BAB
12
“Kita
jumpa lagi nampaknya Puan Nur,” Harris Danial menyapa. Untung dia hari ini, hajat berwindow shopping di Mid Valley menemukan dia dengan wanita itu. Dia lihat wanita itu
asyik membelek baju kanak-kanak. Mungkin mahu dibeli untuk anak lelaki yang
pernah dia temui dulu.
Tapi
hairan kerana dia tak nampak pula si kecil yang sudah mendapat tempat
dihatinya. Ada juga dia datang ke Indah Laundry semata-mata mahu mencari
kanak-kanak itu tetapi kelibat si kecil
yang dipanggil Iman Raykal itu langsung
tidak kelihatan.
Entah
mengapa melihat wajah si kecil, hatinya terasa damai. Melihat Iman Raykal
seolah-olah melihat dirinya sendiri. Adakah si kecil Iman itu adalah
kanak-kanak yang sama mendatangi mimpinya selama ini.
“Puan…puan..”
Puan Nur bagaikan tidak mendengar panggilannya. Suaranya dikuatkan
sedikit. Dia yakin wanita yang
membahasakan dirinya Puan Nur terkejut
melihat kehadirannya di situ berdasarkan mimik muka wanita itu yang agak
terkejut.
Mata
Nur Indah tidak berkelip melihat lelaki itu. Baru semalam Iman Raykal merengek-rengek bertanyakan perihal si papa
dan hari ini dia berjumpa dengan lelaki itu.
Ya
Allah! Dosa apa yang dia lakukan semalam
atau hari-hari sebelumnya hingga Allah menghukumkan dia dengan pertemuan ini.
Adakah pertemuan itu satu tuah atau ia sememang bala kepadanya, dia sendiri
tidak tahu, desisnya.
“Puan Nur…”
“Err..
ye.. ye saya.. ni siapa erk.. sorry
saya tak ingat pula,” entah mengapa dia berkata begitu kerana dia yakin, Harris
Danial memang tidak mengenalinya. Dalam tempoh lima tahun perwatakan dan wajah
seseorang pastinya berubah.
Itulah
yang berlaku kepadanya. Dulu, dia adalah In seorang gadis lepasan SPM, pekerja
Café Bora-Bora. Bertocang dan berwajah keanak-anakan tapi di hadapan Harris
Danial sekarang dia adalah Puan Nur, wanita yang makin matang dan dewasa seiring pertambahan usianya.
Tiada
lagi wajah keanakan. Tiada lagi In yang membiarkan rambut panjang melepasi
bahunya kerana semua itu sudah dia selindungkan
di balik tudung yang dipakainya kini.
“Emm..
saya pernah belanja anak puan ice cream beberapa minggu lepas. Dah
lupa ye?” dia cuba mengingatkan wanita didepannya itu.
“Oo..
ye ke lupa pula saya ni. Mmm.. maklumlah dah tua-tua ni, asyik jadi pelupa
pula,” Nur Indah tayang wajah blurnya. Mukanya dikerutkan sebagai tanda dia
langsung tidak mengingati lelaki yang berada didepannya ini.
Nur
Indah mahu ketawa tapi cuba ditahan agar tawa itu tidak terburai. Nasib kau la
labu kena tipu dengan aku, siapa suruh
kau tak kenal aku, isteri kau sendiri.
Desisnya. Tudung ala Farida yang dipakainya dibetulkan.
“Sorang
saja ke?”
Nur
Indah angguk. Hish mamat ni takkan tak nampak dia seorang atau ada orang lain
bersamanya. Nak beramah mesra tetapi langsung tak kena tempat. Tapi kata-kata
itu tidak mampu dikeluarkan.
Dia
mengambil beberapa helai kemeja dan t shirt untuk Iman Raykal dan bersedia
untuk bergerak ke bahagian kasut pula. Hajatnya mahu membeli kasut untuk anak
terunanya. Sudah beberapa hari Iman Raykal berpesan kepadanya mahu kasut baru.
“Puan
Nur..” Harris Danial masih setia mengekorinya. Sedikit terkejut dia apabila
mendengar namanya dipanggil. Dia ingatkan tadi lelaki itu sudah pergi dari
situ. Rupa-rupanya masih ada di situ.
Dia
mengeluh. Sukar untuk terus berlakon tidak mengenali suaminya. Mahu tak mahu
dia terpaksa juga berpura-pura tidak mengenali Harris Danial kerana tidak mahu
ada pertemuan lagi selepas itu.
