BAB 11

            Terkocoh-kocoh Ifftiyah membuka pintu kaca pejabat. Dari muka pintu itu dia terdengar suara nyaring Izz Harraz memarahi seseorang. Ya Allah apa hal pula mamat seorang tu pagi-pagi buta dah buat hal.
Dia jeling kearah jam dinding office. Pukul 10 pagi. Wah! Pasti dia yang akan terkena tempias nanti.
Sampai di meja kerjanya, dia tercungap-cungap. Ini semua gara-gara tidur lewat semalam. Bahananya pagi ini dia kesiangan. Nasib baik, dia masih bercuti, kalau tidak relai subuhnya pagi tadi.
Baru saja dia menyenyak punggung ke kerusi kedengaran suara menegurnya. Dia berpusing kelihatan Alina menegurnya.
“Hah baru sampai?” soal Alina. Gadis kecil molek itu menegurnya sambil bertenggek dimeja kerjanya.
“Mmm..” itu saja yang mampu dia ulas. Memang dia lewat pun takkan nak menegak benang basah pula.
Kau dari  mana?”soal Ifftiyah. Komputer dibuka.
“Bilik boss,” balasnya. Bibirnya dijuih ke bilik Izz Harraz.
“Aku dengar bising-bising tadi. Kenapa?”
“Entah. Datang bulan kot. Dari pagi tadi lagi mood boss tak baik. Agaknya bergaduh makwe dia kot,” balas Alina.Ifftiyah pandang Alina.
“Makwe? Siapa makwe dia?” soal Ifftiyah. Singa jantan ada makwe ke? Desisnya. Wajah rakan sekerjanya direnung.
“Alah…takkan kau tak tahu. Model terkenal tu. Apa nama dia…err… Loly..eh bukan hish time-time ni pula aku boleh lupa padahal hari-hari aku tengok muka dia kat majalah. Kejap aku amik,” dia tarik laci meja. Di keluarkan majalah Glem.
Iffitiyah diam.
“Hah ni dia.. Netty.. boleh pula aku lupa nama dia. Cuba kau tengok jelita sungguh dia ni. Kalaulah aku jadi macam dia bahagia hidup aku. Cantik, jelita, lepas tu dapat pula pakwe handsome yang kaya macam boss tu,”
Ifftiyah rasa terpanggang. Cepat saja majalah Glam itu dicapai. Diteliti gambar yang dikatakan kekasih suaminya. Cantik! Dia mengakui wanita yang bernama Netty itu begitu jelita. Jauh lebih cantik daripadanya. Nama pun model terkenal.
“Tak cantik mana pun. Mata kau tu rabun ke apa? Kalau aku atau kau bermake-up kita pun boleh jadi cantik macam ni,”
“Tak cantik mana pun. Mata kau tu rabun ke apa? Kalau aku atau kau bermake-up kita pun boleh jadi cantik macam ni,” balas Ifftiyah.
“Cuba kau tengok betul-betul. Cantik apa kau ni memang tak reti nak tengok oranglah. Kalau banding kau dengan aku memang jauh sangatlah. Kalau kau cantik pasti boss tu dah lama berkenan kat kau tapi aku nampak boss tak pandang pun kau,” ujarnya selamba.
Berubah wajah Ifftiyah. Amboi..amboiii time nak mengenakan orang langsung tak beringat. Nasib baiklah dia kenal rapat dengan Alina tak adalah terasa sangat bila temannya itu mengutuk.
Belum sempat dia menjawab, suara bapak lelaki menyergah dia dari belakang. Patutlah Alina terkocoh-kocoh lari ke mejanya.
“Dah tak ada kerja? Mengumpat saja kerjanya,” Iffitiyah tersengih. Wajah Izz Harraz direnung penuh berani. Takut apa dia dengan singa jantan ni. Silap-silap singa boleh mengiau macam kucing betina.
“Masuk bilik,” arah Izz Harraz.
