BAB
18
Balik
dari berjumpa Haikal, Harris Danial bergegas ke bilik tidurnya ditingkat atas. Puan
Sri Rajmah menegur pun langsung tidak dibalasnya. Menonong saja dia mendaki
anak tangga menuju ke tingkat atas.
Misi
mencari kad nikahnya perlu dilakukan segera. Pencariannya bermula. Kat mana nak
dimulakan, desisnya. Dia bergerak ke almari baju dibuka laci menempatkan
barangan peribadinya.
Puan
Sri Rajmah menggeleng kepala melihatnya. Dia turut menyusul si anak mendaki
anak tangga menuju ke tingkat atas. Mahu melihat apa yang dicari Harris Danial
sehingga tidak menyempat-nyempat.
“Riss
cari apa?” terjongol kepala Puan Sri Rajmah dibalik daun pintu. Terperanjat dia
melihat keadaan bilik anak bujangnya bersepah. Dia mengutip kotak-kotak yang
bersepah lantai dan diletakkan semula ke tempat asalnya.
“Riss
cari apa?” sekali dia bertanya apabila melihat si anak bagaikan tidak
mendengarnya. Harris Danial terkejut. Dia berpusing kearah Puan Sri Rajmah.
Melemparkan segaris senyuman.
“Nak
kemas ma. Sudah lama Riss tak service bilik Riss ni,” dalihnya. Kotak ditangan
si ibu diambil. Semuanya itu rahsia peribadinya. Hish tak pasal-pasal nanti
mamanya terperanjat melihat isi kandungannya.
Dia
duduk di katil. Hish tak boleh dia mencari kalau mamanya masih berada di situ.
Seperti menyedari kehadirannya tidak diperlukan, cepat saja Puan Sri Rajmah
melangkah keluar.
“Kemas
balik bilik ni. Mama tak nak tengok bersepah-sepah macam ni,” Harris Danial
angguk. Kalau tak diberitahu pun dia pasti mengemasnya kembali. Tak sanggup dia
hidup dalam keadaan bersepah-sepah macam ni.
Dia
menarik nafas lega melihat Puan Sri Rajmah menghilang.
Kotak
diambil, selongkar isi kandungannya. Dia hampa, apa yang dicarinya tiada di
situ. Dia kembali ke almari bajunya. Mana tahu dia tidak perasan kad nikahnya
diletakkan. Mungkin juga dia tak perasan memandangkan saiz kad nikah sama
dengan saiz Mykad.
Dia
cuba mengingatkannya. Dua bulan selepas akad nikah itu dilangsungkan dia
dihubungi Pejabat Agama Ipoh memintanya
datang mengambil kad nikahnya yang sudah siap. Selepas beberapa minggu
tertangguh, akhirnya dia mengajak Haikal menemaninya ke Ipoh.
Mungkin
Haikal beranggapan dia ke sana untuk urusan perceraiannya sedangkan hakikatnya
dia dipanggil untuk mengambil kad nikahnya. Selepas itu kad itu tidak pernah
dia pegang dan tidak pernah nampak lagi selepas itu. Imbasan itu bermain
difikirannya kini. Dia sudah tahu di mana harus dia cari.
Pantas
dia bangun menuju ke garaj kereta. Dia membuka bonet Marcedes Benz Sportnya.
Bermulalah sesi menyelongkar. Dibuang satu persatu barangan dalam bonet
keretanya. Bermula dengan kotak yang mengandungi kasutnya. Kasut sukan, kasut
ke pejabat.
Selepas
menyelongkar dua kotak akhirnya kad nikahnya dijumpai tersimpan kemas
berhampiran tayar sparenya. Dibalut dengan tisu dan dimasukkan dalam plastik
bagi mengelakkan koyak atau rosak.
Yes..yes…
dah jumpa..dah jumpa… dia bersorak gembira.Tisu yang mengandungi kad nikah itu
dikucupnya.
Oh..rupanya
begitu startegik tempat persembunyiannya hingga dia sendiri boleh terlupa lokasi penyimpanannya. Kad itu dimasukkan ke
dalam saku jeansnya. Kalau dapat dihidu oleh mama alamak akan jadi perang dunia
tiga.
