BAB 12
“Awak...” panggilnya. Dia menggeliat ke kiri
dan kanan. Terasa begitu lena tidurnya biarpun hanya beralaskan sofa dalam
bilik kerja Izz Harraz. Dia menggeliat.
“Awakk..”
“Mmmm..” tanpa berpaling kearah empunya suara
Izz Harraz tekun menulis sesuatu. Sesekali dia mengeluh. Tangannya sudah lenguh
menandatangani surat dalam fail di depannya itu.
Ifftiyah bangun. Matanya melilau memerhati bilik
office Izz Harraz. Sebelum dia
terlelap tadi dia rasanya dalam bilik itu tidak hanya ada dia dan Izz Harraz.
“Awakkk..” panggilnya lagi. Kali ini lebih
kuat.
“Ye sayanggg. Abang tengah busy ni. Ada apa?” soalnya.
Dia langsung tidak mengangkat kepalanya. Ifftiyah menggeliat. Kakinya
diluruskan untuk membetulkan urat sarafnya. Terasa lenguh seluruh sendinya.
“Pukul berapa sekarang?” soalnya.
“Tu saja nak tanya? Ingatkan nak ajak abang
masuk bilik tidur tadi. Sayang.. tak nampak ke jam kat dinding tu. Lain kali
celik mata tu luas-luas. Nak kata mata sepet tak pulak. Bulat lagi mata tu
adalah,” dia mengenakan Ifftiyah.
Hampeh! Suaminya kalau bercakap memang tak reti
pandang kiri atau kanan. Aci main redah saja. Mahu saja dia baling Izz Harraz
dengan majalah diatas meja itu tetapi nanti digelar isteri derhaka pula.
“Ohh.. ada erk. Manalah saya perasan. Bukannya
bilik office saya pun,” dia tutup
rasa malu itu. Matanya melirik ke dinding.Dia pun satu, jam sebesar itu pun
langsung tidak diperasannya. Kan free-free saja kena dengan Izz Harraz.
“Hahhh?” Matanya dibuka seluas mungkin. Mana
mungkin.. matanya digenyeh berkali-kali tapi angkanya tetap sama.
“Apa lagi yang tak kena?”soal Izz Harraz.
Walaupun dia tekun membuat kerja matanya tetap tidak lepas dari memerhati
isterinya itu.
“Jam awak mati,” cepat saja Ifftiyah bersuara.
Tangannya dihalakan kearah dinding biliknya.
“Apa pulak matinya. Betullah tu baru semalam
abang tukar bateri jam tu,” balas IZz Harraz.
“Saya tidur tak sampai setengah jam. Takkan dah
pukul 3 petang. Tak ada.. tak ada.. jam awak salah,”
“Sayang rasa setengah jam tapi untuk
pengetahuan Puan Ifftiyah isteri kepada Encik Izz Harraz.. puan dah tidur dekat
separuh hari. Tengok betul-betul jam kat dinding tu,”Ifftiyah mendengus.
Fikirannya mula memikirkan yang bukan-bukan. Dia bangun dan menghampiri Izz
Harraz.
“Apa yang awak dah lakukan pada saya?”soalnya. Dia tarik kerusi didepannya.
“Lakukan apa pulak? Abang tak faham dengan
sayang,” katanya. Wajah Ifftiyah yang tak sampai seinci dengan mukanya itu
direnung.
“Awak memang tak lakukan apa-apa pada saya?”soalnya.
“Kenapa? Sayang mahu abang lakukan sesuatu ke
tadi?” merah wajah Ifftiyah mendengarnya.
Ya Allah sayang ni.. ni kalau abang ada buat
sesuatu kat sayang mesti sayang terjaga kan. Yang sayang takut sangat ni
kenapa?” soalnya. Beberapa kali dia menggelengkan kepala.
Mahu tak takut dengus Ifftiyah. Kalau lelaki itu melakukan sesuatu yang tak senonoh kepadanya ketika dia tidur tiada siapa yang tahu.
Mahu tak takut dengus Ifftiyah. Kalau lelaki itu melakukan sesuatu yang tak senonoh kepadanya ketika dia tidur tiada siapa yang tahu.
Tetapi melihat senyuman Izz Harraz dia rasa
mahu menghantukkan kepalanya di dinding saat itu juga. Dia kenal sangat dengan
senyuman itu.
“Sempat jugalah abang cium sayang tadi. Sayang
ni boleh tahan juga lasak bila tidur. Macam tidur malam lagi. Siap berdengkur,” Kan!dia dah cakap. Takkan lelaki
itu hanya melihat saja. Tangannya diletakkan dibibir. Grr..grr...
