BAB13
Malam
itu, Harris Danial bermimpi lagi. Kerana mimpi itu dia terjaga jam 3 pagi dan
hanya terlena semula selepas solat Subuh. Perbuatan yang jarang berlaku dalam
hidupnya kerana pantang mamanya kalau anak-anak tidur semula selepas solat
subuh.
Biasanya
dia akan berjogging di taman berhampiran rumahnya sebelum masuk ke office
tetapi pagi ini dia kesiangan. Dia hanya tersedar apabila jam dindingnya berdeting 8 kali.
Huh sepantas kilat dia terjun dari katil dan
menuju ke bilik air dan berada dalam bilik air pun tidak sampai 10 minit. Kalau
tidak, tak cukup sejam, dia tidak akan keluar dari bilik keramat itu.
Pagi
ini, dia main capai saja baju yang mahu dipakainya. Nasib baik Mak Enon mengejutkan dia dari
tidur, kalau tidak, pasti membebel papanya kerana dia lambat ke office.
Dia patut berterima kasih kepada Mak Enon
kerana semalam berkeras meminta untuk menyereka baju kerjanya walhal sebelum
ini pembantu rumahnya itu tidak pernah berbuat demikian.
Untuk
itu dia harus memberi kredit kepada Mak Enon kerana untuk tempoh seminggu dia
tidak perlu pening kepala memikir baju kerja mana yang perlu diseterika untuk
dipakai ke office.
Pantas
saja dia bergerak menuju ke laci almari bajunya. Di situ dia mencapai stoking
dan tali leher yang mahu dipadan dengan kemejanya. Rambutnya dicacak menggunakan gel.
Beberapa
kali dia berpusing di depan cermin. Sempat lagi dia memberi kredit kepada
wajahnya. Handsome, bergaya. Stok muka cari makan katakan.Tak lama dia mengadap cermin kerana menyedari dirinya
sudah terlambat.
Dia
menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.
Dia berpapasan dengan ibunya, Puan Sri Rajmah ketika dia mahu menuruni
anak tangga terakhir.
Sempat lagi, dia mengangkat handphoneditangannya, menandakan dia
akan menelefon ibunya apabila tiba di office.Menggeleng-geleng Puan Sri Rajmah melihat tingkah laku si anak.
Dia
mengekori langkah Harris Danial hingga
ke muka pintu. Sempat dia melambai tangan apabila melihat Harris Danial
berpaling kearahnya.
Harris
Danial meloloskan diri ke ruang pemandu. Keluhan dilepaskan. Penat. Itu yang
dia rasakan sekarang. Padan muka kau Harris Danial. Siapa suruh tak terjaga
dari tidur pagi tadi.
Beberapa minit kemudian, kereta mewahnya
meluncur laju ke officenya di Jalan Sultan Ismail.
Selepas setengah jam stuck di Jalan Raja Chulan, akhirnya dia menarik nafas lega apabila
Mercedes Benz Sport miliknya masuk ke petak parking dikhaskan untuk CEO Imraj Holding di Menara Imraj.
“Selamat
pagi Riss,” setiausahanya, Rania muncul
dibiliknya, selepas beberapa minit dia tiba. Dia meletakkan air yang dibawanya.
Senyuman terukir dibibir gadis itu. Dia masih setia menunggu arahan daripada
Harris Danial.
“Saya
ada apa-apa program pagi ni?” soalnya. Aroma coffee membuatkan matanya yang kuyu itu sebentar tadi kembali
segar. Nasib baik setiausahanya itu cekap membuat kerja.
Tanpa
diarah, setiap pagi coffeepanas akan
menantinya di meja. Rania membuka buku catatan yang dibawanya.
“Pagi
ni you tiada apa-apa program tapi sebelah petang nanti, encik ada meeting
dengan Datuk Badar di Hotel Hilton KL,” Harris Danial menggangguk tanda
memahami. Hari-hari meeting, meeting, dia sudah naik cemuih.
“Ada
program lagi ke lepas tu?,” Rania menggeleng. Wajah tampan pemuda itu direnung.
Harris Danial sudah lama dicintainya, sejak dia dipertemukan dengan pemuda itu
dua tahun lalu melalui Puan Sri Rajmah hatinya sudah berkenan.
Hati
Harris Danial sudah disimpul kemas dalam hatinya. Tetapi malangnya, hanya dia
yang gila bayang sedangkan lelaki itu tidak
pernah mengetahuinya. Bagi Harris Danial perhubungan mereka hanya
berlandaskan pekerja dengan boss.