“Err..
encik… encik,” Nur Indah buat-buat lupa nama lelaki didepannya. Berlakon kena
real.. kalau tidak tak pasal-pasal dia pula yang terkena.
“Harris..
saya Harris Danial,” ujarnya jujur. Wajah mama kepada Iman Raykal itu
dipandangnya. Pelik juga dia.. takkan wanita itu langsung tidak mengingati
pertemuan mereka minggu lalu.
Tapi
ada logiknya juga, buat apa wanita didepannya itu mahu mengingati dirinya
sedangkan mereka langsung tidak pernah kenal mengenali sebelum ini, desisnya.
“Saya
nak beredar dulu. Nak ke kaunter buat pembayaran,” dia tunjuk beberapa helai t
shirt dan kasut kanak-kanak yang berada ditangannya. Harap-haraplah mamat ni
faham apa yang mahu disampaikan.
“Err…”
kata-kata Harris Danial terhenti.
“Ye?”
Nur Indah tidak jadi melangkah. Dia pandang wajah Harris Danial.
“Kalau tak keberatan boleh kita pergi minum?
Saya belanja,” Harris Danial menepuk
mulutnya. Entah mengapa terkeluar ayat itu dari bibirnya. Reaksi spontan itu mengundang tawa kecil Nur
Indah.
Bulat
mata Nur Indah mendengarnya. Tergamam pun ada, Hish tak faham rupanya mamat ni.
Harris
Danial mengeluh. Terasa menyesal pula bercakap tanpa berfikir terlebih dulu. Dia
boleh nampak wajah serba salah wanita
itu. Dia pun gatal mulut, ada ke bini orang diajak minum. Nak kena cepuk dengan
laki orang ke Harris Danial.
Kepala
tak gatalnya digaru-garu. Huh, dah terlepas cakap, reda sajalah. Kalau kena
cepuk pun nak buat macamana, dia yang miang sangat. Tapi kena cepuk tak apa
lagi, kalau kena tembak? Err.. sanggup ke dia? Terbayang dia menjadi tajuk
utama berita di Buletin Utama nanti.
Wajah
putih bersih Puan Nur direnungnya. Entah apa nama penuh perempuan di depan dia
ni. Cantik.. nak kata jelita seperti Nealofa tu tak la kot. Kalau cantik macam
tu, tak sesuai pulak nak berganding dengan dia nanti.
Dia
pun bukan la handsome sangat tapi
dalam tak lama kacak itu dia masih mempunyai daya pemikat. Kalau tidak, takkan
dia lari tak cukup tanah, mengelak daripada Rania dan Nina Kirana, modelyang
baru naik tu.
Wajah
Puan Nur dibelek lagi. Dari mata, hidung, mulut, bibir.. hish.. hish dia dah
angau ni. Pendek kata walaupun tak jelita sangat tapi bagi dia mama Iman Raykal
ni sedap mata memandang.
Tapi
sayang, dah jadi isteri orang. Kalau jadi isteri dia alangkah bahagia hatinya.
Ada anak pun, dia tak kisah. Dia boleh terima anak wanita itu. Lagi pun si
kecil itu pun dah mendapat tempat dihatinya.
“Dah
puas belek wajah saya?” geram saja Nur Indah memandang suaminya. Didepan
kaunter ni la dia buat hal. Pandang orang macam nak telan. Dia makin geram bila
melihat Harris Danial tersengih bagaikan tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Err..macamana
Puan Nur? Saya masih tunggu ni. kalau
Puan Nur tak keberatan lah,” alang-alang nak kena tembak dengan laki Puan Nur
ni, apa salahnya teruskan saja niat suci murni dia tu, desis Harris Danial.
“Err..
lain kali la kot. Saya ada hal lepas ni,” hanya itu yang terlintas difikirannya
sekarang. Bukan mahu menolak permintaan Harris Danial tetapi dia tidak sanggup untuk terus berdepan lelaki
itu. Nanti lelaki itu boleh perasan dia isteri dikahwini lima tahun lalu
macamana?
Dia
melihat wajah Harris Danial sudah keruh. Mungkin tidak menyangka dia akan
menolak pelawaan itu.
“Minta
maaf lah.. hari ni memang tak boleh. Mungkin lain kali,” tetapi dalam hatinya
lain pula kata-katanya.
‘Tak
akan ada lain kali itu Encik Harris Danial’.
“Lain
kali tu bila. Masih ada ke lain kali
tu?” Harris Danial masih lagi bertanya. Bukan dia tak tahu, mama si Iman Raykal
ni banyak sangat alasannya.
