BAB
15
“Indah
ada ke?” tiba-tiba saja ada suara dari arah belakangnya. Chempaka yang sibuk
melayan customer tidak menjawab,
sebaliknya hanya mengangguk kepalanya. Dia agak busy pagi ini kerana setiap
pagi terutama hujung minggu Indah Laundry akan dikunjungi ramai customer.
Firman
hanya memerhati Chempaka yang begitu ramah melayan customer. Dia tersenyum.
Cantik.. lembut dan sesuai dibuat ibu rumah. Desisnya.
Keasyikannya
memandang gadis itu membuatkan Chempaka tersipu-sipu malu. Customer dibiarkan seketika. Pantas saja dia menuju kearah Firman.
“Nak
saya panggilkan Indah?” soalnya. Bukan mahu sangat bercakap atau berjumpa
Firman tetapi dia tidak begitu betah melihat kelakuan Firman yang sejak tadi
asyik memandangnya membuatkan dia jadi serba tak kena.
“Mmmm..
tak perlulah... Nanti kalau saya nak jumpa dia saya ke officenya. Dia ada kat office
kan?” soalnya pada Chempaka. Gadis itu hanya mengangguk. Dia sudah berlalu dan busy melayan customer lelaki yang baru masuk.
“Sekejap
ye encik, saya nak siapkan resit,” beritahu Chempaka. Pantas saja buku resit
dibuka.
“Sir, can you give me your contact number?.
Nanti bila dah siap dikeringkan we’ll
call you back,” Chempaka berkata lagi.
Dia
pandang kearah lelaki berkenaan. Entah mengapa dia merasakan dia mengenali
lelaki itu tetapi tidak ingat di mana. Lama dia meneliti sehingga lelaki itu
terpaksa berdehem berkali-kali.
“Why you want my contact number?Soalnya
hairan. Takkan perempuan ini mahu berkenalan dengannya.
Chempaka
tidak terus menjawab. Fikirannya masih menerawang memikirkan wajah lelaki
didepannya itu. Di mana dia melihat lelaki itu? Adakah dia mengenalinya? Sebab
dia dapat rasakan wajah lelaki itu begitu familiar sekali.
“Cik?”
tiba-tiba ada tangan didepan mukanya. Sedikit terperanjat Chempaka bila
mendengar suara lelaki itu agak kuat.
“ye..ye..
sorry.. saya tiba-tiba terfikir
sesuatu tadi. Apa yang encik tanyakan tadi ye,” Chempaka sedikit serba salah.
“Mmm..
saya tanya cik nak buat apa nombor telefon saya?”
“Tadikan
saya dah cakap..bila dah baju dah siap kami akan call encik,” Chempaka
bersuara. Firman yang tadi asyik mendengar perbualan berkenaan tiba-tiba saja
menghampiri kedua-duanya.
“Ada
masalah ke Cham?” soalnya risau. Dia dapat melihat wajah tegang lelaki
didepannya itu.
“Mmm..
okey je awak.. jangan risau,” lembut saja suara Chempaka.
“Tak
apa, biar saya layan customer ni.
Awak masuk dalam tengok-tengokkan Amran. Tadi saya dengar dia memanggil Ena,
entah apa yang dia mahu,” balas Firman. Matanya tertinjau-tinjau ke bahagian
belakang. Mungkin mencari kelibat Amran.
“Err..
kalau macam tu, saya ke belakang dulu,” Chempaka tidak tunggu lama di situ.
Pantas saja dia bergerak meninggalkan Firman. Biarlah Firman yang uruskan
customer yang datang.
“Encik
owner kedai ni ke?” tiba-tiba lelaki
itu bersuara. Dia membelek-belek Samsung Tab ditangannya.
“Tak..
ni kedai my sis.. mmm.. sorry la
kalau encik rasa tidak selesa tadi. Pekerja adik saya tu hanya menjalankan
tugas dia saja. Memang kita ada prosedur macam tu, minta no contact dari customer supaya bila dah siap nanti,
kita boleh hubungi mereka untuk memaklumkannya,” Kata Firman. Nasib baik dia
mendengar apa yang diperkatakan Chempaka kepada customernya tadi.