“Lemak berkrim disukai ramai,” dia mengajuk
iklan televisyen. Hampeh! Ifftiyah jegel matanya.
“Betul-betullah
awak,” marahnya. Dia bangun menuju ke pintu tetapi kemudian dia berpatah balik.
Dia kembali berlabuh di sofa yang dia lena tadi. Izz Harraz turut berlabuh.
“Betullah
tu..apa yang tak betulnya,”
“Kenapa
tak dibuka pintu tu?” soal Izz Harraz. Dia juga hairan Ifftiyah hanya berdiri
di pintu tetapi tombol pintu langsung tidak dipulas. “Saya sedang berfikir ni,”
beritahunya.
Matanya
dihalakan kepada Izz Harraz.
“Pandang
abang ni kenapa?”
“Ketika
saya tidur tadi ada sesiapa yang masuk ke sini?” soalnya.
“Ada.
Kimi,”
“Selain
abang Kimi,” katanya.
“Hakimi,”
tuturnya lagi. Hatinya sudah membengkak. Kalau Hakimi tu berabang tetapi dengan
dia suami sendiri sanggup memanggil awak saja.
“Betul
betullah,” marah Ifftiyah. Orang cakap serius dia boleh buat main-main pulak.
Dia beri jelingan kepada Izz Harraz.
“Betullah
tu. Abang Hakimi awak tu yang masuk tadi,” perlinya.
“Selain
dia?” soalnya. Sengaja dia tidak memanggil pangkal nama abang kepada Hakimi.
Baru dia tahu kenapa suaminya berangin. Cemburukan Hakimi rupanya. Hish, sepupu
merangkap kembar siam pun boleh cemburu. Agak-agaklah.
“Awak
ni kan dengan Abang Kimi pun nak cemburu. Tak kuasa betullah,” dia sudah
membetulkan kedudukannya. Dia lunjurkan kakinya. Badannya direbahkan semula ke
atas sofa panjang.
“Sayang
ni dah kenapa? Tadi punyalah beriya-iya nak tanya sekarang ni sayang boleh
pejamkan mata pula,” soalnya.
“Oh yang tu. Terlupa pula saya,”
cepat saja matanya terbuka luas.
“Sepanjang saya tidur hanya sepupu
awak seorang saja ke yang masuk?”soalnya.
“Ohh itu… ada lagi,” katanya.
“Hah!! Ada lagi?” secara automatik dia
bangun dan berdiri tegap seperti askar sedang berkawat.
“Siapa?” soalnya.
“Member sayang tulah. Si Alina,”
“Habis dia tak terkejut saya tidur
dalam ni?” soalnya.
“Nak terkejut apanya kalau dia tahu
siapa sayang,” selamba Izz Harraz berkata.
“Dia tahu? Apa maksud awak?” pantas
dia menyoal. Pening kepala dia memikirkan maksud Izz Harraz. Alina tahu? Apa
yang temannya itu tahu. Takkan Izz Harraz mahu berterus terang pula.
“Apa yang Alina tahu?” soalnya.
“Tahu siapa sayanglah,” pendek dia
berkata.
“Hah?” dia terkejut.
“Dia tahu saya ni isteri awak?” soal
Ifftiyah. Wajah lelaki itu dipandang sekilas. Mmm..boleh tahan juga rupa mamat
ni, macam hero Korea pun ada, desisnya gatal.
“Dia cakap tak sangka sayang ni
isteri abang. Dia siap minta maaf dengan abang kerana bergosip dengan sayang
pagi tadi. Apa yang sayang gosipkan?” soalnya ingin tahu. Dahi Iffityah
berkerut. Berfikir!
“Oh yang tu,” katanya selepas lama
berfikir.
“Yang mana?”
“Awak tak payah tahulah. Hal
orang-orang perempuan,” dalihnya. Malas bercerita apa yang didengari daripada Alina pagi tadi. Kalau
diingatkan semula sakit pula hatinya. Memuji kekasih suaminya sampai
berlebihan.
“Awak nak tanya sikit boleh ke?”
soalnya.
“Apa?” Izz Harraz memandang kearah
Ifftiyah. Banyak pula mulut isterinya hari ini. Kalau tidak, sepatah ditanya
sepatah juga yang dijawabnya. Tapi dia suka situasi itu taklah nampak kaku saja
perhubungan mereka.
“Netty tu siapa?” laju saja soalan
itu meluncur dari mulutnya.
“Ooo.. itulah yang sayang gossip
dengan Alina pagi tadi? Ingatkan apalah
tadi. Cuak juga bila kaum perempuan mengumpat ni,” katanya usai ketawa.
Ifftiyah tarik muka. Kurang asam dia ingat perempuan kaalu bercerita hanya
mengumpat saja ke?