Tengok
muka berkerut Puan Nur pun dia sudah tahu wanita itu memang susah mahu menerima
ajakan orang, lebih-lebih lagi lelaki yang tidak dikenali seperti diri dirinya.
Nur
Indah mengeluh. Macamana dia boleh baca apa yang sedang dia fikirkan sekarang
ni.
Lama
Harris Danial menunggu jawapan Nur Indah.
“Saya
tak akan berganjak kalau Puan Nur tak setuju. Saya tunggu di sini,” ewah-ewah
pandai pula dia mengugut. Pelanggan yang turut beratur dengannya sudah
tersenyum simpul. Alahai, laki aku ni buat Drama
King dia pula kat tengah-tengah orang ramai ni.
“Sekejap
je.. kita minum-minum. Saya janji, tak ambil masa Puan Nur lama sangat,”
jelasnya. Entah mengapa dia beriya-iya mahu mengajak wanita itu minum bersama
dengannya.
Bukannya,
dia kenal pun, entah-entah macam dalam
drama tu, tak sempat sampai rumah dia dah kena penumbuk free daripada suami wanita itu.Tapi nalurinya kuat mengatakan dia
dan wanita itu mempunyai chamestry. Seperti ada tali halus yang menghubungkan
mereka.
Nur
Indah mengeluh. Dia pandang ke kiri dan
kanan. Ada beberapa perempuan yang berbaris bersamanya, asyik mengerling kearah
Harris Danial. Mungkin terpegun dengan
kekacakan lelaki itu.
Hatinya
berbolak balik. Hatinya kata ye tapi akalnya kata tidak.
“Okeylah..
encik tunggu kat kerusi tu. Saya nak buat pembayaran dulu,” akhirnya dia
mengalah juga pada kata hatinya. Bukan
dia tidak tahu perangai Harris Danial. Selagi tidak menjawab ya lelaki itu
tidak akan mengalah.
Nampak
gayanya lima tahun dia hilang dalam hidup lelaki itu, dia masih boleh nampak
sesi degil lelaki itu. Jangan haraplah
Harris Danial mahu mengalah dengan mudah.
Buktinya
sekarang, Harris Danial masih setia menunggunya berbaris untuk membuat
pembayaran. Perangai degil itu kini diwarisi anak bujang mereka, walaupun tidak
banyak, sedikitada juga perangai degil dan keras hati itu.
“Encik
tunggu saya di sana,” katanya apabila melihat Harris Danial masih lagi tidak
bergerak dari situ. Dia menunjuk kearah
kerusi yang dikhaskan kepada customer pasar raya itu.
“Saya
tunggu sini saja. Saya tak tahu Puan Nur berpegang pada janji atau tidak,”
selamba dia bercakap.
“Encik
boleh percayakan saya,” Harris Danial
angguk.
“Okey..
saya tunggu di sana,” katanya. Matanya mengekori langkah Harris Danial.
Perasaannya kini bercampur baur.
Harris
Danial melangkah. Sempat juga dia berpusing melihat sama ada Nur Indah masih
ada di kaunter pembayaran atau sudah menghilangkan diri. Bila dia nampak,
wanita itu masih berurusan, dia menarik nafas lega.
Harris
Danial mengeluh. Dia sendiri tidak faham mengapa dia begitu beriya-iya mahu minum dengan mama Iman Raykal ni? Hish
pelik betul dia rasakan. Namun, bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman apabila
melihat Puan Nur menghampirinya.
“Jom
kita minum kat Dome.. lebih privasi sikit,” Nur Indah angguk. Malas dia untuk
bersoal jawab dengan lelaki itu. Dia memperlahankan langkahnya. Tidak mahu
beriringan dengan Harris Danial.
Harris
Danial pula memperlahankan langkahnya bila menyedari Nur Indah jauh kebelakang.
Dia memerhati langkah wanita itu. Sweetnya.. cara berjalan pun boleh membuatkan
dia terpikat.
Hish,
nazak dah ni.. kalau dah berkenan, berjalan pun boleh dikira sweet. Dia
tergelak.
“Apa
yang kelakarnya Encik Harris?” soal Nur Indah. Rasa pelik juga dia, tiba-tiba
saja mendengar orang ketawa.
“Ops..
sorry..sorry… bukan gelakkan awak okey…” tersenyum simpul dia dengan
kata-katanya sendiri.
“Puan
Nur nak makan apa?” soalnya.
“Minum
je.. saya janji dengan anak untuk makan kat rumah nanti,” ikhlas dia
memberitahu. Memang dia sudah berjanji dengan Iman Raykal tadi untuk memasak
speggeti apabila balik nanti.
