BAB 1
LIMA TAHUN LALU
“Indah
buat apa tu?” Puan Zakiah menapak masuk ke bilik tidur dan menghampiri Nur
Indah. Umi tengok jauh sungguh Indah termenung. Apa yang dimenungkan?” dia cuba
mencungkil apa yang bersarang difikiran anaknya.
Nur
Indah geleng. Kelopak matanya dikesat.
“Mmm..
tak buat apa-apa umi. Saja je Indah tengok-tengokkan Iman ni. Lena betul dia
tidur,” Nur Indah memberi ruang kepada ibunya duduk disisinya.
Puan
Zakiah angguk, matanya meneliti wajah anak bongsunya yang begitu manja
dengannya dan suami. Tapi hari ini si bongsu yang dianggapnya masih kecil itu
sudah bergelar ibu.
“Baby
memang macam ni… sekarang kerja dia asyik tidur. Kalau menangis pun sebab dia lapar atau pampers basah.
Nanti bila dah besar sikit, Indah tak
lena tidur. Sebabnya, dia asyik berjaga malam saja,” beritahu Puan Zakiah.
Matanya
turut dilirik ke arah cucunya.Satu-satu cucunya yang ada kerana anak sulungnya
Firman dan anak keduanya, Nur Zahraa belum berkahwin.
Firman
berusia 24 tahun masih lagi memegang status bujang begitu juga Nur Zahraa, anak keduanya
itu berusia 21 tahun dan masih belajar di universiti tetapi siapa sangka
adik mereka yang mencecah usia 18 tahun
sudah menamatkan zaman gadisnya secara bersembunyi.
Suaminya
terkedu tatkala si anak berterus terang selepas beberapa hari berlangsungnya
perkahwinan rahsia mereka. Suaminya membawa isu perkahwinan itu ke pejabat
agama untuk memastikan status perkahwinan itu.
Atas
nasihat pejabat agama, si anak diakad nikah semula dengan berwalikan suaminya
yang memberi kuasa kepada pejabat agama dengan menyerahkan sekeping surat
kepada kadi di pejabat agama. Selepas itu menantu itu langsung tidak dapat
dikesan.
Ada
juga suaminya meminta jasa baik penyiasat untuk mencari Harris Danial tetapi
tidak pernah berjaya. Akhirnya dia dan suami berputus asa. Biarlah! Kalau ada
jodoh anak mereka dia pasti mereka akan bertemu juga.
Nak
marah pun benda sudah berlaku, jadi mahu tak mahu dia dan suami terpaksa
menghadap juga.Tetapi sampai sekarang dia tak faham, kenapa Nur Indah berkahwin
sekiranya mahu ditinggalkan.
Suami
Nur Indah langsung tidak dikenalinya tetapi kalau dia berjumpa menantunya itu
hanya satu soalan yang mahu ditanyakan. Apa salah Nur Indah sehingga menantunya
sanggup meninggalkan anaknya selepas beberapa hari pernikahan mereka.
Wajah
anak bongsunya itu direnung. Dia tahu Nur Indah hanya berpura-pura gembira
sedangkan hakikatnya, hati anak gadisnya itu penuh dengan penderitaan. Nur
Indah begitu tabah sepanjang kehamilannya.
Jarang mahu menyusahkan dia atau pun suami.
Kalau
anaknya tidak mengikut kata hati, pastinya Nur Indah masih lagi bergelar
pelajar tetapi apakan daya, anak gadisnya itu
melakukan kesilapan.Terlalu mengikut kata hatinya yang akhirnya merubah
100 peratus graf hidup Nur Indah dan keluarganya.
Puan
Zakiah mengeluh. Wajah anak bongsunya itu dipandang lagi. Dia tahu ada sesuatu
yang bersarang dibenak Nur Indah. Kalau tidak, takkan wajah Nur Indah berkerut
sejak dia sampai tadi.
“Indah
tengah berfikir sesuatu tadi,” Nur Indah berterus terang. Puan Zakiah yang
asyik mengelamun terperanjat mendengar
suara Nur Indah. Pantas wajah si anak direnung, meminta penjelasan.
“Indah
fikir apa lagi.Tak bagus untuk kesihatan jika setiap hari Indah tak henti-henti
berfikir. Benda yang dah lepas, tak perlulah Indah fikirkan lagi. Yang penting sekarang
Indah kena hadapi apa yang berlaku sekarang. Masa depan Indah masih panjang.
Jadi kena bersedia dari sekarang,” beritahu uminya.
Wajah
anaknya direnung penuh kasih.Biarpun satu ketika hatinya terguris dengan
perbuatan bodoh si anak tetapi dia dan suaminya tetap memaafkan kekhilafan Nur
Indah. Biarlah! Jika itu boleh mematangkan anaknya, dia dan suami tetap reda
menerima ketentuan Ilahi.
