BAB
17
“Riss
nak ke mana tu? Mama nak cakap sikit” Puan Seri Rajmah bersuara apabila dia
melihat anak bujangnya sudah bersiap-siap mahu keluar rumah. Tidak pernah mahu
duduk rumah hujung minggu ni.
Ada
saja planning anak terunanya itu. Harris yang berpakaian sukan memandang kearah
mamaya. Pelik. Selama ini, jarang mamanya
mengambil tahu ke mana dia mahu pergi, dengan siapa dia berkawan.
“Buat-buatlah
duduk rumah Riss. Mama nak jumpa dan bercakap dengan kamu pun susah. Hari-hari
kamu keluar kamu pergi mana?
Tak
puas-puas lagi ke merambu tanpa arah tujuan,” aikk mamanya sudah main kasar
nampak. Selama ini Puan Seri Rajmah tak pernah menyuarakan rasa tidak puas
hatinya pada anak bujangnya itu. Tan Sri Imran yang baru melangkah ke ruang
tamu menggeleng kepala. Isterinya kalau dah berjumpa anak bujangnya ada saja
yang mahu ditengkarkan.
“Papa
tolong nasihatkan anak bujang papa ni.
Minta dia duduk rumah hujung-hujung minggu. Temankan mama kat rumah ni,” leter
Puan Sri Rajmah.
Suaminya sudah tergelak. Ooo patutlah dia melihat
wajah anak bujangnya tegang saja, rupanya sudah dapat perintah berkurung
daripada mamanya.
“Pa..
apa mama ni. Riss ni anak bujang papa… bukan anak dara yang perlu duduk rumah.
Masak, membasuh atau mengemas rumah,” Harris Danial sudah bersuara.
Tidak
berpuas hati dengan kata-kata ibunya sebentar tadi. Ada ke dia yang lelaki ni
mama suruh duduk rumah. Dah terbalik kot, sepatutnya mama suruh adiknya Munirah
atau Balkis. Sah-sahlah mereka ni anak dara.
“Ooo
kalau kamu anak bujang tak boleh duduk rumah. Gitu? Mama tak suruh kamu buat kerja rumah macam adik-adik
kamu tu, tapi mama mahu kamu kalau boleh tu lapang-lapangkan masa untuk mama di
rumah ni. Teman mama kat rumah,” marah Puan Seri Rajmah.
“Papa
kamu tu bukanlah lekat sangat kat rumah. Ada saja meeting sana meeting sini.
Takde meeting dicari batang golf pula.
Kalau ada adik-adik kamu tu, tak ada la mama boring macam ni, sampai
kena merayu kat kamu suruh duduk rumah,” Harris Danial diam.
Dia
tahu, mamanya boring tinggal keseorangan. Hanya ada pembantu rumah, Mak Enon
saja. Kalau pembantu rumahnya tak busy dengan kerja-kerjanya, adalah mama
kawan untuk bersembang kalau Mak Enonbusy
terkulat-kulat la mama seorang diri.
“Riss
dah bersiap ni. Haikal dengan Zakwan tunggu Riss kat kedai tu. Kami janji nak
dinner sama-sama malam ni,” dia lambung-lambung kunci keretanya.
“Ikut
kamu la.. mama ni tunggul kat rumah ni. Bila mama suruh kamu kahwin kamu tak
nak. Kalau tak ada juga teman mama di rumah ni,” Harris Danial sudah panas
punggung. Ni yang dia tidak suka ni. Bila mama dan masuk bab nikah kahwin.
Macam tiada isu lain yang lebih penting.
“Kalau
Riss kata Riss sudah kahwin macamana?” tiba-tiba keluar idea mengarut
dibenaknya. Tidak lebih sekadar mahu menduga mama dan papanya.
Bulat mata papanya mendengar kata-katanya
tetapi tidak sebulat mata mamanya yang hampir terjatuh dari kerusi kerana
terkejut dengan kata-kata selambanya. Hampir saja mamanya diserang penyakit
jantung.
