BAB
11
“Mama
mana papa Iman?” dengan penuh
pengharapan si kecil itu menunggu jawapan daripadanya. Keluhan dilepaskan. Nur
Indah buntu. Nampak gayanya, soalan maut
itu lagi yang ditanya si anak.
Nur
Indah mencari kelibat Firman. Biasanya waktu-waktu begini abangnya sudah berada
di rumah tetapi hari ini, sudah masuk pukul 5 petang kelibat abangnya belum
kelihatan.
“Mama…”
panggil si kecil lagi.
“Ya
sayang…”
Dia
pura-pura tekun membaca majalah tetapi melihat wajah mengharap Iman Raykal dia
meletakkan kembali majalah itu diatas meja.
“Papa
pergi work la sayang. Kan mama dah
cakap hari tu, Iman tak ingat ye?” Mama dah kata bila kerja papa dah siap dia baliklah
jumpa Iman nanti,” akhirnya dia terpaksa juga menjawab soalan itu. Harap-harap
jawapannya itu dapat mematikan soalan seterusnya.
“Papa
work kat mana?” Nur Indah tepuk dahinya. Hish masih berkisar
soalan papa rupanya.
“Papa
work kat mana mama?” hish dia ni tak sabar-sabar nak tahu. Nantilah mama tengah
cari idea ni. Nur Indah garu kepalanya. Mana ye.. mana ye, desisnya.
“Er..
kat mana ye papa work.. err…” gagap juga dia mahu menjawab.
Akhirnya.
“Jauhhhhh…”
dia dapat idea itu.
“Jauh
mana?” lagi soalan dari budak lima tahun.
“Err..
kat Amerika sana tu…” hentam sajalah Nur Indah, asalkan Iman Raykal
mempercayainya.
“Jauh
sangat ke tempat tu?”
“A’ah.. jauh sangat sayang... kalau naik kereta tak
sampai kita kena naik kapal terbang baru kita boleh sampai sana” dia melihat si
anak menganggukkan kepalanya. Puas hatilah tu dengan jawapan mama dia. Nur
Indah tarik nafas lega.
“Kenapa
kita tak lawat papa kat sana,?” Nur Indah membeliakkan matanya. Allah.. Allah, hilang sabar dia dibuatnya
dengan perangai si kecil. Kalau tahap kesabarannya kurang hari ini ada juga
yang kena hempuk ni.
Tetapi
melihat wajah sendu si anak sudahnya dia pula yang menepuk dahi sendiri. Kuat.
Ingatkan soalan sudah berakhir rupa-rupanya si anak berdiam diri mencari soalan
baru untuk ditanya.
“Mama
tiada jawapanlah sayang… papa busy
kot, sebab tu kita tak boleh lawat papa kat sana nanti kita ganggu papa nak
buat kerja. Bila kerja papa terganggu lagi lambatlah papa nak balik jumpa
Iman,” itu saja yang mampu dia jawab kali ini.
Terimalah
anak jawapan mama ni. Tak perlulah tanya mama yang bukan-bukan. Mama tiada
jawapan untuk itu, desisnya.
“Oooo..
kalau macam tu tak perlulah kita lawat papa kat sana kan? Nanti lagi lambat
papa balik sini,” dia sudah terangguk-angguk. Fahamlah tu. Jangan lepas ni dia
tanya yang bukan-bukan lagi. Dia tarik nafas lega.
Mama..
uncle air cream tu boleh jadi papa Iman tak?” hilang soalan papa timbul pula
soalan mengenai uncle ais cream. Hish ada lagi rupanya soalan bombastic yang mahu ditanya Iman
Raykal
Uncle
air cream? Yang mana pula anak oiiii… takkan uncle India tu Iman nak jadikan
papa angkat dia.
Dia
pandang Iman Raykal.
“Uncle
mana pula ni? Uncle yang naik
motosikal tu? Yang bunyikan hon kuat-kuat suruh Iman beli ice cream tu?”
soalnya.
Iman
Raykal geleng kepala.
“Uncle
tu dah tua.. mana boleh jadi papa Iman. Lagi pun Iman nak uncle yang muda tu
jadi papa Iman. Bolehkan ma?”
Ya
Allah anak.. anak.. kamu dah buat kepala mama kamu ni berpusing-pusing macam
gasing jadinya. Uncle mana pula ni
yang dia dah berkenan dan mahu diangkat jadi papa ni. Ligat Nur Indah memerah
otaknya. Tapi langsung tiada jawapannya.
“Cuba
cerita pada mama, uncle yang mana
satu? Mama tak nampak uncle ice cream
lain selain uncle yang bunyi hon motosikal kuat-kuat tu. Yang ada lagu tu,”
“Bukanlah
mama.. buat apa uncle tu… Iman nak uncle
yang hari tu.. dia ada kereta besar tu mama.. yang beri Iman ice cream masa kat
kedai mama hari tu. Mama ingat tak?” soalnya. Iman Raykal cuba mengingatkan Nur
Indah tentang perkara itu.
