Bab 5 ( Part 2)
“Ya Allah budak ni. Kamu berdua ni dah kenapa? Dah tak
ada tempat sangat nak berasmara?” tiba-tiba
ada suara perempuan memetir dari arah belakang. Hannah yakin sangat,
suara itu datangnya dari peti suara Datin Sofiah.
Hannah usap dada! Terkejut
beb! Cepat saja dia menolak tubuh Luth Mikail. Tadi kalau Datin Sofiah tak
menjengah ke dapur dia pasti dia sudah tangkap lentuk dengan suami sendiri.
“Apa kamu buat ni? Mika?
Hannah? Dah tak ada tempat lain dah selain dapur?” soal Datin Sofiah. Dia
pandang Mak Senah.
“Kamu jangan pandang akak
macam tu. Manalah akak tahu deme ni nak buat kerja tak senonoh di sini. Akak
tinggal dia orang ni sekejap saja. Pergi ambil pinggan mangkuk kotor kat ruang
tamu tadi,”
“Kome ni pun kenapa tak masuk
bilik saja. Kat ruang dapur Mak Senah juga kome berdua buat kerja,” aik! Hannah
sudah mahu hantuk kepala di dinding. Dia pandang wajah Luth Mikail.
Mata Luth Mikail bulat. Mak
Senah sudah main taktik kotor. Bukan ke tadi Mak Senah yang memberi kebenaran untuk dia bermesra
dengan Hannah. Dia pandang Mak Senah, ternampak senyuman pembantu rumahnya itu.
“Awaklah. Lain kali jangan
buat tak senonoh kat sini. Semua ni salah awak,” bebel Hannah. Muka dia malu
empat inci. Nasib baik umi mentuanya yang muncul didapur tadi, kalau tetamu lain,
tak ke haru dibuatnya.
“Apa pula saya. Hannah tu.
Peluk saya erat sangat sampai saya tak boleh nak lepaskan diri,” selamba Luth
Mikail berkata. Dia tayang muka tak bersalahnya.
Hannah cubit lengan lelaki itu. Suka hati saja
buat statement maut macam tu.
Macamlah dia yang terhegeh-hegeh sangat nak peluk Luth Mikail. Baru saja dia
mahu membalas Datin Sofiah bersuara dengan nada tegas.
“Dah..dah.. nasib baik umi
yang masuk dapur, kalau sanak saudara masuk sini tadi tak ke malu Hannah nanti.
Kamu ni Mika, kalau dah kemaruk sangat ajak isteri masuk bilik, orang tak
nampak, mata kami pun tak sakit melihatnya,” marah Datin Sofiah.
Wajah Hannah kelat-kelat
masam. Ni semua salah Luth Mikail tetapi dia pula yang kena serang hendap. Dia
lempar jelingan maut kepada Luth Mikail, biar lelaki itu tahu dia sedang marah sekarang.
Kedengaran gelak Luth Mikail.
Gelak yang semestinya menyakitkan hati sesiapa yang mendengarnya. Mengada-ngada
betul.
“Amboi..amboi gembira hati
nampak. Suka sangat kan buat Hannah macam tu,” marah Datin Sofiah. Bukan dia
tak nampak tadi menantunya itu berhempas pulasmeleraikan pelukan si suami.
Cepat saja Luth Mikail
melepaskan pelukannya. Tersengih dia mendengar kata-kata uminya sebentar tadi.
Dia toleh kearah Hannah, kasihan pula melihat wajah terkulat-kulat si isteri.
“Jangan dilayan si Mika tu
Hannah, jom ikut umi keluar. Umi nak perkenalkan Hannah dengan ahli persatuan
umi. Nanti kalau terjumpa bolehlah tegur-tegur,” dia tarik tangan Hannah.
Mahu tak mahu Hannah
mengekori langkah umi mentuanya. Sempat dia melihat senyuman sengit lelaki itu.
Bukan itu saja Luth Mikail turut mengenyitkan matanya. Huh, benci betul dia
bila melihat kegatalan tahap ulat bulu suaminya itu.
“Lyn perkenalkan menantu aku,
Hannah,” Hannah hulur tangan untuk bersalam. Setakat bersalam hujung kuku
sajalah. Nampak sangat mak datin didepannya itu tidak mesra alam. Tidak seperti
umi mertuanya.