Puan
Sri Rajmah menekan dadanya berkali-kali. Jantungnya juga terasa berdegup
kencang. Nasib baik tadi dia sempat berpegang pada kerusi, kalau tidak mahu dia
jatuh tersungkur. Weh anak terunanya
buat lawak tak ingat dunia.
“Kamu
jangan menggatal buat anak dara orang macam tu. Nak kena cincang dengan
keluarga perempuan tu ke?” senang-senang nak ambil anak dara orang tanpa ada
nikah, tanpa ada majlis,” marah Datin Seri Rajmah.
Takde
majlis? Tanpa pengetahuan keluarga perempuan? Gulp dia telan air liur.
Zappp….
Bayangan lima tahun lalu terlintas difikirannya, macam tayangan movie di pawagam. Satu persatu
ditayangkan didepan matanya. Tiba-tiba dia terkedu.
Tanpa
membalas kata-kata ibunya dia meniti anak tangga satu persatu menuju ke tingkat atas. Harris Danial sudah
tiada mood untuk keluar. Dia terdengar ibunya berleter tetapi dia malas mahu
membalasnya.
Dia
melabuhkan punggungnya ke katil. Menggali semula kenangan yang ditinggalkan
lima tahun lalu. Ya dia masih ingat cerita itu. Cerita tentang eksperimen gila
yang dibuat dengan gadis yang bernama Indah tetapi dia lebih gemar memanggilnya
In.
Dia
hanya mengenali gadis berusia 18 tahun tidak lebih tidak kurang hanya sebulan
saja. Dia mengahwini gadis itu tetapi sampai sekarang dia masih keliru
tentangnya. Adakah kerana cinta atau nafsu semata-mata.
Dia yakin gadis itu mencintainya. Selama sebulan
dia dapat melihat gadis bernama In itu sentiasa melirik manja kearahnya setiap
kali dia berkunjung ke café tempat gadis itu bekerja. Timbul idea nakal untuk
dia memiliki gadis itu.
Satu
eksperimen dilakukan tetapi dengan
cara halal. Waktu itu dia terlupa kewujudan keluarganya dan apa yang bakal
berlaku sekiranya seluruh ahli keluarganya mengetahui tindakannya itu. Begitu
juga dengan In. Masing-masing membelakangi keluarga.
Dia
mula menggarap perjanjian tidak rasminya yang antara lain dia atau In tidak
perlu bertanggungjawab terhadap rumahtangga yang dibina ini. Mereka hanya suami
isteri untuk tempoh semalam dan selepas itu dia atau In tidak mempunyai hak
untuk menuntut apa-apa dan In boleh menuntut fasakh di mahkamah syariah jika
dia merasakan tidak mahu lagi bergelar isteri.
Harris
Danial mengeluh. Dia meraup mukanya berkali-kali. Kenapalah dia sanggup
bersikap bodoh seperti itu. Usianya bukan 18 tahun seperti In tetapi ketika itu
usianya sudah matang dan mampu berfikir dengan baik.
Nampaknya
usia 25 tahun masih belum mampu mematangkan dirinya. Harris Danial masih ingat bagaimana gadis itu
menangis selepas mereka diijabkabulkan. Timbul rasa menyesalnya kerana terlalu
mendesak.
Namun naluri lelakinya
bagaikan tidak membenarkan dia untuk terus menyesali perbuatannya itu. Pantas
saja tubuh In direbahkan dikatil bersaiz
Queen dirumah Haikal. Bermulah
saat indah dia bersama In dan keesokan harinya dia meninggalkan In dengan hanya
sekeping nota. Jika In mahu berpisah, dia boleh menuntut fasakh di Mahkamah
Syariah untuk dia melafazkan cerai memang tidak sekali-kali.
Selama
ini dia memang yakin gadis bernama In itu bukan lagi isterinya tetapi hari ini
dia mula berfikir. Kalau dia tidak melafazkan talak bermakna In masih lagi
isterinya. Dia juga tidak pernah menerima apa-apa surat perintah dari Pejabat
Agama yang memintanya datang melafazkan cerai. Ini bermakna gadis itu masih
lagi isterinya.
Isteri?