Nur
Indah berfikir.
“Ala
mama ni, uncle tu baik, handsome… Iman suka dia jadi papa Iman. Bolehlah ma..
bolehlah uncle tu jadi papa Iman. Bila papa Iman balik dari work tak perlulah
uncle tu jadi papa Iman lagi,”
Akhirnya…
Nur Indah sudah dapat menangkap siapa yang dimaksudkan anak bujangnya itu.
Rupa-rupa Harris Danial yang diintai si anak bujangnya untuk dijadikan papa
angkat. Kelakar pun ada.
Amboi-amboi
boleh pula dia buat keputusan macam tu. Kalau nak diambil, kalau tak nak dibuang. Sebijik macam bapak dia juga
perangainya. Hish ke mana kuah tumpah kalau tak pada nasinya. Anak borek bapak
rintik.
Digamit
si kecil supaya menghampirinya. Dia perlu memberi pemahaman kepada si kecil.
Selebihnya dia tidak mahu si kecil menaruh harapan sedangkan dia sendiri tidak
tahu kedudukannya dihati Harris Danial.
“Tak bolehlah sayang.. mana boleh Iman
suka-suka angkat uncle tu jadi papa Iman. Entah-entah uncle tu dah ada anak,
kasihan kat anak uncle tu nanti sebab dia kena berkongsi papa dia dengan orang lain,” bagus idea kau Nur
Indah. Bernas… bernas. Harap-harap Iman Raykal dapat menerimanya.
“Apa
salahnya… Iman bukan nak papa dia terus. Iman nak pinjam kejap saja. Lepas papa
Iman balik nanti Iman bagilah balik papa dia tu,” Nur Indah tepuk dahi. Sesak
nafas dia dibuatnya. Dia ingat jawapan dia sudah bernas rupa-rupanya jawapan si
anak lagi bernas. Langsung tak terfikir dek akalnya.
“Bolehkan
ma?”
“Nanti
kita bincang balik pasal papa ni. Kita tunggu abah Fir ek,”
“Ala…”
“Kasihan
anak uncle tu nanti… Iman ni tamaklah.
Cukuplah Iman ada abah Fir seorang. Tak perlulah Iman ambil papa orang lain
pula,”
“Tak
boleh ke mama?” soalnya ingin tahu. Keningnya dikerutkan.
“Memanglah
tak boleh. Mana ada orang buat macam tu. Nak ambil papa orang suka-suka. Kalau
orang ambil abah Fir, Iman marah tak?”
Lambat-lambat
si kecil mengangguk.
“Jadi
Iman faham kan kenapa uncle tu tak
boleh jadi papa Iman?” soalnya.
Sekali
lagi Iman Raykal angguk. Biar pun dia tahu anggukan Iman Raykal dalam keadaan
terpaksa. Nur Indah tarik nafas lega. Memang mencabar betul menjaga anak bujang
ni. Dah terlebih pandai.
“Mama
nak masak. Iman nak request makanan apa malam ni?” dia sudah bangun untuk
berlalu ke ruang dapur. Dia berkira-kira apa yang ada dalam peti ais kerana
sejak seminggu lalu dia tidak sempat ke pasar untuk membeli barang dapur.
“Tak
nak.. nak papa saja,” nada suaranya perlahan saja. Seolah-olah bercakap dengan
dirinya. Nur Indah mengeluh. Tadi macam dah faham sekarang ni persoalan papa
masih lagi wujud.
“Mama
masakkan spergetti ek.. Iman kan suka makan. Err kita tambah bebola daging
banyak-banyak, lagi best kan,” dia mengumpan selera si anak. Selama ini Iman
Raykal tidak pernah menolak apabila berkaitan makanan kegemarannya.
“Papa
suka tak makan spergetti?” polos saja pertanyaan Iman Raykal. Nampak bercahaya
wajah itu apabila bercakap mengenai papanya.
Nur
Indah urut dada. Ya Allah kenapalah sikap Iman Raykal hari ini begitu menguji
keimanannya. Sudahlah iman yang ada senipis kulit bawang dan hari ini dia diuji
pula dengan soalan yang mencabar mindanya.
“Mama
tak tahu sayang,” keluhnya. Dia menggeleng kepalanya berkali-kali. Tetapi
melihat wajah Iman Raykal yang menunggu jawapannya, dia tiba-tiba menjadi sayu.
Ya Allah.. ya Allah.. kasihan anaknya.
“Mmm…”
buntu dia mahu menjawab soalan si kecil.
“Mungkin
papa pun gemar makan speggeti macam Iman. Iman kan anak papa, mestilah ada
persamaan antara Iman dengan papa. Tapi sekarang ni tak payah Iman serabutkan
kepala fikir pasal papa tu, nanti bila papa balik Iman tanya papa,” putusnya.
