BAB 6
Bersembang dengan
rakan persatuan Datin Sofiah membuatkan Hannah tidak kering gusi. Ada saja
gurau senda yang menghiasi perbualan mereka. Hannah menyenangi Datin Annur,
Puan Sri Mahyun dan Puan Sri Kirana. Semuanya peramah belaka.
“Hannah tak nak
joint kita orang ke?” soal Puan Sri Mahyun. Dia melihat menantu Datin Sofiah tu
boleh memimpin persatuan wanita mereka. Hannah yang baru saja meneguk air
hampir tersembur.
Masuk persatuan?
Hannah sudah tergelak-gelak. Biar benar! Dia yang tidak berapa wanita ini
diajak untuk berpersatuan. Kalau pengakap ke, Pandu Puteri ke tidaklah dia
hairan sangat sebabnya persatuan tu semua pernah dia sertai ketika zaman
sekolah dulu.
“Taknaklah Puan
Sri. Saya ni mana pandai berpersatuan. Kali terakhir saya masuk persatuan waktu
sekolah,” dia geleng kepala laju-laju. Ada ke patut diminta joint persatuan
orang-orang tua nanti tak pasal-pasal dia menjadi tua sebelum waktunya.
“Alah apa
susahnya. Mula-mula tu Hannah rasa macam tu tetapi lama kelamaan aunty yakin
Hannah akan cepat serasi. Lagi pun kami perlukan orang macam Hannah yang masih
muda. Idea yang diberikan orang muda biasanya masih segar,” celah pula Puan Kirana.
Dia juga sudah
berkenan habis dengan menantu Datin Sofiah. Kenapa anak bujangnya tidak
berjumpa gadis ini dahulu, kalau tidak, pasti Hannah boleh menjadi menantunya.
“Hannah kerja kat
mana sekarang?” soal Puan Sri Kirana.
“Sekarang ni
Hannah duduk rumah saja,”
“Tak pernah
bekerja?” soal pula Datin Ramlah. Dia ni Hannah tengok agak meninggi diri
sedikit. Nampaknya seperti spesis Datin Lyn tadi.
“Pernah kerja. Dulu
Hannah kerja sebagai akauntan kat resort di Pulau Sipadan tapi selepas kahwin
suami Hannah minta Hannah berhenti sebab jauh sangat. Insyalllah dalam bulan
depan Hannah bercadang nak kerja semula,”
Dia cakap ikut
sedap mulut saja. Kalau dengar Luth Mikail mahu dijentik-jentik telinganya.
Bukan dia tak tahu Luth Mikail alah dia bekerja dengan orang lain tetapi dia
juga ada alah untuk bekerja dengan suami sendiri.
“Ohh.. sayangnya
berhenti kerja. Dahlah sekarang ni nak dapat pekerjaan bukan main susah lagi
ini dia pula minta isteri berhenti,” Datin Ramlah pandang Hannah. Sanggup
perempuan ni berhenti kerja kerana mahu berkahwin dengan lelaki kaya.
“Kamu tak kasihan
dengan keluarga kamu ke? Mak bapak kamu mesti sedih bila melihat anak dia
berhenti kerja. Kalau bekerja bolehlah tanggung dia orang. Bagi sikit-sikit
untuk perbelanjaan mereka,”
“Err.. Insyallah
aunty. Walaupun saya dah tak kerja tapi saya tak pernah lupa hulurkan duit pada
ibu. Ibu memang tak nak sebab dia kata perniagaan dia tu lebih dari cuku
Puan Sri Kiranan
mencuit bahu Datin Ramlah. Temannya itu memang mulut celupar sikit kalau tak
tahan memang bernanah telinga dibuatnya.
“Apa nak susahnya…
laki dia lebih dari cukup untuk tanggung dia seorang. Hah kalau tak cukup duit
laki dia tu mak bapak mentua dia boleh tanggung. Kau ni kan Ram mulut tu
berbisa sangat,” balas Puan Sri Kirana.
Hannah diam. Dia
hanya membiarkan Puan Sri Kirana membebel. Sekurang-kurangnya Datin Ramlah
tidak seperti Datin Lyn.
“Insyallah aunty
saya tak pernah lupa jasa ibu membesarkan saya. Tapi itulah susahnya ibu saya
ni dia tak pernah mahukan duit anak-anak. Katanya tak nak menyusahkan
anak-anak.
“ Lagi pun ibu ada
bisnes catering. Untuk dia makan seorang memang lepas sangat. Tapi kami adik
beradik tetap hulurkan juga. Selepas bertekak-tekak dengan dia baru dia ambil.