Dia mula mangaitkan mimpi yang dialaminya sejak lima tahun lalu itu. Mungkin
inilah petunjuk yang dia cari-cari selama ini. Maksud mimpinya itu. Harris
Danial menelan air liur. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan ini. Pantas saja
dia mengambil telefon dan mendail nombor Haikal.
“Bro
aku nak jumpa kau urgent,” tanpa salam tanpa mukadimah Harris Haikal
melancarkan peluru berpandunya.
“Waalaikumusalam…
aku sihat sejahtera.” Haikal membalas.
“Yalah…yalah..
assalamualaikum,” kedengaran pula suara Harris Danial. Cuak sebenarnya apabila
dibalas seperti itu.
“Kan
bagus kau beri salam.. ni tak, kau serang aku terus dengan peluru berpandu kau
tu. Hah, ada apa bro? Kan malam ni kita ada dinner bersama-sama. Takkan kau dah
lupa?” balasnya.
“Aku
tahulah… tapi kalau boleh aku taknak ada Zaquan. Ni secret antara kau dan aku
saja,” balasnya.
“Ala
kau ni aku tengah busy ni susun strategi nak
pikat awek ni,” balas Haikal. Kedengaran gelak tawa dihujung talian.
“Aku
tak kira. Asyik susun srategi tapi aweknya tak juga melekat. Tu hah, yang ada
sorang pun belum tentu lagi nak cuba pikat yang lain. Pikat dulu yang dah ada
tu, biar kira jadi,” kedengaran Haikal mendengus.
“Weh
macam menghina aku je ni tapi sekurang-kurangnya ada juga seorang yang boleh
aku pikat yang kau tu, lagi hampeh seorang pun belum ada. Entah siapa yang kau
tunggu entah,”
“Dah..dah..
malas aku nak dengar kau berleter. Kau tunggu aku kat tempat biasa. Aku datang
setengah jam lagi. Aku ada misi antara hidup dan mati ini,” balas Harris
Danial. Tanpa menunggu jawapan Haikal dia menekan butang merah. Misi aku lebih
penting Kal, antara hidup dengan mati tapi misi kau hanya nak tackle awek saja. Tak penting mana pun,
desisnya.
Dari
jauh dia melihat Haikal menunggunya. Jelas diwajah temannya itu tergambar
seribu kekeliruan. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Haikal. Dilambai
kearah writer untuk membuat pesanan.
“Kenapa
kau nak rahsiakan pada Zakwan?” soal Haikal. Harris Danial geleng.
“Ini
rahsia antara kau dan aku saja. Rasanya Zakwan tak perlu tahu,” balas Harris
Danial. Makin berkerut raut wajahnya. Misi dia dengan Harris Danial? Biar betul
temannya itu. Wajah Harris Danial dipandangnya.
“Apa
hal bro. Aku dah kecut perut ni,” dia bersuara. Pelayan wanita datang membawa
minuman yang diorder sebentar tadi.
“Aku..
aku..” dia sudah tergagap-gagap.
“Sejak
bila kau jadi gagap nih. Setahu aku Harris Danial Tan Sri Imran tak ada penyakit
gagap. Tak faham aku,” potong Haikal.
“Aku
belum cerita memanglah kau tak faham. Bengong ke apa kau ni. Yang kau potong
cakap aku tu kenapa,” terkekek-kekek Haikal gelak bila dimarahi. Wajah masam
Harris Danial dipandang.
“Okey
kau cerita kat aku beb.. aku dengar sekarang,” Dia bersedia menadah telinganya
mahu mendengar masalah teman karibnya itu. Malas sebenarnya nak bertekak dengan
Harris Danial. Perangai dia ni pun sebiji juga dengan Zakwan bila dah marah.
Cuma agak baik sikit daripada Zakwan.
“Kau
ingat tak lima tahun lalu?” soal temannya itu. Haikal geleng.
“Apa
yang lima tahun lalu? Kau ingat novel lima tahun lima bulan ke?” Haikal buat
lawak antarabangsa. Harris Danial meluku kepala temannya itu. Dia tengah
runsing si Haikal boleh pulak buat lawak yang tidak berapa antarabangsa. Bila
dia memberi jelingan maut, baru Haikal mula serius.