‘Huh
nasib baik dia tidak pernah bertukar kereta dalam tempoh lima tahun ini. Kalau
tidak, naya dirinya. Macamana dia langsung tidak ingat mengenai kad nikah ni?
Kenapa aku simpan benda alah ni kat sini? Tak ada tempat lain yang lebih
strategik ke?’ dadanya diurut perlahan.
Keluhan
lega dilepaskan. Dia sudah bermandi peluh. Belum sempat dia menyimpan kembali
barangan yang dipunggahnya ke dalam bonet keretanya tiba-tiba suara mamanya
memetir dari arah belakang.
“Ya
Allah anak aku ni… apa kamu buat ni Harris Danial oiiii. Tadi kamu menyepah
dalam bilik sekarang ni kat sini pula. Apa yang Riss cari sebenarnya,”Puan Sri
Rajmah mengurut dadanya. Kur semangat!
Harris
Danial tersengih-sengih.
“Dah
tak ada kerja sangat rupanya kamu ni ye. Patutlah mama panggil separuh mati tiada
orang menyahut rupanya kamu di sini,”
marah betul Puan Seri Rajmah melihat anak bujangnya itu hanya buat tidak
dengar bebelannya tadi.
Suara
kuat Puan Sri Rajmah turut menarik perhatian Mak Enon. Terkocoh-kocoh pembantu
rumahnya itu muncul digaraj. Seperti mamanya, Mak Enon juga terkejut dengan
barangan yang dipunggah anak majikannya.
“Kenapa
ni Riss? Nak buat apa dengan barang ni semua?” soal Mak Enon. Dia pandang Puan
Sri Rajmah tetapi majikannya itu menjungkit bahunya. Menandakan dia juga tidak
tahu apa yang berlaku.
Mak
Enon mengambil salah satu kotak
didepannya dan dibuka. Tidak sempat Harris Danial menghalangnya. Pasti ni pasti
bulat mata mamanya melihat isi kandungan kotak berkenaan.
“Hish
kasut, selipar semua ni takkan Riss nak buang? Baru lagi ni,” marah Mak Enon.
Seperti yang dijangka mamanya juga terkejut dengan isi kandungan kotak
berkenaan. Harris Danial menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Ya
Allah banyaknya kasut. Satu.. dua.. tiga.. hish ada lima pasang semuanya.
Mahal-mahal pulak tu. Riss nak buang ke semua ini?” soal Puan Sri Rajmah. Dia
masih membelek kasut sukan dan kasut kasual pelbagai jenama didepannya..
“Riss
bukan nak buanglah mama.. Riss nak kemas je kotak-kotak ni semua. Mak Enon tu
yang salah faham,” dia menjeling kearah Mak Enon yang sudah dianggap ibunya
sendiri.
“Hish
bukan kamu kata nak buang ke tadi?” soal Mak Enon. Dia menggaru kepalanya yang
tidak gatal.
Harris
Danial menggeleng.
“Mana
ada. Riss cari barang hilang,” ops! Dia tampar mulutnya. Kan dah terpecah
rahsia. Nasib baik Puan Sri Rajmah dan Mak Enon tidak mendengarnya. Huh!
Selamat…selamat kalau tidak makin panjanglah soal jawabnya nanti.
Dia
tersengih. Wajah Mak Enon dipandang.
“Dah
la Mak Enon masuk dulu. Kamu carilah sendiri barang yang kamu hilang tu. Kalau
nak apa-apa kamu laung saja Mak Enon,” eh Mak Enon dengar tetapi tidak pula
bertanya mengenai barang yang hilang. Selamat..selamat…
Melenggang
wanita itu masuk dalam rumah. Malas dia nak melayan anak majikannya itu.
Kerjanya masih banyak di dapur tetapi apabila mendengar suara majikannya tadi
dia bergegas ke garaj.