“Bestnya..
teringin pula saya nak rasa masakan puan.. boleh ke?” jangan buat gila Harris Danial, desisnya. Bini
orang tu…bini orang, cuba control diri
kau.. control nanti tak pasal-pasal kena tembak dengan laki dia.
“Mmm..
apa salahnya. Bagi orang makan kan dapat pahala,” ikhlas saja kata-kata Nur
Indah. Terasa mahu melompat bintang dia mendengar kata-kata Nur Indah. Terasa dunia, dia yang punya.
Nur
Indah hanya memesan Ice Vanilla Latte
manakala Harris Danial pula memilih Honeycomb
goldrush untuk minuman dan Spicy Chicken and Mushroom pasta.Nampaknya,
selera lelaki itu tidak pernah berubah. Masih bercita rasa yang sama.
Dia
masih ingat, setiap kali mereka berdating dulu, inilah makanan dan minuman
kegemaran suaminya. Walaupun hanya sebulan mereka mengenali, memori bersama
Harris Danial tidak pernah padam.
Kelopak
matanya sudah mula bergenang. Cepat saja dia mengerdip mata agar titisan air jernih
itu tidak membanjiri pipinya.
“Boleh
tahu kenapa ajak saya minum ni?” dia teringat tujuan asal dia mengikut Harris
Danial ke Dome. Nak tahu juga kalau-kalau si suaminya sudah mampu mengingati
dirinya.
“Kita
pun tak kenal, tiba-tiba boleh ajak saya minum. Tak bimbang ke nanti terjumpa girlfriends di sini. Naya saya nak mengelak bila diserang
nanti,” dia sudah melepaskan tawa. Terasa ada sesuatu yang menyekat di
kerongkongnya.
Harris
Danial juga tergelak.
“Orang
macam saya ni siapa yang sudi Puan Nur.. tak handsome.. perempuan sekarang ni memilih. Nak kan yang kaya saja,
berpelajaran tinggi, kacak, tinggi, macho macam model tu. Saya nimana menepati kriteria mereka semua,”ujarnya merendah
diri.
Nur
Indah tergelak. Dia angkat kening. Yelah tu, macam tak percaya mendengar
kata-kata suaminya itu.
“Hish
takkan la… orang macam Encik Harris ni stok orang baik-baik. Ni mesti Encik
Harris memilih sangat,” dia menggiat Harris Danial. Nak tahu juga kisah hidup
suaminya selepas lima tahun.
“Mungkin
hati saya dah terpaut pada seseorang kot. Orang macam Puan Nur barangkali,”
Mahu melihat reaksi wanita didepannya.
‘Gila
ke kau Harris Danial. Bini orang juga kau nak test.Harris Danial, kau dah kemaruk sangat ke sampai isteri orang
pun kau nak kebas. Hish.. hish dah puas hidup agaknya dia ni,’ desinya.
Berubah
colour wajah Nur Indah menahan malu.
Hish dia ni kalau nak mengayat pun tengok-tengoklah status dirinya dahulu.
“Nama
pun dah bertitlepuan.. takkan ada
hati lagi encik nak tackle saya ni.
Saya ni dah bersuami danada sorang anak pun. Takkan encik tak ingat anak saya
yang encik jumpa dulu tu. Berdosa encik, saya ni isteri orang,”
Nur
Indah buat-buat muka sedih tetapi dalam hatinya dia sudah bersorak gembira.
Padan muka kau Harris Danial. Bini sendiri pun dah tak kenal.
Dia
nampak wajah Harris Danial berubah mendengar kata-katanya.
“Entahlah
Puan Nur.. agaknya saya ni dah gila kot.. gilakan isteri orang. Tapi saya dapat
rasakan sesuatu bila melihat wajah Puan Nur. Mungkin kita pernah berjumpa suatu
ketika dulu? Jujur saya cakap, saya senang bila berada disisi Puan Nur,” dia
berterus terang.
Nur
Indah diam. Hish, takkan Harris Danial dapat mengecam wajahnya sekarang. Haru
ni…haru.
“Mainan
perasaan Encik Harris je tu. Kalau kita pernah berjumpa takkan pula saya tak
ingat kan,” dalih Nur Indah.
Dia
masih belum bersedia untuk membuka kisah lamanya. Dia masih tiada kekuatan
untuk berhadapan dengan Harris Danial. Cukuplah lelaki itu mengenalinya dengan
nama Puan Nur, mama kepada Iman Raykal.
Post a Comment
Pendapat?