“Okey..
sambung balik citer kau tu,” Haikal bersuara. Selepas ketawanya reda. Lama dia
menunggu tetapi Harris Danial seolah-olah hanyut dalam dunianya.
“Cepatlah
wei.. aku dah serius ni,” dia berkata bila melihat belum ada tanda-tanda member
kamcingnya itu mahu membuka cerita.
“Aku
tak tahu nak bermula dari mana,”
“Pulak
dah..mmm.. mulalah citer kau tu dengan… pada
suatu hari…” dia sudah tergelak-gelak sendiri.
“Okey..okey..
tak lucu pun lawak aku tu,” Haikal mengalah bila dia melihat Harris Danial bersedia
untuk melepaskan tumbukan padu ke bahunya.
“Kau
ingat tak pasal kahwin.. akad nikah.. In.. aku…” dia meraup muka. Rasa sukar
untuk berterus terang dengan Haikal. Wajah blur
Haikal dipandang. Sah! Temannya itu memang blur atau buat-buat tak ingat mengenai
akad nikahnya lima tahun lalu.
“Kau
ingat tak gadis bernama In.. err… maksud aku Indah. Kau kan jadi saksi aku time
tu” soalnya. Wajah Haikal berkerut. Indah? Lama dia berfikir.
“Maksud
aku In..” balas Harris Danial. Barulah imbasan gadis bernama In terimbau di
kotak fikiran Haikal. Indah! Gadis yang bekerja sambilan dicafe milik
keluarganya, lima tahun lalu. Gadis polos yang masih remaja itu masih
diingatinya. Ada rasa bersalah yang menghantui dirinya hingga kini.
“Maksud
kau pernikahan kau dengan In dulu? Bukan ke kau dah ceraikan In?” soalnya
hairan bila temannya itu bercerita mengenai bekas isterinya.Harris Danial
geleng.
“Aku
tak pernah ceraikan dia. Dia juga tak pernah bawa perkara itu ke mahkamah
syariah. Aku tak pernah terima surat meminta aku ke pejabat agama. Dia masih
isteri aku Kal.. dia masih isteri aku,”
Muka
Haikal sudah berubah 100 peratus bila mendengar kata-kata temannya itu.
Mati-mati dia sangka Harris Danial sudah melepaskan gadis itu sebaik saja tiba
di Kuala Lumpur seperti perjanjian mereka dulu.
“Kau
gila ke Riss.. selama ini kau gantung In tak bertali. Kau ni kenapa? Dah tak
boleh fikir ke. Kau janji dengan aku sebelum kau balik Kuala Lumpur kau nak
lafazkan talak. Kau dah menganiaya remaja yang tak berdoa Riss.. kau tak kasihan
kat dia?” soal Haikal bertalu-talu. Dia turut merasai kepedihan kerana Harris
Danial mengenali In melalui dirinya.
“Aku…aku…”
“Apa
yang aku aku.. Kau ni dah tak boleh berfikir ke? Otak kau dah ke mana Riss?
Lima tahun tu Riss.. lima tahun itu bukan lima hari, atau lima minggu atau lima
bulan,” tengking Haikal. Harris Danial diam. Dia akui kesilapan yang
dilakukannya itu. Mengambil ringan perkara itu.
“Apa
perlu aku buat sekarang?” soal Harris Danial. Dia memang buntu dan tidak tahu
apa yang perlu dilakukan sekarang.
“Baru
sekarang kau nak tanya aku. Kenapa tak tunggu lima tahun lagi?” sindir Haikal.
Geramnya pada Harris Danial masih belum berkurang.
“I’m sorry..
aku tahu aku salah. Tapi benda dah lepas, aku nak buat macamana…” perlahan saja
suara Harris Danial.
“Benda
dah lepas..benda dah lepas. Senang je kau cakap. Cuba kau letak diri kau kat
tempat In. Baru kau tahu perasaan dia macamana digantung tak bertali. Aku tak
tahulah kau ni macamana… nak kata kau tak berapa cerdik aku lihat kau cerdik
je.
Belajar sampai ke oversea sana tu. Tapi dalam cerdik kau tu ada juga bodohnya.