“Nia..mengelamun
erk…” lamunan Rania terlerai. Dia kelam kabut melihat Harris Danial sudah
berada ditepinya. Hish, macamana boleh terlupa dia berada dalam pejabat bersama
Harris Danial. Wajah mukanya sudah bertukar colour. Malu..
“Papa
you ada call tadi. Dia minta you
datang ke officedia bawa fail projek
di Taman Cahaya tu,” Rania teringat pesanan Datuk Seri Imlan pagi tadi.
“Dia
tak tanya ke saya ke mana?” risiknya.
Kalau papanya tahu dia lambat masuk office
masak dia digulai papanya tadi.
“I
cakap you ada ditoilet tadi,” Rania
berterus terang. Harris Danial tarik nafas lega. Boleh diharap juga
setiausahanya ini. Cover bossbaik
punya. Dia sudah tergelak-gelak.
“Ada
apa-apa lagi?”soalnya. Harris Danial menggeleng. Dia menanggalkan kot yang
dipakainya. Lengan kemejanya dilipat hingga ke siku. Rania sudah menelan air
liur. Seksi sungguh manusia ciptaan Allah ini, desisnya.
Walaupun
Harris Danial tidak pernah menggodanya tetapi dia sendiri yang tergoda dengan
kelakuan lelaki itu. Huh, aku cinta dia… hatinya berkata-kata. Beberapa kali
dia ukir senyuman menggodanya.
“Kalau
macam tu saya keluar dulu,” dia bersedia membuka pintu untuk keluar.
“Rania…”
panggil Harris Danial. Pintu tidak jadi
dibukanya. Dia berpusing kepada ketuanya
itu. Timbul tanda tanya.
“Thanks,” ucapnya pendek. Rania tidak
menjawab. Bibirnya mengukir senyuman manis.
“Sama-sama
boss.I keluar dulu,” pintu bilik
Harris Danial ditutup. Rania, anak
kepada sahabat baik ibunya, Datin Safiah memiliki semua yang diimpikan seorang
lelaki seperti dirinya. Jelita, seksi serta berpelajaran tetapi sayang dia
langsung tidak terpikat.
Harris
tahu Rania banyak kali memberi hint
kepadanya untuk sama-sama mengenali lebih dekat lagi tetapi dia hanya
menganggap Rania tidak lebih daripada pekerjanya sendiri. Dia berdoa Rania
tidak akan bertindak lebih jauh.
Harris
Danial mula menguap. Nampaknya coffee
yang diminumnya tidak mampu membuatkan matanya kembali segar. Mata yang sudah
sedia layu menjadi semakin layu. Dia bangun melakukan senaman.
Tetapi
tidak sampai dua minit dia sudah termengah-mengah. Dia duduk kembali. Memusing
kerusi yang didudukinya itu beberapa kali. Seketika kemudian dia mula
termenung. Fail didepannya langsung tidak terusik. Fikirannya asyik tertumpu
kepada mimpi yang dialaminya semalam.
Sudah
beberapa tahun dia tidak didatangi mimpi seumpama itu, malam tadi dia kembali
bermimpi. Kali ini, dia bermimpi budak lelaki itu sudah besar. Dalam lingkungan
empat atau lima tahun. Merenung dirinya tidak berkelip-kelip.
Kanak-kanak itu juga mempunyai lesung pipit
seperti dirinya. Memang terlalu mirip dengan wajahnya. Seolah-olah budak lelaki
itu adalah gambaran dirinya ketika kecil. Kanak-kanak itu menghulurkan sesuatu
kepadanya.
Sebelum
sempat dia mengambil tiba-tiba dia terjaga dari tidur. Waktu itu sayup-sayup
kedengaran azan Subuh. Dia mengucap beberapa kali.
Siapa
kanak-kanak itu? Harris Danial bermonolog sendiri. Sudah beberapa tahun mimpi
itu tidak hadir dan kini dia kembalilagi. Dia mengeluh. Apa maksud mimpi itu
sebenarnya, hingga sekarang dia tidak mampu untuk merungkainya.
Dia
masih ingat kata-kata Haikal mimpi itu seolah-olah ada kaitan dengan dirinya,
seolah-olah mahu mengingatkan dirinya. Sekali lagi dia melepaskan keluhan. Dia
makin larut dalam lamunannya. Deringan
telefon membuatkan dia tersentak.
“Hello
Encik Harris, papa encik tunggu kat office
now. Jangan lupa bawa fail yang dia nak tu,” Harris Danial mengeluh. Dia
hampir terlupa dengan pesanan yang diberikan Rania sebentar tadi. Dia lebih
banyak termenung dan berfikir.