“Tak kuasa saya mahu mengumpat
awak. Dia tu beriya-iya bercerita pasal Netty. Itulah sebabnya saya nak tahu
siapa Netty tu,” balas Ifftiyah, cuba menutup rasa malu yang bertandang dihatinya.
“Mesti Alina kata Netty tu kekasih
abang. Kalau tidak, takkan sayang bertanya pada abang. Sayang cemburu ya?”
soalnya. Dia sudah angkat kening. Senyumannya melebar. Bahagia rasa hatinya.
“Err.err… mana ada. Awak jangan
fikir yang bukan-bukan pula. Saya tanya saja. Takkan itu pun salah,” balas
Ifftiyah. Malu dia bila Izz Harraz dapat menangkap apa yang bersarang dalam
fikirannya itu.
“Tak salah bertanya apatah lagi
kalau yang bertanya itu isteri sendiri. Lagi abang rasa bahagia adalah,” dia
tarik tubuh Ifftiyah ke dalam pelukannya.
“Jangan keraskan badan tu, sayang.
Dah berapa kali abang cakap sayang ni degil betul,” katanya apabila merasakan
penolakan si isteri.
“Tak naklah,” dia tolak badan Izz
Harraz. Rimas diperlakukan sebegitu. Lagi pun dia tidak biasa.
“Duduk diam-diam,” makin erat tubuhnya
dipeluk.
“Netty tu kekasih awak ke?”
soalnya. Izz Harraz melepaskan keluhan. Wajah
Ifftiyah direnung. Potong stim betul Ifftiyah. Baru saja dia mahu bermesra ditanya
pula pasal Netty. Hilang terus moodnya untuk bermesra.
“Kalau abang kata Netty tu tak lebih
dari kawan tentu sayang cakap abang tipu,” dia garu kepalanya. Tutur kata si
isteri lembut saja, tak marah-marah tetapi terasa berbisa menikam ulu hatinya.
“Memang pun awak tipu. Alina cakap
dia tu kekasih awak,”
“Ooo itu yang sayang dan Alina umpat
pasal abang tadi. Patutlah beriya-iya Alina minta maaf, rupa-rupanya dia dah
racun sayang pasal Netty,” patutlah wajah pekerjanya itu berubah sebaik dia
memberitahu siapa sebenarnya Ifftiyah.
“Mana ada,” dalih Ifftiyah lagi. Lagi
sekali wajahnya bertukar. Hari ini sudah berapa kali wajahnya bertukar warna
dia sendiri tidak tahu. Dia bangun membetulkan baju yang berkedut. Tetapi cepat
saja tangannya ditarik.
“Duduk sini. Tadi abang busy sayang
juga yang panggil tetapi sekarang tahu pula sayang nak larikan diri. Mana aci
macam tu,” dia mengoles lembut kepala Ifftiyah. Tudung si isteri sudah lama
ditanggalkan. Mencium haruman rambut Ifftiyah membangkitkan nafsunya.
“Dah lama abang tunggu saat macam
ni, berdua-duan dengan isteri sendiri. Tapi susah sangat nak dapat. Sayang
banyak sangat alasan,” bisiknya. Tangannya masih lagi berlingkar di pinggang
Ifftiyah.
“Awak ni office bukan kat rumah,” Ifftiyah
cuba merungkainya.
“Kalau kat rumah boleh ke?” dia
menyoal. Tapi dia yakin memang tak akan adanya peluang sebegini kalau di rumah
isterinya. Bukan dia tidak tahu Ifftiyah suka main tarik tali dengannya.
“Siapa Netty tu?” lagi sekali
Ifftiyah bertanya.
“Kenapa ni sejak tadi asyik tanya
pasal Netty. Apa yang Alina cakapkan dengan sayang?” keras suaranya. Nak kena
Alina ni, desisnya.
“Apasal nak marah pula? Kalau tak
ada apa-apa kenapa nak marah,” tinggi juga nada suara Ifftiyah. Dia sudah
menjarakkan tubuhnya. Tak ingin tubuhnya dipegang-pegang Izz Harraz. Hari ni
pegang dia, esok lusa pegang Netty pula.
“Mana ada marah. Yang sayang tanya
benda sama tu kenapa? Dari tadi abang dah cakap Netty dengan abang tiada
apa-apa. Kami kawan saja,” balas Izz Harraz. Rambutnya yang sedikit kusut itu
dibetulkan semula. Huh! Susah..susah, desisnya.
“Bukan kekasih ke?” persoalan mengenai
Netty belum lagi selesai.
“Bekas kekasih,” selamba dia
bercakap. Entah bila dia dengan Netty bercinta dia pun tak tahu. Cuma yang dia
ingat, dia senang dengan Netty tetapi itu dulu. Sebelum dia berkahwin bila dah
jadi suami orang, dia cuba jarakkan perhubungan itu.