Hish.. geram betul aku dengan kau ni. Kalau ikut-ikutkan aku lebam biji mata
kau hari ni,” marah Haikal. Harris Danial mengusap wajahnya berkali-kali. Dia
tahu Haikal betul-betul marahkan dia.
“Aku
tolong atur kau bernikah dulu pun sampai sekarang aku masih rasa bersalah pada
In.. pada keluarga dia. Sekarang ni kau tambah lagi rasa bersalah aku dengan
cerita kau ni.
“Kalau
aku tak ikut kata-kata kau dulu, In tidak bergelar isteri dan digantung tak
bertali seperti ini,” Dia melihat kecil besar saja Harris Danial hari ini.
Hish.. geram. Marah berselirat dalam hatinya hari ini.
“Kau
kena cari In. Jumpa keluarganya dan selesaikan masalah ini. Selepas itu, kau
nak ceraikan dia atau teruskan perkahwinan ini. Pilihan ada ditangan kau,”
balas Haikal. Dia meneguk minuman didepannya. Suasana bingar direstoran itu
tidak diendahkan mereka berdua.
“Mana
aku nak cari dia?” soalnya agak bodoh.
“Cari
kat kampung dia la. Bengong ke apa kau ni. Dalam surat nikah mesti ada disertaikan alamat
kan.. kau pergilah cari kat alamat rumah dia tu. Tu pun nak aku ajar. Masa nak
kahwin dulu, tak pulak suruh aku ajar.
“Pandai
je kau buat semua tu. Bila dah jadi macam ni banyak pula soal kau,” selamba
saja Haikal berkata. Dia melemparkan senyuman tetapi entah mengapa Harris
Danial merasakan senyuman temannya itu bagaikan mengejek dirinya.
“Macamana
aku nak berterus terang dengan keluarga aku. Tadi pun aku bergurau dengan mama
cakap aku dah kahwin mama aku siap jatuh kerusi. Mata pun terbeliak macam
tengok hantu. Kalau dia tahu benda ni betul aku tak dapat bayangkan penerimaan
mereka,” keluh Harris Danial. Diraup mukanya berkali-kali.
“Padan
muka kau. Baru kau tahu langit tu tinggi rendah. Kau ingat nikah kahwin ni
suka-suka saja ke,” tanpa ada rasa belas kasihan dia lancarkan peluru berpandu
kepada Harris Danial.
“Kau
rasa mimpi yang aku alami sejak beberapa tahun lalu ada kaitan ke dengan In?”
tiba-tiba saja dia teringat mimpi yang sering menganggu tidurnya.
“Kalau
betul kenapalah dalam mimpi kau tu, perempuan tu tak datang cekik kau,”
bersahaja Haikal mengenakan temannya.
“Kau
ni nak bergurau pun agak-agaklah. Terasa aku tau,” dia pura-pura buat muka
sedih.
“Tahu
terasa. Aku ni lagi terasa kau tak tahu. Lima tahun aku tanggung beban rasa
bersalah sebab bersetongkol menikahkan kau orang berdua. Sekarang ni kau tambah
lagi rasa bersalah aku tu. Hampeh betul kau,”
“Mungkin
budak kecil tu anak aku?” soalnya lagi. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan
budak lelaki yang kerap hadir dalam mimpinya yang wajah mirip wajahnya itu
adalah darah dagingnya.
“Mungkin
kami ada anak bersama. Mungkin waktu kami bersama dulu In tengah subur,” diraup
mukanya berkali-kali. Jika andaiannya itu benar, ternyata dia sudah melakukan
kezaliman kepada gadis itu. Meninggalkan In sebegitu saja.
“Aku
rasa In pun tak nak anak dengan kau,” bersahaja Haikal berkata. Harris Danial
tidak mempedulikan kata-kata temannya itu. Biarkah Haikal mahu mengatakan apa
saja kerana dia tahu dia yang bersalah.
“Kau
rasa dia akan maafkan aku tak?” Haikal geleng. Dia sendiri tidak tahu
jawapannya. Dia tidak merasai apa yang dirasai gadis itu.
“Entahlah..
kau perbanyakkan doa mulai sekarang.