Satu kerja pun belum disentuh lagi. Fail yang dikatakan Rania sebentar tadi
pun belum dicarinya. Dengan sedikit
malas bergerak ke cabinet fail. Pantas fail Taman Cahaya dicapai.
Dia
bergerak keluar dari biliknya. Sempat
lagi dia berpesan kepada Rania supaya menghubungi handphonenya jika ada sesiapa
yang mencarinya.
Dia
hanya mengangguk apabila berpapasan dengan pekerja bawahannya. Bukan dia
sombong tetapi tuntutan masa untuk berjumpa dengan papanya lebih diutamakan.
Teman
karibnya, Zakwan tiba-tiba muncul
didepannya. Entah apa angin mamat tu hari ini,
muncul di officenya dengan
tersengih-sengih. Melihat pada pemakaian si teman, dia tahu lelaki itu tidak
bekerja hari ini.
“Bro kau nak ke mana? Lagu semacam saja”
Zakwan bersuara. Harris Danial memperlahankan langkahnya. Kebetulan dia sudah
hampir dengan bilik papanya. Pantas dia menunding jari ke arah bilik Pengarah
Urusan.
“Kau
dari mana ni?” soalnya.
“Kau
tak kerja ke bro? selekeh sangat aku
tengok kau hari ni,” dia merujuk kepada pakaian Zakwan. Hanya memakai t shirt dan jeans lusuh. Sudahlah lusuh,
koyak sana koyak sini.
“Aku
cuti. Tadi aku pergi kedai dobi. Hantar baju nak dicuci..Dah seminggu baju tak
berbasuh. Masa aku kat sana, aku teringat kat kau. Jadi, aku singgah la. Kalau
kau tak busy aku nak ajak kau dengan
Haikal lunch,” Harris Danial angguk.
Patutlah temannya itu hanya berpakaian ringkas.
“Haikal
mana? Dari tadi aku tak nampak dia?” soal Zakwan.
“Kat
site.
Nanti aku call dia. Mmm…kau
tunggu aku kat bilik. Give me half and
hour. Aku rasa tak lama pun aku mengadap Tan Sri Imran tu. Paling cepat
setengah jam paling lama sejam. Papa aku tu biasanya time lunch ni balik rumah makan dengan mama aku,” dia memberitahu
jadual harian papanya.
Zakwan
angguk. Mereka berkawan bukan setahun dua, jadi sedikit sebanyak dia mengenali
keluarga bahagia Harris Danial.
“Kau
masuk dulu. Apa-apa kau roger aku,”
pantas saja Harris Danial mengetuk pintu bilik yang tertera nama Tan Sri Imran
bin Abdul Kadir. Chairman Imraj Holding. Dia melihat papanya sibuk meneliti
beberapa dokumen. Kerusi didepannya ditarik.
“Ada
apa papa?” soalnya. Terus kepada topik asal perjumpaan. Kerusi ditarik.
“Papa
nak bincang pasal projek Taman Cahaya. Sekarang ni dah sampai peringkat mana?”
soalnya. Harris Danial membuka fail yang dibawanya.
Nasib
baik petang semalam Haikal sempat mengemas kini laporan projek berkenaan. Kalau
tidak masak juga dia bila berdepan dengan papanya.
“Dah
90 peratus siap pa. Sekarang ni kita hanya nak siapkan kerja-kerja luaran
seperti membuat longkang, buat laluan masuk dan kerja pembersihan. May be dalam next two week semuanya akan siap. Selepas tu baru kita boleh
serahkan kepada Majlis,”
Tan
Sri Imran angguk. Dia berpuas hati
dengan penerangan yang diberikan anak sulungnya itu. Dia percaya dengan
keupayaan Harris Danial dalam mengendalikan projek berkenaan.
“Papa
bukan apa, bimbang takut Riss tak mampu nak siapkan mengikut jadual. Kita kena serahkan projek ni pada
bulan Disember, sekarang ni dah masuk bulan September. Tapi papa percaya Riss
mampu siapkan mengikut jadual. Kita mempunyai team yang kuat dan berdedikasi
untuk projek ini,”
Harris
Danial angguk. Kalau papanya tidak memberitahu pun dia sudah sedia maklum
mengenai tempoh masa yang diberikan syarikat kepada teamnya.
“Riss
faham papa. Mmm.. ada apa-apa lagi ke papa nak cakap dengan Riss?” soalnya. Macam
tidak sabar untuk berlalu dari situ.