“Bilik mana? Bilik Encik Harraz ke bilik tidur?” soal Iffitiyah. Alina yang duduk tidak jauh dari mejanya sudah terlopong. Mak aiiii!! Minah senget ni berani sungguh menggoda bigboss.
“Kalau saya suruh masuk bilik tidur berani ke? Jangan cakap saja besar tapi bila disuruh kecut perut. Macam-macam alasan diberi,” sinis saja kata-kata itu dipendengaran Iffitiyah. Dia nampak mulut Alina ternganga.
“Jangan nak sindir oranglah,” dia bangun.
“Nak ke mana?” soal Izz Harraz.
“Tadi suruh masuk bilik. Nak masuklah ni. Takkan nak masuk bilik tidur pula,” menonong saja dia melangkah masuk ke bilik office Izz Harraz.
“Alina kalau ada call tolong ambil pesanan,” Alina angguk. Matanya dihalakan kearah bilik Izz Harraz. Dia nampak Ifftiyah tidak teragak-agak masuk. Apa yang ada dalam benak si teman dia pun tak tahu. Berani betul dengan boss besar!
“Err.. Encik Izz..” panggilnya.
“Ya,” Izz Harraz tidak jadi melangkah.
“Err..err..” hish mulut ni, time nilah dia nak jadi gagap.
“Tak ada apa-apalah,” akhirnya dia bersuara. Biarlah Ifftiyah selesaikan sendiri masalah dia. Tak perlulah dia masuk campur, karang lain pula jadinya.
“Kenapa? Cakaplah, saya tak marah,” jawab  Izz Harraz. Dia dapat merasakan Alina ada sesuatu yang mahu disampaikan kepadanya.
“Tolong jangan marah Iffi erk. Saya tahu tadi  dia melampau sikit.Melawan cakap Encik Izz. Tapi saya tahu dia tidak bermaksud macam tu.  Saya rasa dia masih tidak sihat sebab tulah dia cakap ikut suka mulut dia saja.
“Ohhh..” Izz Harraz mahu tergelak.
“Bukan dia MC lagi ke hari ni?” saja dia menyoal teman si isteri.
“A’ah. Sepatutnya dia MC hari ni dengan esok tapi tak sangka pula saya, dia boleh datang kerja hari ni,”  Izz Harraz tersengih. Malas mahu membalasnya.
“Mmm.. saya masuk dulu. Ingat pesan saya ada call ambil pesanan. Saya tunggu panggilan daripada Mr Ikmal.Alina angguk. Dia kenal Ikmal yang dikatakan itu. Teman rapat Izz Harraz selain sepupu boss, Hakimi.
“Thanks,” bergegas dia melangkah ke bilik officenya. Dari jauh dia nampak Iffitiyah termenung. Cantik sangatlah tu menongkat dagu macam tu. Dah nampak macam bini mati laki, desisnya.
“Mmm…” dia berdehem. Pekak ke apa minahnya. Dia lihat si isteri larut dalam menungan. Bahu si isteri ditepuk kuat.
“Boleh tak kalau tak buat orang terkejut?” marah Iffitiyah. Dadanya diurut perlahan. Terasa seperti mahu luruh jantungnya apabila terasa bahunya ditepuk. Kurang asam jawa, desisnya apabila melihat Harraz tersengih-sengih.
“Fikir apa?” soal Izz Harraz. Dia pandang Iffiiyah yang masih lagi larut dengan menungannya. Kerusi disebelah Ifftiyah ditarik.
“Member sayang susah hati kat luar tu,” beritahunya.
“Siapa?” soalnya. Badannya di alihkan agar tidak bersentuhan dengan tubuh Izz Harraz. Bukan dia tak mendengar panggilan sayang itu tetapi malas mahu menyesakkan kepala otaknya. Kalau dia larang pun belum tentu lelaki itu mahu mendengarnya.
“Alina. Siap dia berpesan supaya abang tidak marahkan sayang. Nampak sungguh dia risaukan isteri abang ni,” beritahu Izz Harraz. Wajah Iffitiyah direnung.