Bekas kekasih? Lantak kaulah Izz
Harraz. Malas dia mahu ambil pusing. Bila difikirkan, dia juga yang sakit hati.
Sakit hati? Kenapa perlu dia sakit hati kalau tiada rasa cinta terhadap lelaki
itu.
Tetapi dia suami kau. Sebagai suami
memang layak kau sakit hati. Beberapa kali dia menggelengkan kepala. Tak
percaya dia dengan rasa yang wujud dalam hatinya sekarang. Parah kau Iffti..
memang parah, desisnya.
“Kenapa geleng angguk, geleng
angguk,” soal Izz Harraz. Pelik juga dia melihat si isteri sekejap-sekejap
geleng, angguk dan kemudian geleng semula. Hantu apa pula yang menyampuk
isterinya sekarang.
“Boleh percaya ke bekas kekasih?
Entah..entah,” dia tidak meneruskan kata-katanya.
“Ya Allah sayang nak abang kata apa
lagi? Dia kekasih abang? Gitu?” keras nada suaranya. Kesabarannya sudah makin
menipis. Entah kenapa hari ini Ifftiyah menguji tahap kesabarannnya.
“Sayang.. kami pernah berkawan dulu
tapi hanya sekadar kawan belum sampai tahap bercinta. Baru saja nak merasai
nikmat bercinta daddy dah tetapkan jodoh abang. Abang ikut cakap daddy sebabnya
abang yakin pilihan daddy dan mummy adalah yang terbaik.
“Selepas diijab kabulkan abang
langsung tidak berhubung dengan dia. Dia saja yang kerap datang ke sini bertemu
abang. Sumpah! abang langsung tiada hati untuk meneruskan hubungan kami. Bagi
abang sekali saja ijab dan Kabul dalam hidup abang. Allah dah tetapkan sayang
jadi isteri abang, jadi abang yakin jodoh itu,” dia berterus terang. Biar tiada
keraguan lagi dihati isterinya.
Ifftiyah diam. Terkejut sebenarnya
mendengar pengakuan maut daripada Izz Harraz tadi. Last-last dia pula yang terkedu.
Wajah suaminya direnung. Mencari sinar kejujuran di situ.
“Dah saya nak balik. Kejap lagi dah
pukul 3 petang. Takkan saya nak berkampung kat office awak ni sampai ke petang,”
kata-kata Izz Harraz tidak dibalasnya. Apa yang harus dia ucap. Terima kasih? dia sendiri tiada jawapannya.
“Dah saya nak balik. Kejap lagi dah
pukul 3 petang. Takkan saya nak berkampung kat bilikk office awak ni sampai ke petang,”
dia bangun membetulkan bajunya. Tudung dicapai dan diletakkan atas kepalanya. Dia
menuju ke pintu.
“Kejap sayang.. abang pun nak makan
juga. Takkan nak biarkan suami sayang ni kebuluran kat sini,” tombol pintu
tidak jadi dibuka. Hish, mengada-ngada. Tak
boleh ke pergi makan sendiri. Desis Ifftiyah.
“Cepatttt..lambat tinggal,” ugut Ifftiyah.
Berkemas macam siput. Kutuknya.
“Iyalah…iyalah. Sayang ni kan, nak
cepat saja kerjanya,” balas Izz Harraz. Kakinya diatur menyaingi langkah si
isteri. Tercungap-cungap dia dibuatnya. Nampak sangat stamina dia makin
berkurangan.
“Naik kereta abang saja,” gamitnya
apabila melihat si isteri mahu menuju ke basemant.
“Err..err.. tak payahlah. Saya nak
balik terus,” balas Ifftiyah. Kakinya
diatur menuju ke tingkat bawah. Mana boleh satu kereta dengan suaminya.
Silap-silap hari bulan ada yang retak hati nanti melihat mereka berdua-duan.
“Abang hantar balik nanti. Kereta
tinggal saja kat office. Nanti abang minta Pak Dollah hantarkan kat rumah,” dia
memberi kata putus. Ifftiyah kemam bibir. Susah kalau dapat laki yang suka
mengikut kepala sendiri saja.
“Err..err..”
Wahhhh....ada jgk perasan jeles kat izz
ReplyDeleteThe best
ReplyDeleteThe best
ReplyDeletesgt best
ReplyDeleteHahaha .. izz cuba nasib, kesianlah iffti kat suami tu, kurang kasih sayang
ReplyDeleteSweetttt...jer...
ReplyDeleteWawa....best.
ReplyDeleteZarina
sambung la lagi
ReplyDelete