BAB 14
“Riss
masa aku ke kedai dobi tadi kan..” kata-kata Zakwan terhenti apabila dia merasa
ada singulan pada lengannya. Dia gosok perutnya yang terasa sakit kerana
disinggul oleh Haikal sebentar tadi.
“Wei
nasi penuh dalam mulut pun ada hati nak bercakap. Kunyahlah nasi tu dulu. Kau
ni macam budak-budak,” marah Haikal.
Harris
Danial yang asyik menyuap nasi langsung tidak menyampuk. Malas dia nak melayan
kerenah dua makhluk didepannya itu.
Bukan
hari ini saja mereka asyik bertelagah dan saling bercakaran tetapi sejak dari
zaman sekolah lagi. Tapi yang hairannya kalau salah seorang tiada pandai pula
mereka saling cari mencari.
“Aku
nak cerita kat Harris bukan dekat kau. Yang kau sibuk-sibuk marahkan aku ni
apahal lak,” Zakwan masih bengang dan tidak berpuas hati kerana sebentar tadi
Haikal memotong percakapannya.
Dia
menghabiskan suapan terakhirnya. Berselera dia menikmati hidangan hari ini. Makanan direstoran itu biasa-biasa
saja, bukan enak mana pun tetapi disebabkan hatinya sedang berbahagia seleranya turut bertambah.
Dia yang sudah siap makan bangun untuk mencuci
tangannya. Diambil kotak tisu dan dibawa ke mejanya.
“Hah
sekarang kau boleh cerita pada kami apa yang kau nampak kat kedai dobi tu. Kau
berkenan kat siapa pula kali ni?” Zakwan sudah tergelak-gelak mendengar
kata-kata temannya itu.
“Mana
kau tahu aku ada jumpa awek cun tadi?” soalnya. Dia sudah tersengih-sengih
macam kerang busuk.
“Kau
ni kan.. kalau tiang lampu diberi pakai skirt pun kau akan kata tiang lampu tu
cun,” balas Harris Danial.
Serentak
itu Haikal ketawa terbahak-bahak. Bravo la
Harris. Kalau bab mengenakan Zakwan, temannya itu memang brilion. Kutuk Haikal.
Dia juga sudah menghabiskan makanannya.
“Kau
ni kalau nak beri perumpamaan pun agak-agaklah bro. Takkan tiang lampu pakai skirt kot. Menyengat ni beb..
menyengat,” Zakwan mendengus. Sakit hatinya bila diri dipersendakan
teman-temannya.
Harris
Danial dan Haikal saling pandang memandang. Hish biar betul temannya tu, takkan
bergurau senda sikit pun dah tersentap. Selama ni okey je mamat ni terima
kutukan daripada mereka berdua.
“Hish
kau ni.. kita orang bergurau je la. Tu pun nak sentap ke. Tak rock betul la kau
ni. Kata macho,” balas Haikal pula.
Bukan memberi nasihat tetapi menambahkan lagi sakit hati temannya itu.Makin
kuat dengusan Zakwan.
“Sorry.. sorry.. aku tak sangka kau
sensitif pulak hari ni. Mmm.. berbalik kita pada cerita kau tadi tu. Apa citer
sebenarnya bro? Kau ada jumpa siapa
tadi?” Harris Danial mengambil jalan damai.
Dia
tahu Zakwan bila dah marah, boleh tahan juga perangai dia ni. Silap-silap dua
tiga hari juga dia akan menyepi. Perangai dia ni macam budak-budak pun
ada.Macam perempuan pun ada juga.
Jadi,
Harris Danial ambil jalan keluar yang selamat. Tapi marah si Zakwan ni tak lama.
Bila dah reda nanti, pandai-pandai pula dia mencari dirinya dan Haikal.
“Cepatlah
wei.. aku pun teruja sama ni nak tahu perempuan yang kau jumpa tu. Setakat mana
lawanya dia tu?” sekarang ni Haikal pula ambil alih sesi memujuk Zakwan.