“Fikirkan apa tadi?” soalnya. Pen ditangan Iffitiyah dicapai. Sejak tadi dia melihat isterinya itu memusing pen berkenaan. Pening kepalanya.
“Saya kena buat apa ni?” dia menyoal. Kedengaran batuk-batuk halus. Sejak malam semalam batuknya tidak berkurang. Bukan itu dia datang siap dengan pakej selesema.  Hidung  tersumbat dan sukar bernafas dan membuatkan tidurnya terganggu.
“Tak perlu buat kerja. Rehat saja kat sini,” beritahunya. Iffitiyah mengeluh. Datang pejabat tetapi tak buat kerja. Ada ke pekerja yang dapat keistimewaan seperti dirinya. Soalnya sendiri. Rasanya dialah orang pertama dapat kes seperti ini.
“Takkan saya duduk saja?”
“Mm…”
“Satu hari?” soalnya lagi. Takkan dia sanggup duduk tak buat kerja satu hari. Baru 10 minit dia berada dalam bilik Izz Harraz dia dah jadi serba tidak kena, ini kan pula sampai tamat waktu pejabat. Mahu mati kutu dibuatnya.
Dia pandang jam ditangannya. Baru pukul 11 pagi okey! Macamana dia mahu habiskan seharian dalam bilik itu, bersama suaminya.  
“A’ah. Memang abang suruh datang office untuk sayang duduk-duduk. Tengok abang buat kerja dan abang pun boleh tengok sayang,” Izz Harraz berkata. Siap dengan sengihan lebarnya lagi.
Hampeh! Desis Ifftiyah. Dia tongkak dagu. Apa yang perlu dibuat ye? Ifftiyah berkira-kira mahu mencapai akhbar atas sofa. Baca paper pun okey juga. Habis tu takkan nak baca paper sampai petang? Soalnya lebih kepada diri sendiri.
“Semalam lena tak?” soal Izz Harraz.  Apabila melihat keadaan isterinya itu hatinya menjadi tidak keruan. Ifftiyah geleng. Mahu tidur apanya kalau baru saja nak lelap si mamat sengal depannya membuat panggilan.
“Batuk. Hidung tersumbat. Susah nak bernafas,” katanya. Dia bangun mengambil kotak tisu atas kabinet fail. Ditarik beberapa helai tisu.
“Tak makan ubat ke?” soalnya.
“Mahu tak makan. Dah nak habis sebotol ubat batuk saya telan,” balas Ifftiyah. Penat betul dia, menelan ubat berbotol tetapi sampai sekarang batuknya tidak berkurang, malah dirasakan makin teruk.
“Nasib baik tak telan dengan botol-botol kalau tak naya saja isteri abang ni,”gurau Izz Harraz. Dia ketawa. Ifftiyah mendengus. Gurauan tu boleh tahan juga kasar tapi seperti biasa lelaki itu buat muka sardin.
“Nampak ni?” Ifftiyah tunjuk penumbuk.
“Garangnya isteri abang. Meh sini abang tolong picitkan,” balas Izz Harraz. Bukan dia tak nampak wajah garang isterinya tapi itulah dia memang suka membuatkan Ifftiyah naik angin. Bila Ifftiyah marah dia rasakan mata isterinya bersinar-sinar.
Mata Ifftiyah sudah bulat. Apa kena mamat sengal ni, tak takut ke tiba-tiba ada orang menerjah masuk ke bilik officenya.
“Terima kasih. Buat masa ini khidmat Encik Izz tidak diperlukan,” selamba Ifftiyah berkata. Akhbar dicapai. Dibelek dua tiga muka surat dia letak balik. Huh tak ada berita yang menarik perhatiannya.
  Kes bunuh, ragut, rogol banyaklah. Nampaknya Malaysia sudah tak berapa nak aman. Desisnya. Dia bangun menuju ke sofa. Hajatnya mahu berbaring di sofa panjang itu barang sejam dua.