Datuk
Seri Imran merenung wajah anak bujangnya. Hanya di office saja dia dapat berjumpa Harris Danial. Kalau dekat rumah
jangan harap. Harris Danial lebih gemar tinggal di kondominium yang dibelinya.
“Kenapa?
Riss ada urusan lain ke?” soalnya. Harris Danial menggeleng.
“Tak
juga papa. Cuma Zakwan ada kat bilik Riss sekarang. Dia nak ajak Riss dan
Haikal lunch,” beritahunya.
“Atau
papa nak ikut kita oranglunch?” dia bertanya. Papanya hanya
menggeleng kepala.
“Hish
tak naklah papa. Kau orang muda-muda ni mana sama kehendaknya dengan papa yang
sudah tua ni. Tengok tempat lepak kau orang, pusat hiburan, kelab malammana
sesuai dengan papa yang sudah beruban ni,” gurau Tan Sri Imran.
Harris
Danial tergelak.
“Mana
ada kami lepak kat disco papa. Fitnah tu… paling tak pun kami lepak kat mamak
corner. Papa juga yang marahkan Riss ke sana. Takkan papa sudah lupa arahan
mandatori tu,”
“Papa
tahu.. papa gurau saja. Sesekali nak juga papa bergurau dengan anak bujang papa
ni,” katanya. Fail di tangan sudah ditutup dan dibawa ke cabinet untuk
disimpan. Dia kembali berlabuh.
“Rasanya
itu saja yang papa nak inform Riss. Tapi pastikan semuanya mengikut jadual.
Kalau tidak, masak kita nak bersoal jawab nanti,” dia bangun. Begitu juga
Harris Danial.
“Jomlah
papa sesekali keluar lunch dengan kami,” sekali lagi dia mempelawa papanya.
“Riss
kan tahu, setiap hari papa ada lunch date dengan mama. Nanti tak pasal-pasal
mama Riss merajuk papa pula yang tak lena tidur,” Tan Sri Imran berjenaka.
Harris Danial tergelak. Dia tahu rutin harian papanya.
“Hahahaaa..
kasihan papa kan kena queen control
dengan mama,” dia masih lagi tergelak-gelak. Papanya turut tergelak sama
akhirnya.
“Hish
bukan kena queen control tetapi itu
maknanya papa sayangkan mama kamu. Riss pun nanti kena menuntut ilmu dengan
papa macamana nak jaga wife Riss
nanti. Barulah rukun rumahtangga,” Tan Sri Imran bersuara.
“Berumahtangga?
Maksud papa berkahwin?” Soalnya. Dia
buat-buat muka blur, walhal memang faham benar kata-kata papanya itu.
“Yalah
rumah tangga. Maksud papa berkahwin. Riss tak ada cadangan nak berkahwin ke?
Ada isteri, ada anak. Kalau panjang umur ada cucu. Umur Riss pun bukan muda
lagi. Dah 30 tahun. Time papa dulu dah ada anak tiga,” balas papanya. Harris
Harris Danial sudah menunjukkan tanda kebosanan.
“Mmm..
dalam mimpi sajalah pa. Kalau di alam realiti ni Riss tidak bercadang dan tak
berminat pun nak membina keluarga. Kalau bina badan bolehlah,” dia bergurau.
Tan
Sri Imran mendengus mendengar kata-kata anaknya. Hish budak ni, dia jadikan
lawak jenaka pula kata-kata aku tadi. Anak… anak.. desisnya. Macam-macam … yang lelaki kerenah lelaki yang perempuan
pula dengan cara perempuan.
Lama-lama
dia dengan isterinya mati meragam kerana memikirkan soal anak-anak.
Moga
kata-kata Harris Danial tadi hanya sekadar kata-kata. Tidak serius. Kalau
tidak, pasti dia dan isterinya akan kempunan untuk melihat anak sulungnya itu
berumahtangga.
“Papa
gerak dulu. Nanti mama bising pula,” kata Tan Sri Imran. Pintu bilik dibuka
luas. Dia berpaling kearah anak bujangnya.
“Papa
serius apa yang papa beritahu Riss tadi,”
Harris
Danial tidak jadi melangkah keluar. Dia berpaling kearah papanya.
“Papa
mahu Riss fikirkan apa yang papa cakap tadi. Jangan lama-lama membujang, nanti
bila sudah tua anak baru nak masuk tadika,”
“Ooo…”
dia memahami akhirnya.
“Insyallah
papa..” dia ukir senyuman. Biar hati papa berbunga bahagia.
Post a Comment
Pendapat?