“Mmm..
malas la nak cerita. Kau pun bukan nak dengar pun,” Aik merajuk pula si mamat
ni. Getus Haikal. Masak betul nak pujuk mamat ni.
“Cuba
kau cerita kat kami ni,” Harris Danial pula menyampuk. Kali ini hati Zakwan
sudah mulai cair. Dia sudah boleh tergelak-gelak. Melihat pada senyuman yang
terukir dibibir temannya itu, Harris Danial tahu hati Zakwan sudah terusik.
“Gadis
tu memang cantik Riss. Aku bila pandang tadi huh terus jantung aku berdegup
kencang. Jantung aku terus jatuh beb… Gadis tu bukan saja cantik, jelita, menawan
tetapi dia juga lemah lembut. Sopan je dia ni. Bila dia senyum, aku rasa atas
dunia ni hanya aku dan dia saja ada,” beritahu zakwan.
“Aku
nak berubah. Ini azam baru aku,” ujar Zakwan tiba-tiba. Haikal sudah
gelak-gelak. Bukan boleh percaya pun temannya itu, hari-hari mahu berubah tapi
sapai sekarang tiada perubahan positif pun makin teruk lagi adalah.
“Bukan
aku dengar azan kau tu bertahun lalu? Dah tak hairan aku dengarnya. Tahun lepas
pun azam kau nak berubah, dua tahun lepas pun sama. Tapi kau tak pernah
berubah. Azam tinggal azam. Kau masih orang sama. Kejar perempuan tu, kejar
perempuan ni,” Haikal bersyarah.
Sesekali
ustaz Haikal ni bersyarah, keluar hadis keluar firman sengat tu terasa hingga
ke tulang hitam, beb.
“Kali
ni aku tak main-main. Sumpah. Aku betul-betul jatuh cinta dengan gadis tu.
Jatuh cinta pandang pertama. Aku tahu selama ni aku jahat, aku kasanova, suka
main perempuan tapi kali ni aku betul-betul sukakan dia. Kalau boleh aku nak
bersama dia sampai mati,”
Haikal
dan Harris Danial melopong mendengar kata-kata Zakwan. Hish biar betul. Dah
main sumpah-sumpah pula.
“Kau
jangan.. nanti makan disumpah, padan muka,” balas Haikal. Entah mengapa dia
merasa tidak sedap hati apabila mendengar Zakwan terlalu bersungguh-sungguh
dengan gadis yang belum dikenalinya itu.
Kata-kata
temannya itu tidak berbekas langsung. Bibirnya tidak henti-henti tersenyum.
Haikal sudah ternganga mendengarnya.
Hish
biar betul dia ni. Haikal pula rasa bimbang. Zakwan ni bukan boleh dibuat main.
Perempuan bagi dia hanya sekadar tempat untuk memuaskan nafsu. Bila dah jemu,
dia akan campak ke tepi.
“Kau
biar betul Wan.. jangan aniaya perempuan tu. Aku kenal kau Wan.. bagi kau
perempuan ni macam sampah. Bila kau dah pakai, kau dah boring, kau akan campak
merata-rata. Aku taknak perempuan tu jadi mangsa kau yang seterusnya,” nasihat
Haikal.
Harris
Danial tidak menyampuk. Baginya Zakwan sudah besar, tidak perlulah orang lain
masuk campur dalam hidup temannya itu.
“Kau
macam tak support aku nak berubah,”
marah Zakwan. Geram dia dengan sikap Haikal. Sejak tadi asyik membangkang saja
kata-katanya.
“Aku
bukan tak support kau Wan.. tapi aku
kenal kau. Bukan setahun dua aku dan Harris kenal kau tapi kita dah kenal sejak
kecil,” Hish, Haikal ni, tak perlulah petik nama dia sama, nanti tak
pasal-pasal dia dan Zakwan pula bergaduh.