“Tak
apa kalau macam tu.. saya ingat cik tu mahu berkenalan,” guraunya.
“Saya
Harris. Ni kad saya,” dia unjuk sekeping bisnes kad kepada Firman.
Harris
Danial Tan Sri Imran…CEO Imraj Holdings,
Firman meneliti wajah didepannya. Dia kenal siapa lelaki itu. Siapa lelaki yang
berdepan dengannya. Bukan susah pun, search
di internet akan berderet la kisah dan gambar mengenai lelaki ini keluar.
Dia
mengurut dadanya. Lima tahun dia menanti lelaki itu muncul selepas pernikahan
rahsia itu kini tanpa diduga lelaki
bernama Harris Danial muncul didepan matanya. Menyerah diri di kedai milik adiknya.
“Encik..”
Harris Danial bersuara. Dia dapat melihat lelaki didepannya itu seolah-olah
hanyut dalam lamunan panjang.
“Encik
okey?” soalnya lagi. Bimbang betul dia.
Sebentar tadi perempuan yang ke belakang
tu asyik termenung dan memandangnya tanpa berkelip-kelip dan sekarang abang kepada pemilik kedai pula.
Lama
baru Firman mengangguk.
“Mmm..
saya okey.. nama abang Firman. Nak panggil Harris atau Danial?” waktu itu dia
melihat Chempaka sudah berada tidak jauh daripadanya. Mata gadis itu bulat mendengar dia menyebut
nama Harris Danial sebentar tadi.
Dia
memberi isyarat mata kepada Chempaka agar tidak membuat sebarang reaksi.
“Panggil
saya Harris saja. Mmm.. bila boleh saya ambil baju saya ni?” tanyanya. Matanya
dihalakan kepada Chempaka kerana dia tahu, Chempaka yang bertanggungjawab dalam
urusan kedai.
“Mmm..
pe.. petang ni Encik Harris,” Tergagap-gagap dia bersuara. Mahu saja dia
tampar mulutnya itu. Dalam waktu-waktu
cemas beginilah pula dia boleh tergagap-gagap begini. Pantas saja Firman
mencubit lengan Chempaka. Sedikit mengaduh gadis itu dibuatnya.
“Okey
kalau begitu. Saya minta diri dulu encikkk..”
“Firman…abang
Firman. Panggil saja abang Fir, rasa lebih mesra kot,” Firman berjenaka. Wajah
tampan adik iparnya dipandang. Lelaki itu nampak berkarisma. Berkeyakinan dan
tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya.
Wajahnya
melayang kepada Nur Indah. Patutlah adiknya membuat kerja gila lima tahun lalu.
Melupakan ibu bapa dan boleh bersetuju untuk berlakun dalam drama olahan lelaki itu.
Walau
berkali-kali adiknya bercerita dia tiada apa-apa perasaan pada Harris Danial
dan apa yang berlaku hanya sekadar eksperimen bodohnya tetapi, Firman bukan dungu.
Dia
berani kerat jari Nur Indah memang cintakan Harris Danial dan eksperimen yang dikatakan bodoh oleh
adiknya itu amat bermakna kepada Nur Indah.
“Okeylah
abang Fir.. saya gerak dulu. Nanti kalau ada lapang kita boleh sembang-sembang
lagi,” ramah pula Harris Danial hari ini.
Sebelum
ini, dia bukanlah dalam kategori orang yang peramah terutama dengan orang yang
tak dikenalinya tetapi dengan lelaki yang bernama Firman ni dia rasa berlainan.
Macam ada chemistry antara mereka berdua.
“Uncle
ice cream…” tiba-tiba ada suara
menegurnya. Harris Danial yang mahu bergerak keluar dari kedai dobi itu
menghentikan langkahnya. Didepannya seorang kanak-kanak berusia lingkungan lima
tahun menghampirinya.
Automatik
dia teringat perbualannya dengan kanak-kanak itu beberapa hari lalu.
