kat
mana?” sayup-sayup kedengaran suara Haikal.
“Kat
dalam bonet kereta. Kat tempat simpan tayar spare,”
“Ya
Allah teruknya kau ni. Sepanjang lima tahun ni kau langsung tak teringat benda
tu?”
“Tak..
memori aku bagaikan dipadam terus dari ingatan aku. Aku langsung tak ingat aku
yang aku ni dah kahwin. Bila mama aku beri amaran jangan bawa anak dara orang kahwin
lari waktu itu semua kenangan aku dengan In masuk dalam fikiran aku. Macam
wayang gambar,”
Kedengaran
gelak tawa Haikal.
“Okeylah…
aku chow dulu. Nak mandi dan solat ni. Badan aku belengas sangat ni. Aku baru
sampai rumah,” Haikal memutuskan panggilannya. Belum sempat Harris Danial mahu
mengucapkan terima kasih kepada temannya itu.
“Terima kasih
bro..terima kasih,” handphonenya diletak semula
Post a Comment
Pendapat?