PROLOG
NUHA QALISYA kini
diulik bahagia.Wajah Encik Suami dipandang lama, selepas menempuh pelbagai onak
duri, dia dan Encik Suami akhirnya bersatu juga dalam alam rumahtangga. Baru
sebentar tadi Encik Suami melafazkan akad nikah yang pastinya dinikahkan
sendiri oleh babahnya. Suasana waktu itu begitu hening, airmatanya laju menitis
sebaik saja selesai upacara membatal air sembahyang dilakukan.
Umi
turut mengesat air mata, adik-adiknya yang seramai empat orang itu juga menarik
nafas lega. Along mereka sudah menemui kebahagiaan. Dalam usia mencecah 33
tahun, akhirnya Nuha Qalisya Mohamad
Razlan menamatkan zaman gadisnya. Usia yang
dirasakan agak terlewat untuk membina keluarga. Dia sendiri tidak
menyangka akan menemui titik bahagia dalam
hidupnya.
Tatkala
adiknya sudah lama mengecapi alam
rumahtangga dan mempunyai cahayamata barulah dia bergelar isteri kepada Akif
Irham, lelaki yang muda tiga tahun daripada usianya. Namun, siapa dia untuk
mempertikaikan semua itu kerana dia tahu tiada apa yang mustahil di dunia ini.
Semuanya adalah atas keizinan dari-Nya.
Sejak
berbulan lamanya dia cuba menidakkan kata hatinya, menolak kehadiran Akif Irham
dalam hidupnya namun akhirnya dia akur lelaki itu adalah insan terbaik yang
dikirimkan Allah untuk menjadi raja dihatinya. Indahnya perancangan Allah, berbulan
lamanya dia menderita tetapi hari ini
dia diulik bahagia.
Allah
kirimkan kepadanya seorang lelaki untuk hidup bersamanya. Sikap Akif Irham yang
matang, tidak pernah mendesak dan banyak mengalah akhirnya membuka mata dia
untuk menerima huluran kasih lelaki itu dan selepas enam bulan bertunang, dia
sah menjadi suri kepada Akif IrhamTan Sri Zain Azran.
“Sayang….”
Lamunan Nuha Qalisya terhenti. Wajah si suami di pandang penuh kasih sayang.
Akif Irham yang masih lengkap berpakaian pengantin berbaring sambil menopang
dahu, kedua kakinya diangkat tinggi. Huh, sekali pandang sudah macam anak
dugong rupanya. Matanya tidak lepas merenung wajah Nuha Qalisya yang duduk berhampirannya.
Kalau dulu gadis manis itu hanya tertunduk malu apabila direnung tetapi sejak
bergelar tunangannya, Nuha Qalisya sudah berani bertentang mata
dengannya.Kadangkala dia yang kalah dengan renungan tajam Nuha Qalisya.
Nuha
Qalisya juga masih lengkap berpakaian pengantin.Terasa begitu penat kerana
sehari suntuk dia dan Akif Irham melayan tetamu yang hadir ke majlis
persandingan mereka di kampung halamannya di Terengganu. Betisnya dilunjur dan diurut perlahan bagi
menghilangkan lenguh. Apa tidaknya, sejak pagi tadi dia langsung tidak sempat
untuk duduk-duduk.
“Sayang…
menung apa lagi tu?” soal Akif Irham lagi. Nuha Qalisya menoleh. Jari jemarinya
yang rancak mengurut betis kanannya terhenti. Dia melemparkan senyuman paling
manis kepada Akif Irham, lelaki yang berjaya mencuri hatinya selepas Zariff
Adam.
Tiba-tiba
hatinya dipagut sayu, lukanya terlalu dalam akibat perbuatan lelaki itu.
Penipuan Zariff Adam sudah sampai ke kemuncak, bukti yang ada ditangannya tidak
memungkinkan dia menerima lelaki itu lagi dalam hidupnya. Cukuplah sekali
ditipu, tidak akan ada dua atau ketiga
kalinya.