Itu pun cakap mahu simpan kot-kot anak memerlukan,” Katanya.
Dia bukan mahu
berkasar tetapi memandangkan Datin Ramlah sudah berlebih sangat dia rasa perlu
memberi sedikit pengajaran. Wajah mak datin yang kelat-kelat masam itu
direnungnya.
“Hah kau dengar tu
Ram. Dia tak hadap pun harta mak bapak mentua dia. Bisnes mak dia pun tak habis
nak makan. Lagi pun kalau dia tak bekerja pun, takkan si Mika tu tak boleh nak tanggung dia seorang,” Puan Sri
Kirana menyampuk. Dari tadi lagi telinganya makin nipis mendengar komen Datin
Ramlah.
“Err..errr aku ke sana
dululah Kirana. Rasa haus pula tekak ni,” cepat saja Datin Ramlah meminta diri.
Tak sanggup lagi dia untuk terus berlama di situ. Mukanya seinci tebal. Melihat
wajah tidak beriak Hannah itu dia tahu menantu Datin Sofiah itu terasa dengan kata-katanya tadi.
Puan Sri Kirana mengeluh. Pandai pula mahu
melarikan diri. Kau dah buat orang terasa hati lepas tu kalau boleh blah begitu
saja. Dia pandang Hannah. Kasihan pula menantu temannya itu.
“Mmm.. tak usah
layanlah datin gedik tu Hannah,” Puan Sri Kirana bersuara selepas bayang
temannya itu makin menjauh.
“Tak apa aunty.
Memang betul pun kata dia tadi tu. Seorang anak kalau tak dapat membahagiakan
ibu bapanya, memang tak berkat hidup dia nanti. Reda hidup seorang anak
terletak pada reda ibu bapanya,” perlahan saja Hannah bersuara.
“Aunty dah
makan?”soalnya. Sekadar mahu memesong perbualan antara mereka.
“Dah. Hannah boleh
makan lagi ke?” soalnya.
“Dah juga aunty.
Tadi saya makan kat dapur dengan Mak Senah,” katanya.
“Kenapa tak join
kami makan tadi?” soal pula Puan Sri Mahyun . Pelik juga dia mendengar
kata-kata Hannah itu.
“Temankan Mak
Senah tadi. Lagi pun saya segan nak keluar. Tak biasa sangat dengan mak-mak
datin ni,” ujar Hannah. Memang pun dia segan nak keluar. Ni pun disebabkan ibu
mentuanya. Kalau tak dia lebih selesa didapur bersama Mak Senah.
“Apa pulak nak
segannya. Inilah masanya kami nak kenal-kenal dengan kamu. Selama ini kami
hanya dengar Sofi bercerita tentang
kamu. Jadi teringinlah juga nak kenal orangnya.
Buat mata Hannah
mendengarnya. Harap-harap tiada yang buruk disampaikan mak mentuanya itu.
“Kamu jangan
bimbang, umi kamu tu tak bercerita yang buruk-buruk tentang kamu. Umi kamu tu
setiap kali dia bercerita matanya memang bercahaya. Bersinar-sinar. Gembira
sangat dia apabila kamu menjadi menantunya,” cepat saja Puan Sri Kirana
bersuara. Bimbang juga dia Hannah tersilap tafsir dengan kata-katanya tadi.
“Betul ke aunty?
Tak sangka pula saya,”
“Betulll… sebab
itulah kami ni mahu sangat berjumpa Hannah. Nak tengok sendiri Hannah ni macamana
orangnya. Betul tak seperti yang dikatakan umi Hannah tu. Sekarang ni kami
akuilah, patutlah umi Hannah tu sayang sangat kat Hannah,” balas pula Puan Sri
Mahyun.
Tersipu-sipu dia
dibuatnya. Tinggi sungguh sanjungan umi mentua kepada dirinya. Hannah sebak
sendiri. Ya Allah, selama ini dia cuba menjarakkan hubungan mereka. Bukan
kerana umi mentuanya tidak baik tetapi disebabkan dirinya sendiri.
Matanya dihalakan
ke sekeliling ruang tamu. Masih kelihatan tetamu yang berborak sesama sendiri.
Umi mentuanya selepas memperkenalkan dirinya, langsung tidak kelihatan lagi di
ruang tamu.
Matanya tertacap
pada Luth Mikail yang rancak bersembang. Mungkin dengan teman-temannya.
Sehingga kini dia langsung tidak diperkenalkan dengan teman-teman suaminya itu.
Biarlah! Dia pun tidak ralat. Dia tak pernah mahu ambil peduli.