“Eh
Iman… dari mana ni?” dia tunduk dan peluk si kecil itu. Si kecil itu juga
melingkar tangannya ditengkuknya. Firman yang melihat drama itu terpaku. Begitu
juga Chempaka. Masing-masing tidak menyangka Iman Raykal begitu ramah dengan
lelaki tidak dikenalinya.
“Anak
abang ke ni?” soalnya. Dia masih teringat perempuan yang ditemui dua hari lalu.
Wanita yang dipanggil mama oleh Iman Raykal. Pasti wanita itu isteri kepada
Firman yang berdiri didepannya sekarang.
Tiba-tiba
hatinya terluka dengan andaiannya sendiri.
“Bukan..”cepat
saja dia menafikannya.
“Iman
ni anak buah abang. Mama dia ni adik bongsu abang. Tuan punya kedai ni la,”
beritahu Firman.
Harris
Danial angguk. Entah mengapa kata-kata Firman sebentar tadi membuatkan dia
menarik nafas lega. Dia sendiri tidak pasti. Adakah kerana mama Iman Raykal
bukan isteri kepada Firman membuatkan perasaannya kembali lega.
Dia memerhatikan Iman Raykal. Entah mengapa
tumbuh perasaan sayang pada si kecil itu. Seolah-olah ada tali halus yang
mengikat antara mereka.
“Uncle
janji nak belanja ice cream,”
tiba-tiba Iman Raykal bersuara manja. Mengingatkan lelaki itu tentang janji
yang pernah dibuat. Tak putus-putus dia memeluk Harris Danial. Begitu juga
Harris Danial. Dia juga tidak lepas-lepas memegang jari jemari si kecil.
“Hish
Iman ni.. uncle nak cepat tu. Jangan
kacau uncle,” nada suara firman agak
sebak. Mungkin tersentuh hatinya melihat kelakuan Iman Raykal dan Harris Danial
sebentar tadi. Berpelukan seolah-olah mahu melepaskan kerinduan bertahun
lamanya.
“Busy
tu memang busy abang Fir.. hari tu saya ada janji dengan si kecil ni nak
belanja ice cream. Tu agaknya dia
tuntut janji tu. Kejap ye sayang.. uncle
nak buat call dulu.Lepas ni uncle janji kita pergi makan ice cream,” Firman member laluan kepada
lelaki itu untuk membuat panggilan.
Beberapa
minit kemudian dia kembali menghampiri Iman Raykal yang sejak tadi bercerita
dengan bapa saudaranya. Sesekali kanak-kanak itu terkekek ketawa bila Firman
membuat lawak.
“Abang
saya pinjam anak buah abang kejap. Boleh ke?” soalnya. Tangan si kecil dipegangnya. Harap-harap bapa saudara si Iman
Raykal ini mengizinkannya. Dia pandang wajah Iman Raykal yang penuh pengharap.
Dia
perhati sekeliling kedai, mencari kelibat mama Iman Raykal. Kalau ada pasti
sukar untuk dia membawa kanak-kanak itu keluar. Melihat kelakuan adik abang
Firman itu dia tahu wanita itu memang tidak sukakan dia.
“Emm..
boleh tapi jangan lama-lama sangat. Nanti bising pula mama si Iman ni bila
tengok anak bujang dia merayap,” balas Firman. Dia bimbang juga kalau-kalau Nur
Indah muncul tiba-tiba.
Kan
dah kata tadi, desisnya. Mama Iman Raykal tidak akan membiarkan anaknya keluar
dengan orang yang tidak dikenalinya. Nasib baik sekarang ni wanita itu tidak
kelihatan di kedai.
“Okey
bang.. saya janji. Kejap je kami pergi. Mmm.. kami pergi dulu ek,”
“Okey..
jaga anak bujang abang ni baik-baik. Iman jangan nakal tau. Jangan mintak yang
bukan-bukan dengan uncle ni,” Iman Raykal angguk. Sempat dia membuat bentuk O
pada tangannya. Tanda okey.
Harris
menghulurkan tangan untuk bersalam beberapa minit kemudian dia mengangkat
tangan kepada Firman sebelum bergerak membuka pintu kedai dobi adiknya itu.
Post a Comment
Pendapat?