Kalau
dia melarang pun belum tentu si anak akan berhenti bertanya mengenai papanya.
“Okeyyyy…”
panjang saja kata-katanya. Ada nada gembira di situ. Cepat dia mengekori
langkah mamanya ke dapur tetapi hanya separuh jalan apabila dia berpatah balik
bila mendengar deringan telefon di ruang tamu.
Tidak
berapa lama kemudian kedengaran suara Iman Raykal memanggil namanya.
“Nenek
telefon…cepat mama nenek nak cakap ni,” terkocoh-kocoh Nur Indah dibuatnya.
Baru saja dia mahu membuka peti ais sudah dipanggilnya. Anak itu memang tak
reti nak bersabar langsung.
“Mamaaa…”
suara itu kembali memetir.
Ya
Allah anak.. tak mampu bersabar ke? mama punyalah semput berkejaran ke ruang
tamu sampai tercungap-cungap dibuatnya.
“Nenek
nak cakap,” dia hulurkan gagang telefon sebaik melihat mamanya berdiri di
sisinya.
“Assalamulaikum….”
Sayup kedengaran suara uminya dihujung talian.
“Baik
umi..” katanya selepas semputnya reda. Tak bernafas dia dibuatnya.
“Penat
saja tu… banyak kerja ke?”
“Taklah
umi.. Indah kat dapur tadi. Tu yang kedengaran semput tu. Cucu umi punya
kerjalah tu, menjerit macam kita duduk lima batu jauhnya. Walhal ada kat dapur
saja,” terangnya. Kedengaran gelak halus di hujung talian. Umi kalau bab cucu
memang tak reti nak marah. Memanjang saja betulnya.
“Sihat…
umi? Sorrylah sebab Indah tak sempat nak call umi, busy sikit kebelakangan ni,”
jujur dia bercerita. Tapi memang pun dia agak busy kebelakangan ini, busy
menyiapkan tender.
“Ada
masalah ke?” agak bimbang nada suara Puan Zakiah. Anak bongsunya itu bukan
mudah membuka mulut untuk bercerita mengenai masalahnya. Nasib baik dia anak
sulungnya kerap bercerita kepadanya dan suami.
“Semua
okey umi… Indah okey, anak bujang terlajak umi tu pun okey, cucu umi lagilah
okey… Ada kat sebelah Indah ni. Riuh mulut dia tu bertanyakan bila nenek nak
datang sini,” terdengar gelak Puan Rokiah.
Uminya
kalau bab cucu, memang tunduk mengalah. Tak pasal-pasal esok atau lusa umi akan
paksa ayah untuk ke sini. Silap hari bulan muncul di depan pintu rumahnya. Umi
mana boleh dengar permintaan si cucu, cepat saja mengalahnya.
“Bila
Indah nak balik kampung?” soal Puan Zakiah. Rasanya sudah lama si anak tidak
pulang ke Ipoh. Last hari tu pun dah dekat sebulan. Rindu pula dia kepada Iman
Raykal. Walaupun dua cucunya ada di rumah, cucu sulungnya juga dicari.
“Ingat
nak balik juga hujung minggu ni. Tapi Indah tak boleh janjilah sebab ada
program di sekolah Iman pada Sabtu ni. Kalau boleh skip Indah beritahu umi balik. Tapi Indah kena tanya abang Fir
dulu dia free ke tak minggu ini, tak
syoklah drive sorang-sorang balik
kampung,”
“Kalau
boleh balik, baliklah hujung minggu ni. Rasa lama sungguh umi tak jumpa cucu
umi tu. Una dan Iffan pun asyik bertanya bila abang Iman nak balik kampung. Penat
umi mahu menjawabnya,” beritahu Puan Zakiah.
Nur
Indah tergelak. Dia boleh bayangkan kekecohan dirumah uminya sekira ada Alia Husna dan Irfan Nabil.
“Ye..ye..
Insya-Allah umi. Kirim salam pada ayah dan Kak Zahraa. Assalamua… kejap umi..
eh kejap…kejap” dia tidak jadi menamatkan perbualannya kerana Iman Raykal sibuk meminta gagang telefon diberikan
kepadanya. Mahu bercakap dengan neneknya.
“Iman
nak cakap ni umi.. Indah past line ni
pada dia,” gagang telefon diserahkan kepada si kecil. Pantas saja dia berlalu ke dapur meninggalkan
si kecil yang asyik bersembang dengan neneknya.
Riuh
rendah apabila Iman Raykal bercerita. Entah apa yang disembangkan pun, dia
tidak tahu. Biarlah, kalau tidak, ada saja soalan maut yang ditanyanya.
Berkali-kali dia semput nafas dibuat si kecil itu hari ini.
Post a Comment
Pendapat?