BAB EMPAT

SELEPAS menempuh perjalanan panjang, akhirnya dia dan Maryam tiba ke destinasi. Waktu sampai di Sun BeachResort  jam Bonia ditangannya menunjukkan angka 7 malam. Nuha Qalisya keluar sambil memusing badan ke kiri ke kanan untuk melegakan badannya.Pemandangan pada waktu senja di Tanjung Leman begitu indah, begitu cantik ciptaan Allah, bisiknya. Dia begitu kagum melihat kekuasaan Allah Taala. Pantas Maryam melangkah ke kaunter pendaftaran untuk urusan pendaftaran masuk.Ketika itu ramai pengunjung resort bersantai di ruang lobi. Ada mengambil kesempatan membaca akhbar yang sememangnya disediakan di ruang berkenaan. Nuha Qalisya pula tidak terus masuk ke ruang lobi sebaliknya leka menikmati keindahan remang senja di luar resort.
Tanpa disedari, kakinya sudah jauh melangkah, dia berdiri betul-betul digigi ombak. Mendengar deruan ombak hatinya tiba-tiba tenang.Hilang segala masalah yang membelenggu dirinya sejak seminggu lalu. Tidak jauh dari tempatnya berdiri, dia melihat pasangan pengantin sedang merakam gambar perkahwinan.Gaun berwarna putih yang dipakai pengantin begitu menarik pandangan matanya. Cantik. Wanita itu nampak begitu anggun dan jelita. Tiba-tiba dia dipagut sayu. Hatinya sebak. Jiwanya yang sudah agak tenang kembali bergolak.Airmata dipipinya dikesat. Ya Allah bantulah aku untuk melupainya! Bisik Nuha Qalisya.
“You okey ke?” satu suara menegur Nuha Qalisya dari arah belakang.Pantas dia berpaling. Seorang lelaki lengkap berpakaian sukan menghampirinya. Nuha Qalisya berundur setapak, bimbang dirinya diapa-apakan, dia pandang ke kiri kanan, mencari sesiapa yang boleh membantu sekiranya lelaki itu tiba-tiba saja bertindak menyerangnya.
 “Don’t worrycik… I bukannya orang jahat. I Akif Irham. Panggil saja saya Akif,” dia tergelak.Tangan dihulurkan tetapi Nuha Qalisya hanya menganggukkan sedikit kepalanya. Tanda hormat.
            “Sorry cik…dah terbiasa pula,” gelaknya. Dia tiada masalah dengan tindakan gadis manis didepannya itu kerana setiap orang mempunyai hak untuk mempertahankan prinsip masing-masing.
Nuha Qalisya hanya mengangguk, dia tidak menyalahkan lelaki didepannya itu. Bagi orang lain mungkin tidak kisah bersalaman atau bersentuh dengan bukan muhrim tetapi dia sudah diajar sejak kecil dan itulah yang dipraktikkan sehingga kini.
              “Saya Nuha, sorry saya tak dapat sambut huluran tangan awak tu. Awak bukan muhrim saya,” Nuha Qalisya bersuara. Agak segan sebenarnya. Nasib baik lelaki didepannya tidak banyak songeh. Hanya mengangguk tanda memahami.
“Datang sorang je ke?” tanyanya.  Nuha Qalisya tidak menjawab, matanya dibiarkan lepas ke tengah lautan.Terasa begitu tenang sekali. Pasangan pengantin yang mengambil gambar tadi sudah tidak kelihatan. Mungkin kerja pengambaran mereka sudah selesai sepenuhnya atau bersambung esok pagi.
“Berdua dengan member. Dia kat kaunter pendaftaran. Saudara?” soalnya. Hatinya berdoa agar Maryam menyelesaikan segera urusan di kaunter dan mencarinya di pantai. Dia tidak begitu betah berdua-duan dengan lelaki apatahlagi lelaki tidak dikenali.
“Datang berlima tetapi mereka tu berpasangan, panjanglah langkah masing-masing. Sudahnya hanya tinggal saya sorang-sorang kat sini,” dia tersenyum. Terserlah lesung pipit di pipi kiri lelaki itu. Nuha Qalisya menarik nafas lega melihat kelibat Maryam menghampiri mereka di pantai.
         “Kenalkan teman saya… Siti Nur Maryam..Mar ni Encik Akif,” Nuha Qalisya perkenalkan kenalan barunya.Tiada huluran tangan daripada lelaki itu mungkin  bimbang jika berlaku kejadian seperti tadi, namun dia sedikit kaget Maryam menghulurkan tangan untuk bersalam. Matanya dijelingkan ke arah Nuha Qalisya untuk melihat reaksi gadis itu.
“Lama sangat kau kat kaunter pendaftaran tu. Dapat jumpa Zakry tak?” soalnya. Maryam mengangguk, matanya melirik ke arah kenalan baru Nuha Qalisya.
“Dapat…tapi dia agak busytadi, kebetulan ada rombongan Puteri UMNO nak buat teambuilding kat situ. So, tak dapatdia jumpa kita malam ni. Mmm.. esok kita jumpa dia,” katanya. Matanya tidak lepas memandang wajah Akif Irham Aduh! Napelah dia ni kacak benar.