Kepala
angin dia ni pun boleh tahan juga. Kalau tidak, takkan mereka pernah bergaduh
ketika zaman sekolah dulu. Berbulan
jugalah perang dingin mereka sehingga Haikal pun mati akal nak
mendamaikan mereka.
Siapa
nama gadis tu?” soalnya. Zakwan geleng.
“Aku
belum sempat nak tanya nama dia,” balas Zakwan. Dia tersengih-sengih. Terbeliak
lagi biji mata Haikal mendengarnya. Temannya sudah parah sekarang ni. Parah
dilanda asmara. Dia pandang kearah Harris Danial tetapi temannya hanya
mengangkat bahu tanda tidak mahu campur.
Zakwan
sudah bergerak ke kaunter bayaran manakala kedua-dua temannya itu menunggu di
luar kedai. Haikal dan Harris Danial sudah mulai berbahas.
Harris
Danial tiada masalah dengan cerita yang disampaikan Zakwan sebentar tadi tetapi
berlainan dengan Haikal yang bersungguh-sungguh mahu Zakwan melupakan gadis
itu.
Bukan
kerana bimbangkan Zakwan dikecewakan tetapi lebih kepada bimbang jika gadis itu
dikecewakan oleh temannya.
“Kau
ni apahal nak sekat-sekat orang mahu bahagia. Kau cemburu ke?” Marah Harris
Danial. Bengang dia melihat Haikal bersungguh-sungguh mahu melarang Zakwan daripada
mendekati gadis misteri.
“Aku
bukan marah.. aku juga bukan nak cemburu tetapi aku kasihan pada gadis tu.
Kalau dia betul-betul jatuh hati kat gadis tu tak apalah.. aku boleh terima
tapi kalau si Zakwan tu nak main-main saja macamana? Kau bukan tak tahu
perangai dia tu,”
Harris
Danial berdehem kuat. Matanya meliar kearah pintu restoran. Bimbang dia kalau Zakwan keluar secara tiba-tiba.
“Semua
perempuan dia nak, lepas puas dia akan tinggalkan perempuan tu. Kau fikir, jika
perempuan tu adik kau, kakak kau atau sedara mara kau macamana? Kau tak sakit
hati ke bila dia buat macam tu?” panjang lebar Haikal memberi penerangan.
Harris
Danial terdiam. Tiada perkataan yang mampu dia luahkan untuk membela Zakwan.
Alasan yang diberikan temannya itu masuk juga dalam benak fikirannya. Dia mula
berfikir. Kalau betul apa yang dikatakan Haikal, memang kasihan gadis itu.
Tiba-tiba dia rasa dadanya sesak.
“Mmm..
kenapa ni? Dari tadi aku tengok korang bertekak macam nak bertumbuk. Dari dalam
aku dengar kau bising-bising,” tiba-tiba Zakwan muncul.
“Hish
mana ada kitorang bertekak. Aku dengan Haikal just nak test power suara siapa
yang paling lantang,” Haikal sudah mula tergelak. Bengong betul alasan yang
diberikan Harris Danial.
Dia
lihat Zakwan turut tergelak besar. Wajah temannya itu nampak begitu
berseri-seri. Penangan cinta pandang pertana gamaknya. Getus Haikal.
“Dah
la wei.. aku nak masuk office ni. Kau
nak ke office aku ke?” Harris Danial berpaling kearah Zakwan. Temannya itu
hanya menggeleng kepala. Dia bawak
kereta tadi, jadi tak perlulah dia mengikut Harris Danial ke officenya kembali.
“Aku
nak ke kedai dobi sekejap. Nak ambil baju yang aku hantar pagi tadi.
Sambil-sambil itu boleh cari maklumat mengenai gadis itu,” Haikal mengeluh.
Zakwan masih tidak henti-henti bercerita mengenai gadis impiannya.
“Aku
blah dulu,” Haikal berlalu mengikut Harris Danial yang sudah jauh kedepan.
Temannya itu hanya mengangguk. Dia sendiri berlalu menuju ke kereta miliknya, mini cooper sport.
Post a Comment
Pendapat?