Matanya makin
membesar apabila melihat kelibat seorang gadis yang tiba-tiba muncul dan memaut
erat pinggang suaminya. Nasib baik gelas ditangannya tidak terlepas dek kerana
terkejutnya dia. Siapa wanita itu? desisnya.
Hangat! Angin! Itu yg dia rasa sekarang ini. Lelaki! Desisnya. Walaupun
sudah ada isteri tetapi kalau diberi peluang memang tidak akan menolaknya.
“Maafkan saya aunty.. saya minta diri
dulu,” kakinya diatur menuju ke halaman rumah,Meninggalkan kumpulan mak-mak
datin di situ. Dia berharap adegan itu tidak ditonton oleh mereka, kalau tidak
kecoh jadinya.
“Akk kenapa duduk sorang-sorang kat sini?”
Tiba-tiba ada suara yang menegurnya dari belakang. Tersengih-sengih Luqman
Hakim melihat Hannah mengurut dada. Kenapalah
mereka adik beradik suka sangat membuat orang terkejut.
“Suka betul Akim terkejutkan akak. Kalau
akak ada penyakit jantung dah lama agaknya akak kojol,” marahnya. Bahu si adik
ipar ditepuk kuat
“Kalau akak kojol Abang Mika jadi duda
terhot,” ujarnya. Dia ambil tempat duduk disebelah Hannah. Kurang asam! Desis Hannah.
Wajah si adik ipar di pandang. Luqman Hakim juga tidak kalah kacaknya. Abang
dan adik sama-sama mnpunyai pesona tersendiri.
“Akak tengok apa tadi?” soalnya. Matanya
dilirikkan kearah hujung sana melihat si abang tengah syok berbual dengan
rakan-rakannya. Aik? Bila masa pula kumpulan berborak abangnya itu wanita?
Soalnya. Matanya dibulatkan mahu melihat siapa gerangan wanita itu.
“Jangan kata akak
tengok Abang Mika plak,” selamba dia berkata. Dia tahu soalan dia tadi tu
namanya soalan mahu makan penampar. Melihat wajah kelat si kakak ipar dia tahu,
hati Hannah terusik dengan apa yang dilihatnya.
“Tak kuasa akak nak
pandang abang awak tu,” balas Hannah. Gelas berisi air oren diteguknya rakus.
Kata tak kuasa tetapi di mata dia Hannah sedang menahan rasa marah yang bukan
sedikit.
“Tapi kenapa Akim
rasa nada suara akak tu lain macam saja. Macam orang sedang merajuk pun ada.
Akak tak payah susah hati abang Mika tu nampk saja playboy tetapi dia jenis
setia habis pada perempuan,” ujar Luqman Hakim.
Setialah sangat cebik Hannah. Kalau setia tak
adalah dia melihat pemandangan yang terhidang didepan matanya sekarang.
Bergelak senda dengan perempuan lain didepan mata isteri.
“Iyalah setia,” cebiknya.
“Betullll... abang Akim tu playboy
pencen. Akak jangan ingat ada ayam pencen saja, playboy pun ada yang dah
pencen. Abang Mika tu dalam kategori itulah,” Luqman Hakim berlawak.
Hannah mendengus.
Tak lawak okey! Tangannya sekali lagi dilibas ke bahu Luqman Hakim. Geram sebab
dipermainkan oleh adik iparnya itu. Melihat
wajah Hannah yang masam itu terkekek-kekek Luqman Hakim ketawa.
“Ampun akak
ampun,” ujarnya.
“Akak nak naiklah. Kalau ada sesiapa cari akak
beritahu akak sakit kepala,” akhirnya dia tak sanggup lagi melihat adegan
didepan matanya. Berbulu sangat dah ni,” katanya.
“Akak tak nak tahu
siapa perempuan tu?” pancing Luqman Hakim. Dia tahu kakak iparnya itu mulut
saja kata tidak tetapi hati memang nak tahu sangat-sangat. Ego! Sama ego dengan
abangnya itu.
Hannah geleng
kepala. Biarlah! Bukan urusan dia pun. Lagi pun prinsipnya masih tidak berubah.
Luth Mikail bukan sesiapa dalam hidupnya. Dia angkat pggung berlalu dari situ.
Kan dah kata! Desis
Luqman Hakim.
“Akak nak masuk
tidur,” katanya tak berperasaan. Baru beberapa tapak dia melangkah kakinya
terhenti. Nak naik ke tingkat atas dia perlu melintasi tempat Luth Mikail. Itu
yang tidak sanggup dia lakukan.
Berhadapan dengan
lelaki itu bersama wanita lain membuatkan hatinya yang sudah kecil menjadi
bertambah kecil.