Harris
Danial sengih. Lebih baik Mak Enon sudah
berlalu dari situ kerana bila
bergabung dengan mama, pasti kecoh jadinya.
“Habis
apa yang kamu cari sampai sepah-sepah macam ni?” soal Puan Sri Rajmah. Dia
mengambil alih menyoal Harris Danial.
Sudahnya,
Harris Danial hanya menayangkan giginya. Nak mampus berterus terang dengan
mamanya apa yang dia cari sebentar tadi.
“Mm..
mana ada Riss cari apa-apa. Riss cuma nak kemaskan bonet kereta Riss ni saja.
Dah lama sangat Riss tak kemaskan kereta ni. Dah bersemak. Tengok ni ma, kereta
Riss ni dah jadi tempat pembuangan sampah,” katanya memasukkan kembali isi
kandungan ke dalam bonet keretanya.
Kotak-kotak
yang mengandungi kasut, baju dan setimbun fail disusun elok dalam bonetnya. Buat masa ini biarlah
semua itu diletakkan dalam bonet keretanya dan jika ada masa lapang, dia akan
menyisihkan mana yang boleh dipakai, mana yang tidak berguna lagi.
Bukan
tadi dia dengar si anak mencari barang? Hish, sekarang ni Harris Danial kata
nak kemaskan barang bersepah ni pula, desis Puan Sri Rajmah. Kepala yang tidak
gatal digaru-garunya.
Akhirnya
dia menggeleng-geleng kepalanya. Pening kepala dia dengan kerenah anak
bujangnya itu.
“Yalah tu.. kamu ni ada-ada saja alasan. Mama
nak keluar ni, nak beli barang dengan adik kamu tu. Kalau papa balik tolong inform papa ek,” Mamanya sudah
melangkah meninggalkan garaj.
Patutlah
sebelum dia ke garaj tadi dia ada meliha
kereta Myvy adiknya, Munirah sudah di parker di halaman rumah. Rupa-rupanya
mama ada rancangan dengan adiknya itu. Munirah yang sudah berada di tempat
pemandu melambai-lambai minta mamanya
cepat masuk ke kereta.
“Kenapa
mama tak call papa saja beritahu?” Datin
Seri Rajmah tidak jadi melangkah. Dia berpusing kepada anak sulungnya.
“Kalau
mama boleh call papa tak de la mama
minta tolong Riss beritahu papa. Sejak tengah hari tadi mama call papa tak
dapat. Agaknya handphone papa
kehabisan beteri.
“Call la office,” mata Datin Seri Rajmah sudah terbeliak. Hahahaa… Harris Danial sudah nak tergelak.
Mamanya sudah bertukar menjadi Hulk
Horgan.
“Kalau
papa ada kat office tak de lah mama
minta tolong kamu ni. Ya Allah kenapa la mama dapat anak seperti ini,” Harris
Danial sudah tersengih. Kan.. mama dah naik minyak. Pantas saja bahu si ibu
dipeluk erat.
“Mama
ni.. Riss gurau sajalah. Mama ni kan, bila marah-marah, Riss nampak mama makin
jelita,” hahahaha…saja je dia membeli jiwa mamanya.
“Banyaklah
kamu tu.. mama dah tua. Dah masuk 50 series.
Tak perlulah nak bodek-bodek mama macam tu. Dah la.. lagi lama mama layan Riss
lagi lambat la mama boleh balik ke rumah. Mama pergi dulu, dah bising adik kamu
tu. Tak tengok ke mulut dia dah memuncung empat inci tu,” Harris Danial memandang
Munirah. Memang betul, mulut adiknya itu sudah boleh disangkut hanger.
“Jangan
pergi ke mana-mana petang ni. Duduk rumah, mama masak special hari ni untuk
semua anak mama,” Puan Sri Rajmah member arahan.
Harris
Danial mengangguk. Mama kalau dah bagi arahan tiada siapa yang boleh melawannya
waima papanya juga. Guna kuasa veto tu. Papa cakap malas mahu gaduh-gaduh
dengan mama. Jadi bagilah mama rasa diri dia menang.
Post a Comment
Pendapat?