Lepas solat tu minta ampun dengan Allah. Minta Allah bukakan pintu hati In
untuk maafkan kau. Tapi aku berdoa adik aku tu tak kan maafkan kau,” sinis saja
suaranya.
Harris
Danial tidak terasa dengan kata-kata Haikal. Jauh sekali nak marah dengan
kata-kata Haikal kerana sebelum akad nikah kali pertama pun temannya itu sudah berkali-kali meminta dia
membatalkan eksperimen mengarut itu.
Malah selepas akad nikah kali kedua Haikalmasih
lagi merayu dia tidak mempersia-siakan Nur Indah. Meminta dia melepaskan Nur
Indah sekiranya dia tidak mampu menerima gadis itu sebagai isteri. Tetapi dia
terlalu menjunjung egonya.
“Aku
doakan In tabah jalani kehidupan sehariannya. Sekarang ni umur dia dah 23
tahun. Aku tak boleh bayangkan wajahnya kini tetapi aku tahu In seorang yang
jelita, pasti dia digilai ramai lelaki,”bulat mata Harris Danial mendengarnya.
Menusuk jiwa beb. Dadanya tiba-tiba jadi sesak.
“Wei
isteri aku tu. Selagi aku belum ceraikan dia, mana boleh dia berkahwin lain.
Agak-agak la beb, dia tak tahu dosa pahala ke?” panas juga telinganya mendengar
kata-kata Haikal.
Haikal sudah tergelak. Wah-wah.. temannya itu sudah
pandai main dosa dan pahala. Time kau buat tak adanya kau ingatkan dosa dan
pahala. Timbul ideanya untuk terus menyakat. Mahu melihat reaksi Harris Danial.
“Dia
nak bercinta, nak berkasih tak perlu mendapat permission kau. Lagi pun kalau dia dah ada kekasih, mahu berkahwin
apa yang kau susahnya..dia boleh pergi
saja pejabat Agama minta fasakh. Dia boleh cakap laki dia tinggalkan dia lebih
tiga bulan tanpa nafkah.
“Dalam
kes kau ni bukan tiga bulan kau tinggalkan dia tetapi lima tahun. Jadi, aku
harap dalam masa terdekat ni, In tergerak hati nak ke pejabat Agama minta
fasakh,” makin kelat wajah Harris Danial.
Suka
benar dia melihat muka Harris Danial sudah kelat-kelat pahit itu. Padan muka.
Haikal sudah gelak jahat dalam hatinya.
“Wei..
kau ni nak menyakitkan hati aku ke? Aku tahulah aku salah. Ambil mudah semua
perkara itu. Aku dah insaf sekarang ni. Insaf. Kau tahu tak sekarang ni aku
menanggung rasa bersalah bukan sedikit,”
“Insaf
kau tak boleh mengembalikan zaman remaja si In tu. Sepanjang lima tahun ni kau
ada fikir pasal dia ke? Susah senang dia, derita dia. Kau tu suami dia. Eh
silap, suami dalam kertas. Entah-entah surat nikah pun kau buang entah ke
mana,”
Harris
Danial termenung mendengar kata-kata Haikal. Kejap..kejap.. Surat nikah? Terbayang
dia kad yang diambilnya di pejabat agama Ipoh lima tahun lalu. Mana dia letak
ye. Pantas saja dia bangun bersedia meninggalkan restoran berkenaan.
Misi
mencari kad nikah perlu disegerakan.
“Kau
nak ke mana tu? Makanan aku belum habis lagi ni?” laung Haikal apabila dia
melihat Harris Danial sudah bergerak laju meninggalkan meja mereka.
“Aku
nak balik. Kau makan je. Aku belanja kau hari ni,” laungnya sedikit kuat
melawan bunyi bising suara pengunjung restoran berkenaan.
Dia
menghampiri kaunter bayaran. Selepas mengambil duit balance, laju saja dia meninggalkan restoran itu. Meninggalkan teman
karibnya yang terkulat-kulat itu. Haikal melepaskan keluhannya. Teruk betul
Harris Danial sekarang ni.
Post a Comment
Pendapat?