“Hannah..” gamit
Luth Mikail apabila melihat kelibat isterinya. Melihat Hannah kaku di situ
membuatkan dia bergerak menghampiri tempat isterinya berada. Diraih pinggang
Hannah.
“Jom sayang abang
perkenalkan dengan teman-teman abang,” dia tarik tangan Hannah.
“Saya sakit
kepala,” dia pegang kepalanya.
“Kejap saja
sayang. Ramai member abang nak kenal
dengan sayang,” balasnya.Sekali lagi tangannya ditarik.
“Awak ni suka
betul memaksa orang,” marah Hannah. Kakinya turut melangkah menghampiri rakan-rakan
Luth Mikail.
Dia melempar
senyuman.
“Haiii...saya
Aidil. Bukan Aidil Fitri tapi Kamal Aidil,” seloroh lelaki itu. Hannah senyum.
Boleh tahan juga kacak orangnya.
“Saya Raisya Hannah,” balas hHannah. Dia
tak hulurkan tangan untuk bersalam kerana sejak awal lagi tangan kanannya itu
digenggam erat oleh Luth Mikail.
“Kami dah lama dengar nama Hannah
disebut-sebut. Sekarang ni baru kenal orangnya. Cantik. Manis je orangnya.
Patutlah ada org tuu..” kaki lelaki itu dipijak Luth Mikail.
“Ada orang malu, Hannah...
kalau tak hari-hari nama Hannah disebut-sebut,” ujar Aidil.
Betul tu Hannah.
Kami pun tak sanggup nak dengar benda sama hari-hari. Kau jangan nak kata kami
ni menipu,” lelaki yang bernama Khalish pula bersuara sebelum Luth Mikail
menyampuk. Perut Luth Mikail ditumbuk.
Luth Mikail tak mampu bersuara. Sudahnya dia hanya
tersengih-sengih. Hannah pandang Luth Mikail seolah-olah tak percaya apa yang
didengarinya. Biar betul! Dia satu-satu wajah teman suaminya.
Jangan Hannah tak
tahu encik abang awak ni memang sah angau. Tapi nasib baiklah dia angaukan
isteri sendiri. Kalau tak, dah lama kami debik,” kata seorang lagi teman Luth
Mikail, Rizman berdasarkan nama yang dipanggil rakan-rakan suaminya.
Hannah sudah kebas muka. Malu mendengar
komen-komen rakan suaminya. Dia perasan sejak tadi perempuan disebelah Rizman asyik
mencebik.
“Sayang jangan
kisahkan si Reena tu. Dia tidak boleh terima abang kahwin dengan sayang dan bukannya
teman baik dia,” Luth Mikail berbisik di telinganya.
Ooo patutlah muka
sejak tadi macam asam kecut. Rupa-rupanya tengah sakit hati sebab hak teman
rapatnya dirampas orang.
Siapa nama teman
baik Reena? Mahu juga dia bertanya tetapi malas pula mahu menunjukkan sikap kak
namnya. Nanti tak pasal-pasal dia pula yang termalu sendiri.
“Siapa dia tu?”
Hannah berbisik pula ditelinga Luth Mikail. Aik main berbisik-bisik pula. Rasa
macam romantik habis, desis Hannah.
“Kekasih Aidil. Abang
pun tak tahu tang mana menariknya perempuan tu sampai si Aidil tergila-gilakan
dia,” Hannah bulatkan matanya. Ada pula dikatakan seperti itu. Hak lelaki itu
untuk memilih siapa menjadi teman hidupnya.
“Awak ni tu kan
dah pilihan dia biarlah saja. Siapa awak yang nak sekat-sekat pilihan dia.
Kalau dia sekat pilihan awak tentu awak marahkan?” soal Hannah. Tak gemar betul
dia dengan sikap Luth Mikail yang satu tu.
“Kalau abang bukan
setakat abang marah tapi orang tu dah selamat abang terajang. Padan muka dia
nak campur urusan orang lain,” serius saja kata-kata Luth Mikail. Tahu pun,
desis Hannah. Pilihan orang dia yang berlebih bila terkena batang hidung
sendiri tahu pula nak marah.
“Itu yang Aidil
rasa bila awak mengata kekasih dia tu,” Hannah melempar senyuman kepada Reena
tetapi seperti tadi gadis itu langsung tidak menunjukkan sikap ramahnya. Malah
dijelingnya lagi dia adalah. Hannah mengeluh. Padan muka kau! Nak sangat
berbaik-baik. Kan dah kena!
Enjoy sgt2.....nk lg
ReplyDelete