Tiba-tiba satu cubitan singgah dibahunya membuatkan Maryam mengaduh kecil. Akif Irham hanya memerhati dan turut tersenyum bila menyedari jari jemari Nuha Qalisya yang hinggap di bahu Maryam.
“Ada ketam merayap la Encik Akif… ganas betul,” Akif Irham ketawa melihat gelagat kedua-duanya. Seronok dia melihat gelagat dua sahabat itu. Dia dapat merasakan Maryam seorang yang kuat menyakat dan seorang lagi bagai tidak berperasaan. Nuha Qalisya membeliak mata sebagai amaran agar temannya tidak bercakap banyak.
       “Dia ni memang macam ni Encik Akif. Kalau nak berkawan dengan dia kena sabar, bukan sabar sikit tapi banyakkkkk. Kerenah dia ni Ya Allah… macam-macam, awak tak terlayan nanti bila dah lama-lama nanti,”sekali lagi Nuha Qalisya mencubit lengan Maryam. Suka-suka nak mengenakan orang, depan lelaki yang baru dikenali pulak tu. Maryam buat-buat tak faham.
“Panggil saya Akif, tak payah berencik-encik la. Nampak macam formal sangat bila  ada gelaran encik di depan. Lagi pun awak berdua ni bukan pekerja saya,” Maryam mengangguk.  Betul juga, bisiknya. 
“Datang bercuti ke?” Maryam  beralih soalan. Dia sudah melabuh punggung ke bangku simen di bawah pokok.
“Nak kata bercuti tak la sangat, sebab saya orang sini. Kebetulan member kata dia nak bercuti jadi saya ajaklah mereka sekali bercuti di resort ini,” dia berterus terang.
“Lama ke kat sini?” Akif Irham pula bertanya.  Wajah manis Nuha Qalisya direnung. Ternyata ada sesuatu yang menarik mengenai gadis itu.
“Err… tengok angin dulu. Kalau angin orang tu masih ditahap puting beliung rasanya lama jugak la kami di sini. Kalau angindia dah nampak reda sikit,  mungkin tiga empat hari lagi kami balik KL la,” ada nada jenaka di situ. Akif Irham turut tergelak mendengarnya.
Beberapa minit kemudian, Maryam meminta izin pulang ke resort bila melihat hari makin gelap. Dia menonong je melangkah meninggalkan Nuha Qalisya yang ketika itu masih bersama Akif Irham.
“Awak saya gerak dulu dah nak malam ni.” Nuha Qalisya bersuara selepas melihat Maryam berlalu meninggalkannya. Hampeh betul Maryam, tanpa sebarang amaran, laju saja dia melangkah pergi. Kakinya turut diatur menuju ke resort. Cuba menyaingi Maryam yang sudah bergerak ke depan.
“Yalah… harap kita jumpa lagi selepas ini, Cik Nuha… malam ni ada rancangan nak ke mana-mana ke?” dia turut beriringan dengan Nuha Qalisya menuju ke Sun Beach Resort.
       “Belum tentu..nape?” soalnya balik. Entah mengapa dia jadi agak ramah petang itu melayan Akif Irham. Biasanya susah benar untuk melihat dia beramah mesra dengan lelaki apatah lagi lelaki yang tidak dikenali.
Kalau diikutkan dia malas nak ke mana-mana tetapi Maryam pastinya membebel bila tahu dia mahu melepak dalam bilik saja.
“Kalau tak keberatan kita dinner sama-sama malam ni, boleh tak?. Kalau segan awak boleh bawa Maryam bersama. Saya tak kisah,”  Akif Irham menggunakan skil memujuknya. Dia turut menunjuk muka kasihan.
Maryam yang tadinya yang sudah kedepan  sedikit berundur beberapa tapak. Lucu melihat gelagat Akif Irham yang seakan-akan mahu mencuri perhatian teman baiknya itu.
“Boleh la Nuha, setakat makan je pun. Bukan kita nak buat apa-apa.Kalau tak kasihan kat aku pun tolonglah kasihan pada Encik Akif kita ni, beriya-iya ajak kau dinner,” Maryam bersuara. Wajah si teman di pandang, geram juga dia melihat Nuha Qalisya buat tidak kisah.
Lama Nuha Qalisya berfikir. Berkerut dahinya bagaikan memikirkan perkara yang cukup serius. Sikapnya itu mengundang tawa Akif Irham. Agak lucu dia melihat gelagat gadis yang cukup menarik perhatiannya.
Lama Akif Irham menunggu kata putus daripada Nuha Qalisya dan akhirnya dia melihat gadis itu mengangguk perlahan. Bukan dia saja yang menarik nafas lega, Maryam  turut sama. Gembira dengan keputusan temannya itu. Dia berpandangan dengan Akif Irham, sempat lagi lelaki itu mengenyitkan matanya.
“Okey… pukul 8 malam saya turun dengan kawan saya ni,” beritahunya. Kasihan juga dia melihat wajah poyo Akif Irham tadi. Setakat makan saja pun, bukannya dia mahu keluar dating ke apa.
Akhirnya! Desis Akif Irham. Bibirnya mengukir senyuman. Hatinya berbunga riang, harap-harap pertemuan ini akanmembuahkan sesuatu yang indah. Entah mengapa dia begitu tertarik dengan perwatakan gadis itu. Gabungan cantik, manis dan menawan selain menjaga adab pergaulan ternyata memikat hati lelakinya.