“Tiba-tiba
Indah terfikir mengapa Indah begitu bodoh sehingga sanggup melukakan hati dan
perasaan umi dan ayah.Indah tidak pernah terfikir bagaimana perasaan umi bila
mendapat tahu tindakan bodoh Indah itu,” Bahu Nur Indah ditepuk-tepuk.
“Semua
orang pernah buat silap dalam hidup mereka tak terkecuali umi, ayah, abang dan kakak pun pernah buat
silap. Umi tak pernah kata perkahwinan Indah dulu tu satu kesilapan tetapi
cara Indah dengan Harris kahwin itu yang
silap,”
Nur
Indah angguk. Dia akui kekhilafan
dirinya. Kalaulah boleh diundurkan masa dia tidak akan teragak-agak untuk
menolak permintaan gila lelaki itu.
“Sudahlah
Indah. Umi dan ayah sudah maafkan Indah.Tak baik Indah menyesal. Iman adalah
anugerah untuk Indah.Walaupun Indah tidak menyintai papanya tidak bermakna
Indah perlu mengabaikan kebajikan Iman. Dia tetap darah daging Indah,”
“Insya-Allah
umi. Indah akan jaga Iman. Dia nyawa Indah sekarang. Indah akan pastikan Iman
akan mendapat yang terbaik dalam hidupnya. Tiada sebarang kekurangan walaupun
tanpa lelaki bergelar ayah. Iman ada nenek dan datuk. Rasanya sudah cukup untuk dia rasa
disayangi,” balas Nur Indah. Kepala Iman Raykal diusap lembut. Seluruh kasih
sayangnya tertumpah untuk sikecil itu.
“Apa
perancangan Indah lepas ni? Maksud umi lepas habis pantang 44 hari nanti. Indah
nak sambung belajar atau macamana?” soal ibunya tiba-tiba.Itu jugalah yang difikirkan
Indah sejak beberapa bulan lalu.
“Indah
mahu sambung belajar. Sayang jika Indah sia-siakan masa muda Indah dengan
bersedih dan meratap saja. Kalau Indah ke universiti sekurang-kurangnya masa
depan Indah dengan Iman terbela.
Puan
Rokiah angguk. Bersetuju dengan kata-kata itu. Nur Indah anak pintar, buktinya keputusan
SPM baru diumumkan baru-baru ini menempatkan anaknya itu antara enam kelompok
pelajar terbaik di sekolahnya.
“Lagi
pun, sampai bila Indah mahu mengharapkan umi dan ayah untuk menanggung hidup kami anak beranak,” luah Nur Indah.
Jelas kematangan diwajah Nur Indah.Itu yang Puan Zakiah nampak sekarang.
“Jangan
cakap macam tu. Indah tidak pernah menyusahkan umi dan ayah.Abang dan kakak
Indah kalau dengar kata-kata Indah tadi mesti mereka juga sedih.Indah dan Iman
bukan bebanan kepada kami,” balas Puan Zakiah.
“Indah
faham umi. I am sorry. Indah
betul-betul teruk bila ingat kembali apa yang pernah Indah lakukan. Bersama dia
hanya untuk beberapa ketika tetapi seluruh
hidup Indah berubah 100 peratus,” matanya berair, bila-bila masa akan tumpah
dipipinya. Cepat saja tuala mandi Iman Raykal di capai.
“Kalau
boleh Indah putarkan masa kembali, Indah akan pastikan tiada pertemuan antara
Indah dengan dia. Indah akan pastikan umi dan ayah tidak akan dihina orang
kampung,” tidak sanggup dia menyebut
nama lelaki itu. Terasa seperti ada pisau melapah hati dan jantungnya.
“Jangan
fikir lagi benda tu. Anggaplah ini proses pembelajaran untuk Indah hidup lebih
bermakna lagi pada masa depan.Sekarang ni umi nak Indah kotakan janji Indah
untuk sambung belajar,” Nur Indah mengangguk. Sedu-sedannya masih lagi
kedengaran.
“Nanti
umi bincang dengan ayah. Malam tu pun ayah ada cadangkan Indah mohon masuk
universiti. Lagi pun keputusan SPM Indah cemerlang.Sayang kalau disia-siakan,”
Ibunya angkat punggung bila mendengar laungan dari luar bilik.
“Banyakkan
beristighfar. Ingat Allah. Umi keluar dulu. Ayah dah panggil tu,” sempat lagi
dia mencuit pipi cucu sulungnya itu. Iman Raykal menggeliat bila merasakan pipinya
dicuit. Matanya terbuka sebelum dia kembali lena
Post a Comment
Pendapat?