Pertemuan
dengan sepupu lelaki itu yang merakam gambar perkahwinan Zariff Adam dan Dania
membongkarkan segala-galanya. Foto itu
memang asli, bukan teknik super impose atau menggunakan fotoshop seperti yang
didakwa Zariff Adam.
Lebih
membuktikan lagi apabila dia berjumpa lelaki itu dengan Dania berpimpinan
ketika dia ke kedai buku di Jalan Masjid India. Walaupun bukti sudah di depan
mata, walaupun Dania yang ditemuinya itu sedang hamil lelaki itu masih tega masih
menafikan kewujudan Dania sebagai isterinya.
Mereka
berkahwin atas dasar cinta tetapi sanggup Zariff Adam menafikan hak Dania
sebagai isterinya. Isteri tetap isteri. Cuma yang pelik kenapa lelaki itu tega
berbohong seolah-olah kejadian itu tidak pernah berlaku dalam hidupnya.
Tiada
sekelumit rasa bersalah dihati bekas kekasihnya itu tatkala menzahirkan
pembohongannya kepada Nuha Qalisya.
Walau
berpuluh kali Zariff Adam merayu, hatinya masih enggan memaafkan lelaki itu.
Kata suaminya, hati Nuha Qalisya kini sekeras waja mana mungkin dapat
dilenturkan dalam sekelip mata. Tetapi siapa tahu, mungkin suatu hari nanti
kemaafan dapat dihulurkan kepada insan yang pernah bertakhta dihatinya itu. Dia
tahu jika masa itu tiba dia akan belajar memaafkan Zariff Adam.
“Sayangggggg…”
panggil Akif Irham lagi apabila melihat si isteri masih lagi tenggelam dalam
lamunan panjang. Tangan Akif Irham melingkar dibahunya.Ubun-ubun si isteri
dicium penuh kasih.Wajah Nuha Qalisya dipandang dengan perasaan sarat kasih.
Sesungguhnya dia amat bertuah.
Akhirnya,
gadis itu menjadi miliknya.Dia bersyukur dengan kurniaan Allah. Sesungguhnya
Nuha Qalisya adalah kurniaan Allah yang
tidak ternilai buatnya. Nuha Qalisya
senyum. Dia rapatkan tubuhnya pada Akif Irham.
“Terima
kasih kerana menerima Nuha sebagai isteri abang. Nuha tahu, diri ini tidak
sesempurna mana, jadi tanggungjawab abang untuk melengkapkan kekurangan pada
diri ini,” lembut saja dia bersuara. Jari jemarinya yang berinai itu ditenungnya.
Tidak
sanggup sebenarnya mahu bertentang mata dengan si suami. Akif Irham tersenyum, kata-kata itu
bagaikan embun pagi yang menitis, sejuk dan damai menyirami hatinya. Terasa
sejuk dan mendamaikan.
“Sayang…
kita bina rumahtangga ini mengikut acuan kita sendiri. Abang juga tidak
sempurna, jadi sayang adalah pelengkapnya. Thanks sayang kerana terima abang
seadanya..abang sayangkan Nuha, sayang sangat-sangat,” pipi mulus sang isteri
diusap lembut, sesekali bibirnya mengucup pipi itu menyebabkan isterinya
kegelian. Kepala Nuha Qalisya melentuk di bahu Akif Irham. Sungguh, dia
begitu selesa berada dalam dakapan lelaki yang baru beberapa jam sah menjadi
suaminya.
“I love you too
abang. Nuha bertuah sangat jadi isteri abang,” katanya dengan nada manja dan
menggoda.Teringat dia aksi manja-manja kucing yang sering dipamerkan Amylia
setiap kali menggoda Akif Irham. Waktu itu kerap dia sesak nafas melihat aksi
gedik Amylia. Walau apa yang dilakukan Amylia cinta Akif Irham tetap utuh
padanya.