            Baru saja  mahu mahu lena, dia terdengar suara orang bersembang. Mula-mula perlahan dan akhirnya perbualan itu menjadi semakin rancak. Ish baru saja nak tidur ada pula yang menganggu. Dia bangkit dari sofa.  Dia menguap. Tudung bawal dipakai dibetulkan. Dah senget benget jadinya.
            “Sorry abang ganggu tidur Iffti,” ujar Hakimi. Dia pandang Ifftiyah. Tak sangka  pula perbualan mereka boleh mengganggu lena Ifftiyah.
            “It’s okey. Abang sembanglah. Iffti nak lelap kejap,” dia berkata. Ifftiyah  kembali merebahkan badannya. Lantaklah Hakimi ada dalam bilik office itu pun, ada dia kisah. Yang dia kisah sekarang, kepala dan matanya makin memberat.
            Amboi siap berabang! Izz Harraz sudah menayang muka bengangnya. Bahu sepupunya itu ditepuk kuat. Biasa ni! Dengan bini orang pun ada hati lagi.
            “Kau ni dah kenapa?” soal Hakimi.
            “Kaulah..” marah Izz Harraz. Pen di tangannya dipusing-pusing.
            “Apa pulak aku,”
            “Bini aku tu…” akhirnya dia tidak sanggup lagi berdiam diri. Bukannya Hakimi faham apa yang dia tidak berpuas hati.
            “Aku tahulah bini kau. So?” Hakimi sudah dapat menangkap apa yang dibengangkan sepupunya tadi. Teruk betul! Dengan dia pun Izz Harraz boleh cemburu. Takkanlah dia mahu ngap bini sepupu sendiri. Ada akai ker?
            “Apa masalah kau sekarang ni?” soal Hakimi.
            “Masalah aku adalah kau,” selamba dia berkata. Memang pun, Ifftiyah kalau dengan Hakimi senyum manis.
            “Apa pulak aku. Apa aku dah buat?” soal Hakimi lagi. Tak pasal-pasal dia pula yang terkena. Sekarang  ni Izz Harraz kerap naik angin. Pantang silap sikit mulalah angin kus-kus dia menjelma. Salah sikit muncul angin puting beliung.
            “Kaulah..”
            “Aik tak habis lagi kaulah? Tak faham betul aku. Cuba kau cerita pada aku, apa salah aku sekarang ni,” naik angin juga dia dengan sikap Izz Harraz. Sejak tadi kau lah..kau lah.. entahlah dia pun tak faham.
            “Tu bini aku,” kata Izz Harraz.
            “Aku tahulah bini kau. Takkan aku tak tahu kau dah berkahwin,” dia membalas.
            “Tahu pun kau,”
            “Ya Allah memanglah aku tahu. Teruk sangatlah aku kalau kau kahwin aku tak tahu. Nama pun kita sepupu. Bukan setakat sepupu tapi lebih daripada tu. Kita membesar bersama, berkawan sejak kecil dan sekarang aku kerja dengan kau,”
Izz Harraz geleng kepala. Kenapa susah sangat dia mahu menerangkan kepada Hakimi apa yang dia geramkan sejak tadi ataupun sepupunya itu faham tetapi buat-buat tidak faham sebab mahu mengenakan dirinya.
“Yang kau lebih-lebih sangat dengan bini aku tu kenapa? Dah tak ada perempuan lain kau nak bermesra,” soal Izz Harraz. Doa
“Oohh..itu saja? Aku ingatkan apalah tadi,” Hakimi bersuara. Wajah sepupunya direnung. Izz Harraz memang dah kornik sangat. Dengan dia pun boleh cemburu sampai begitu sekali.
Ketawanya bergema. Kelakar..kelakar, beberapa kali dia menggeleng kepalanya.
“Yang kau mengilai macam kuntilanak  ni apahal? Nak kena hempuk ke?” soalnya keras. Orang tengah bengang budak ni macam-macam pulak. Ada jugak nanti jadi penghuni hospital, dengusnya.

P/S : Hehehe. Suka tak? Komen sikit please. :)