“Datin apa khabar?” soalnya
berbasa basi. Malas mahu menjadi peramah sangat bila melihat Datin Lyn yang
bersikap dingin dengannya.
“Mmm.. baik. Ni ke menantu
kau Sofi?” soal Datin Lyn. Dia pandang Datin Sofiah.
“A’ah… menantu aku. Isteri
Mika,” balas Datin Sofiah. Ada nada bangga di situ apabila memperkenalkan
Raisya Hannah kepada temannya.
“Mana si Mika kutip budak ni.
Tak cantik langsung. Aku tengok macam budak kampung saja. Hish anak kau ni pun
kalau nak cari jodoh agak-agaklah. Takkan cari yang macam ni kot,” berubah
wajah Datin Sofiah dan berubah juga wajah Hannah. Hannah tarik nafas. Sabar
Hannah..sabar. Jangan dilayan perempuan yang tidak cukup akal ini.
“Apa masalah kau sebenarnya
ni Lyn. Menantu aku cukup punya hebat. Bekerjaya, cantik, pandai memasak,
pandai menguruskan rumah tangga,” Hannah terasa mahu tergelak apabila Datin
Sofiah memujinya. Terima kasih umi. Desisnya.
Dia rasakan ada tangan
mengenggam erat jari jemarinya. Dia angkat muka, Luth Mikail berdiri
disebelahnya. Langsung dia tidak perasan kehadiran lelaki itu.
“Auntie ni ada masalah ke?
Siapa auntie mahu mengutuk isteri
saya. Hannah jauh lebih bagus daripada anak auntie
si Intan tu. Mungkin tak sempurna di mata orang, tapi dimata
saya, dialah paling sempurna,”
balasnya. Jari jemari Hannah makin kuat
digenggamnya.
Hannah tersenyum. Lega
mendengar kata-kata Luth Mikail. Dalam diam dia berterima kasih kepada lelaki
itu yang sanggup mengangkat darjatnya setinggi mungkin dihatinya.
Datin Lyn diam. Mukanya tebal
seinci. Tadi dia ingatkan temannya itu
akan menyokong kata-katanya tetapi rupa-rupanya tidak. Datin Sofiah sudah berubah selera, desisnya.
“Dahlah Lyn. Aku tak pernah
memandang rendah pada anak menantu kau selama ini. Jadi aku harap kau pun begitu juga. Baik kau
jaga anak menantu kau tu,” balas Datin Sofiah. Alang-alang temannya dah
berkata-kata.
“Aku ke sana kejap. Kau
sembang-sembanglah dulu,” Datin Sofiah melemparkan senyuman. Biarlah walau apa
pun, Datin Lyn atau Haslinda tu rakannya sejak berbelas tahun lalu. Takkan dengan
kata-kata itu merenggangkan persahabatan mereka.
“Jom Hannah ikut umi,”
“Saya minta diri dulu,” Hannah
pandang Datin Lyn.
Datin Lyn angguk. Dia hanya
memerhati langkah teman bersama menantunya makin menjauh. Dia pun salah
bermulut celupar sangat. Kan dah kena. Dia akui Hannah memang tak kalah
cantiknya tetapi disebabkan dia cemburu
dia sanggup berkata begitu.
Dia melepaskan keluhan. Kasihan anaknya, sejak dulu lagi Intan memang
mencintai Luth Mikail. Nampak gayanya Intan akan menangis tak berlagu nanti.
P/S : Komen sangat dialu-alukan. Komen sikit ;)
Mulut longkang mak datin lyn tu....nasib baik umi mertua x pilih darjat....and Luth yg sentiasa ada utk isteri....
ReplyDeleteKan dah kena...suka2 hati nk ngutuk org....terbaiklah luth mikail...
ReplyDeleteKan dah kena...suka2 hati nk ngutuk org....terbaiklah luth mikail...
ReplyDeleteKan dah kena...suka2 hati nk ngutuk org....terbaiklah luth mikail...
ReplyDeletePadan muko datin lyn.....
ReplyDeleteKan dah kena terrrr
ReplyDelete