Buktinya,
hari ini mereka sah bergelar suami isteri. Fitnah Amylia akhirnya memakan diri
sendiri. Bukan saja dia yang malu tetapi tempiasnya turut dirasai kedua orang
tuanya. Kerana malu, gadis itu kini sudah seminggu terbang ke UK. Hanya dia
yang tahu kenapa Amylia secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk ke sana. Dia
hanya mampu berdoa agar Amylia berubah dan kembali ke Malaysia suatu hari
nanti.
“Kasihan
Amy,” Entah kenapa dia teringat kepada gadis itu. Bulat mata Akif Irham
mendengar kata-kata isterinya. Biar betul! Selepas apa yang dilakukan Amylia
terhadap hubungan mereka, masih lagi wujud rasa kasihan dihati isterinya.
“Isteri
abang ni tak ingat ke apa yang dia lakukan dulu.. pada sayang, pada perhubungan
kita. Tak ingat? Kerana fitnah dia, hubungan kita jadi berantakan.Tali
pertunangan kita hampir putus. Kalau tak ingat, abang boleh ingatkan sayang,
bagaimana menderitanya abang apabila setiap kata-kata abang sayang langsung tak
percaya. Sayang lebih percayakan perempuan tu,” suara Akif Irham agak keras
apabila ia berkaitan Amylia. Nuha Qalisya terdiam. Pantas tangan Akif Irham
dikucup lama.Matanya berkaca.
“Nuha
minta maaf, tak sepatutnya Nuha meragui abang, meragui cinta kita tetapi waktu itu
Nuha langsung tak boleh berfikir.Bukti terhidang di depan mata. Sesiapa saja
yang ditempat Nuha akan berfikir seperti Nuha fikirkan,” dia membela dia.
Nuha
Qalisya mengeluh memikirkan betapa mudahnya dia diperdaya oleh Amylia sedangkan
dia tahu selama ini pelbagai cara dilakukan gadis itu untuk memerangkap
suaminya. Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya, kebenaran terbukti dan kini
dia dan Akif Irham bersatu juga.
Tangannya
masih melingkar dibahu Akif Irham. Sukar untuk dia gambarkan perasaannya kala ini. Bahagia, gembira.
Rangkulan sang suami tiba-tiba dilepaskan, kalau boleh dia mahu terus berada
dalam pelukan Akif Irham tetapi tuntutan sebagai umat Islam perlu didahulukan
apatah lagi jam di dinding sudah menunjukkan angka 6 petang.
Dia
berlalu ke almari pakaian dihujung katilnya mengambil tuala bersih untuk
diberikan kepada Akif Irham. Tanpa berkata-kata, pantas saja lelaki itu berlalu
ke bilik air, membersihkan diri.
Seharian
mereka dijadikan pameran untuk tontonanpengunjung. Usikan dan siulan adik-adik
dan pasangan bertunang Zakry Adlan dan Siti Maryam membuatkan pipinya kerap
kali bertukar warna.
Begitu
juga Edora dan Afifa yang tidak habis-habis mengusik dia dan Akif Irham. Di
arah buat itu buat ini, penat, letih usah dikata tetapi dia akui itulah
kenangan terindah dalam hidupnya. Nuha Qalisya tersenyum mengingati saat
bahagia itu.
Sejam
kemudian pasangan pengantin baru menunaikan solat Asar dan buat pertama kali
Akif Irham menjadi imam kepada seorang isteri bernama Nuha Qalisya. Panjang doa
si imam selepas menunaikan solat.
Memohon
kepada Allah Taala supaya memberkati kehidupan baru mereka, dikurniakan
anak-anak yang sihat, comel dan solih serta memanjangkan usia mereka, usia ibu
bapa dan keluarga kedua-dua pihak selain melimpahkan rezeki mereka sekeluarga.
Bru bca prolog tpi memang best lh awal crita dia..
ReplyDelete